Dengan resah, Izack berdiri di dinding menghadap pintu bilik yang menempatkan Hardin. Air mukanya jelas beritahu dia pun ikut susah hati. Keluhan demi keluhan lepas dari bibirnya buat kesekian kalinya. Renungannya terarah pada lantai di bawah kaki. Saat termenung dia memikirkan apa yang dia patut lakukan selepas dapat tahu bagaimana kemalangan ni boleh terjadi.
Siapa sangka orang yang patut di buru selama ini bukan la Hayden. Tetapi sebaliknya rakan mereka sendiri iaitu Noah. Lelaki yang selama ini jadi punca kenapa Hayden sering menjadi sasaran pihak berkuasa. Alasan dia hampir susahkan hidup lelaki yang dia sudah anggap seperti abangnya sendiri.
Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa dilemanya perasaan Izack ketika itu. Tersekat di antara tanggungjawab dan juga ikatan persahabatannya.
Bunyi tapak kaki berjalan kedengaran dari hujung koridor tidak lama kemudian. Izack yang hafal bunyi derap langkah itupun perlahan-lahan palingkan kepala. Selepas menunggu buat sekian lamanya akhirnya dia melihat wajah serius dan tegang itu dari jauh.
Lelaki lampai berkot hitam dan gadis berkot labuh beige itu di pandang Izack dengan renungan sedih dan susah hatinya.
"Apa yang dah berlaku Zack?"tanya Hayden serta merta setelah berada di hadapan Izack.
Rossie di samping Hayden hanya buat muka tanpa emosi tetapi dengan renungan tidak suka.
"Aku tak tahu...apa aku tahu masa aku buat deal dengan orang, anak buah Hardin call aku yang dia kemalangan selepas kereta yang dia pandu jatuh dalam gaung lewat malam tadi"beritahu Izack.
Dada Hayden naik turun dengan deras, dia mengepal penumbuk menahan sabar. Tanpa berlengah terus dia gerak ke arah pintu bilik rawatan Hardin. Meninggalkan dua orang itu sendirian di koridor tersebut.
Masuk sahaja Hayden ke dalam bilik itu, Izack terduduk di situ dengan sebelah kaki ditegakkan. Tangan kanannya naik merenggut rambut dalam keadaan tertekan.
Sementara Rossie pandang Izack dengan renungan dinginnya. "Awak ke pelakunya?" tanya dia yang curiga akan ejen rahsia dihadapannya itu. Mana la tahu Izack arahkan polis atau orang berkuasa untuk susahkan Hardin.
Izack terdiam di situ dengan renuangan termenungnya ke lantai.
Melihat keadaan devastated Izack buatkan Rossie melepaskan dengusan tak percayanya. Sambil tersengih mengejek, dia berkata. "Hentikan lakonan awak ni..ianya tiada guna pada saya..."Dasar penyamar!Ingat dia nak tertipu lagi ke! Jangan mimpi!
Kepala Izack mendongak ke atas, lelaki tu pandang Rossie dengan kening berkerut tidak puas hati. "Bukan aku"lafaznya dengan jujur. "Dan aku betul-betul maksudkannya."
"Oh really?Awak maksudkan yang awak tak sakiti Hardin atau berpura-pura yang awak susah hati?Mana satu?"tanya Rossie lagi. "Yang nak sedih tu kenapa...bukan ke awak mahukan semua ni terjadi..."matanya mula berkaca.
"Dua-dua.."jawab Izack dengan lirih.
"Kalau saya beritahu awak sesuatu... adakah awak percayakannya.."tanya Rossie lagi saat tunduk memandang wajah serabut Izack itu. Giginya di ketap erat hendak elakkan dirinya dari naik angin di situ.
"Apa dia?"
Sambil tersenyum sedih, Rossie lentokkan sedikit kepalanya lalu berkata.
"Awak target pada orang yang salah." beritahunya. "Adakala tu...perasaan benci menguasai diri kita sampai dah tak boleh nampak mana yang salah...mana yang betul."
Masa itulah Izack perlahan-lahan bangun. Dia tolak dirinya dari dinding tu mendekati Rossie. Dan sebaik dia berdiri di depan gadis itu, kedua-dua belah tangan itu dipegang dengan erat.
"Kalau awak cakap macam tu...ini kan lagi saya yang hadap semua ni...awak ingat saya tak rasa serba salah ke?"desis Izack. "Memang pada awalnya semuanya hanya pura-pura tapi pada masa yang sama, saya terkesan juga setelah Bersama dengan mereka?"
Tanpa menolak tangan Izack, Rossie malah balas kenyataan tu. "Kalau awak dah tahu...patutnya awak berhenti dari awal...ini tidak kerana ego dan kedegilan awak tu awak nekad untuk teruskannya. Dan hampir membunuh orang yang tidak sepatutnya... " bisik Rossie pula.
Mata Izack gerak kanan dan kiri menilik renungan Rossie terhadap dia waktu itu. Melalui renungan itu jelas beritahu dia sesuatu. "Awak dah jatuh cinta pada Hayden..."lafaznya sewaktu menyedari hal tersebut. Namun dia tidak terkejut. Sedangkan dia yang berkawan dengan Hayden pun mudah terpengaruh dengan peribadi Hayden. Inikan Rossie. "Awak dah tahu dia macam mana;..."
"Ha'ah...kalau saya dah jatuh cinta pada Hayden..apa awak nak buat?Rampas saya dari dia?"
Jawapan itu membuatkan tangan Izack melurut jatuh dari bahu itu. Lantas dia perlahan-lahan mengundur ke belakang. Bahunya jatuh hilang semangat. "Bagus la kalau macam tu.."ucapnya separuh rela. "Dia lelaki yang baik...awak layak Bersama dengan dia..."
"Kalau macam tu hentikan semua ni dan jauhkan diri awak dari Hayden...saya dah tengok lebih dari cukup. Jangan tambahkan lagi."pesan Rossie buat kali terakhir sebelum berpaling dari situ. Gadis itu masuk ke dalam bilik rawatan untuk menyertai Hayden.
Maka tinggallah Izack seorang di koridor itu dengan perasaan dia yang berkecamuk.
Share this novel