Chapter 29

Crime Completed 13688

Petang tu dia terjaga dari lena panjangnya. Bangun-bangun je dia disambut dengan kelibat seorang doctor yang kebetulan datang memeriksa keadaanya. Dia diberitahu yang dia tidak sedarkan diri selama dua hari kerana diracunkan dengan sejenis dadah buatan yang berbahaya. Tapi mujurlah semua racun tu telah di neutral kan dari badan dia.

Pada masa yang sama, hujan turun pada waktu itu. Dengan jelas dapat di lihat dari cermin kaca bilik rawatan itu akan hujan yang menimpa permukaan tingkap, langit yang gelap lagikan hitam, kilat saling sambar menyambar dan guruh berdentam dentum bagai nak apa.

Udara dari air cond sahaja yang kedengaran dalam bilik rawatan VIP tersebut. Di samping kanan katil terdapatnya sejambang bunga yang diletak ke dalam pasu. Telefon skrin sentuh yang rentak permukaannya tergeletak sepi di bawah pasu.

Masih lesu dan mamai, Rossie diam bersila di atas katil. Dia termenung memandang daun pintu yang ada di depan katilnya. Segalanya terimbas kembali dalam kotak fikirannya.l Dari awal sehingga la ke akhirnya.

Dari Ryan tinggalkan dia, dirinya di seksa dan kenyataan bahawa Hayden adalah orang jahat.

Semuanya masih segar!

Ibarat seperti baru sahaja terjadi.

Itu bermaksud rakan-rakan lelaki itu juga adalah orang jahat!

Memikirkan hal itu buatkan tangan itu menggeletar dengan sendiri. Rossie perasan akan hal tu, tapi dia tidak dapat berbuat apa-apa. Perkara itu sudah biasa dia hadapi sekiranya rasa takut mula menguasai dirinya.

KLIK!

Pintu terbuka. Lalu muncul la lelaki lampai berambut hitam dan berpakaian full dark blue dari t-shirt round neck sehingga la blazer. Lalu diekori dengan dua orang lagi lelaki bersut dan mempunyai wajah serius.

Rossie tersentak. Kening dia terangkat tinggi sebaik melihat lelaki itu. Nafasnya ditahan ke kerongkong. Kenapa lelaki ni je yang datang?Mana Tania?Mana yang lain?

Lelaki itu tersenyum kepada Rossie saat mendekat.

Mata kuyu letih Rossie berkedip satu kali. Dia perhatikan lelaki itu sehingga la orang itu duduk di katil menghadap dirinya yang sedang bersila ketika itu. Bibir pucat dia terkunci seperti telah digam secara automatik kerana bingung.

Fikiran dia teringat akan cerita yang penjahat tu beritahu dia. Takkan la-!

          "Jangan risau...semuanya telah selesai. Awak tak dalam bahaya lagi."

         "Ap-apa yang dah berlaku?"bisik Rossie dengan suara kecil. Dia tenung wajah itu dalam keadaan tangan masih menggeletar. Namun di sembunyi dalam selimut yang ada di atas kakinya ketika itu. Sempat dia kerling ke dua orang lelaki asing itu.

         "Hayden yang selamatkan awak dari penjahat yang Ryan berikan awak padanya."

Kening Rossie terangkat tinggi. Bulu romanya meremang tegak. Seram tiba-tiba mendengar nama itu. Memangnya apa yang dah terjadi pada penjahat tu?Ryan akan datang cari dia semula ke?

        "Sa-saya tak tahu apa-apa...."rintih Rossie yang mula mahu menangis. Kening dia berkerut sedih. "Saya bukan teman wanita Hayden...mereka kata mereka musuh dengan Hayden.."dia menggeleng kepala dengan lemah."Jangan bunuh saya...saya janji saya akan tutup mulut...saya takkan cakap siapa Hayden sebenarnya kepada sesiapa."

        Tangan yang bersarung tangan hitam itu naik  memegang tepi kepala Rossie. "Shh-shh...jangan menangis. Awak tak payah risau..saya datang sini bukan nak bunuh awak atau apa...saya datang cuma nak beritahu awak sesuatu.."

         Baru la Rossie berhenti dari hendak menangisnya. Dia kedipkan mata soberkan dirinya yang berasa takut itu. "Beritahu saya?Tentang apa?"

         "Jauhkan diri dari Hayden...tak kira apa yang berlaku. Jangan libatkan diri dengan dia atau dunia dia. Saya beritahu awak semua ni demi kebaikan awak sendiri...lepas ni kalau dia cuba dekati awak...jauhkan diri awak."

          Tersedu Rossie sesaat kemudian. "Jadi betullah dia anak mafia?"

           "Ha'ah"

           "Tapi kenapa awak yang beritahu hal ni pada saya?Bukan ke awak kawan dia jugak?"

            Bersama senyuman meleret ke kanan lelaki itu turunkan tangan dari tepi kepala tu. "Sebab saya kawan dia la saya beritahu awak semua ni. Dan lihat la diri awak sekarang... kalau bukan kerana dia mungkin awak takkan jadi begini..pilihan di tangan awak. Rossie."

Untuk beberapa saat Rossie tatap renungan itu dengan perasaan bercampur baur dan tidak faham. Kepalanya yang sedia penih menjadi semakin pusing!

             "Dan satu lagi...pastikan tiada siapa tahu akan pertemuan dan perjumpaan kita ni. Anggap saja perbualan kita tak pernah terjadi."

             "Semua ni bukan salah Hayden sepenuhnya...Ryan yang buat saya macam ni.." beritahu Rossie.

Lelaki tu mengangguk kepala tanda faham.

             "Tahu..tapi kalau bukan Hayden jugak Ryan takkan marah pada awak. Dan awak takkan di sakiti. Dengar saja nasihat saya ni sebelum terlambat. Hayden tu berbahaya...awak ada masa depan yang lebih baik dari bersama dengan dia..."

Tanpa berkata apa-apa lagi, Rossie terus mengangguk kepala faham.

            "Hayden akan datang sekejap lagi. Untuk elakkan dia bertemu dengan awak. Awak kena ikut saya keluar dari sini. Dua orang polis ni yang akan hantar awak terus ke apartment."beritahu lelaki itu sambil bangun dari situ.

            "Huh?"kening Rossie terangkat tinggi. "Po-polis?"sebutnya dengan bingung. Dua lelaki ni polis?

            "Yes...real policeman. Jadi jangan risau mengenai keselamatan awak. Mereka akan iringi awak. Sekarang turun dari situ. Kita kena gerak lekas."lengan Rossie di pegang.

             Terpisat-pisat Rossie turun dari katil tu. "Macam mana kalau dia datang cari saya jugak?Awak sendiri tahu kan saya pernah selamatkan dia masa dia cedera dulu. Sampai sekarang dia masih mahu cuba membalas kebaikan saya tu?"tanya dia saat turun dari situ. Memijak lantai bermozek yang sejuk lagikan dingin itu.

              "Elakkan diri sebaik mungkin..jangan sampai dia dekati awak"

              "Tapi macam mana kalau saya tak boleh jugak?"

Lelaki itu berhenti sekejap dari

               "You gonna end up with him then...dan bila hal tu terjadi..saya tak boleh nak lindungi diri awak lagi Rossie."

Rossie bungkam di situ. Mata bulatnya pandang tidak percaya akan lelaki di hadapannya ketika itu. Bahaya sangat ke Hayden tu?Sampaikan kawan lelaki tu sendiri yang menegahkan dia temui lelaki tu.

!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience