QAIREENA memandang Maz dengan wajah hampa, sudah empat helai baju dicubanya dan baju yang sedang melekat dibadannya ketika itu adalah baju yang kelima, namun Maz masih mengatakan bahawa baju itu tidak sesuai pada Qaireena.
"Kak Maz, ini dah masuk dress yang kelima Reen cuba, takkan lah tak ada satu pun yang sesuai. Kita cuma nak pergi majlis makan malam je kan, bukannya majlis tari menari dengan putera raja". Keluh Qaireena sambil memandang wajah PA suaminya itu. Maz tersenyum mendengar kata-kata Qaireena itu.
"Cuba baju ni pula". Arah Maz lagi sambil menghulurkan sehelai lagi dress yang berada di tangannya kepada Qaireena.
"Kak Maz nak Reen nampak cantik dan menyerlah di majlis tu esok. Lagipun ini adalah kali pertama Tuan Taufiq datang ke majlis syarikat dengan membawa pasangan, so sebagai isteri kepada pengarah syarikat, Reen kenalah berpenampilan yang menarik dan penuh yakin". Ujar Maz sambil memandang Qaireena.
"Hah! Pengarah syarikat? Reen tak tahu pun suami Reen tu pengarah syarikat". Kata Qaireena sedikit terkejut. Sungguh dia benar-benar tidak tahu mengenai jawatan Taufiq di syarikat tersebut walaupun sudah beberapa bulan dia bergelar isteri kepada lelaki tersebut.
"So sekarang dah tahu kan? Reen pergi cuba baju tu dulu, lepas ni kita nak cari kasut Reen pula". Maz tersenyum memandang wanita cantik di depannya itu. Sebagai PA kepada Taufiq, dia tahu mengenai kisah majikannya yang berkahwin dengan Qaireena secara mengejut.
Qaireena melangkah keluar dari fitting room, rambut yang tadinya dibiarkan lepas sudah diikat tinggi, pasti dia sudah mula rimas kerana terpaksa menukar baju berulang kali. Lama Maz memandang Qaireena sambil dia berpusing di belakang wanita itu.
"Cantik, sesuai sangat dengan Reen. Rasa selesa tak pakai baju ni?". Maz memandang wajah Qaireena.
"Selesa". Jawab Qaireena dengan senyuman. Lega hatinya kerana baju yang dicubanya pada kali itu sesuai dipandangan mata Maz. Dia juga sangat selesa memakai baju itu kerana selain kelihatan simple, warna baju itu juga tidak terlalu menonjol dan potongan baju itu tidak terlalu seksi.
"Okay, kalau macam tu kita ambil dress ni". Kata Maz sambil turut mengukir senyuman kepada isteri majikannya itu.
Maz kemudian membawa Qaireena untuk mencari kasut dan juga beg tangan yang sesuai untuk dibawa oleh Qaireena ke majlis tersebut. Dia juga turut singgah ke butik untuk mengambil baju Taufiq yang sudah ditempah oleh lelaki itu.
"So Reen, esok pukul 5 petang Kak Maz akan tunggu Reen dekat hotel, kita akan bersiap dekat sana ya". Pesan Maz ketika Qaireena sudah masuk ke dalam kereta Taufiq yang menjemputnya di depan pusat membeli belah tersebut.
"Awalnya, majlis mula pukul 8 malam kan?". Kata Taufiq sedikit hairan.
"Reen je yang kena datang awal, Tuan tak perlu". Jawab Maz dengan senyuman.
"Habis tu sebelah malam saya kena datang sorang-soranglah?". Soal Taufiq lagi.
"Alaa... Tuan macam tak biasa datang sorang-sorang sebelum ni, bila dah sampai Tuan tunggulah Reen dekat lobi hotel". Kata Maz lagi dengan senyuman meleret.
"Hmm..baiklah. Thanks Maz sudi temankan Reen". Ucap Taufiq.
"No problem". Maz senyum sambil memandang majikannya itu.
"Seronok jalan dengan Maz tadi?". Tanya Taufiq apabila keretanya sudah bergerak meninggalkan pusat membeli belah itu.
"Letih adalah, asyik tukar baju je berhelai-helai sampai Kak Maz puas hati". Ujar Qaireena.
Taufiq tersenyum mendengar kata-kata Qaireena. bukan dia tidak tahu perangai PA nya itu yang terlalu cerewet dan menitikberatkan penampilan apabila berada di sesebuah majlis yang dihadiri oleh ramai orang. Wanita itulah yang selalu mengkritik penampilannya dahulu ketika dia mula bergelar pengarah syarikat.
"Maz dah biasa hadiri majlis-majlis besar, so mesti dia nak penampilan Reen nampak cantik esok. Disebabkan itu jugalah Abang minta dia yang temankan Reen". Jelas Taufiq.
"Apa Reen nak buat dekat majlis tu esok? Dahlah Reen langsung tak kenal sesiapa pun dekat syarikat Abang tu". Qaireena menoleh ke arah Taufiq yang sedang memandu.
"Reen cuma perlu sentiasa berada di sisi Abang je bersama senyuman manis Reen tu". Ujar Taufiq sambil tangannya mencapai tangan wanita itu dan dikucup lembut. Qaireena senyum bersama wajahnya yang kemerahan menahan malu apabila mendengar pujian Taufiq.
••••••••••
Selepas menikmati sarapan pagi, Taufiq dan Qaireena duduk di kerusi yang terdapat di depan kolam ikan rumah itu.
"Oh ya, Abang dah buat pertanyaan mengenai kemasukan pelajar baru dekat University of Sydney tu. Semester baru akan bermula dua bulan lagi, so sempatlah kita buat persediaan untuk ke sana nanti". Ujar Taufiq sambil tangannya menghamburkan makanan ke dalam kolam ikan.
"Abang pun akan ke sana juga?". Soal Qaireena dengan teruja sambil memandang wajah Taufiq.
"Mestilah sebab nak hantar isteri kesayangan Abang ni. Tapi mungkin kita akan pergi awal sedikit, so sempatlah kita jalan-jalan dekat sana nanti". Jawab Taufiq dengan senyuman.
"Wah, ni yang seronok dengar ni". Kata Qaireena dengan senyuman.
"Tapi lepas tu Reen kena tumpukan perhatian pada pelajaran dan make sure Reen graduate after three years. Kemudian balik Malaysia dan tolong Abang dekat pejabat". Ujar Taufiq.
"Baik boss". Kata Qaireena dengan senyuman yang meleret. Mendengarkan itu tangan Taufiq terus naik dan mencuit hidung Qaireena.
~~~
Petang itu, Pak Abu menghantar Qaireena ke hotel tempat berlangsungnya makan malam syarikat Taufiq. Ketika dia sampai, Maz sudah pun berada di lobi untuk menunggu kedatangannya.
"Dah lama ke Kak Maz tunggu?". Soal Qaireena.
"Taklah, Kak Maz pun baru je sampai, jomlah kita naik, sekejaplah jurumekap sampai". Kata Maz sambil melangkah ke arah lift. Sengaja dia menempah satu bilik di hotel itu untuk memudahkan dia dan Qaireena bersiap untuk ke majlis malam nanti.
Qaireena memandang wajahnya di dalam cermin, dia sedikit terkejut apabila melihat perubahan pada wajahnya setelah disolek nipis. Rambutnya pula di sanggul kemas menampakkan wajahnya sedikit matang.
Ya dia suka dengan solekan dan hiasan rambutnya itu, agar bila dia berada di sisi Taufiq nanti dia tidak kelihatan terlalu muda. Dia mahu mereka berdua kelihatan sepadan tanpa ada jurang perbezaan.
Maz kemudian mengarahkan Qaireena menyarungkan pakaian yang mereka beli semalam. Dia tersenyum saat melihat Qaireena yang sudah lengkap memakai dress tersebut.
"Reen nampak cantik dan berseri. Mesti Tuan Taufiq akan terpegun bila nampak Reen nanti. So Reen kena ready bila balik rumah nanti, risau Tuan akan jadi harimau ganas pula malam ni". Seloroh Maz sambil tertawa kecil. Qaireena yang seakan faham maksud gurauan Maz itu tersenyum dengan wajahnya yang kemerahan.
"Ada-ada jelah Kak Maz ni". Ujar Qaireena bersama senyuman yang masih lagi menghiasi bibirnya.
"Jom kita turun, sekejap lagi Tuan Taufiq akan sampai, dia baru je mesej Kak Maz tadi". Ajak Maz sambil menyarungkan kasut ke kakinya.
"Reen rasa nervous lah, kali pertama Reen datang ke majlis besar macam ni dan Reen langsung tak kenal sesiapa". Kata Qaireena.
"Rileks, tegakkan badan dan melangkah dengan penuh yakin. Sebab tulah Kak Maz nak Reen pakai high heels tu, dengan memakai high heels ianya mampu membina keyakinan diri kita semasa kita berjalan walaupun di depan ramai orang". Ujar Maz pada Qaireena.
"Tapi bila pakai lama sangat boleh sakit kaki ni Kak Maz". Sambil memandang kasut setinggi lima inci yang sudahpun disarungkan ke kakinya.
"Beauty is pain Reen. Bertahanlah untuk tiga ke empat jam". Kata Maz sambil mengenyitkan matanya pada Qaireena.
Qaireena dan Maz melangkah menuju ke lift, dan apabila mereka sampai di lobi Taufiq masih belum kelihatan.
"Kak Maz, Reen nak pergi washroom sekejap". Ujar Qaireena.
"Kita pergi sama-sama". Kata Maz kemudian menuju ke arah sebelah kiri lobi hotel tersebut.
Keluar sahaja dari washroom, Maz dan Qaireena cepat-cepat melangkah semula ke lobi hotel kerana Taufiq sudah memaklumkannya bahawa lelaki itu sedang menunggu mereka di lobi.
"Kak Maz". Tegur satu suara. Serta merta langkah Maz dan Qaireena terhenti.
"Oh, awak Luth, kenapa?". Soal Maz apabila dia menoleh ke sebelah kanannya dan melihat Luth Zareef sedang melangkah menghampirinya dan Qaireena.
"Tadi AJK penganjur majlis cari Kak Maz, Luth kata jelah Luth tak nampak Kak Maz lagi". Jawab Luth Zareef sambil sesekali matanya melirik ke arah Qaireena disebelah Maz.
"Tak apalah, sekejap lagi Kak Maz masuk ke dalam, Kak Maz nak jumpa Tuan Taufiq dulu, dia baru je sampai". Ujar Maz.
"Baiklah, jumpa dekat dalam nanti". Maz angguk kepala dan terus melangkah bersama Qaireena menuju ke lobi.
Seketika Taufiq terpegun saat melihat Qaireena sedang melangkah ke arahnya. Dress berona sekata seperti warna kulit Qaireena yang dihiasi dengan corak sulaman bunga berwarna biru itu menyerlahkan lagi kecantikan Qaireena. Rambut disanggul kemas dan solekan yang tidak terlalu tebal benar-benar membuatkan Taufiq jatuh cinta sekali lagi kepada isterinya itu.
Qaireena menghampiri Taufiq dengan senyuman. Maz yang melihat majikannya itu sedang memandang Qaireena tanpa berkelip, terus tersenyum. Ah, sudah lumrah orang lelaki, suka melihat kecantikan yang dimiliki oleh wanita. Mujurlah Qaireena itu isterinya, jika tidak pasti sudah lama mata lelaki itu dicucuk olehnya.
"Tuan, takkanlah sampai tak boleh berkelip mata tu tengok Reen". Kata Maz sambil tertawa kecil. Taufiq yang baru tersedar terus tersenyum mendengar kata-kata PA nya itu.
"Cantik Reen malam ni". Puji Taufiq sambil memandang wajah Qaireena.
"Terima kasih". Ucap Qaireena dengan senyuman dan membalas pandangan Taufiq.
"Tuan, saya masuk dulu ya, nanti bila dah dengar pengumunan, Tuan dan Tuan Yazid boleh masuk bersama pasangan masing-masing ya". Ujar Maz.
"Baiklah Maz". Jawab Taufiq dengan senyuman. Maz kemudian terus melangkah masuk ke dalam ballroom tempat dimana majlis akan berlangsung sebentar lagi.
Taufiq memandang wajah Qaireena sekali lagi, senyuman terukir di bibirnya. Wanita itu benar-benar telah membuat hatinya tidak keruan dan jantungnya berdegup tidak seirama.
"Abang, janganlah pandang Reen macam tu". Kata Qaireena perlahan tanpa memandang wajah Taufiq. Sungguh dia malu untuk bertentang mata dengan lelaki itu.
"Kenapa, tak boleh ke Abang nak pandang isteri Abang yang cantik ni?". Ujar Taufiq dengan senyuman.
"Boleh, tapi janganlah tenung lama-lama, orang nampak malulah. Nak tenung macam tu tunggu dekat rumah nanti". Wajah Qaireena semakin kemerahan apabila Taufiq masih lagi tidak mengalihkan pandangannya dari wajah wanita itu.
"Fiq". Tegur Yazid yang baru sahaja sampai bersama isterinya dan melangkah menghampiri mereka berdua.
"Lambat kau sampai, nasib baik belum ada pengumuman untuk kita masuk ke dalam tu tau tak". Bebel Taufiq sambil memandang Yazid.
"Sorry, kau tahu jelah bila nak keluar dengan orang perempuan ni, terpaksa sabar menunggu. Eh..Reen, kenalkan ini wife saya Sheila. Sayang, ini wife Taufiq, Qaireena". Qaireena senyum sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan isteri sahabat baik suaminya itu.
"Panggil Reen je". Kata Qaireena bersama senyuman.
Seketika Taufiq mendapat mesej daripada Maz yang meminta dia dan Yazid bersedia untuk masuk ke dalam. Apabila mendengar sahaja pengumuman, Taufiq terus berjalan di atas red carpet yang tersedia disepanjang pintu masuk ke dalam ballroom tersebut, Qaireena yang memaut lengan Taufiq juga melangkah penuh yakin di sebelah lelaki itu dengan senyuman yang menghiasi bibirnya. Manakala Yazid bersama isterinya pula mengiringi Taufiq dan Qaireena dari belakang.
Sepasang mata yang memandang ke arah dua susuk tubuh yang sedang berjalan di atas red carpet itu tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Sungguh dia tidak menyangka bahawa wanita yang mengganggu fikirannya semenjak semalam adalah isteri kepada pengarah syarikat tempat dia bekerja. Mujur dia tidak menegur wanita itu untuk berkenalan, jika tidak, pasti dia tidak tahu di mana mahu menyembunyikan wajahnya apabila berada di depan wanita itu.
Majlis malam itu berlangsung dengan meriah sekali apabila mereka semua turut dihiburkan oleh artis jemputan seperti Dayang Norfaizah dan Hael Husaini. Tepat pukul 11 malam, majlis tersebut tamat dan semua yang hadir beransur pulang.
"Kak Maz, Reen balik dulu ya, terima kasih untuk hari ni". Ucap Qaireena sambil keluar dari bilik Maz membawa barang-barangnya yang diletakkan di bilik hotel wanita itu.
"Sama-sama Reen, dah ready ke ni? Kak Maz tengok pandangan Tuan Taufiq tadi lain macam je". Maz memandang Qaireena sambil menahan tawanya.
"Ish..Kak Maz ni, dah lah Reen nak balik, Abang dah tunggu dekat depan lift tu". Kata Qaireena, serta merta pecah ketawa Maz apabila melihat wajah kemerahan Qaireena akibat malu di usik begitu.
"Bye". Maz melambaikan tangan kepada Qaireena bersama sisa tawanya.
"Reen penat?". Soal Taufiq sambil menoleh ke arah Qaireena yang berada di sebelahnya.
"Penat sebab pakai kasut tinggi ni je". Jawab Qaireena sambil menanggalkan kasut dari kakinya. Taufiq tersenyum mendengar jawapan isterinya itu. Dia tahu itu adalah kali pertama Qaireena memakai kasut sebegitu kerana kebiasaannya wanita itu lebih selesa memakai kasut snikers sahaja.
Sampai sahaja dirumah, Taufiq turun dari kereta, dia kemudian memandang Qaireena yang turun dari kereta dengan hanya berkaki ayam, kasut wanita itu pula berada di tangannya.
"Dah tak larat nak pakai kasut tu?". Soal Taufiq dengan senyuman. Qaireena menganggukkan kepalanya.
"Kaki Reen dah melecet". Jawab Qaireena dengan senyuman. Taufiq kemudian menghampiri Qaireena dan duduk mencangkung untuk melihat kaki wanita itu.
"Teruk juga ni sampai dah ada gelembung air". Kata Taufiq.
"Sakit sangat ke?". Dia mendongak memandang wajah Qaireena.
"Pedih sikit je, esok okaylah tu. Jomlah masuk, dah lewat malam ni". Ujar Qaireena. Taufiq bangun dan memandang wajah Qaireena.
"Jom". Kata Taufiq dan serentak itu tubuh Qaireena seakan melayang ke udara apabila Taufiq terus mencempungnya dan berjalan menuju ke pintu rumah.
"Abang.." Jerit Qaireena kecil, sedaya upaya mengawal suaranya agar tidak kedengaran oleh Mak Leha, Pak Abu dan jiran-jiran mereka. Taufiq pula sudah tersenyum memandang wajah kemerahan Qaireena.
Happy Reading korang :-)
Share this novel
saya suka novel jln cerita seperti kehidupan hari ini
what next Jue
nak la sambungannya please