Chapter : 24

Crime Completed 13688

Terikat dengan tali pada kerusi, Rossie pandang akan lelaki yang sedang mencucuh sesuatu dengan picagari di dalam bebuli kaca berwarna jernih. Dia berasa senang hati kerana baru sahaja selesai hubungi Hayden untuk ke tempatnya. Dapat la dia bunuh lelaki tu nanti! Sambil tu dia bercakap.

          "Kau tahu ini apa?"

Rossie yang ditutup mulut dengan pita pelekat itu pandang penuh gerun akan lelaki tersebut. Entah apa pulak lelaki tu nak buat dia tidak mahu tahu!Apa dia mahu adalah keluar dari situ hidup-hidup!

           "Methamphetamine,philopon atau dikenali sebagai ubat perangsang yang mana buatkan seseorang itu tidak dapat tidur dan penuh dengan rasa adrenaline. Dadah yang boleh buatkan kau khayal...dan paling penting buat aku jadi kaya raya.."lelaki itu tersengih jahat. Dia pegang picagari berjarum tersebut di depan muka untuk lihat cecair yang ada di dalamnya.

Konco samseng yang lain berdiri di situ memerhatikan bos mereka cuba hendak mengapa-apakan gadis di hadapan mereka ketika itu. Bukan selalu mereka dapat hiburan seperti ini.

             "Tolong jangan!"gumam Rossie di balik pita pelakat itu dengan linangan air mata. Dia menggeleng kepala tidak mahu. Kakinya yang terikat pada kerusi turut bergerak-gerak meronta!

            Perlahan-lahan lelaki tadi mendekati Rossie dan bercangkung di situ. Dengan senyuman mesra di bibir, tangannya naik memegang peha Rossie. Lantas di usap perlahan kerana kaki itu sejak tadi menggigil tanpa henti. "Tak apa...sakit sikit je"pujuk dia.

             Nangis Rossie menjadi-jadi,air mata     berjuraian turun ke pipi. Hendak menjerit suaranya dikekang dengan pita pelekat tu. "Tolong la jangan!!!"gumamnya lagi walaupun tidak jelas di dengar.

             "Kau tahu siapa sebenarnya teman lelaki kau tu?Hayden Mikhael?"

Cepat-cepat Rossie menggeleng kepala. Hayden bukan teman lelaki dia! Kalau dia boleh jerit lama dah dia jerit kenyataan tu! Matanya pandang pada jarum picagari di tangan lelaki tu. Dia tidak mahu di dadahkan! Banyak perkara lagi yang dia hendak lakukan! Bukan ini salah satunya!

              "Tak!"jeritnya dari balik pita itu.

              "Serius tak tahu?"ulang lelaki itu. "Fine...aku ceritakan sikit pasal dia sementara tunggu lelaki tak guna tu sampai ke sini.." picagari itu di gerakkan ke peha Rossie. "Hayden Mikhael tu adalah musuh ramai orang...dia adalah anak kepada ketua mafia sama macam bapak si*l*n dia tu...Hayden lebih kurang...tak guna!Sebab apa?Sebab dia bunuh orang aku...bakar dia orang...musnah satu bangunan.tak cukup dengan tu dia cuba rosakkan organisasi aku...sekarang kau tahu siapa dia?"

Sambil menangis, Rossie mengangguk kepala. Air matanya tidak dapat dihentikan lagi. Sumpah rasa macam nak meletup je jantung dia sekarang ni!

                "Ryan...aku tak kenal siapa...tapi nampaknya dia pun tak suka pada Hayden..dan dia beritahu aku, rapat dengan dia..maybe dengan menggunakan kelemahan dia...aku boleh balas balik apa yang dia dah buat."tambah lelaki itu lagi.

                 "Hmmpphh!!!"nangis Rossie dengan kuat kerana takut dia menjadi-jadi. Kepalanya di geleng laju kerana berasa begitu tidak percaya. Jadi dia telah selamatkan nyawa seorang penjenayah?Luka yang Hayden dapat pada malam itu adalah kerana kegiatan lelaki tu?

Keadaan Rossie buatkan lelaki itu mengangguk-angguk kepala.

                  "Shh..shh...aku tahu kau takut....it's okay...lepas ni kau akan okay. Dadah ni akan buat kau tenang dan tak takut lagi."hujung jarum itu perlahan-lahan ditusuk ke peha Rossie. Lelaki itu tunduk memandang suntikan tersebut.

Sakit dengan suntikan itu, Rossie menjerit sekuat hatinya dari balik pita pelekat yang ada di mulutnya hingga buatkan kepalanya dongak memandang siling Gudang itu. Sakitnya hanya dia saja yang tahu waktu itu!

BANG!

Pada masa yang sama, bunyi kuat tembakan pun kedengaran. Mengempar gempurkan suasana tempat itu. Di selangi dengan suara orang menjerit sebab terkejut dan bising. Kekecohan tersebut buatkan lelaki yang menyuntik Rossie tersentak. Dia berdiri tegak dan pandang ke depannya.

Munculnya sekumpulan orang berjalan masuk ke tempat itu dengan lagak samseng mereka. Tembakan itu adalah sebagai tanda mereka memberi salam.

                "Welcom to my home my lovely enemy..."ucap lelaki itu sambil campak ke tepi picagari yang telah kosong ke lantai. "Took you long enough to save your love one?"dia sengih mengejek kepada lelaki yang selama ini dia mahukan kematiannya!

Hayden jalan mendekat ke tempat dimana Rossie dan lelaki itu berada. Mata dia sempat mengerling ke kerusi itu. Berharap Rossie tidak di apa-apakan.

                "Apa kau merepekkan ni?"tanya Hayden bernada tidak faham. "Kau yang call aku supaya ke sini kan?"

Hardin di belakang Hayden pandang setiap wajah di situ dan sekelilingnya. Memeriksa tempat itu seperti ada yang menarik perhatiannya di situ. Sebelum mata dia terhenti pada kelibat Rossie. Gadis itu tidak bergerak. Kepalanya terlentok ke bawah dan tangan serta kaki diikat.

                 "Oh really?"lelaki tu mengjungkit kening. "Kalau macam tu ...kenapa kau sanggup susahkan diri untuk ke sini demi mendapatkan dia?"tanya lelaki itu bernada main-main.

                "Jangan nak bergurau.Kau nak apa dari aku sebenarnya ni?"deram Hayden dari balik ketapan gigi.

                 "Macam ni je la...apa kata kita buat deal."lelaki tu petik jari.

Isyarat itu buatkan seorang lelaki berkepala botak datang dari tepi dan serahkan pistol kepada ketuanya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience