Ketika orang lain berjalan kaki masuk ke kawasan kolej atau mengenakan kereta biasa, muncul empat buah kereta mewah sport memasuki perkarangan. Kenderaan itu dipandu dengan selajunya tanpa peduli akan orang sekitar. Malah ia diparkir secara berbahaya ke tempat khas yang siap dikosongkan buat kumpulan itu.
Bugatti Veyron,Ferrari F430,Lamborghini Murciélago dan Hennessey Venom GT Spider berhenti satu persatu di situ. Menarik perhatian semua yang berlegar di sekitar tempat itu.
Setiap hari mereka akan disajikan dengan pemandangan kereta mewah yang dipandu oleh empat orang berpengaruh dalam kolej mereka. Empat orang yang merupakan anak-anak kepada ketua mafia dan gangster yang hidup di seluruh negara. Hairan juga sebenarnya pelajar-pelajar di situ, kenapa empat orang ini boleh bertemu dan berada di satu tempat yang sama.
Bukan sahaja membuatkan penghuni kolej takut, malah seluruh penduduk dan satu kawasan itu menjadi hot spot samseng di luar sana untuk cari pasal. Tapi tidak pernah Berjaya untuk sentuh atau sakiti mana-mana mereka berempat.
Izack Liam, anak kepada narkoda dadah terbesar, Luke Hardin anak kepada rakan kongsi ketua mafia berpengaruh di Itali, yakni rakan baik kepada ayah Hayden Mikhael dan akhir sekali Noah Darren, anak kepada penyeludup senjata dan bahan mentah penghasilan dadan paling dikehendaki.
Dengan serentak keempat-empat lelaki itu keluar dari kereta mereka. Dengan gaya masing-masing, mereka jalan melepasi para pelajar di situ seakan sedang memperagakan pakaian dan gaya, mereka di perhatikan oleh mata-mata yang tertarik apa mereka.
lalu muncul la pelajar perempuan yang merupakan pasangan mereka. Mula mengambil tempat di sisi setiap seorang di situ Bersama lenggok perasan bagus mereka. Ada yang di sambut dengan kucupan mesra, ada yang disambut dengan rangkulan erat ada yang muncul lalu mengucup pipi seorang dari mereka di situ.
Ada juga pelajar lelaki yang mengerling dengan perasaan iri, namun tidak lama. Sesaat kemudian mereka cepat-cepat larikan pandangan ke tempat lain kerana enggan cari pasal dengan mana-mana mereka di situ.
Masuk sahaja ke dalam bangunan, empat orang itu masuk ke dalam pintu lif untuk naik ke tingkat dimana bilik kuliah mereka berada.
Lapan orang memenuhi lif itu dalam sekelip mata.
"Aku dengar ketua dari Kumpulan King Scorpion mati malam tadi?"tanya Izack. "Kau punya kerja ke?" dia pandang ke Hayden yang merangkul bahu perempuan di sebelah sama seperti dirinya ketika itu.
Hardin tarik sengih meleret. Dia kerling ke belakang kepala Hayden. "Nampaknya ada orang yang buat kau angin"ujarnya hendak ketawa. "Kalau kau bunuh semua orang, tak ada la penyokong untuk ayah kau nanti.."Nampak je Hayden ni tenang di luar, tapi sebenarnya kawan dia yang jenis tidak cakap banyak adalah orang paling berbahaya!
" Dia yang mulakan dulu. Aku dah slow talk...tapi degil jugak."jawab Hayden.
"Stay down la dulu. Sampai kita habis final exam..kemudian baru la boleh menyetan sebanyak yang kau nak."beritahu Noah.
Walaupun mereka berempat anak mafia dan selalu buat kerja jenayah, rekod mereka sebagai pelajar boleh tahan jugak cemerlangnya. Kalau top student adalah Rossie. Mereka ada di bawah gadis itu. Bukan main tipu, tapi mereka usahakan semuanya sendiri, dari tugasan hingga termasuk la belajar. Mereka usaha sendiri. Jangan pandang sebelah mata. Kalau nak jadi jahat biar bijak dan pandai.. Supaya orang tak mudah ambil kesempatan!
DING!
Pintu lif terbuka, Hayden dan Noah keluar terlebih dahulu manakala gadis yang lain stay Bersama Hardin dan Izack kerana bilik kuliah mereka ada di tingkat lain. Tanpa berpaling atau memandang rakan mereka, dua sekawan itu atur langkah merentasi koridor sehingga tiba di depan pintu masuk dewan kuliah.
Kehadiran mereka berdua itu disambut dengan renungan beberapa orang pelajar. Elok kelas itu ada suara orang berborak dan saling bergurau senda, terus menjadi sepi setelah Hayden dan Noah gerak naik ke barisan kerusi yang ada di situ.
Duduk sahaja mereka berdua di situ, pada masa itu, dua orang pelajar perempuan ikut berjalan masuk. Dan mengambil tempat di barisan bawah betul-betul di hadapan mereka berdua.
"Hai Nia..."sapa Gabby dengan riang kepada Tania yang sudah duduk di kerusi biasa mereka berada setiap kali masuk ke bilik kuliah itu.
"Hai.."sapa Tania.
"Mana Rossie?"soal Gina pula sewaktu dia kerling ke kerusi tengah antara mereka di situ sewaktu duduk.
Hayden kerling ke tiga orang sekawan yang terkenal berkawan dengan pesaingnya. Kalau dalam dunia mafia, pesaing dia lain, kalau dekat kolej, pesaing dia juga lain.
"Tak sihat.."jawab Tania.
"Huh?Tak sihat?"Gabby membuat muka tergamam. "Serius sangat ke?Seingat aku la Rossie tu sakit macam mana sekalipun akan datang ke kelas...kalau dah begini gayanya macam teruk je.."
Noah kerling tepi muka Tania ingin tahu juga kenapa pelajar rajin dan straight A di batch mereka tidak hadirkan diri ke kuliah?Lain dari kebiasaannya.
Bersama senyuman nipis di bibir Tania menggeleng kepala. "Tak adalah...dia okay..cuma perlukan rehat je."dalihnya seyakin yang boleh.
Hayden yang tidak tengok muka Tania pun boleh tahu gadis itu sedang menipu. Jadi dia tersengih sinis sebaik mendengarnya. Kalau nak menipu tu jangan la obvious sangat.
"Oh ya?Okay. Nanti kita orang jenguk dia.."aju Gina kedengaran risau.
"Eh...tak apa...dia okay je.."tidak semena Tania menjadi kalut. Dia buat gelabahnya. Memang tidak la dia hendak izinkan Gabby dan Gina lawat Rossie. Muka kawannya itu masih bengkak. "Kau orang kan sibuktak payah la susahkan diri."
Dengusan kecil lepas dari Noah apabila dia terkutik melihat wajah cemas Tania yang tidak pandai menipu itu. Dia tersenyum sedikit sebelum keluarkan telefon dan scroll sesuatu di skrin. Bukan urusan dia untuk tahu masalah orang!
Hayden kemudiannya memejamkan mata. Dia sandar ke kerusi sambil menyilang tangan ke dada.
Anti betul la dia bila dengar tentang Rossie!
Kenapa?
Sebab yalah, tidak kira sekuat mana dia belajar, sekalipun dia tidak pernah dapat mengalahkan rekod gadis itu. Selama dia hidup, dia sentiasa di tempat pertama. Tapi muncul gadis bernama Rossie Charlotte di kolej itu. Segalanya terus berubah!Gadis itu sentiasa menjadi nombor satu dalam keseluruhan semester!Mengalahkan dia!Betapa tercalarnya maruah dia! Kalau gadis tu dalam masalah. Elok la! Kalau mati terus pun tak apa!
Share this novel