"Oh my goodness!"lafaz Rossie saat ternganga dongak memandang rumah gergasi di hadapannya ketika itu. Dari laman sehingga la luas tempat itu hampir beratus kaki lebarnya. "Kita dekat mana ni?"
Hayden capai tangan Rossie sebaik dia pimpin gadis itu keluar dari kereta. "Rumah ayah aku.."jawabnya saat cengkam celah jari jemari itu dengan erat lalu dirangkul lengan itu ke dalam lengannya.
"Hah?Maksud awak...ayah awak...ketua mafia yang berbahaya tu?"tanya Rossie dengan mata bulatnya. Silih ganti dia pandang Hayden lalu ke pintu gerbang rumah itu.
"Mana kau tahu dia berbahaya?"tanya Hayden dengan sengih di bibir.
Rossie tunduk memandang ke bawah apabila mereka mendaki beberapa anak tangga sebelum tiba di depan pintu rumah itu. "Orang cakap?"bingung-bingung dia menjawab sambil tu.
"Siapa orang tu?Aku nak sangat jumpa dia...nampaknya dia macam ada yang tak puas hati dengan aku.."ujar Hayden saat dia disambut dengan pengawal yang berjaga di depan pintu itu. Mereka buka pintu tersebut untuk mereka masuk.
Terkedu dekat situ dengan soalan Hayden, Rossie pandang ke sekeliling buat-buat tidak dengar akan pertanyaan itu. Hairan dia kenapa Hayden tiba-tiba bawa dia ke mari. "Apa kita buat dekat sini?" pandangnya selepas itu ke tepi muka itu.
Hayden tidak jawab pertanyaan itu. Dia hanya bawa Rossie naik lif yang tersedia di tingkat bawah untuk ke tingkat tiga rumah agam itu. Tidak lama di dalam lif, mereka pun tiba di tingkat tersebut. Mereka berjalan lagi sehingga la tiba di hadapan sebuah pintu.
Masa Hayden pegang daun pintu itu, dia sempat berpaling ke Rossie dan berbisik.
"Ayah aku nak jumpa kau...dia tahu tentang kita."maklumnya.
Menjegil bulat mata bulat itu sebaik dengar."Hah?Nak jumpa saya?"dah kenapa pulak? "Dia nak marah ke?"tak pasal-pasal dia rasa nak terkucil dekat situ jugak!
Sambil tersengih, dengan berhati-hati Hayden tolak pintu itu ke dalam. Rossie di sebelah sudah memegang lengan Hayden dengan kedua-dua tangan dan bersandar pada tepi lelaki itu mencari perlindungan.
Sudah terbayang macam-macam dalam kepala Rossie ketika itu. Dia fikirkan ada orang bersenjata dan bermuka menakutkan penuh dalam bilik tu. Sekali lepas dia masuk sepenuhnya ke dalam ruangan itu, jururawat wanita yang dia nampak pertama sekali lalu diikuti katil pesakit yang terletak di tepi ruangan itu bersama dengan beberapa buah mesin perubatan.
Melihat kehadiran Hayden ke situ, jururawat yang bertugas menjaga ayah Hayden itupun tunduk pamit minta diri meninggalkan mereka di ruangan tersebut.
Rossie dekat situ tercengang untuk beberapa saat apabila nampak akan lelaki yang terbaring di atas katil dengan topeng oksigen di muka. Mata itu sedang terpejam. "Ayah awak-"sebutnya tidak habis.
Hayden menarik Rossie supaya berdiri sedikit rapat di tepi katil itu.
"Dalam dunia ni tiada siapa tahu ayah aku sakit. Kecuali aku. Kalau sesiapa tahu ayah aku sakit, musuh akan lagi suka salah guna kuasa mereka dan buat huru hara dekat tempat ni...tapi sejak kebelakangan ni..masa aku cerita pasal kau pada dia, ayah sedikit sebanyak menjadi stabil.."
"Ayah awak sakit apa?"mata Rossie naik turun perhatikan ayah Hayden. Lelaki itu langsung tidak kelihatan menakuktan apatah lagi berbahaya.
"Kanser kolon..."Hayden pandang wajah tuan ayahnya itu dengan renungan penuh kasih sayang. "Sejak dia sakit aku yang galas semua tanggungjawab dekat sini untuk pastikan semuanya berada di aturan yang sepatutnya...walaupun orang kata aku jahat dan macam-macam...aku tak kisah...sebab apa aku buat semua ni kerana permintaan ayah sendiri...dan aku bangga lakukannya untuk tengok dia happy."tambahnya lagi saat termenung.
Dengan pantas kepala Rossie berpaling ke sisi sewaktu mendengar bait kata Hayden. Agak terpempan kerananya.
Share this novel