"Nak tundukkan rajanya kena la jatuhkan permaisuri dulu..ya tak?"Izack menarik sengih meleretnya saat kerling tiga wajah di depannya.
Kata-kata itu buatkan Rossie teringat pada Hayden. Ya. memang lelaki tak guna itu penjenayah. Tapi kalau di fikirkan semula, tidak pernah sekali dia nampak Hayden sakiti wanita atau perlekehkan mereka apa lagi mempergunakan mereka. Jadi tidak hairan la kenapa Rossie lebih percayakan Hayden dari sesiapa dekat sini. Yalah, orang jahat tidak semestinya jahat, orang baik itu tidak semestinya baik!
"Jangan libatkan Rossie dalam hal ni. Dia dah hadap cukup dengan semua permainan kita ketua."bantah Tania. "Lagipun tugas kita adalah hapuskan semua penjenayah dan kegiatan haram mereka dekat sini"
"Kenapa?Kau masih ambik berat tentang Rossie?Dia tu cuma bidak dalam percaturan ni je la. Tak payah nak risaukam sangat. Lagipun, adanya dia bawa untung, matinya dia tak beri kesan apa-apa. Lagipun dia dah tak anggap kau sebagai kawan dia lepas dapat tahu yang selama ni kita hanya gunakan dia.."ujar Izack dengan sinis.
Gabby yang dengar merinding ke jengkelan.
Gina pula naik menyirap hendak marah.
Sementara Tania memandang lelaki itu dengan kening mencerlung tidak puas hati.
"Memangnya ketua anggap orang perempuan ni sebagai apa?Objek?Barang mainan?Macam tu?Sejak jadi ahli mafia ni perangai pun dah tak ada beza dah dengan mereka yang dekat luar sana...."tegur Gabby kerana tidak suka dengan komen yang diutarakan oleh ketua mereka itu.
"Hahahaha."Izack meledak ketawa. "Hei...yang kau orang nak marahkan aku kenapa?Bukan ke kita semua memang tak guna selama ni?Pergunakan orang lain dan manipulasi kelemahan orang untuk dapat apa yang kita nak. So....Jangan nak syok suci sangat la...."
Mata Gina kemerahan. Dia dalam diam mengetap gigi menahan sabar. "Habis tu apa kita nak buat kali ni?Diamkan diri sampai bila?"
Izack melentokkan kepalanya sedikit lalu tersengih. "Kau orang akan tahu nanti... tunggu dan lihat. Aku janji lepas ni kau orang akan diberi anugerah terhormat di atas tugas yang kau orang jalankan selama tiga tahun ni...."beritahunya.
Gabby, Gina dan Tania pandang Izack dengan reaksi masing-masing. Mereka tidak faham apa yang sebenarnya ketua mereka itu cuba sampaikan.
Tak habis-habis lagi ke!Gerutunya di dalam hati!"Apa yang ketua cuba nak lakukan?" tanya Tania.
Izack menjungkit kening. "Aku tak sure lagi...sebab masih memilih. Siapa yang aku patut humban dalam penjara nanti. Hayden atau Noah atau kedua-duanya sekali. Kau orang tak rasa ke permainan kali ni lain dari sebelumnya."
Gina buat muka 'What the f*ck' bila dengan Izack berkata begitu.
"Nyawa bukan untuk dimainkan"kata Gina bernada serius.
"Haih...tak payah la serius sangat...macam la kau orang tak pernah bunuh orang..sebelum bertugas jadi ejen kau orang juga ahli combat kan..pernah ke medah perang dan lakukan macam-macam aktiviti 'halal'?"Izack buat muka funny. "Beside, Rossie tu bukan bodoh mana, kau tak ingat ke dia tu adalah best student dekat kolej, tak mungkin la dia tak faham semua ni?"
Air muka Tania terus berubah. "Memangnya ketua kenal dia lebih dari saya mengenali dia ke?Kami dah berkawan selama tiga tahun segala rahsia dan mengenai dia saya dah tahu.."
"Oh ya?Kau sure tentang tu?"soal Izack dengan kening terjungkit. Dia berdengus kecil kerana berasa lucu dengan kenyataan Tania. "Jangan biarkan perasaan emosi mempengaruhi penilaian rasional kau Tania. Ingat kita bekerja sekarang bukan untuk bersosial.Apapun bonding yang ada pada Rossie. Ianya tidak digunakan dalam tugas kita ni."
Mereka bertiga di situ pandang Izack dengan perasaan hairan dan reaksi tidak faham.
"Terpulang kau orang nak kata apa, yang aku cuma nak pesan, kau orang just get ready...anything can happen at anytime..." pesan Izack lagi. "Sebab aku ada pelan baru untuk selesaikan semua ni once for all."
Share this novel