Dari kejauhan kelibat gadis berambut panjang lepas mengenakan kemeja lengan Panjang tuck in ke dalam skinny jean dapat di lihat di situ walaupun pelajar-pelajar sedang lalu Lalang. Tapi berlengah, orang yang memerhatikan gadis itu pun berarak ke arah tersebut dengan langkah yang luas.
Sesampai saja di situ, tidak tegur tidak salam...terus dia-
BAM!
Secara kasar pintu lokarnya di tutup dengan kuat. Buatkan empunya tangan yang hampir dengan muka pintu besi itu cepat-cepat di tarik menjauh.
"What the hell?"sebut Rossie dengan nafas tertahannya sambil memegang tangan rapat ke dada. Matanya membulat saat lihat si pelaku. "Dah kenapa?Hilang akal apa?" lafaznya dengan marah tanpa dapat dikawal.
Tangan berjam dan bertatu itu pegang permukaan pintu lokar tersebut sebelum dia bersandar padanya menghadap Rossie. "Mana kau dah menghilang hah?"tanya Ryan dengan renungan serius.
Rossie yang baru sahaja selesai kelas asalnya mahu simpan buku dan ambil persediaan lain untuk kelas seterusnya, tidak sangka pula dia akan bertembung dengan teman lelakinya di situ. Sejak kali terakhir Ryan di tumbuk Hayden, sejak itu dia tidak lihat lelaki ini. Ni dah baik Lebam dekat muka, baru berani nak tunjuk diri.
"Mana ada saya menghilang. Awak tu yang tenggelam timbul tidak berkhabar.."gerutu Rossie bernada rimas.
Ryan hulur tangannya ke depan sebelum dilingkarkan ke sekeliling pinggang Rossie. Secara kasar dia Tarik tubuh itu bersandar padanya. "Amboi...mentang-mentang la ada yang back up...kau dah berani melawan aku ya?"tanya dia seinci di depan muka itu.
Secara reflex Rossie pegang lengan itu dan cuba meninggalkan jarak antara mereka. "Apa kena dengan awak ni?Lepas la. Apa orang kata nanti?"tanya dia yang sempat mengerling kanan dan kiri penuh kerisauan.
"Biarlah...lagipun semua orang tahu kau teman wanita aku..."sengih Ryan dengan handsome.
Dalam diam , Rossie mengetap gigi kerana benci mendengar perkataan teman wanita bila ia di sebut dengan mulut Ryan. "Tapi awak perlakukan saya bukan seperti seorang teman lelaki pada teman wanita.. sebaliknya sebagai raksasa.."bisiknya.
Tidak semena Ryan ketawa. Tangan sebelah lagi naik menyelak anak rambut Rossie yang jatuh menutupi kening ke belakang telinga lembut-lembut. "Kau kenal aku kan...takkan l;a tak biasa. Lagipun semua tu salah kau...kalau kau setia pada aku...mungkin aku takkan sakiti kau.." beritahunya.
"Awak nak apa ni?Kalau ada cakap cepat. Saya ada kelas..jangan buang masa saya."
Kepala Ryan terlentok sedikit ke kanan seakan mahu mengucup Rossie, tetapi tidak. Dia malah berbisik di depan bibir Rossie. "Aku nak duit. Pinjam kan aku duit.."
Kening Rossie tersentak tinggi mendengaranya. "Duit?"soalnya semula. Dah kenapa pulak. "Untuk apa?"
"Bagi je la...jangan banyak tanya. Bila aku kata aku nak duit...bagi je...ke kau nak aku heret kau sepanjang koridor ni dengan rambut Panjang cantik kau ni?" beritahu Ryan dengan lemah lembut sewaktu jarinya bermain dengan rambut itu.
Mata Rossie meneliti segenap wajah Ryan. Cuba mencari jawapan kenapa teman lelaki yang penyayang, sweet dan bertutur lemah lembut telah menghilang? Apa puncanya? "Awak...tolong la berhenti macam ni"mintanya sambil pegang tepi muka tu.
Disentuh sahaja pipinya itu, Ryan memejamkan mata buat seketika. Tidak lama selepas itu dia membuka mata dan pandang Rossie. "Bagi aku duit Rossie...please. Aku tak kuasa nak angkat tangan dekat kau hari ni"mintanya lagi.
Hela nafas Panjang lepas dari bibir Rossie akhirnya, tangan dia jatuh ke sisi hilang semangat. Keningnya yang sedia berkerut semakin mencerun seakan mahu menangis. Sedih bila tengok orang yang dia pernah sayang jadi macam ni. "Lepaskan saya..biar saya ambil duitnya."serak sebak suaranya waktu itu.
Tanpa melawan, Ryan patuh. Dia lepaskan ROssie dan perhatikan gadis itu.
"Sekarang saya tak ada cash...saya transfer duitnya dalam akaun awak.."beritahu dia saat seluk tangan mencapai phone di poket belakang skinny jeannya. "Awak nak berapa?"
Ryan ikut tunduk memandang skrin telefon itu. "300."sebutnya dengan laju.
Kepala Rossie tersentak memandang ke depannya. Nafas dia tersekat di kerongkong. "Banyaknya...awak nak buat apa duit tu?"
"Alah...jangan banyak soal la...cepat je bank ini..hilang sabra pulak aku dengan kau ni.."arah Ryan.
Dalam keadaan teragak-agak, Rossie bank in duit itu ke akaun Ryan akhirnya. Beberapa minit kemudian baru la urusannya selesai. "Dah..."
"Okay....thanks.Aku gerak dulu."ucap Ryan sewaktu tunduk memberi kucupan di pipi Rossie lantas pergi dari situ macam tu je.
Terkedu Rossie selepas itu. Dia termenung memandang lantai di bawah kaki dengan bahu jatuh hilang semangat. Penat betul dia hadap Ryan ni!Macam mana la dia dapat lepas dari cengkaman lelaki tu?
Sedar yang dia ada kelas, Rossie gerak mahu membuka pintu lokarnya sekali tu dia terpandang Tania yang tidak jauh dari tempat dia berdiri. Rakannya itu pandang ke arah dia dengan kening berkerut susah hati.
Jadi Rossie balas dengan senyuman nipis di bibir. Hendak sedapkan hati rakannya itu.
Pada masa yang sama, Noah yang pada awalnya sudah berada di penjuru dinding selekoh satu daripada lokar di situ nampak segalanya selepas hantar Tania ke situ. Dia yang perhatikan secara rahsia pandang ke arah Rossie dengan sengih meleret penuh muslihatnya.
Agaknya kalau Hayden tahu apa agaknya kawan dia akan lakukan nanti?
Share this novel