Asap rokok di hembus keluar sebelum dia bawah sekali lagi punting rokoknya ke mulut dan menyedut asap tersebut buat kali kedua dan dihembus sesaat kemudian. Dengan sabar dia berdiri di tepi jabatan kayu pelabuhan sambil di payungkan Noah. Hujan masih mencurah-curah membasahi bumi.
Izack yang sedang berdiri dengan beberapa lagi anak buah tidak berpayung. Mereka biarkan diri mereka basah di timpa hujan bersahaja. Tangan masing-masing berada di dalam poket seluar.
Waktu itu mereka semua sedang menunggu Hardin bawa orang yang mereka mahukan ke situ untuk urusan khas. Disebabkan hujan latihan bola keranjang mereka di batalkan. Menggunakan masa itu, Hayden arahkan Hardin dapatkan orang itu supaya ke sini.
"Lama lagi ke?"tanya Hayden kepada Noah yang sedang bercakap melalui telefon. Hardin di dalam panggilan. Sambil tu dia kerling ke jam di pergelangan tangan kirinya. Melihat waktu. Sebentar lagi dia perlu lawat Rossie memandangkan gadis itu telah sedar. Pihak hospital yang menghubungi dia dan maklumkan hal tu.
"Dah dekat"jawab Noah saat mendengar bait kata Hardin dalam panggilan itu.
Izack perhatikan Hayden dari balik hujan itu. "Perlu ke kita buat waktu hujan macam ni?"tanya dia.
Hayden tersentak saat khayal merokok memerhatikan air hujan yang turun dari payung atasnya itu. "Masa ni je jejak senang dihapuskan"beritahunya saat pandang ke Izack.
Saat Izack hendak membuka mulut dan berkata lagi, masa itu la sebuah kereta hitam berhenti tepat di hujung laluan jabatan kayu. Membuatkan mereka semua di situ palingkan kepala dan pandang ke arah kereta tersebut.
Yang keluar dari kereta itu Hardin terlebih dahulu, lalu tiga orang lelaki dari seat belakang. Lelaki lampai berkot labuh itu payungi dirinya dan jalan ke boot kereta. Dia buka boot itu sebelum tiga lelaki tadi tunduk mengeluarkan orang yang mereka tangkap dan culik tadi keluar dari situ.
"Datang pun.."beritahu Noah dengan sengih senang hatinya.
Hayden kecilkan matanya hendak jelaskan lagi pandangannya ke kereta itu. "Bancuh simen tu sekarang.."arah dia setelah Nampak kelibat orang itu.
"BAIK!"sambut anak buah Hayden di situ serta merta. Mereka ramai-ramai gerak dengan serentak. mengangkut bekas simen yang siap di sediakan dekat situ dan mula membancuh serbuk kelabu itu menjadi cecair likat.
"Sorry lambat..."ucap Hardin sesampainya dia di hadapan Hayden.
Mata Noah kerling ke Hardin.
"Asal kau lambat?"
"Cencorot ni larikan diri dan terbabas ke tepi jalan. Mujur sempat kejar.."beritahu Hardin sambil tunjuk akan lelaki yang terikat dengan tali sedang diheret tiga lelaki tadi ke hadapan Hayden.
Dengan renungan dinginnya Hayden pandang. Keningnya berkerut jengkel. Susah betul nak cari! Licik betul la Ryan ni. Sepadan la samgat dengan gelaran cencorot tu padannya.
"Lepaskan aku la b*ngs*t!"bentak Ryan! "Kau nak apa dari aku!"
Hardin kerling ke Ryan semasa lelaki itu menengking Hayden. Dia eratkan cengkamannya pada payung sementara sebelah lagi tangan di seluk ke dalam poket kotnya. Ngeri dia kalau Hayden tunjuk belangnya. Kasihan Ryan nanti.
Selepas ini tiada siapa akan tahu apa yang terjadi pada dirinya itu.
Izack datang mendekat dari arah tepi. Lantas menumbuk muka Ryan sekuat hati.
Bunyi 'crack' kedengaran.
Tubuh itu terbaring ke atas jambatan kayu sesaat kemudian.
BUK!
BUK!!
BUK!!!
Bersama dengan air hujan, darah mengalir keluar dari mulut dan hidung Ryan. Oleh kerana dia terikat, tumbukan Izack bertubi-tubi menghenyak muka dia tanpa henti.
Tangan Izack itu di perhatikan oleh Hayden,Noah dan Hardin tanpa sedikit pun emosi di wajah. Mereka perhatikan Ryan di kerjakan separuh mati di situ.
Setimpal dengan apa yang Ryan telah lakukan terhadap Rossie, kini giliran lelaki itu merasai penderitaan yang dia telah berikan kepada Rossie.
"Tuan...simen dah siap di bancuh!"laung anak buah tadi.
Noah dan Hardin tersentak. Mereka pandang bekas bancuhan simen itu lalu ke Hayden semula.
Hayden keluar dari teduhan payungnya sebaik mendengar makluman itu. Pisau yang tersemat rapi di kaki kanannya dia tarik keluar.
"Berdirikan dia." arahnya pada Izack selepas berdiri di depan mereka berdua.
Dengan mudah Izack cekau kolar baju Ryan dan tarik lelaki tu berdiri di hadapan Hayden. Sbil pegang lengan tu, dia pandang ke Hayden. Menanti apa yang lelaki itu bakal lakukan.
Muka Ryan bengkak-bengkak. Mata dan keningnya telah bengkak. Hidung dan mulutnya basah dengan darah yang mengalir lebat. Entah air liur entah air hujan, ia sama-sama mengalir ke dagu sekali.
"Aku dah beritahu kau kan tinggalkan Rossie sendirian?Still kau berdegil jugak nak dekati dia...sekarang tengok...apa yang jadi?"kata Hayden saat pandang muka yang tidak serupa seperti muka itu. "Kau patut berhenti sementara aku bagi kau peluang.."
Masih lagi dengan berani matinya, Ryan bergerak lalu melepaskan ludah ke muka Hayden. Berpuas hati dengan tindakannya, dia berkata. "Go to hell!"
Terpejam terus mata Hayden dek ludah itu. Dia raup wajahnya kasar-kasar menghapus ia dari wajahnya. Dan bila dia buka mata semula, renungan penuh api kemarahan membuak-buak dalam dadanya.
"As you wish!"lafaz Hayden sebelum mengelar leher Ryan hingga terpancut darah itu ke Udara dan mengenai muka basah Hayden,
Darah mengalir seperti air dari kesan kelaran tersebut. Mata Ryan terbutang luas, mulutnya dia buka tutup hendak bernafas tetapi gagal. Dan akhirnya tubuh itu longlai sebelum rebah di depan kaki Hayden.
Hardin, Naoh dan Izack menahan nafas tanpa mereka sedar. Sakit ngilunya seperti leher mereka pula yang disembelih. Tidak terbayang akan mereka sekiranya nasib mereka berakhir seperti Ryan.
Sambil membuat muka bengangnya, Hardin berkata. "Sumbat dia dalam tong besi...siram sekali simen tu sebelum kau humbam masuk dalam air.."
"Baik tuan!"sambut anak buah Hayden sekali lagi yang kemudiannya jalan mendapatkan jasad Ryan dan heret lelaki itu ke tong besi yang tersedia. Mereka lakukan tugas mereka dengan cekap dan mahir seakan bukan kali pertama mereka berbuat begitu.
Teringat yang dia perlu jenguk Rossie, Hayden pun berlalu pergi meninggalkan tempat tersebut.
Nereka yang lain menyusul tidak lama selepas itu.
!
Share this novel