Chapter : 41

Crime Completed 13688

Flashbacks

Setitis demi setitis darah yang membasahi tangan serta hujung pistol itu jatuh ke lantai. Di hadapan hamparan jasad yang luka berdarah kerana cedera di tembak dan di kelar. Masih tersisa tiga yang hidup antara rama-ramai di situ, Hayden pandang dengan dingin akan dua lelaki depan kakinya ketika itu.

              "Beritahu aku...apa alasan kau serang aku secara hendap macam ni?"soal Hayden dengan muka pucat lesinya kerana cedera dek kelaran yang terdapat pada lengan dan kesan tembakan di tepi kakinya. Walaupun tidak parah tetapi darah yang mengalir cukup banyak buatkan dia sedikit lemah.

             Lelaki pertama yang berambut nipis dan bertatu di seluruh badan tercungap-cungap mencari nafas dek pisau yang tercacak pada tepi kanan tulang rusuknya. "Kami hanya diarahkan untuk dapatkan kau!Hidup atau mati"

Hardin dan Noah yang berdiri di situ pandang akan lelaki tersebut dengan kening mencerlung.

           "Siapa?"tanya Hayden lagi.

Lelaki pertama bertatu itu batuk darah sebelum jatuh tumbang ke jalan tar itu tidak sedarkan diri sepenuhnya.

Air muka Noah dan Hardin yang keruh tadi sedikit kendur. Namun reaksi mereka tidak dapat di tafsirkan.

             Hayden kerling ke lelaki kedua pula. Dia masih mahukan jawapan siapa yang telah hantar orang untuk menyerang dia!Selain dirinya dan kawan-kawan dia, tiada siapa tahu dimana keberadaan dia. "Kau..beritahu aku siapa yang hantar kau orang ke sini?"

            "Kami tak tahu.."lelaki beranting-anting sebelah telinga itu. "Ketua kami hanya sempat beritahu kami ke sini untuk dapatkan tuan...dia kata tuan punca kenapa tempat mereka terdedah dan di serbu pihak berkuasa...ketua saya beritahu lagi, selain tuan tiada siapa tahu mengenai operasi rahsia mereka"jelas lelaki itu dengan susah payah kerana sebelah tangannya sudah di kelar hingga darah membasahi pakaian ketika itu.

Kenyataan tersebut buatkan hayden berkerut kening. Dia tidak faham kenapa dia yang dituduh sedangkan dia langsung tiada kaitan dengan kejadian serbuan ni. Agaknya ada orang dalam yang cuba musnahkan dia secara diam. Tapi siapa!

Takkan la rakan-rakan rapatnya pula?

             Hayden palingkan kepala ke Hardin dan Noah. Buat seketika dia agak curiga pada mereka berdua. "Kau orang berdua okay?"tanya dia cuba berbasa basi.

Hardin dan Noah dengan serentak mengangguk kepala.

            "Kau?"tanya Noah.

            Hayden pegang bekas lukanya yang sedang dalam kesakitan itu lantas tersenyum. "Benda kecik sikit je pun.."katanya.

End of flashbacks

Langkah kaki Hayden terhenti taktala matanya terpaut kepada seorang gadis yang sedang duduk di sebuah bangku di tepi laman kolej itu. Rossie Charlotte!

Hayden mengatur laju langkahnya untuk menghampiri Rossie taktala gadis itu bangun. Dia mula gelabah. "Rose!"jeritnya. Lansung tidak diambil kisah dengan mereka yang sedang lalu Lalang di kawasan laman kolej itu.

Serentak itu Rossie berpaling, kerana terkejut buku yang dipegangnya tadi terjatuh. Gadis itu mulanya terkejut, namun reaksinya berubah kepada hendak menangis.Dia tercebik-cebik berkerut kening mula mahu menangis!

           "Hai..."sapa Hayden taktala mereka berhadapan antara satu sama lain.

           Rossie mengetap bibirnya. Macam-macam perasaan muncul saat ini. Rasa terkejut, gembira, lega, tak percaya semua dah bercampur baur. "Awak datang."tanya dia saat hulur tangan mahu menyentuh Hayden.

           Hayden pun capai tangan Rossie, dia merapat ke gadis itu sebelum Tarik tubuh kecil Rossie ke dalam pelukan. Walaupun luka dan sakitnya masih ada, dia tidak peduli akan hal tu. "Sorry buat kau risau.."

Tanpa suara, Rossie sembamkan mukanya ke dada tu dan menangis. Menggeletar badan dia ketika itu kerana begitu lega dan sebak melihat kehadiran Hayden ke situ. Sepanjang malam dia tidak dapat tidur. Pejam saja terbayang perkara tidak elok. Sampai ke kolej dia terbawa-bawa perasaan risaunya.

Selepas seketika, Rossie jauhkan dirinya dari pelukan itu lantas menilik Hayden dari atas ke bawah. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa serba salahnya dia waktu itu. Kalau la dia tidak dengar kata Izack pasti Hayden tidak akan dalam bahaya.

            "Awak tak apa-apa?Cedera dekat mana-mana ke?"sentuh Rossie dengan perlahan ke lengan dan tepi muka tu bila perasan wajah Hayden pucat seperti orang sakit.

            Enggan buatkan Rossie risau, Hayden beri senyuman berlesung pipinya ke gadis itu. Sambil mengangguk perlahan dia berkata. "Aku okay. Jangan la risau."katanya sambil seka air mata dari pipi tu.

           Rossie terpaku melihat senyuman di bibir Hayden, Kalau la lelaki ni tahu hal sebenar, pasti bukan saja dirinya yang akan mati di bunuh tetapi semuanya. Gabby, Gina dan Tania akan dalam bahaya. Lagipun dia tidak tahu apalagi faham akan situasi yang sedang berlangsung ketika itu. "Macam mana kau boleh tersenyum dengan keadaan ni?"detik hatinya dengan sebak.

            "Dah habis kelas kan?"tanya Hayden sambil selak anak rambut yang jatuh di mata Rossie ke belakang telinga gadis itu.

Rossie mengangguk kepala.

             "Good. Aku perlukan bantuan kau.. ikut aku nak?"tangan Hayden kemudiannya melingkar kesekeliling belakang pinggang Rossie semasa dia pusingkan mereka berdua ke bangku dan capai buku yang terjatuh tadi dan berpatah balik ke arah sama dia gunakan untuk kesitu tadi.

             "Nak ke mana?"Rossie dongak memandang Hayden ingin tahu. Tidak reti hendak berehat apa Hayden ni?Tengok la muka tu...macam nak pengsan bila-bila masa je dia perhatikan.

            "Surprise.."bibir pucat Hayden mengukir senyuman meleret penuh muslihatnya. "Somewhere..."balasnya sebelum mengucup hujung hidung Rossie dengan perlahan. Disebabkan dia hendak lakukan sesuatu, pertama sekali adalah pastikan keselamatan Rossie secure. Takut nanti ada yang gunakan kelemahan dia untuk kenakan dia semula!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience