Rahang Hayden berketik. Dia pandang akan musuhnya dengan kening mencerlung marah. "Deal apa?"
"Kau serahkan semula kawasan jajahan aku dan berhambus dari tapak edaran dadah aku. Aku bagi perempuan ni hidup...kalau kau tak nak...peluru aku ni tembus ke muka cantik perempuan kau ni.."kata lelaki itu sambil letakkan muncung pistol ke atas kepala Rossie.
Hampir mahu mencarut dia waktu melihat lelaki itu sentuh Rossie. Tapi dia kawal dirinya sebaik mungkin. Dalam diam mengepal jari jemari dengan erat hingga sakit tapak tangannya kerana kuku dia membenam pada permukaannya.
"Semua ni tak lumayan Hayden...baik kita pergi. Berurusan dengan dia ibarat gali semula kubur orang yang dah mati...tak ada faedahnya..."bisik Hardin di belakang. "Kalau kau selamatkan Rossie, itu membuktikan dia penting untuk kau..."
Nafas Hayden mula naik turun, dia cuba mengawal rasa amarah yang menggunung di dalam dadanya. Berani betul orang mencabar diri dia.
"Tembak la dia kalau macam tu..."arah Hayden dengan nada tenangnya. "Bukannya aku akan rugi apa-apa."
Air muka lelaki itu jatuh dari confident kepada blur selepas Hayden cakap macam tu. "Apa?"
"Tembak la..."arah Hayden lagi. "Aku datang sini sebab kau yang panggilkan... bukan sebab dia...buat la.."
Lelaki itu menjadi teragak-agak sendiri. Dia tidak faham kenapa Hayden tidak kisah. Dia ingatkan Hayden akan kisah.
"Tunggu apa lagi!TEMBAK LAAH!"ngaum Hayden tidak semena hingga buatkan suara itu bergemas satu Gudang tersebut.
Hardin di belakng berkedip mata keraan takut sendiri dengan suara bentakkan Hayden. Senyap-senyap pada masa yang sama dia memegang pistol di tangan.
Bungkam terus suasana tempat itu seakan ada malaikat maut lalu. Udara menjadi tegang dan aura di seluruh kawasan tersebut menjadi dingin.
"Fine...kau tak nak tembak!Biar aku yang tembak!"aju Hayden saat maju ke depan dan keluarkan pistol dari belakang poket seluarnya dengan serentak.
Mereka semua ingatkan Hayden hendak tembak Rossie, jadi mereka langsung tidak prepare untuk berbuat apa-apa. Apabila tangan itu di acukan ke arah Rossie, lelaki yang tadi mahu menembak Rossie tersentak. Dia pandang terkejut ke Hayden waktu itu.
Tapi tidak
Hayden tukar sasarannya sesaat kemudian. Bukan Rossie yang dia tembak tetapi lelaki yang dadahkan Rosie.
BANG!
Berdesup laju peluru itu menembusi tengah dahi lelaki tersebut sesaat kemudian.
Mata dingin Hayden pandang tubuh musuhnya perlahan-lahan tumbang ke lantai. Tiada sedikit pun perasaan menyesal dalam dirinya ketika itu. Yalah, siapa suruh cari pasal dengan orang yang salah!
Tidak sempat samseng lain yang ada di situ berbuat apa-apa, bunyi tembakan demi tembakan mula kedengaran tanpa henti seperti hujan menimpa permukaan zink.
Bising dan bingit.
Rossie yang terikat di kerusi langsung tidak dapat hendak beri reaksi apatah lagi berpaling memandang sekelilingnya. Kerana gadis itu sudah terlentok di kerusi dalam keadaan lemah. Bahkan bunyi tembakan itu sedikit pun tidak buatkan dia terkejut. Mata itu terpejam rapat.
Disaat kekecohan itu terjadi, Hayden mendapatkan Rossie. Membiarkan Hardin dan anak buahnya yang lain uruskan baki musuhnya yang ada situ. Melutut saja dia di tepi kerusi itu, tangan Hayden naik memegang tepi pipi itu.
"Rose?"panggilnya dengan sedih. Ibu jarinya mengusap perlahan pipi mulut itu. Betapa berkecainya perasaan dia melihat keadaan Rossie begitu.
Panggilan itu sedikit pun tidak buatkan Rossie terkutik. Kepala itu terlentok longlai seperti tiada dayanya lagi.
"Maafkan aku sebab lambat....please bangun..."lirih sahaja suara itu kedengaran. Hayden meleraikan tali dan pita pelakat yang ada dari Rossie.
Apabila tubuh itu bebas dari kekangannya, Rossie bergerak hendak terjatuh ke depan tetapi sempat di sambut Hayden. Lelaki itu terus dukung gaya pengantin akan Rossie. Membuatkan tangan itu terkulai ke tepi seakan tiada nyawanya lagi. Pucat dan sejuk.
Situasi tembak menembak itu berterusan tanpa henti sehingga la tumbangnya orang terakhir di dalam Gudang penghasilan dadah itu. Dan apabila ia berakhir, seperti kebiasannya segala isi dan tempat itu akan di bakar dan dimusnahkan sepenuhnya!
Share this novel