Chapter : 15

Crime Completed 13688

Legion Of The Concrete Jungle nama yang diberikan kepada pusat bandar oleh mafia di situ. Tempat itu di kendali oleh sebuah organisasi bernama Montana Cartel, yang diketuai oleh Hayden. Tetapi keseluruh daerah di negeri itu diketuai oleh geng sekutunya. Menjadikan mereka geng mafia dan penjenayah yang kebal tidak tersentuh. Pihak berkuasa dan polis sendiri tidak berani hendak campur tangan dengan urusan mereka.

Malah tiada polis pun yang meronda di tempat itu kerana ianya dikawal ketat oleh ahli-ahli geng tersebut. Menjadikan Montana Cartel sebagai penguatkuasa dan orang yang mentadbir tempat tersebut. Ramai saja yang cuba ambil alih dengan mengadakan rampasan kuasa, tetapi ianya tidak semudah itu. Silap hari bulan tempat itu boleh jadi kawasan pertumpahan darah secara besar-besaran. Penjenayah kecil-kecilan pun tidak berani hendak buat perangai di situ. Balik-baliknya mereka akan berakhir menjadi anak buah dan konco geng di situ.

Seperti biasanya, pada waktu malam bermula jam 12 tengah malam, mereka yang bersembunyi dalam tanah akan keluar untuk mencari makan dan mangsa seterusnya. Begitu la ahli kumpulan Diaz Cartel geng bawah jagaan Izack dan Noah akan beraksi mengikut arahan ketua mereka iaitu Hayden.

Sejak kejadian yang berlaku terhadap Hayden lama dulu, mereka tidak pernah berhenti dan mengesan sesiapa sahaja yang cuba berlaku khianat atau pelan sesuatu di luar pengetahuan mereka. Dan sekiranya mereka dapat tahu, orang itu akan berakhir dengan maut.

Dua buah kereta mewah berenjin kuasa tinggi berhenti di hadapan sebuah premis tiga tingkat. Satu daripadanya keluarnya dua lelaki segak. Satu lagi kereta muncul tiga lelaki bersut hitam. Yang bertatu pada tangan dan belakang leher mereka.

Valet yang menjaga depan premis itu kejung di tepi tiang itu apabila menyedari siapakah yang datang. Tidak sempat hendak berbuat apa-apa, seorang dari mereka berarak laju ke arahnya dan mengacu pistol tepat di jantungnya.

Baki yang lain mengekang bodyguard yang berjaga di depan pintu masuk itu. Dengan mudah mereka jatuhkan dua pengawal di situ hingga tidak sedarkan diri.

            "Bos kau ada dekat dalam?"tanya Izack saat menyedut asap dari puntung rokoknya.

Noah pandang sekeliling sewaktu mengunyah gula-gula getah di dalam mulut. Menonjolkan lagi penampilan samsengnya.

             "Ada.."jawab valet itu dengan cemas.

              Sambil tersengih, Noah pandang valet itu. "Blah..tinggalkan tempat ni dengan senyap. Jangan bagi tahu sesiapa."beritahynya.

Valet itu mengangguk kepala dengan laju. Dia takut-takut menjauh dari hujung pistol dan larikan diri.

Bersama derap langkah yakin mereka, Izack, Noah dan tiga lagi pengikutnya masuk ke dalam kendang ahli kongsi gelap yang dikatakan melakukan perjumpaan dengan ketua geng dari Barat. Kalay Hayden yang panggil buat perjumpaan, boleh pulak tolak!Kalau dengan orang lain laju je berjumpa!

Mereka nak tahu apa yang berlaku, sebab itu mereka ke situ.

Sebaik saja tiba di tingkat tiga, mereka berlima di sambut oleh anak buah yang kebetulan berdiri di koridor tersebut. Dan anak buah itu cuba menghalang mereka, tapi tidak Berjaya. Hanya sekali tolak sahaja mereka berlima sudah Berjaya masuk ke ruangan pejabat di situ dan berhadapan dengan lelaki gemuk di belakang meja tersebut.

Bunyi lagu dari aplikasi game di ipad yang dipegang oleh lelaki gemuk itu kedengaran rancak sewaktu lelaki itu tekun bermain. Tidak menghiraukan kehadiran Noah dan Izack di situ.

            "Aku tak ada masa untuk dibuang untuk kau orang la...pergi je la.."kata lelaki gemuk itu menekan laju-laju skrin ipad itu. Seronok dengan game yang dimainkan.

             "Hey....bos"panggil Izack sambil songdong ke depan meja dan meletakkan kedua-dua tangan keatasnya. "Jangan la macam ni...bos kami cuba untuk berjumpa dengan bos berulang kali...kenapa bos tak pernah balas?"tanya dia.

                Tidak semena lelaki gemuk itu menjatuhkan ipadnya ke meja, Bunyi lagu dari mainan itu turut berhenti. Dengan kening mencerun ke Izack dia berkata. "What the f*ck you talking about?"satu kotak rokok di capai lantas di hentak ke meja itu sebelum dia buka. "Huh?Kau orang tu cuma peniaga business 'phamarcy...mana layak nak berurusan dengan aku...'barang-barang' kau orang tu lebih rendah dari besi buruk...tahu tak?"sepuntung rokok di bawa ke dalam mulut. "Berapa kali aku cakap aku tak nak berniaga dengan kau orang.."

Izack mula ketawa terbahak-bahak, dia mencekak pinggang sambil dongak ke atas.

Pada masa itu la, Noah yang mendiamkan diri sejak tadi, selak kotnya lalu mengeluarkan sebilah parang sebesar lengan dari belakang seluarnya lantas dia pangkas tangan lelaki gemuk yang ada di atas meja tersebut dalam sekelip mata.

ZRAPP!

Putus pergelangan tangan lelaki gemuk itu sepenuhnya.

           "ARGHHHHH!Tangan aku!Tangan Aku!" rintihnya sekuat hati hingga menyebabkan anak buahnya yang ada di dalam pejabat itu bangun hendak bertindak.

Namun terlambat, Izack lebih cepat. Dalam sekelip mata sahaja dia mengeluarkan dua pistol dengan serentak dari balik pakaiannya lalu melepaskan tembakan tepat di kepala dan badan anak buah lelaki gemuk di situ.

Dan tiga orang pengikut mereka berdua tadi turut mengacukan senjata mereka dan menghalang sesiapa saja dari bergerak.

                  "Keparat TAK GUNA!!!!!!"teriak lelaki gemuk itu sekuat hati untuk menangani rasa sakit pada kesan potongan di tangannya itu. "Kau orang memang mintak matii!!!!!!!!Abang aku takkan biarkan kau orang!!!!!!"

                    Izack membuat muka, dia acah-acah korek telinga kerana bingit dengan suara tu. "Maka dengan tu..kau kena la dengar cakap bos kita orang...susah sangat agaknya nak faham Bahasa?"

                     Kening yang basah dengan peluh itu berkerut. Lelaki gemuk tersebut kebingungan. "Daerah ni bukan kawasan kau orang kan...kenapa kau orang kacau!?"

                      Noah tunduk membelek pisaunya yang sudah kotor dengan darah itu dengan sengih meleret. "Sebab kita orang nak luaskan kuasa...tapi sayangnya kau tolak cadangan tu dengan berkomplot dengan geng yang lain...nak tak terpaksa la kita orang rampas secara kasar macam ni."

Izack gerak mencapai lelaki gemuk itu lalu dipaksa bangun dari situ untuk ikut mereka naik ke atas bumbung bangunan berkenaan. Sementara baki yang ditinggalkan dekat situ untuk di bunuh oleh anak buah Izack dan Noah.

Sesampai sahaja mereka di atas bangunan itu, berdirinya Hardin dan Hayden yang datang sesaat selepas Izack dan Noah masuk ke situ. Mereka terus naik tingkat atas bangunan tu. Dua lelaki itu hanya santai bersilang kaki di atas sebuah tong besi berwarna biru.

               "Dah sampai?"sapa Hardin dengan mesra sambil selak kotnya ke belakang untuk mencekak pinggang.

                Noah tolak lelaki gemuk tu sehingga lelaki gemuk itu melutut di hadapan Hayden. "Cakap la cepat, anjing!!"arahnya dengan serius.

                "Aku terpasak...Hayden...aku terpaksa..mereka yang paksa aku.."adu lelaki gemuk tu.

                  "Baru sekarang kau nak jawab?Aku panggil kau tak datang...dan sekarang..bila dah jadi macam ni...tahu pulak takut"ujar Hayden dengan jengkel. "Apapun...tujuan aku ke sini bukan nak pujuk atau bernegosiasi dengan kau..tapi cuma nak beritahu, satu daerah ni jatuh ke tangan kita orang..."

                  Lelaki gemuk itu menahan nafas terkejut dengan kuat sambil membutang mata dengan bulat. "Tak...jangan la macam tu...aku nak cari makan macam mana?"

                   Tidak semena Hayden ketawa dengan jahat sekali. "Apa?Nak cari makan?Orang mati mana boleh makan.."katanya sambil beri isyarat kepada Noah dan Izack supaya gerak mendapatkan lelaki gemuk itu semula.

                    "Tak...apa semua ni Hayden!Aku menyesal!Tolong la jangan bunuh aku!"raung lelaki gemuk itu lagi.

Dengan patuh Noah dan Izack pegang lelaki lelaki gemuk itu lantas di heret ke tembok batu berdekatan. Tanpa menunjukkan sebarang belas kasihan, mereka dorong badan lelaki itu ke belakang sedikit demi sedikit sampaikan lelaki itu tercampak keluar dari tembok tersebut lantas jatuh melayah dari tingkat tiga itu ke bawah dan mendarat di atas sebuah kereta.

BAAM!

Alarm kereta itu berbunyi sesaat selepas bunyi serpihan kaca pecah kedengaran.

           Selesai dengan tugasnya di situ, Hayden pun bangun. "Bakar bangunan ni termasuk orangnya sekali. Jangan tinggalkan seorang pun."pesannya ketika berjalan ke
arah pintu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience