Flashbacks
"Esok...aku dengan Noah sendiri yang akan jemput kau orang berdua dari apartment."beritahu Hayden sewaktu lelaki itu menaip sesuatu di skrin telefon milik Rossie.
"Perlu ke?"tanya Rossie saat cuba merampas telefonnya supaya lelaki itu tidak mengambil nombor telefonnya. Suka hati je buat keputusan sendiri tanpa persetujuaannya!
"Mesti la...kan kau orang sudah pun menjadi pasangan kita orang...semua gadis yang Bersama kita orang akan diberi layanan istimewa seperti kau orang.."beritahu Noah setelah selesai menyimpan nombor telefonnya ke dalam telefon Tania.
Kening Tania berkerut tidak suka, semasa mengambil telefonnya dari tangan Noah. "Tak perlu la susahkan diri untuk jemput kami berdua, saya ada kereta dan boleh drive sendiri"tolaknya.
"Pasangan apa yang awak maksudkan hah?"soal Rossie mendongak ke Hayden dengan berani. "Pasangan scandal?Atau hanya sebagai perhiasan awak ke hulu dan ke hilir macam perempuan yang sebelum-sebelumnya?"
Mata Hayden terus tunduk memandang Rossie. Tanpa disengajakan dia terpandang akan bibir itu. "Aku tak suka ada teman wanita atau komitmen...so maksud kau tu betul la...hanya pasangan semata sahaja. Untuk seminggu..jangan risau...lelaki macam kita orang ni cepat bosan..mana tahu lepas tiga hari aku taknakkan kau lagi."
Sentap Rossie mendengar kata-kata itu. Patutnya dia tidak kisah, tapi entah kenapa dia sedikit kecewa dengan kenyataan Hayden itu. Dia pandang Hayden lalu ke Noah silih ganti dengan kening mencerlung.
"Ha'ah...entah-entah tak sampai sehari agaknya kau orang tahan jadi pasangan kita orang..."tambah Noah Bersama sengih meleret jahatnya.
Cepat-cepat Tania rangkul lengan Rossie. "Dah la jom kita balik...buat sakit hati je la!"ajaknya.
End of flashbacks
Seperti di atas permintaan Hayden, paginya itu Rossie tidak tumpeng naik kereta dengan lelaki itu. Dia malahan beritahu Tania yang dia akan keluar awal untuk ke kampus supaya tidak bertembung dengan lelaki itu sewaktu Noah dan Hayden daang ke apartment mereka nanti.
Jadi seawal jam 7 pagi Rossie telah bersiap sedangkan kelasnya bermula jam 8 pagi. Seusai dia siap, dia naik uber dan terus ke kampus. Masuk ke dalam bilik kuliah dan duduk sendirian di situ tanpa mengisahkan akan Hayden yang mungkin akan tunggu dia nanti. Sebelum bertolak tu sempat la juga Rossie berpesan kepada Tania untuk maklumkan hal tersebut kepada Hayden nanti.
Tidak cukup dengan itu, Rossie siap block nombor yang Hayden telah save di dalam senarai contact dia. Masakan tidak, lelaki itu tidak berhenti menghantar dia pesanan berulang kali sehingga larut malam. Tidak tahan,dengan gangguan Hayden, itu la sebabnya dia terus block!
Kebetulan pula Tania tidak satu kelas dengannya untuk hari itu kerana gadis itu tidak mengambil subjek elektif seperti dirinya. Maklumla, hidup bergantung dengan biasiswa ni perlukan gred dan GPA yang cantik untuk kekalkannya. Nak tak nak Rossie ambil dua subjek tambahan bagi menaikkan lagi gred dia.
Untuk membuang masa menunggunya, Rossie luangkan kelapangannya dengan membaca slot kuliah dan buat sedikit nota awal sebagai persediaan. Punya khusyuk dia membaca dan mencatit, kerusi kosong yang ada di situ mula satu persatu di duduki para pelajar. Namun tiada sesiapapun yang ambil tempat di sebelahnya kerana dia duduk di penjuru kelas itu.
Seakan alam semesta mendengar akan dia berfikir mengenai dia duduk sendirian di situ, seseorang muncul di sebelahnya dan duduk di kerusi kosong tersebut. Dengan pantas kepala Rossie berpaling mengalihkan perhatian dari bacaannya.
Tanpa sedar pen yang ada di tangan digenggam Rossie kerana dia cuba mengawal dirinya untuk tidak kelihatan jengkel di situ. Tetapi tidak lama, selepas itu dia tunduk memandang skrin laptopnya semula.
Sambil melentokkan sedikit kepala ke tepi, orang itu bertanya. "Ada orang duduk ke dekat kerusi ni?"tanya orang itu yang jelas-jelas kerusi itu sudah didudukinya.
"Look like it now."jawab Rossie tanpa memandang ke arah orang itu, sedaya upaya dia fokus pada catatan di buku nota ketika itu walaupun dia nak sangat cakap.
"Yeah ass-wipe, kau tengah duduk dekat atas kawan imaginasi aku, so apa kata sekarang bangun dari situ dan berhambus supaya dapat baca nota ni dengan aman tanpa di ganggu..". Tak nak sakitkan hati orang, dia hanya buat tak tahu sajala. Luahkan semua katanya di dalam hati!
Orang itu bawa kaki naik ke atas kerusi yang ada di barisan mereka dan bawa kedua-dua tangan ke belakang kepala. "Asal kau tak tunggu aku dekat apartment tadi?Nombor aku pun kau block."
Tangannya yang sedang menulis terus berhenti dari bekerja selepas dengar. Dadanya sudah berdenyut-denyut sakit menahan sabar sakit hatinya. Kenapa la lelaki ni tak boleh berhenti dari ganggu dia! Memangnya dia hutang apa lagi?Semalam dia dah bayar duit makan kan?Sampai habis duit belanja dia untuk minggu ni!
Pertanyaan Hayden tidak dihiraukan Rossie sehingga pensyarah berjalan masuk ke dewan kuliah itu. Yang mana telah buatkan Rossie tanpa sedar melepaskan nafas leganya kerana tidak lagi perlu mendengar akan bicara Hayden.
Buat 10 minit pertama, sesi kuliahnya berjalan Rossie mula panas punggung. Walaupun perhatiannya dia hanya di talakan ke papan putih dan skrin laptopnya. Tapi itu la...dia perasan, kerap jugak Hayden palingkan kepala memandang dia dan jenguk kepala untuk lihat apa yang ada di skrin laptop sebelum pandang semula ke pensyarah. Sekali, dua tu tak apa la jugak ka.dia masih boleh tahan lagi.
Lepas masuk kali keenam, Hayden buat perkara yang sama, takat didihnya meledak. Perasaan jengkel dan rimasnya meronta mahu keluar!
"Can you stop doing that?"bisik Rossie dengan keras sambil mata menjegil bulat ke Hayden. Tak nak tarik perhatian sesiapa sebab masa itu pensyarah sedang beri penerangan di hadapan,
"Apa?"
"Saya cakap...boleh tak awak hentikan apa saja yang awak lakukan sejak tadi?Nak saya ejakan jugak?"
Mata Hayden berkedip dua kali seakan lelaki itu cuba memproses apa yang Rossie katakan kepadannya. Dia menyilang tangan ke dada. "Kurang ajar kau kan.."
Rossie melepaskan dengusan kecil hendak ketawanya. Lepas apa yang Hayden buat, lelaki tu masih lagi berani gelar dia kurang ajar?
Fine!Kalau lelaki tu tak nak pindah, biar dia je yang pindah! Semua barang yang ada dekat situ di susun sebelum dia bawa sama ke seberang barisan kerusi yang kosong di situ. Meninggalkan Hayden sendirian.Yang mana membuatkan beberapa orang pelajar pandang dengan kekecohan yang dia buat.
Disebabkan Hayden enggan cari pasal dekat situ, dia terpaksa diamkan diri dan sekadar memerhatikan Rossie berpindah dari situ. Tercabar ego dia sebagai seorang lelaki kerana sikap dingin Rossie terhadap dia. Biasanya tidak sampai satu hari saja dia boleh buatkan gadis tangkap cintan pada dia. Tidak Rossie. Gadis itu dari spesis aneh!
Setelah selesakan diri di tempat duduk barunya, Rossie akhirnya dapat menyalin nota dia dan fokus pada kelas itu sepenuhnya dan tidak hiraukan Hayden atau kerling akan lelaki itu sehingga la kelas tamat.
Share this novel