Chapter : 5

Crime Completed 13688

Helaian kertas yang ada di dalam tangannya di baca buat sekian kalinya. Dia tahu tidak kira berapa kali dia baca, ianya takkan dapat ubah mengenai kenyataan yang tertera pada atas kertas itu. Selepas di bacanya, Tania lipat kertas itu. Laci almari sebelah katilnya di Tarik dan kertas itu di simpan ke dalamnya. Senyuman nipis terukir di bibir saat bangun dari katil dan gerak keluar dari biliknya.

Dengar tadi sepertinya Rossie sudah pulang. Tapi senyap pulak sejak tadi. Tergerak hati hendak mengajak rakannya masak sama untuk makan malam mereka, Tania gerak ke bilik Rossie. Dengan bersemangat dia mengangkat kepalan penumbuk mahu mengetuk. Namun seinci sebelum tangan dia menyentuh pintu itu, tidak semena telinganya menangkap bunyi.

Kedengaran suara tanggisan Rossie yang sayup-sayup dari dalam bilik. Tania menekap telinganya ke pintu bilik rakannya itu. Lalu dia menggeleng kepala.

Ini tak lain tak bukan pasti kerana Ryan.

Siapa lagi kalau bukan lelaki tu yang suka buat Rossie menangis!Mana ada orang lain lagi dah!

           "Rossie?Bukak pintu ni"dia cuba memujuk.

Sebaik mendengar suara Tania, tanggisan itu menjadi senyap. Dan tidak lama kemudian, pintu terbuka. Tersegul wajah berlebam Rossie di muka pintu tersebut.

           Jatuh bahu Tania sebaik melihat keadaan rakan baiknya itu. Bibir itu bengkak, tepi bibir ada kesan merah. Luruh hatinya. "Ya tuhanku...apa yang dah berlaku ni?"tanya dia dengan sedih.

           Rossie menunduk sebelum perlahan-lahan dekati Tania dan sembamkan mukanya ke bahu itu. "Ryan dia..."sebutnya dengan sebak di dada.

           Belakang kepala Rossie di pegang Tania dengan kemas. Dia gosok belakang badan itu laju-laju. "Dia pukul kau lagi?Sebab apa?"

            "Dia dapat tahu aku keluar ke kelab dengan kau orang..."rintih Rossie.

             "Kenapa dengan dia tu?"kening Tania berkerut marah. Dia tolak kepala Rossie dari bahunya lalu di pegang muka itu untuk di tilik. Hendak pastikan tiada apa-apa yang teruk menimpa Rossie. "Dia pukul kau dekat mana je?"

            Dalam keadaan tersedu sedan, Rossie menggeleng kepala. Memandang Tania Bersama air mata membanjiri wajahnya. "Dia tumbuk muka aku je"

Tania atau nama penuhnya Lusian Tania adalah seorang gadis anak tunggal kepada pasangan doctor. Dia berkenalan dengan Rossie sewaktu mereka berdua end up Bersama di dalam sebuah bas semasa dalam perjalanan untuk ke kolej pada hari pendaftaran. Dan sejak itu mereka berdua Bersama sehingga la sekarang. Dia juga yang bantu Rossie dapatkan kerja dan sewakan bilik di apartmentnya untuk Rossie. Segalanya kisah mengenai Rossie dia sudah tahu. Termasuk la hubungan percintaan Rossie Bersama Ryan. Segala kejadian yang menimpa Rossie hanya dia sahaja yang tahu. Gabby dan Gina tidak tahu mengenai hal itu.

Susah sakit Rossie, Tania sudah nampak dan tanggung. Sebab itu dia sayang sangat pada rakannya ini. Tidak terbayang dia jika suatu hari nanti mereka berdua berpisah. Dia tidak boleh membayangkan bagaimana perasaannya pada masa itu.

           "Putuskan saja la hubungan kau orang ni...sampai bila kau nak macam ni?Nak tunggu tulang kau patah riuk macam hari tu jugak ke?"

            "Kau ingat aku tak mintak ke...berbuih dah mulut ni ungkit benda yang sama depan dia...balik- balik lebam yang aku dapat"raung Rossie saat memejam mata kerana begitu sedih dan marah pada masa yang sama.

Nafas Tania naik turun hendak mengamuk. Tapi dia tidak dapat berbuat apa-apa mengenai hal ni. Bukan sekali dua kejadian ni berlaku. Sudah satu tahun setengah hal ni berlanjutan.

            "Bibir dalam kau tak apa-apa?Ada yang pecah tak?"Bersama perasaan simpati dan sedihnya dia pegang tepi pipi Rossie. Risau pulak kalau ada yang pecah ke luka dalam ke...susah pulak nak sembuh nanti.

             "Tak.."geleng Rossie sambil usik perlahan kesan luka di bibirnya.

             "Sudah...sini...kita tuam lebam kau tu...takut nanti kau tak boleh masuk kelas sebab lebam ni...dekat badan tak apa jugak.Ini dekat muka...habis orang tanya nanti.."ajak Tania sambil merangkul belakang badan Rossie dan jalan menuju ke arah dapur.

Rossie pun melentokkan kepalanya di bahu Tania masih lagi dengan esak tanggisnya.

               "Rossie...dengar cakap aku. Kau berhak dapat lelaki yang lebih baik dari Ryan tu. Bawa-bawa la bersabar. mungkin satu hari nanti kau dapat putus dengan Ryan tu..."

Rossie cuma mengeluh panjang. Termenung mengingatkan masa lal dan masa hadapan yang dia masih belum tahu apa yang terhampar buat dirinya. Dia juga teringat bagaimana caranya dia hendak putuskan Ryan tanpa buatkan lelaki itu menghantui hidupnya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience