Chapter : 9

Crime Completed 13688

Flashbacks

Tiga tahun lepas

Hujan turun sangat lebat pada malam itu. Dalam keadaan tercungap-cungap menahan sakit tikaman pada tepi perutnya ketika itu, Hayden sedaya upaya meredah hutan belantara menjauh dari tempat dimana dia telah di culik dan di sembunyikan oleh para musuhnya.

Walaupun rasa sakit menguasai seluruh badannya, dia sikit pun tidak perlahankan lariannya itu. Semakin dia berlari semakin dekat dia pada tepi jalan. Mungkin sebab tak perasan dia terus pecut ke depan dan merempuh semak di situ sebelum tercampak ke atas jalan raya dalam keadaan meniarap.

           "Arghh!"ngerang Hayden dengan mata terpejam rapat menahan sakitnya. Tangannya mencengkam kuat kain bajunya dimana luka tikamannya berada. Sumpah!Dia tidak kuat lagi hendak bangun atau melarikan diri.

Beberapa saat kemudian, disaat dia terlantar di atas jalan itu, sebuah cahaya muncul dari sebelah kanan jalan raya itu. Cahaya itu datang dari sebuah kenderaan. Dan mungkin mereka Nampak Hayden terbaring di atas jalan raya di tengah malam pada waktu hujan begitu, kereta itu pun berhenti. Dua orang keluar dari kereta itu dan mendekati dia.

           "Ya tuhanku...dia okay tak ni?"

           "Darah la..."

Suara itu buatkan Hayden buka mata lantas ternampak dua orang gadis yang tidak berpayung sedang tunduk memandang dirinya. Masing-masing bereaksi risau.

          "Kita kena hantar dia ke hospital ni Tania..."

         "Hah?Kau biar betul Rossie...entah dia orang jahat ke apa ke...tak ke naya kita nanti?"

         "Dah tu kau nak biarkan dia terlantar dekat atas jalan ni ke?"

Silih ganti dia pandang akan dua orang gadis di atasnya ketika itu. Dia tak peduli siapa mereka, apa dia tahu, mereka bawa dia pergi dari situ sebelum musuhnya yang menemui dia. Jadi dengan segala kudrat yang ada, lengan itu dipegangnya dengan terdesak.

         "To-tolong."mintanya tersekat-sekat.

          "Jangan risau...kami tolong awak"beritahu gadis yang sedang memegang bawah lehernya.

End of flashbacks

Keadaan dalam kereta itu sepi. Hanya angin sejuk dari aircond sahaja yang menemani suasana mereka. Rossie dengan muka termenung dia, Hayden seperti biasa muka serius samsengnya.

          "Apa dah jadi dengan muka kau tu?"soal Hayden selepas berbolak balik dalam diam hendak bertanyakan soalan itu sejak mereka dalam kereta.

            Rossie yang sedang termenung itu palingkan kepala. Dia pandang ke kirinya dengan kening berkerut. Sibuk menanya tu kenapa! "Jatuh."jawabnya bernada tidak berminat hendak bercakap.

            "Jatuh sampai lebam macam tu?"soal Hayden lagi. "Nak menipu pun patut-patut la.."sengihnya dengan sinis.

            "Kalau tak ada benda yang elok keluar dari mulut awak tu tak payah cakap apa-apa la...sikit pun tak menyenangkan hati."cebik Rossie dengan menyampah. Kalau dia tahu tadi, tak adanya dia naik kereta ni sekali!Menyesal pulak!

             "Kalau kau tunjuk perangai yang menyenangkan hati, maybe aku boleh pertimbangkan."balas Hayden semasa curi-curi mengerling ke Rossie. Sampai sekarang dia tertanya-tanya, sudah lupa ke Rossie akan kejadian yang berlaku tiga tahun lepas? Pada kali pertama mereka bertemu?Takkan la dah lupa? Sedangkan dia masih teringat lagi saat gadis itu yang mendermakan darah untuknya di hospital kerana waktu itu bekalan darah tidak mencukupi.

              Sambil membuat muka, Rossie topang pipi dengan tangan kanannya yang di sikukan pada cermin kereta. Pandangannya di lemparkan keluar. Buat dia sakit hati je dengan soalan itu. Kalau dia beritahu pun mungkin akan Hayden perli paling tidak mengejek dia. "Just mind your own business can you?" katanya setelah itu.

Jawapan itu buatkan Hayden berdengus kecil. Selepas itu dia tidak berkata apa-apa. Dia meneruskan pemanduan itu dengan senyap.

Pemanduan itu berakhir beberapa minit kemudian setelah Hayden parkir di depan bangunan apartment Rossie. Mati sahaja enjin kereta itu, Rossie gerak mahu menanggalkan seatbeltnya. Tetapi belum sempat dia hendak menanggalkan seatbelt itu, telefonnya berdering dalam poket hoodienya. Terhenti sekejap dia di situ untuk keluarkan telefonnya dan jawab panggilan tersebut.

Hayden tunggu dengan sabar di situ sambil pandang ke depan. Sebelah tangan di atas stereng sebelah lagi memegang gear stick.

            "Hello?"sapa Rossie. "Aku dah sampai ni Nia..."beritahunya kepada Tania dalam panggilan itu.

             "Ryan ada dekat rumah ni.."beritahu Tania berbunyi bisikan dalam panggilan itu. Mungkin gadis itu berada di dalam bilik atau tandas.

              Menahan nafas terkejut Rossie bila dengar."Hah?Dia ada dekat situ?Kenapa?" berdegup kencang dada dia waktu itu.

             "Cari kau la apa lagi...cepat wei...aku takut dia angin dekat sini.."gesa Tania.

              "O-okay..."angguk Rossie sebelum memutuskan panggilannya. Tangannya terketar-ketar semula. Rasa takut dia menguasai dirinya sampai berdenyut-denyut urat kepala dibuatnya. Dengan gerak perlahannya, seatbelt di badannya itu ditanggalkan. Berat betul dia nak naik ke apartmentnya. Lebam dia ni pun belum baik lagi. Jangan ditambahkan lagi!

              "Apa kau tunggukan tu...cepat sikit boleh tak.."sentap Hayden tiba-tiba sampai buatkan Rossie melompat terkejut di situ.

               "So-sorry.."ucap Rossie sejurus itu. Dia tarik seatbelt itu lepas darinya. Sebelum gerak hendak membuka pintu kereta.

                Hayden yang perhatikan tingkah aneh Rossie itu buat muka sebelum pandang ke depan semula. "Cepat...jangan macam mak nenek sangat gerak tu."

Terbuka sahaja pintu itu, Rossie turunkan kaki terlebih dahulu. Namun tidak sempat dia hendak bangun dari situ, suara lantang kedengaran.

               "ROSSIE CHARLOTTE!!"

Menahan nafas terkejut Rossie bila dengar, dengan pantas dia berdiri tegak di tepi kereta Hayden dan memandang ke depan dimana Ryan berada. Lelaki itu sedang berarak mendekati dirinya dalam keadaan bengis dan berang.

Hayden dalam kereta ikut tersentak. Kepalanya pantas memandang ke keluar pintu keretanya yang sedang terbuka itu. Dia pandang 'what the f*ck' bila nampak Rossie secara tiba-tiba di heret ke tepi menjauh dari keretanya secara tiba-tiba.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience