"Apa bendanya?"tanya Hardin yang mengeratkan pelukannya ke sekeliling bahu itu.
"Beritahu la dia..."gesa Tania saja nak sakat Gina. Kan semua ini idea kawannya.
Gabby buat muka sambil mencebik bibir beri isyarat pada Gina.
"Umm...itu.."gagap Gina teragak-agak. "Saya...eh bukan..kami bertiga.."sebut dia satu persatu sambil tilik wajah semua yang ada di sekelilingnya. "Sebenarnya...umm... kami ni-"
"Apa yang umm..umm..cuba la cakap sampai habis..geram pulak menengoknya." bebel Izack dengan kening berkerut.
Gabby yang terasa dengan cara Izack cakap dengan Gina menyiku tulang rusuk lelaki itu dengan siku kirinya. "Hei!Cakap tu elok sikit eh....dia kawan aku!Selain aku tak ada orang lain boleh marah dia. Berani betul nak marahkan dia."sungutnya.
"Auw!Kau apahal perempuan!Puas hidup sangat ke?"Izack pegang tempat yang disiku Gabby dengan mata menjegil bulat.
Gabby acah-acah mahu menumbuk Hardin.Geram dengan lelaki itu.
Hayden yang perhatikan hanya mampu menggeleng kepala. Riuh betul la mereka ni. Tak patut dia cadangkan mereka menjadi pasangan kawan-kawan dia hari tu!
"Apa bendanya Gina...kau perlukan apa-apa ke?"Jika Rossie ada pasti gadis itu yang akan lakukan sendiri?
"Isy..susah la kau orang ni"marah Tania kerana geram. "Ni hah...Gina cadang..nak belanja awak semua makan sebagai tanda terima kasih sebab tolong selamatkan Rossie."
Kata-kata itu buatkan semua lelaki di sekeliling mereka tersentak. Agak terkesan dengan ajakan tersebut.
"Kita orang tahu kita orang bukan anak kaya yang boleh bayar benda mahal untuk kau orang...still...kau orang selamatkan Rossie nak tak nak kena la kita orang buat sesuatu bagi pihak dia.."tambah Gabby acuh tak acuh.
Gina yang kelu dekat situ mengangguk kepala sambil tersenyum paksa. Dia masih belum terbiasa sangat dengan geng Hayden ni. Segan ada...malu pun ada
Air muka Hayden dan kawan-kawannya berubah selepas dengar. Mereka jadi malu sendiri sebab kawan-kawa Rossie fikir mereka ni orang baik yang telah selamatkan Rossie. Walhal kenyataannya, Rossie dalam bahaya sebabkan Rossie ada kaitan dengan Hayden. Lagipun tangan mereka ni sudah kotor dengan darah orang yang mereka telah bunuh.
Jadi bila ada yang offer nak berterima kasih pada mereka selepas apa yang mereka lakukan, ianya bukan la hal yang mereka patut banggakan.
"Tak apa...hal kecik je..kau orang tak payah susah-susah."tolak Hayden.
"Eh..mana boleh. Rossie ajar kita orang...sebesar mana sekecil mana sekalipun kebaikan yang orang dah beri pada kita, kita kena balas semula sebagai tanda penghargaan. Kalau dia ada sekarang..Rossier mesti akan buat hal yang sama.."bantah Gina.
Gabby dan Tania mengangguk kepala.
Tangan Hardin turun dari bahu Gina sebaik mendengarnya.
Noah tersenyum handsome.
Sementara Izack menyilang tangan ke dada.
Terdiam Hayden di situ. Buat seketika dia termenung ke satu arah tanpa sebab. Teringat terus dia akan malam dirinya di selamatkan Rossie dulu. Dan juga momen dimana Rossie baring di sebelah katil saat mendermakan darah untuk dia.
"So...memandangkan masih ada baki lagi dua hari sebelum kita orang break dengan kau orang..aku bagi kelonggaran untuk berdamai dengan kau.."ujar Gabby apabila keadaan di situ senyap buat seketika.
Izack buat muka tidak suka. "Kau?Nak berdamai dengan aku?Tak payah. Kejap lagi aku cakap sikit kau nak menyentap.."cebiknya dengan menyampah.
"Nak buat macam mana,,,dah muka kau tu buat aku jengkel."balas Gabby pula.
Ketika dua orang itu bergaduh, Noah pegang belakang badan Tania dengan perlahan. "Siapa yang belanja?"tanya dia.
Kepala Tania dengan pantas toleh memandang Noah. Dia tersenyum ikhlas. "Masing-masing belanja. Saya belanja awak dengan Hayden. Gabby belanja Izack...Gina belanja Hardin."jawabnya.
Kenyataan itu membuatkan Hardin merangkul bahu Gina semula. "Oh really?Kalau macam tu saya boleh makan banyak-banyak la ni?"tanya dia dengan bersemangat.
Gina berkerut kening. "Kalau ya pun tak payah lah peluk...awak tu dah la berat.."
"Alah...tak apa...bukannya selalu. Lagipun kau kan pasangan aku..apa salahnya."sengih Hardin sambil menjungkit-jungkit kening.
"Dah la jom gerak...kita ada kelas ni. Lepas habis kelas nanti kita keluar makan sama."ajak Hayden setelah itu. Dia jalan ke hadapan terlebih dahulu. Meninggalkan mereka yang bertekak tiada habisnya itu.
Dengan serentak mereka bertujuh jalan dalam dua barisan dengan pasangan di samping-samping. Menggamit perhatian pelajar-pelajar yang lalu lalang disitu kerana tertarik dengan visual yang dimiliki setiap seorang di situ.
Share this novel