Chapter : 59

Crime Completed 13688

Ding!

Pintu lif terbuka.

Gabby, Gina dan Tania jalan dengan serentak membelok ke kanan koridor. Dengan langkah yang seragam tiga orang itu jalan sehingga tiba di hadapan sebuah pintu penthouse mewah di situ. Sesampai saja di situ, loceng pun dibunyikan.

Gabby yang paling hadapan bertanggungjawab untuk menekan loceng pintu di situ. Tania dan Gina hanya berdiri di samping gadis itu memerhati jari Gabby menekan butang loceng.

Ding!Dong!

Untuk beberapa saat pintu itu terbiar tidak di buka.

        "Dia ada dekat rumah ke?"soal Tania dengan perlahan.

        "Ya ada...dah hayden dengan Rossie. Itu maknanya ketua ada Bersama dengan Budak-Budak dia."jawab Gabby.

Gina berwajah sugul. Dia tiada mood hendak mengatakan apa-apa sejak dapat tahu apa yang berlaku. Beberapa hari ni dia sibuk buat siasatan dan berjaga semata untuk memberi maklumat dan menyediakan laporan lagi!

Baru sahaja Gabby hendak menekan loceng semula, pintu tersebut terbuka.

Ketiga-tiga gadis di situ tersentak. Mereka pandang akan daun pintu yang perlahan-lahan di Tarik ke dalam sebelum lelaki berkemeja hitam lengan Panjang dilipat hingga ke situ berdiri di situ.

            Izack kerling ke mereka bertiga silih ganti. "Tak ingat pulak aku yang kita kena berjumpa hari ni?"

            Gabby buat muka bengang dia semasa memandang Izack. "Kami yang nak jumpa ketua dekat sini"

             "Masuk la.."pelawa Izack bernada tidak rela. Tak payah beritahu dia dah tahu apa tujuan tiga orang itu ke mari. Dia gerak masuk ke dalam. Membiarkan tiga orang itu masuk ke situ dengan sendiri.

Tania yang terakhir sekali masuk tutup pintu itu.

Gina mengerling ke sekeliling ruangan penthouse itu dengan minat. Banyak computer, kertas bertampal. gambar rajah, peta blue print, imej muka orang dan beberapa papan kaca tergeletak di ruangan yang tidak ubah seperti ruang operasi.

               Seusai saja Izack selesakan diri di sofa hitam di situ, dia silangkan kaki saat sandar di situ dengan tangan di letakkan atas headrest sofa. "Ada apa ni??"

Dengan tegak seperti seorang tentera berdisiplin, Gabby, Gina dan Tania secara reflex berdiri meletakkan tangan di belakang badan. Menghadap Izack di situ.

              "Sampai bila kita nak stay down?Target kita hanya berbaki dua orang saja lagi, Iaitu Noah dan Hayden. Tak ke ini masa yang sesuai untuk jatuhkan mereka berdua sewaktu dua legasi ni saling berperang antara satu sama lain?"tanya Gabby.

             "Betul tu...ramainya taiko dan dalang jenayah sebalik tabir mati terkorban gara-gara kemelut yang melanda sekarang ni. Kalau bukan sekarang takut kita akan terlepas peluang untuk gulingkan kuasa besar mafia dalam bandar ni.."tambah Gina pula.

Tania di sebelah kiri Gabby diam memandang Izack. Muka lelaki itu jelas sedang serabut. Nampak sangat la dekat sini bukan mereka sahaja yang pening kepala.

              Izack tersengih. "Kenapa nak cepat sangat...kita tengok la mereka yang selama ni banggakan kuasa yang dimiliki saling bercakaran...lagipun kita tak rugi apapun kalau dia orang matilagi mudahkan urusan adalah."katanya semasa lirik ke Tania. "so apa cerita hari ni?Apa khabar pasangan sejoli tu?"

Terus menggulung jari jemari Tania bila dengar soalan itu. Menyampah bila Izack tanya dia macam tu. Kalau nak tahu sangat pasal Rossie dengan Hayden kenapa tak tanya sendiri!sampaikan rahsia sendiri dah terdedah kemudian buatkan dia sakit hati menghadap perangai tak guna Hayden tu!

             "Nak macam mana lagi.Macam tu la. Sejak kematian Hardin, sejak tu Rossie menginap di kediaman rasmi Hayden. Dan mereka tidak pernah berenggang sekalipun. Jadi saya tak sempat nak tanya apa-apa yang melibatkan Hayden."jawab Tania mahu tak mahu kerana Izack adalah atasan dia.

               Mata Izack tunduk memandang meja kaca yang ada di depan kakinya ketika itu. Gambar Rossie dan kegiatan gadis itu bersepah di situ. "Bagus..nampaknya Hayden dah tangkap cintan pada Rossie. Boleh la kita gunakan dia untuk dijdikan sebagai umpan supaya dia orang serahkan diri serta bukti tanpa kita susahkan diri."

Gabby dan Gina pandang Izack bersama reaksi dingin di wajah mereka. Renungan itu pula kosong tiada perasaan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience