Ketika itu Hayden yang sedang tunduk memandang skrin telefon berkerut-kerut hidung kerana tidak selesa. Jadi dia palingkan kepala ke sebelah. Lengan Rossie yang ada di arm rest kerusi di capai. "Hey.."panggilnya setelah itu.
Masih menulis apa yang dia notakan, Rossie mengangkat kepalanya dan pandang ke sisi. "Hmph?"balasnya sebelum sempat memandang wajah Hayden. Sekali selepas dia pandang keningnya terangkat tinggi. "Hayden....awak okay tak ni?"tanya dia dengan kalut sondong ke tepi dan picit hidung Hayden.
"Huh?"kening Hayden terjungkit tinggi. "Kenapa?"tangannya naik memegang tangan Rossie yang mecubit hidung dia dengan mengejut itu.
Sambil bangun, Rossie pandang ke Tania. Menghulur tangan meminta sesuatu. "Bagi aku tisu kau.."
Tania yang asyik memerhatikan Noah tadi laju tersentak dan lekas-lekas keluarkan tius dari begnya. "Nah..."dia sua plastik berisi tisu itu ke tangan Rossie. Terperanjat dia. Harap tak ada siapa perasan la! "Kenapa wei?"
"Ada apa?"tanya Noah dengan terkejut turut bangun mendapatkan Rossie yang ketika itu sedang berdiri di depan Hayden.
"Nose bleed.."beritahu Rossie semasa meletakkan beberapa helai tisu di bawah hidung Hayden. "Awak tak sihat ke?"tanya dia semasa perhatikan wajah Hayden.
Sambil mengesat hidungnya, Hayden menjungkit bahu tidak tahu. "Entah...rasanya okay je."jawab dia..
"Kau okay Hayden?Letih sangat mungkin. Maybe kita boleh stop discussion kita hari ni.."aju ketua kumpulan yang turut bangun hendak pastikan keadaan Hayden.
Mereka semua mengangguk kepala setuju dan mengiyakan kata-kata ketua kumpulan mereka ketika itu. Hayden yang nak menolak terpaksa ikut bila Rossie menegah dia dari bersuara.
"Sorry ya.."ucap Hayden kepada ahli kumpulannya di situ sewaktu mereka mula berkemas dan beredar seorang demi seorang keluar dari bilik itu.
Namun dibalas dengannsenyuman dan lambai 'tak apa' oleh mereka.
Noah perhati je tingkah Hayden waktu itu. Dia macam nak cakap something, tapi tak terluah. Maka dia diamkan diri sahaja.
"Jom la..ke tandas...cuci semua ni.."ajak Rossie. Habis terkena pada baju kemeja tu. Sudah la warna putih!
Melihat layanan ROssie terhadap dirinya itu, Hayden tersenyum lebar hinggakan lekukan lesung pipinya jadi dalam. Tapi dia tak cakap apa-apa, tak nak rosakkan mood baik Rossie. "Thanks."ucapnya setelah itu.
"Dah besar pun ada nose bleed...tak malu."komen Tania semasa perhatikan Hayden renyuk tisu yang kotor dengan kesan darah itu.
Naoh apa lagi, dia terus membidas. "Ini bukan soal dah besar ke budak ke apa...dah hidung tu nak berdarah...nak buat macam mana..."
"Ada saya cakap dengan awak ke?"
"Memang la tak ada...masalahnya kalau dah dungu tu jangan tunjukkan sangat..."
Menjeling tajam Tania dengan jawapan itu, dia pandang tak puas hati ke Noah!Sejak dia cakap jangan dekat dengan diri dia!Layan dia terhadap Noah semakin menyakitkan hati!Kalau dulu lemah lembut je!!
Rossie jalan di samping Hayden, membantu lelaki itu pegang buku teks dan beg laptopnya buat tidak hirau akan perbalahan dua orang itu. Hairan dia kenapa Tania dan Noah mula tidak mesra seperti kebiasaanya. Entah apa isu mereka pun dia tak tahu! Nak kata jangan dekat, Tania kawan dia, nak suruh jauh, Izack, Hardin dan Noah selalu berkepit dengan Hayden. Hendak ditegah macam mana pun dah tak tahu!
Akhirnya Rossie biarkan saja rakan-rakan dia bergaul dengan geng Hayden!
Hayden di situ curi-curi palingkan kepala ke sisi, melihat Rossie dengan lama. Masakan tidak, ianya ibarat mimpi buat dia. Dulu dia hanya perhatikan saja dan berharap Rossie ada si sisinya. Dan sekarang apa yang dia mahukan telah terjadi! Agaknya dapat ke dia teruskan semua ni?
Adakah Rossie akan Bersama dengan dia sampai ke akhirnya?
"Rose?"panggil Hayden semasa mereka berempat jalan merentasi koridor. Mahu menuju ke tandas berdekatan.
Rossie pun palingkan kepala. Memandang dengan mata bulatnya. "Kenapa?"
Sambil tersenyum, Hayden rangkul bahu Rossie sebelum memberi kucupan di tepi kepala tu. "Terima kasih sebab percayakan aku.."ucapnya setelah itu.
"Hmph."Rossie mengangguk kepala dengan senyuman nipis di bibir! Dia bukan tak percaya, dia cuma takut!Takut disakiti dan tersakiti!
"Alah...mula dah nak sweet...bersemut la aku!"sakat Noah dekat belakang.
tersentak Hayden dan Rossie dari dunia mereka. Lantas mereka berdua palingkan ke belakang memandang Noah yang bermasam muka seperti Budak-Budak tadika di rampas gula-gula kapasnya.
"Asal?Jelous ke?Kalau jelous..tu hah..sebelah tu ada.."balas Hayden tanpa menurukan tangannya dari bahu Rossie.
Menjegil bulat lata Tania bila dengar. Dia pandang ke Noah dengan ngeri. "Tak nak saya!"
"Awak ingat saya nak ke!"cebik Noah dengan jengkel sambil menjuling mata menyampah!
Rossie yang lihat tingkah Tania dan Noah hanya menggeleng kepala tidak percaya. Ada-ada sajala dua orang tu!Kalau suka bagi tahu!Kalau tak suka bagi tahu!Kan senang!
Share this novel