"Awak tanggung semua ni sendiri sambil jaga ayah awak sewaktu nyawa awak jadi taruhan musuh dekat luar sana?"bisiknya dengan perlahan.
Seperti tiada masalah, Hayden pandang Rossie lantas tersenyum. "Kenapa?Kau risaukan aku ke?"selorohnya.
"Kenapa awak buat semua ni?" tangannya yang sedia dicengkam Hayden di eratkan lagi cengkamannya. Sanggupnya la Hayden lindungi orang lain yang niat awalnya mahu sakiti dan susahkan hidup Hayden je? Kenapa la Hayden lahir dalam keluarga mafia bukan dalam keluarga biasa? Kalau tidak pasti kehidupan Hayden lebih baik!
Masih tersenyum, Hayden tilik sekitar wajah Rossie. Dari kening turun ke mata, dari mata ke bibir itu. Menggunakan tangan sebelah lagi yang bebas, dia bawa naik untuk mengusap tepi pipi Rossie dengan ibu jarinya perlahan-lahan.
"Ayah aku pernah cakap...orang yang terpaling sunyi itu adalah yang paling baik..." bisiknya di depan muka Rossie. Dan Rossie diam mendengarnya tanpa alihkan mata dari tatapan Hayden. "Orang yang paling tersedih itu memiliki senyuman yang paling indah..." senyuman sedih Hayden semakin melebar. Buatkan lekukan pada pipinya semakin ke dalam." Sementara orang yang paling gagal adalah yang terpaling bijaksana, Dan semua tu disebabkan mereka tidak mahu lihat sesiapa menderita sama seperti mana mereka pernah alami.."
Kening Rossie terangkat tinggi.
Terkesan dengan kata-kata itu, mata Rossie kemerahan kerana sedih pada kenyataan itu sebelum dia ikut tersenyum. Siapa kata orang baik tu baik, orang jahat tu jahat?Dia tak pernah tahu pun. "Ayah awak sememangnya seorang yang bijaksana."ucap dia sesaat selepas sedar dari termangunya.
Selesai berkata, Hayden turunkan tangannya dari pipi Rossie sebelum memandang ayahnya semula. "Ya...dia seorang lelaki yang paling hebat pernah aku temui.." lafaznya setulus hati.
Rossie sandarkan pipinya ke tepi lengan Hayden kerana tersentuh dengan sikap penyanyang Hayden yang selama ini dia tidak pernah lihat atau tahu! Siapa tahu Encik Mafia yang seorang ini ada taman bunga di hati!
Masa itu la mata yang terpejam terbuka. Terpisat-pisat seperti orang baru bangun tidur, lelaki botak mengenakan beanie di kepala itu palingkan kepala ke sebelah kanan katil. Ayah Hayden mengedipkan matanya dengan susah payah akibat kesan ubat pelali dan ubat tahan sakit yang diberikan kepada dia.
"Kamu dah balik??"sapa suara serak bangun tidur itu.
Hayden tersenyum. "Ha'ah...maaf kalau buat ayah tertunggu-tunggu. Ada hal yang perlu diuruskan..."dalihnya. Mana la dia berani hendak beritahu yang dia sendiri baru keluar dari hospital seusai dia masukkan darah dalam badan. Luka jahitan dan balutannya ni pun masih basah dan sakit! Risau pulak nanti ayahnya.
Masa itu ayah Hayden terpandang gadis bermata bulat dan comel di sebelah Hayden. Bibirnya mengukir senyuman lebar. "Kamu dah bawa dia pulang?"soalnya kedengaran gembira.
"Ya...ayah yang mintakkan..ni hah... orang yang selamatkan Hayden dulu...Rossie Charlotte nama dia.."Hayden pegang belakang badan Rossie untuk dorong gadis itu supaya ke depan lagi. "Gadis yang saya pernah ceritakan pada ayah tu.."
Tidak semena ayah Hayden ketawa, lesung pipi turut terbentuk di pipi tua itu. Yang mana buatkan muka itu saling tidak tumpah seperti Hayden!
"Hahah...bagus la. Kalau tidak hari-hari la ayah kena tadah telinga untuk kamu merungut tentang perhatikan dia dari jauh sahaja."sakat ayah Hayden pula.
Menjegil bulat mata Rossie sebaik mendengarnya. Hah?Merungut?Dia pandang ke Hayden dengan muka tak percaya. Serius la?Hayden perhatikan dia?
Hayden sudah membuat muka kalut blushing dia!
"Apa ayah ni...mana ada. Suka je buat cerita.."sambil berkata sambil tu Hayden garu belakang kepala kerana malu!
Ayah Hayden ketawa kecil walaupun dia mengenakan topeng suara itu masih jelas kedengaran. "Jagala dia baik-baik.."mintanya pada Rossie masa itu. "Nampak je brutal tapi hati tisu sebenarnya anak ni...tak percaya...tanya la orang yang ada dalam rumah ni.. mereka dah masak dengan perangai Hayden Mikhael yang seorang ni..."
Lucu dengan kenyataan itu, Rossie tersenyum sambil mengangguk kepala. "Baik tuan." lafaznya. "Saya janji.."wajah pucat ayah Hayden di pandangnya dengan senyuman lebar di bibir. Nampaknya dia sudah tahu pada siapa dia akan berpihak nanti.
Hayden pandang tepi muka Rossie dengan perasaan terpempan apabila dengar gadis itu dengan lancer melafazkan perkataan itu.
Tidak menyangka Rossie tidak akan teragak-agak untuk bersetuju. Tidak dapat mengawal perasaan gembiranya, Hayden tersenyum lebar. Memang dia tidak salah pilih sejak kali pertama dia lihat Rossie. Gadis sebelahnya ini is the one!
Share this novel