Chapter : 71

Crime Completed 13688

Pantas Rossie memalingkan kepalanya ke arah katil. Memandang Hayden di situ.

         "Kalau aku mintak kau stay dengan aku...adakah kau akan tetap bertegas hendak meninggalkan aku?" tanya Hayden lagi dengan nada mendatar dan renungan dinginya. Kedua-dua tangannya berada di lutut tidak berdaya.

Untuk beberapa saat Rossie taken aback dengan postur badan Hayden. Lelaki itu kelihatan seperti mahu mengamuk, tapi pada masa yang sama lelaki itu seperti mahu menangis. Namun dari renungan mata itu Hayden seperti kecewa. Tetapi air muka lelaki itu tidak dapat di tafsirkan.

          "Kalau awak dah buat pilihan awak... saya pun dah buat pilihan saya Hayden.." beritahu Rossie akhirnya.

Rahang Hayden berketik. Mahu menangis dia di situ. Kalau Rossie tinggalkan dia, Hardin tinggalkan dia, dan bila tiba masanya ayahnya pula akan meninggalkan dia. Dengan siapa dia akan teruskan hidup nanti selepas dia tinggalkan semua ni!?

           "Beritahu aku...tak pernah ada sedikit ke perasaan sayang atau suka kau terhadap aku selama ni?" tanya Hayden lagi dengan nada sedih yang dikawal semampunya.

Sebak Rossie bila dengar. Gila tak sayang!Mesti la suka!Malah separuh mati dia cintakan lelaki dihadapannya ini. Sebab itu dia takut!Takut disakiti lagi sekiranya sesuatu terjadi pada Hayden. Terasa dia mahu menangis di situ, Rossie cepat-cepat gigit bawah bibirnya.

             "Hayden, saya-"

             Mata Hayden mula kemerahan. Dia pandang dengan kening mencerun hendak menangis tetapi tidak. "Jangan bencikan aku..."mintanya dengan perlahan. "Aku tak kisah kalau seluruh manusia dalam dunia ni bencikan aku...tapi jangan kau.."

Rossie bungkam di situ pandang Hayden. Mana sampai hati dia hendak bencikan Hayden. Sekarang ni dia hanya ada Hayden saja. Tapi lelaki ini perlu buat pilihan. Dia tidak sanggup untuk hidup dalam ketakutan dan dirundung rasa risau sepanjang masa.

           "Hayden...jangan buat saya macam ni...awak tahu saya tak boleh teruskan hidup bersama dengan awak kalua awak terus libatkan diri dengan kegiatan haram semua ni.."beritahunya dengan sesak di dada mahu menangis.

            "Habis tu kau tak fikir aku!Kau ingat aku nak ke hidup dalam dunia macam ni selamanya!Kau ingat senang untuk aku hapuskan semua yang pernah aku buat!Aku pun nak rasa happy jugak!" Hayden meledak. "Ini pertama kalinya aku fikir tentang diri aku lebih dari sesiapa!Dan bila aku buat macam tu kau tak terima aku!Aku dah lepaskan semuanya demi kau!Kenapa kau tak boleh nak terima aku!"luahnya seberang mungkin.

Terkedu Rossie di situ. Air mukanya jatuh serta merta.

             "Aku cuba yang terbaik untuk semua orang. Senangkan hati semua orang!Penuhi semua permintaan dia orang!Pertahankan semua orang walaupun aku tahu dia orang nak aku mati. Bantu semua orang walaupun aku sendiri perlukan bantuan! Tapi apa yang aku dapat untuk semua tu!Pengkhianatan!Kawan baik aku sendiri nakkan aku mati. Kawan baik aku mati!Anak buah aku mati!Semuanya musnah. keluarga aku satu persatu tinggalkan aku!Dan sekarang bila aku nak happy!Orang tak nak terima!" Hayden berkata sambil melemparkan tangan kanan dan kiri dengan marah.

Tanpa disedari oleh Hayden sendiri, dia sudahpun mengalirkan air mata. Wajah dan mata kemerahan!

          "Dan sekarang lepas aku buat keputusan untuk tinggalkan semua ni..kau masih jugak tak boleh terima aku dalam hati kau...kau nak aku apakan lagi!Nak tunggu aku mati?Macam tu?"dia pandang ke Rossie saat gadis itu mendekatinya.

Lantas kasar-kasar Hayden cengkam rambut menggunakan kedua-dua tangan dan tunduk meletakkan siku di atas lutut. Serabut dia!Rasa macam nak mati pun ada!

Perlahan-lahan satu tangan muncul di atas. Memegang tangan yang merenggut rambut itu untuk dileraikan. Dan bila Hayden terasa sentuhan itu, dia pun turunkan tangan ke bawah sebelum dongak memandang ke atas dengan air mata bergenangan di kelopak.

           Rossie di situ. Berdiri di depan Hayden yang sedang duduk atas katil menghadapnya. Sambil tersenyum dia bawa tangannya naik untuk menyeka air mata dari pipi Hayden. "Betul ke awak dah berhenti?"keningan berkerut mahu ikut menangis. Tersentuh yang amat sangat.

Soalan itu buatkan Hayden mencebik bibir lalu sandarkan dahi ke perut Rossie sebelum mengangguk kepala. Sedihnya dia taktala mengenangkan semuanya yang terpaksa dia lepaskan. Dia sayang dengan dunia mafia dia. Tapi kalau meninggalkan dapat buatkan Rossie gembira, dia tidak peduli apa-apa lagi.

           "Aku tinggalkan semua tu untuk kau..."nangisnya. Habis keluar suara jantan dia meraung. Sumpah! Terkilan dia macam kematian haiwan belaan kesayangan!Sedih teramat sangat!"Jadi jangan la tinggalkan aku...aku tak nak kau pergi..."raung Hayden semahunya di situ sambil dongak memandang Rossie. Dia dah tidak peduli imejnya bagaimana lagi. Dia terdesak sangat. "Tolong la Rossie. Stay untuk aku...terima aku...cintai aku...."

Saat Hayden dongak memandang dirinya, Rossie menguak rambut depan Hayden ke belakang lalu di seka air mata yang membasahi pipi tu. Hayden tidak tumpah seperti anak kecil meraung minta di pujuk. Buatkan dia yang lihat tersenyum senang apabila mengetahui sanggup pilih dia dari semua ni.

Masakan dia tak nak bersetuju!

           "Kasih diterima Hayden..."ucap Rossie sebelum tunduk mengucup tengah dahi Hayden yang sedang menangis waktu itu. Dia peluk rapat kepala itu ke dadanya.

Inilah yang dia nak dengar.

            Hayden apa lagi, lepas dengar saja kata-kata itu, dia tarik Rossie duduk diribanya dan membenamkan wajahnya ke ceruk wajah itu dengan pelukkan yang erat. "Jangan cakap lagi kau nak tinggalkan aku.."rajuknya dari balik leher Rossie.

Ketawa kecil lepas dari Rossie kerana dia kegelian akibat nafas Hayden saat lelaki itu bercakap. Comel je Encik Mafia seorang ni! Dia tak sangka rasa benci dia boleh buatkan dia suka pada Hayden. Nampaknya lepas ni tak dapat la dia nak larikan diri!

            "Saya janji."lafaz Rossie sambil hayun badannya kanan dan kiri saat memeluk Hayden dan menggosok belakang badan itu pada masa yang sama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience