Chapter : 49

Crime Completed 13688

Melangkah saja ke dalam ruangan itu, Hayden terus terpandang akan sekujur tubuh yang berbalut dan dipasang wayar panjang berjelar sana sini. Kaki yang mungkin patah dalam keadaan bergantung, tangan kiri bersimen, separuh muka turut berbalut.

Bagai mahu luruh jantungnya sebaik melihat keadaan sahabat baiknya begitu. Seluruh urat sarafnya menggeletar hingga melemahkan seluruh urat saraf dibadannya untuk berfungsi. Tidak pernah dia terbayang yang dia akan hadapi situasi seperti ini sekali lagi selepas pemergian abang kandungnya lama dulu.

Setibanya Hayden di tepi katil itu, lelaki itu capai tangan Hardin lalu digengam lembut sebelum tunduk mendekat ke wajah itu.

"Hardin..."panggilnya terketar-ketar kerana hampir hilang kawalan di situ.

Mata sebelah yang tidak tertutup dengan kain pembalut itu bergerak-gerak. Mulut yang berlebam dan luka itu terbuka sedikit.

"Maafkan aku sebab lambat.."ucap Hayden lagi.

Baru la kelopak itu terbuka. Mendedahkan mata yang kemerahan seperti ada darah padanya. Bergelut hendak sedarkan diri, Hardin nampak wajah Hayden dengan samar sebelum hujung bibirnya terangkat.

"Kau datang.."lafaz Hardin dengan suara saja tanpa menggerakkan bibir terlalu sangat. "Aku ingatkan tak dapat jumpa kau lagi."

"Apa yang dah berlaku?"bisik Hayden dengan kening berkerut.

Perlahan-lahan air mata turun dari tepi mata Hardin. Lelaki itu memejamkan mata buat seketika sebelum dibuka.

"Maafkan aku...mungkin sebab aku salah pada kau, Tuhan hukum aku macam ni.."dia menelan air liur dengan sukar. "Aku dah khianati kepercayaan kau...tapi kau sikit pun tak pernah angkat tangan pada kami...."

Mata Hayden mula berkaca, rahangnya berketik hingga urat belirat timbul di pelipis kepalanya. "Apa kau merepekkan ni"

"Noah...dia cuba lakukan sesuatu...dia nak susahkan kau...aku cuba halang dia..tapi dia tak nak dengar.."sebut Hardin tersekat-sekat.

"Dia yang buat kau macam ni?"tanya Hayden yang enggan mendengar apa-apa lagi selain si pelaku yang telah mencederakan rakan baiknya ini. "Noah?"

Hardin mengerang, dia pejam mata lalu mengetap gigi dengan kuat apabila rasa sakit berombak-ombak menghentak tubuhnya. Dadanya semakin lama semakin sempit sampai dia tidak dapat bernafas dengan baik.

"Noah...paksa aku untuk sertai dia...tapi aku tak...sanggup nak sakiti kau..."

Kemarahan Hayden meledak. Namun dipendam sebaik mungkin.

"Dah cukup...jangan cakap apa-apa lagi." tegah Hayden apabila mengesan keadaan Hardin semakin memburuk. Dia pegang lembut kepala yang berbalut itu mahu memujuk. "Aku tak marahkan kau...sikit pun tak pernah... jadi jangan kau susahkan hati kau pasal tu.." lafaznya dengan ikhlas.

Mata Hardin berkedip lemah. Sambil tu dia mengeluh."Aku penat Hayden..."sebutnya tersekat-sekat. Segalanya terasa berat.

Hayden pun mengangguk kepala. Keningnya berkerut-kerut. "Berehat la..." katanya. "Aku temankan kau.."

Dengan sisa tenaga dan hayat yang ada, Hardin balas cengkaman pada tangan Hayden yang sedang memegang jarinya waktu itu. Lalu berkata. "Terima kasih sebab jadi kawan dan abang yang terbaik untuk aku selama ni." bisiknya dari balik nafas.

"Sama jugak aku..terima kasih untuk semuanya. Tugas kau dah selesai dekat sini. Rest in peace my brother.."ucap Hayden sebelum tunduk mengucup dahi itu dengan mata terpejam. Detik itu seakan segalanya berhenti. Ibarat langit yamg bumbungkan dia selama ini runtuh menghempapnya!

Ditemani ucapan itu, Hardin akhirnya melepaskan hela nafas dengan tenang dan senyuman dibibir. Matanya pun terkatup sepenuhnya tanpa paksaan.

Masa itulah Rossie berjalan masuk. Gadis itu dengan senyap menghampiri Hayden sebelum berdiri di tepi katil tersebut dengan wajah bungkam terkejut apabila bunyi 'bip' yang panjang memenuhi ruangan itu.

"Apa yang dah berlaku?"tanya Rossie dengan cemas.

Hayden diam membisu di situ tidak bergerak. Hanya berdiri tegak memandang Hardin.

Tanpa berlengah terus Rossie berlari ke butang kecemasan di dinding dengan terburu-buru sebelum berlari ke arah pintu dan memanggil Izack sebelum menjerit meminta tolong.

Izack bergegas masuk hingga hampir hendak tersungkur. Cepat-cepat dia dapatkan Hardin di katil itu.

Hayden di sisi Hardin ketika itu hanya tenang tanpa menunjukkan sebarang reaksi di wajahnya. Seperti yang dijanjikan, dia menemani Hardin sepanjang masa itu sehingga doctor datang cuba bantu menyelamatkan Hardin.

"Awak..."panggil Rossie di sebelah Hayden berkali-kali sambil menggoyangkan lengan lelaki itu. "Hayden...dengar tak ni.."

Izack pula berdiri menyaksikan situasi cemas itu dengan reaksi trauma dia. Kedua-dua tangannya naik merenggut rambutnya.

"Kenapa boleh jadi macam ni...kenapa Hardin?"tanya Rossie dengan sebak saat mencengkam kolar suit Hayden. "Salah dia apa?"nangisnya saat menyembam muka ke dada itu.

Kepala Rossie dipegang Hayden saat dia memandang ke katil dimana doctor dan jururawat mula memberi bantuan kecemasan untuk sedarkan kawannya semula. Dia tepuk belakang badan Rossie untuk menenangkan gadis itu.

"Shhh....it's okay...someone gonna pay for this..."bisik Hayden di tepi kepala Rossie tanpa mengalihkan pandangannya dari jasad Hardin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience