BB - BAB 43

Drama Completed 309215

TAUFIQ baring dengan sebelah tangannya diletakkan di atas dahi. Fikirannya bercelaru memikirkan perkara yang telah berlaku kepada Qaireena.  Tidak mungkin dia akan pulang ke Malaysia dan meninggalkan wanita itu begitu sahaja tanpa melakukan sesuatu.  Sungguh dia risaukan keselamatan Qaireena.

Lama dia memikirkan apa yang perlu dilakukan demi menjaga keselamatan wanita itu.  Dia tidak boleh terus menerus berharap kepada Mr Robert sahaja untuk memastikan Qaireena sentiasa berada dalam keadaan selamat.  Terlintas difikirannya untuk mengupah bodyguard tetapi dia pasti Qaireena tidak akan bersetuju apabila ke mana sahaja dia pergi akan ditemani oleh bodyguard tersebut.

Qaireena yang baru sahaja masuk ke dalam bilik, memandang Taufiq yang sedang berbaring.   Dia kemudian melabuhkan punggungnya di birai katil.

“Jauh termenung, fikir apa tu?" soal Qaireena dengan senyuman.  Taufiq menoleh ke arah Qaireena, lama wajah wanita itu dipandangnya.

“Abang sakit hatilah tengok muka Reen macam ni, Abang sendiri pun tak pernah pukul Reen, lelaki tu pula suka hati je lempang Reen sampai bibir pecah macam ni” tutur Taufiq bersama keluhan.  Pipi Qaireena disentuh lembut. Mendengarkan itu, tahulah Qaireena bahawa Taufiq sedang susah hati memikirkan tentang dirinya.

“Benda dah jadi, nak buat macam mana lagi? Terima jelah. Abang janganlah susah hati sangat fikirkan pasal Reen dekat sini, lepas ni Reen janji akan jaga diri dan lebih berhati-hati” tangan Taufiq yang berada di pipinya disentuh lembut.

“Nak tak kalau Abang upah bodyguard untuk jaga Reen dekat sini? Sekurang-kurangnya taklah Abang risau sangat bila Abang balik Malaysia nanti. Hati Abang betul-betul tak tenang sekarang ni bila tengok keadaan Reen macam ni” kata Taufiq lagi.

“Reen bukan tak nak Abang upah bodyguard untuk jaga Reen, cuma Reen rasa tak selesalah bila sentiasa di ekori, rasa macam tak ada privacy langsung.  Lagipun apa pula kata kawan-kawan Reen nanti bila ke mana je Reen pergi ada orang yang jaga Reen” tutur Qaireena.  Taufiq menarik nafas panjang, dia sudah dapat meneka jawapan itu yang akan diberikan oleh Qaireena kepadanya.

“Kalau tak pun, Reen ikut jelah Abang balik Malaysia, Reen sambung study dekat sana je, lagi senang.  Abang pun tak payah nak  susah hati lagi, sebab Reen ada dekat dengan Abang” cadang Qaireena sambil memandang Taufiq dengan senyuman.

“Itu Abang tak setuju, dah alang-alang Reen sampai sini, Abang nak Reen habiskan study Reen, ini adalah impian Reen kenapa nak korbankan pula?” Taufiq yang tadi sedang berbaring terus duduk.

“Reen cuma tak nak Abang susah hati fikirkan pasal Reen dekat sini.” ujar Qaireena lagi. Taufiq menyentuh tangan wanita itu dan digenggam erat.

“Reen kan isteri Abang, dah tanggungjawab Abang untuk menjaga dan melindungi Reen, bila perkara macam ni berlaku memanglah Abang risau.” kata Taufiq sambil memandang Qaireena.

“Tak apalah kalau Reen tak nak Abang upah bodyguard untuk Reen, tapi Reen kena janji dengan Abang yang Reen akan jaga diri dengan baik lepas ni.  Biarlah orang nak kata apa sekali pun tentang Reen, abaikan je, yang penting Reen tahu apa yang Reen buat.  Hidup ni bukan untuk mencari redha manusia, tetapi kita hidup di dunia ni untuk mencari redha Allah sayang.  Allah yang maha mengetahui segala baik buruk diri kita.  Abang tak nak lagi dengar Reen bergaduh atau lempang sesiapa, boleh tak?” lembut Taufiq menuturkan kata-kata nasihat kepada Qaireena.  Perlahan wanita itu menganggukkan kepalanya.

“Sorry sebab buat Abang susah hati” ucap Qaireena dengan rasa bersalah.  Taufiq senyum, kemudian dia menarik Qaireena ke dalam pelukannya.

“Abang bukan nak salahkan Reen pun dalam hal ni, Abang cuma nak ingatkan Reen je supaya jangan ambil peduli lagi dengan kata-kata orang.  Dah jangan muram lagi, tak comellah” tutur Taufiq sambil mencuit hidung wanita itu. Qaireena tersenyum kemudian membalas pelukan lelaki itu.

~~~

“Luth Zareef” nama itu yang terpacul keluar dari mulut Taufiq ketika dia sedang leka membalas mesej daripada Yazid. Baru dia teringat yang lelaki itu juga bekas pelajar University of Sydney dan pernah tinggal beberapa tahun di situ. Taufiq berfikir seketika, dan tidak lama kemudian dia bangun dari duduknya.

“Reen, Abang nak buat panggilan sekejap dekat luar ya” kata Taufiq sambil memandang wanita itu. Qaireena menoleh ke arah Taufiq dan mengangguk dengan senyuman.

Sampai sahaja di halaman rumah, Taufiq terus mendail nombor telefon Luth Zareef namun tidak berjawab. Dia mencuba lagi sehingga panggilan yang ketiga barulah Luth Zareef menjawab panggilan Taufiq.

“Assalammualaikum Tuan, maaflah lambat jawab panggilan Tuan, saya tengah memandu tadi” jawab Luth Zareef di hujung talian.

“Waalaikumsalam, tak apa Luth, awak masih memandu lagi ke?” tanya Taufiq.

“Tak, saya dah sampai dekat rumah ni, ada apa Tuan?” soal Luth Zareef pula.

“Kalau awak free, saya ada hal penting nak berbincang dengan awak” tutur Taufiq.

“Hal penting? Pasal apa tu?”

Taufiq kemudian menerangkan kepada Luth Zareef tentang tawaran yang diberikannya kepada lelaki itu. Lama mereka berdua berbincang di dalam talian, Qaireena yang sudah selesai memasak berdiri di depan pintu sambil memandang Taufiq.

“Saya harap awak dapat pertimbangkn tawaran saya ni, hanya awak je yang boleh tolong saya” ujar Taufiq pada Luth Zareef.

“In shaa Allah Tuan, saya akan berikan jawapan secepat yang mungkin” tutur Luth Zareef sebelum menamatkan perbualan mereka.

“Abang bercakap dengan siapa tadi?” tanya Qaireena ketika Taufiq mendekatinya.

“Dengan Yazid sayang" jawab Taufiq. Mana mungkin dia akan berterus terang pada Qaireena tentang perkara itu, biarlah buat masa ini hanya dia dan Luth Zareef sahaja yang tahu tentang racangannya itu. Mereka kemudian beriringan berjalan masuk ke dalam rumah.

••••••••••

“Morning” ucap Taufiq dengan senyuman ketika melihat Qaireena dan Aqilah yang baru sahaja turun dari tingkat atas.

“Morning” balas Qaireena sambil mengukir senyuman.

“Wah siap ada breakfast lagi” kata Aqilah sambil memandang sarapan pagi yang telah dihidang oleh Taufiq di atas meja.

“Duduklah breakfast dulu baru pergi kuliah, masih awal lagikan” tutur Taufiq.

“Thank you Abang” ucap Qaireena bersama senyuman sambil menarik kerusi dari meja makan dan melabuhkan punggungnya. Taufiq senyum memandang Qaireena kemudian turut duduk disebelah wanita itu.

Usai menikmati sarapan pagi, Taufiq menghantar Qaireena dan Aqilah sehingga di depan pagar kampus mereka. Berulang kali Qaireena menolak tetapi lelaki itu tetap mahu menghantarnya walaupun dengan hanya menaiki bas kerana risau jika Iqmal muncul dan mengganggu Qaireena lagi.

Sampai sahaja di kampus, Qaireena dan Aqilah mendengar berita tentang seorang pelajar lelaki yang kini berada di tahun akhir telah dibuang daripada pengajian. Tahulah mereka bahawa orang itu adalah Iqmal.

“Kesian juga bila dengar dia kena buang dari pengajian kan, sia-sia dua tahun dia belajar dekat sini dan akhirnya tak dapat grad pula” kata Qaireena ketika mereka berdua sedang menuju ke dewan kuliah.

“Memanglah kesian, tapi nak buat macam mana, dah salah sendiri bertindak tanpa berfikir panjang, sekarang terimalah akibatnya. Semoga apa yang berlaku ni menjadi pengajaran untuk dia, Reen” ujar Aqilah pula. Qaireena mengangguk-anggukkan kepalanya tanda bersetuju dengan kata-kata sahabatnya itu.

Petang itu, ketika Qaireena dan Aqilah sedang berjalan menuju ke perhentian bas, Iqmal muncul di hadapan mereka. Qaireena dan Aqilah sedikit terkejut melihat lelaki itu ada di depan mata mereka.

“Apa lagi yang kau nak Iqmal? Tak cukup ke sehari semalam tidur dalam lokap? Kau nak aku tambahkan lagi?” soal Aqilah sambil memandang wajah lelaki itu.

“Aku datang ni nak minta maaf pada kamu berdua terutamanya kau Reen” tutur Iqmal sambil memandang Qaireena.

“Aku sedar yang aku dah melampau batas sampai sanggup buat kau macam tu, aku betul-betul rasa bersalah, aku harap kau dapat maafkan aku Reen” sambung Iqmal lagi.

“Reen...” Qaireena menoleh ke arah suara yang memanggil namanya.

“Abang, buat apa dekat sini?” soal Qaireena pada Taufiq. Iqmal yang sedang menunggu jawapan daripada Qaireena itu turut memandang kepada Taufiq.

“Jemput Reen balik dari kuliah” jawab Taufiq dengan senyuman.

“Encik ke suami Reen?” soal Iqmal sambil memandang Taufiq.

“Iya, saya suami Reen, awak rakan sekuliah mereka?” soal Taufiq ramah.

“Tak, dialah orang yang cuba rogol Reen malam tu” cepat-cepat Aqilah mencelah. Sungguh hatinya masih sakit apabila mengingati apa yang dilakukan oleh Iqmal kepada Qaireena. Mendengarkan itu, serta merta riak wajah Taufiq berubah.

“Apa lagi yang awak nak dari isteri saya” soal Taufiq sambil memandang tepat ke wajah Iqmal.

“Saya datang jumpa Reen untuk meminta maaf atas perbuatan saya pada dia, saya sedar saya bersalah dan saya tak sepatutnya buat Reen macam tu” jawab Iqmal.

“Isteri saya dah maafkan awak. Reen, Qila, mari balik” ujar Taufiq dan terus memegang tangan Qaireena. Kedua wanita itu hanya menurut dan terus melangkah untuk beredar dari disitu.

Namun, baru beberapa langkah mereka berjalan, Taufiq berpatah semula ke arah Iqmal. Qaireena dan Aqilah turut berhenti melangkah dan memandang Taufiq yang menghampiri Iqmal.

Buk!

Terteleng kepala Iqmal saat tumbukan padu Taufiq hinggap di wajahnya.

“Ini untuk bibir isteri saya yang awak dah lempang sampai pecah. Bersyukurlah sebab saya tak pecahkan muka awak sekarang ni” kata Taufiq. Dia kemudian melangkah semula dan beredar dari situ. Beberapa orang student yang memandang tidak dihiraukannya.

Qaireena dan Aqilah terkesima dan saling berpandangan antara satu sama lain. Mereka terkejut melihat tindakan Taufiq yang tidak dijangka itu.

“Dah, jom balik” ajak Taufiq sambil menarik tangan Qaireena lembut.

Taufiq memandang Qaireena yang sedari tadi cuba menyembunyikan senyuman.

"Sayang...” Qaireena memandang ke arah Taufiq sambil mengangkat kening. Tangannya pula mencapai tuala yang sedang bersangkut di dinding.

“Dari tadi asyik senyum je kenapa?” soal Taufiq.

“Tak ada apa-apalah” jawab Qaireena.

“Jangan nak tipu, Abang tahu mesti ada sesuatu yang buat sayang jadi macam tu” ujar Taufiq lagi.

“Betul tak ada” tutur Qaireena bersama senyuman. Geram mendengar jawapan wanita itu yang tidak seiring dengan perbutan, Taufiq terus menarik Qaireena rapat dengannya, pinggang wanita itu dirangkul erat.

“Cakap cepat apa yang buat sayang sampai tahan senyum je dari tadi, kalau tak Abang tak nak lepaskan sayang” kata Taufiq lagi.

“Okay... Okay... Reen bagitahu”

“Reen cuma rasa geli hati jelah pada orang tu, semlam bukan main lagi orang tu nasihatkan Reen supaya jangan bergaduh, jangan lempang orang dan jangan pedulikan kata-kata orang. Hari ni, dengan selamba je orang tu pergi menumbuk” jawab Qaireena dengan senyuman.

“Amboi sindir Abang nampak” tutur Taufiq.

“Abang cuba nak tahan sakit hati Abang tadi tapi tak dapat, sebab tulah penumbuk Abang melayang terus. Lagipun Abang lelaki, tak apalah, Reen tu perempuan” tambah Taufiq dengan selamba.

“Emm... Iyalah tu” ujar Qaireena bersama senyuman meleret.

“Suka ya bila dapat kenakan Abang” terus sahaja hidung wanita itu dikepit dengan jarinya.

“Abang... Sakitlah” rengek Qaireena. Taufiq yang mendengar hanya tertawa.

Happy Reading korang:-)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience