Sampai kesudah, satu hari suntuk itu Hayden tidak hadirkan diri ke kuliah. Dua kelas Bersama lelaki itu, Rossie hadirkan diri sendirian. Biasanya ada Tania yang temankan, tapi tidak. Maka selama dua jam kelas pada hari awal pagi itu dia belajar sendiri. Masuk makan tengah hari pun sendirian. Oleh kerana tidak mahu nampak macam kesian sangat, Rossie bawa dirinya ke perpustakaan untuk buat prep yang dia masih belum siapkan.
Brrtt!
Telefon di tepi buku rujukan kanan meja itu bergetar.
Rossie tidak perasan. Dia terlalu khusyuk membaca butiran yang ada di dalam buku sebelah kirinya.
Tapi pelajar yang duduk berhadapan dia terasa getaran tu. Dia perhatikan Rossie tapi gadis itu tetap tidak perasan. Sehinggala getaran telefon itu berlanjutan beberapa kali. Jadi pelajar itu ketuk depan meja Rossie. Cuba menarik perhatian gadis tersebut.
Ianya berjaya.
Rossie tersentak. Dia dengan bingung palingkan kepala memandang ke depannya. Tanpa berkata apa-apa keningnya di jungkit tanda 'apa dia' pada pelajar itu.
Pelajar itupun menjuih bibir ke arah telefon Rossie.
Faham akan maksudnya, Rossie palingkan kepala lantas ternampak skrin telefonnya bercahaya. Telefon itu dicapai tanpa berlengah. Ingatkan Hayden yang call, sekali tu-
"Ya?"sambutnya akan panggilan yang masuk itu.
"Kau dekat mana?"tanya Izack.
Mata Rossie kerling ke buku di depannya. "Tandas."dalihnya. Nak apa lagi. Kan dah settle.
"Tandas?"ulang Izack lagi yang kedengaran tidak percaya.
"Awak nak apa sebenarnya ni?"renggus Rossie dengan nada tak puas hati. Menyibuk je la.
"Nak jumpa kau sekejap."
"Busy."sentap Rossie sebelum putuskan panggilan tu Skrin telefonnya di pandang geram. Nak menganggu dia lagi kenapa!Jangan Izack nak buru Hayden lagi sudah! Setelah itu dia kembali menyambung kerjanya semula.
Sampaila pelajar depan Rossie beredar, dan keadaan perpustakaan sedikit lengang dari kehadiran pelajar kerana kebanyakan mereka mungkin hadirkan diri ke kuliah masing-masing. Dan dia sendiri terlena dekat atas meja tu tanpa sedar dengan timbunan buku dan kertas yang banyak.
Tanpa di sedari, tepi dimana Rossie sedang duduk, seseorang turut meletakkan kepala atas meja memandang wajah Rossie. Sejak ketibaannya 10 minit di situ, sejak itu dia diam memandang gadis tersebut.
Dari kening turun ke mata lalu ke hidung sebelum berakhir ke bibir. Semuanya yang dimiliki oleh Rossie telah menggamit hatinya sejak kali pertama dia lihat gadis itu. Iaitu pada kali pertama gambar gadis ini muncul dalam senarainya!
Tiba-tiba Rossie terkutik, matanya bergerak-gerak sebelum dia mengerang untuk bangunkan dirinya dari lena di situ. Mungkin kerana lenguh, dia bawa tangannya naik menggosok leher yang sakit lantas membuka mata.
"Huargh!"nguap Rossie saat menggeliat. Dia bawa tangannya ke atas lalu perlahan-lahan di turunkan ke tepi sehingga la tersentuh seseorang. Seperti direnjat cepat-cepat dia tersentak dan tarik tangannya jauh dari orang tu. "So-"niat nak minta maaf sekali dipandang rupanya orang tu lagi.
Seriously!?
"Hai.."senyum Izack dengan handsome sekali di depan Rossie.
Mata bulat Rossie berkedip dengan laju. Cuba hendak pastikan yang dia tidak mengigau atau bermimpi! "Macam mana awak ada dekat sini?"tanya dia sebelum pandang sekelilingnya.
"Tracking you."jeling Izack ke telefon yang ada di tepi buku Rossie.
Mata Rossie mengerling laju ke telefonnya sebelum pandang ke Izack semula. "Dah tak ada kerja sangat sampai nak stalker saya?"cebiknya.
Izack tersenyum. "Period ke nak marah-marah ni?"
Rossie buat muka. Isy!Ada ke!? Tak payah tunggu period pun mood dia ke bulan!Ditanya lagi!
Malas hendak hiraukan komen itu, Rossie kemas semua sepah di situ cepat-cepat lalu gerak bangun dari situ. Beg sandangnya di bawa ke bahu dia pun melangkah pergi dari situ.
Izack di belakang mengejar langkah Rossie tanpa berlengah. Dalam sekelip mata dia pegang lengan itu lalu di tarik masuk ke dalam lorong rak yang berdekatan.
Share this novel