BB - BAB 36

Drama Completed 309184

SELESAI membaca doa, Taufiq mengambil sebiji buah kurma dan disuakan ke dalam mulut untuk membatalkan puasanya.  Begitu juga dengan Mak Leha dan Pak Abu.  Sama seperti tahun-tahun sebelumnya, mereka bertiga menyambut bulan ramadhan bersama-sama memandangkan Mak Leha dan Pak Abu tidak mempunyai ahli keluarga lain.  Mereka juga tidak dikurniakan anak atas sebab masalah kemandulan yang dihadapi oleh Pak Abu.

"Kalau Reen tak sambung belajar dekat Australia, mesti seronokkan kita sambut bulan ramadhan bersama-sama, taklah kita bertiga je macam tahun-tahun sebelum ni".  Kata Pak Abu sambil menyuap sebiji kuih nona manis ke dalam mulutnya. 

Taufiq senyum mendengar kata-kata Pak Abu itu.  Ya, sepatutnya tahun itu adalah tahun pertama dia dan Qaireena menyambut bulan ramadhan sebagai suami isteri namun disebabkan wanita itu menyambung pelajaran ke Australia, mereka tidak dapat menyambut kedatangan bulan mulia itu bersama-sama.

"Nampaknya kena tunggu selepas tiga tahunlah baru kita dapat sambut ramadhan bersama Reen.  Itupun kalau kita ni panjang umur lagi".  Kata Mak Leha diiringi tawa kecil.

"Hari raya nanti Reen tak balik juga ke Tuan?". Soal Pak Abu. 

"Rasanya tak Pak Abu, sebab setahu saya cuti mereka tak panjang untuk hari raya.  Tak berbaloi kalau nak balik, penat duduk dekat dalam flight je berjam-jam lepas tu masa dengan family dekat Malaysia tak banyak".  Jawab Taufiq.  Pak abu yang mendengar mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Kesian pula Mak Leha dekat Reen, dahlah tahun ni tahun pertama dia beraya tanpa ibu dan adiknya, sekarang terpaksa pula sambut hari raya di negara orang".  Ujar Mak Leha pula.  Taufiq yang mendengar hanya tersenyum.

"Raya tahun ni Mak Leha dan Pak Abu tak ke mana-mana kan?".  Tanya Taufiq sambil memandang Pak Abu.

"Tak ada Tuan, memang dekat sini jelah kami beraya macam tahun-tahun sebelum ni.  Kenapa Tuan?".  Pak Abu turut memandang ke arah Taufiq.

"Kalau tak ada apa-apa halangan, saya rancang nak melawat Reen dekat sana".  Jawab Taufiq dengan senyuman.

"Pergilah Tuan, Mak Leha dan Pak Abu memang tak ke mana-mana pun, bolehlah Tuan sambut hari raya bersama Reen dekat sana sekali.  Sekurang-kurangnya taklah Reen rasa macam tak ada ahli keluarga langsung".  Kata Mak Leha sambil memandang majikannya itu.

"Betul tu Tuan, pergi je kalau Tuan nak pergi, Pak Abu dan Mak Leha ada je tengok-tengokkan rumah ni, Tuan jangan risaulah".  Ujar Pak Abu pula.  Taufiq hanya senyum dan mengangguk-anggukkan kepala. 

••••••••••

Qaireena bangun menyediakan hidangan untuk dia dan Aqilah bersahur.  Hari itu genaplah seminggu mereka menjalani ibadah puasa di negara orang.  Dia berdiri di tepi meja makan sambil merenung hidangan yang telah dihidangnya di atas meja tersebut.  Sungguh dia rindukan masakan ibunya dan dia rindukan suasana bersahur bersama Puan Qamariyah dan Qaisara.

Senyuman tawar terukir di bibir Qaireena saat fikirannya menerawang mengingati kenangan menyambut ramadhan bersama insan-insan tersayang.  Dalam masa yang sama airmata mengalir membasahi pipinya.  Rindu, dia tersangat rindu namun dia sedar semua kenangan itu takkan terulang lagi.  Yang telah pergi mana mungkin akan kembali lagi, itulah kenyataan yang harus dia hadapi.

"Reen, kenapa kau tak kejutkan aku untuk masak sama-sama?".  Soal Aqilah yang baru sahaja turun dari tingkat atas.  Qaireena yang mendengar suara sahabatnya itu cepat-cepat mengesat airmata yang mengalir di pipinya sebelum dia menoleh ke arah Aqilah.

"Aku sengaja tak nak kejutkan kau awal-awal, aku tahu kau penat balik kerja lewat malam, siang pula nak pergi kuliah.  Lagipun tak banyak benda yang nak dibuat.".  Jawab Qaireena sambil memandang Aqilah dengan senyuman.

"Reen kau nangis ke?".  Tanya Aqilah apabila dilihatnya Qaireena mengesat sisa airmata yang berada di pipi.

"Tak adalah, jom kita makan, semuanya dah siap ni".  Kata Qaireena sambil menarik kerusi dan duduk.  Aqilah turut menarik kerusi yang bertentangan dengan Qaireena.  Wajah sahabatnya itu dipandang.

"Kau rindu suami kau?".  Tanya Aqilah lembut.  Qaireena menggelengkan kepala.

"Aku cuma rindukan suasana bersahur bersama ibu dan adik aku Qila.  Aku rindu dengan masakan ibu aku tapi semua tu aku takkan dapat rasai lagi". Jawab Qaireena.  Airmata yang tadinya sudah berhenti mengalir, kini jatuh semula membasahi pipinya.  Perlahan Aqilah bangun dari duduknya dan berdiri di sebelah Qaireena.  Bahu sahabatnya itu diusap lembut.

"Reen, aku tahu rindu yang paling sakit adalah merindui orang yang telah pergi meninggalkan dunia ni.  Aku faham perasaan kau, sakit, memang sakit tapi sekurang-kurangnya kau masih ada kenangan bersama mereka untuk diingati.  Kenangan itu diingati untuk dijadikan pengubat kerinduan, bukannya menjadi punca kesedihan.  Sedekahkanlah Al-Fatihah ketika ingatan terhadap mereka beraja di hati".  Ujar Aqilah.  Qaireena menoleh dan memandang wajah Aqilah.

Benar, apa yang dikatakan oleh Aqilah, sekurang-kurangnya dia mempunyai kenangan untuk diingati, sedangkan sahabatnya itu langsung tidak pernah merasai bahagia mempunyai ibu.

"Dahlah jangan sedih-sedih lagi ya, jom kita makan nanti tamat pula waktu bersahur".  Kata Aqilah sambil mengukir senyuman kepada sahabatnya itu.  Qaireena mengangguk dan mengesat sisa airmata di pipinya.

~~~

Tamat sahaja kuliah pada petang itu, Qaireena dan Aqilah terus melangkah menuju ke perhentian bas. 

"Qila, hari ni kita berbuka puasa dekat luar jelah ya.  Lagipun barang-barang dapur dah habis, bolehlah kita pergi beli terus nanti".  Ujar Qaireena ketika mereka sedang menunggu bas.

"Emm...boleh juga.  Tapi, lepas berbuka puasa nanti aku terus pergi kerja, kau okay ke balik sendiri?".  Aqilah memandang ke arah Qaireena.

"Aku okay je, aku terus naik teksi je nanti, senang sikit aku nak bawa barang-barang".  Jawab Qaireena dengan senyuman.

"Iyalah kalau macam tu". 

"Hai Reen, Qila, dah habis kuliah ke?". Serentak Qaireena dan Aqilah menoleh ke arah suara yang menegur mereka itu.

"Iya Iqmal, kami baru je habis kuliah".  Jawab Qaireena sambil memandang lelaki itu.

"Oh jadi korang dah nak baliklah ni".  Tanya Iqmal lgi bersama senyuman di bibir.  Qaireena hanya menganggukkan kepala manakala Aqilah pula menjeling Iqmal. 

Semenjak peristiwa lelaki itu mengata dirinya terlalu skema kerana masih menetapkan peraturan tidak membenarkan lelaki masuk ke dalam rumah mereka, Aqilah sudah malas mahu melayan Iqmal.  Dia dapat merasakan yang lelaki itu bukanlah seseorang yang sesuai untuk dijadikan kawan. 

"Kalau macam tu, boleh la kita keluar berbuka puasa berdua petang ni, kan?".  Kata Iqmal dengan teruja.

"Sorry lah Iqmal, aku dengan Qila dah janji nak buka puasa bersama dan terus pergi beli barang-barang dapur yang dah habis".  Jawab Qaireena. 

"Alaa...Korang berduakan tiap-tiap hari pun memang sahur dan berbuka puasa bersama, apalah salahnya hari ni kau berbuka puasa dengan aku pula".  Ujar Iqmal dengan senyuman.

"Kami dah berjanji Iqmal, next time jelah kita berbuka puasa sama-sama.  Ajak sekali kawan-kawan yang lain, baru seronok duduk makan ramai-ramai".  Qaireena cuba mengukir senyuman sambil memandang wajah lelaki di hadapannya itu.

"Aku nak keluar berdua je dengan kau Reen, bukan dengan orang lain".  Wajah Iqmal mula bertukar serius memandang Qaireena.

"Kalau kau nak keluar berdua je dengan aku, memang tak bolehlah Iqmal, aku dah bagitahu kan status sebenar diri aku pada kau sebelum ni.  Aku harap kau faham".  Tutur Qaireena.

"Kenapa kau sombong sangat dengan aku Reen? Masuk hari ni entah kali ke berapa dah aku cuba ajak kau untuk keluar bersama, tapi satu pun ajakan aku kau tak pernah terima".  Kata Iqmal.  Wajahnya mula tegang dan rahangnya bergerak-gerak seolah-olah sedang menahan kemarahan.

"No Iqmal, bukan aku sengaja nak berlagak sombong pada kau, tapi dah berapa kali aku beritahu kau yang aku ni isteri orang dan aku perlu jaga batas pergaulan aku.  Takkanlah itu pun kau tak boleh nak faham?".  Qaireena cuba mengawal suaranya walaupun dia mula geram dengan sikap lelaki dihadapannya itu.  Iqmal senyum sinis saat mendengar kata-kata Qaireena.

"Please lah Reen, kau tak payah nak tipu hanya semata-mata nak menolak ajakan aku.  Kau ingat aku percaya ke yang kau ni dah berkahwin?  Usia kau pun baru nak mencecah dua puluh satu tahun, mustahil lah kau dah jadi isteri orang.  Lagipun, mana ada suami yang nak lepaskan isteri dia berlajar jauh-jauh di luar negara".  Ujar Iqmal lagi.

"Tak ada maknanya aku nak tipu kau Iqmal, terpulanglah pada kau sama ada nak percaya atau tak, itu hak kau.  Lagipun aku malas nak bertekak dengan kau dalam bulan ramadhan ni".  Tutur Qaireena sambil memandang Iqmal.

"Memang aku takkan percaya Reen.  Satu je aku nak pesan pada kau, jangan terlalu sombong takut nanti kau menyesal di kemudian hari.  Aku takkan berhenti di sini Reen, aku akan pastikan apa yang aku mahu akan aku miliki".  Kata Iqmal sebelum dia berlalu meninggalkan Qaireena dan Aqilah diperhentian bas itu.  Aqilah yang mendengar hanya menggeleng-gelengkan sahaja kepalanya. 

"Aku rasa, dia dah terlalu gilakan kau Reen.  Nasib baiklah tahun ni tahun terakhir dia study dekat sini, so tahun depan taklah kita hadap muka dan perangai dia lagi".  Ujar Aqilah sambil memandang susuk tubuh Iqmal yang sudah berlalu dari situ.

"Hmm...entahlah, aku dah berterus terang pun dia masih tak nak percaya juga.  Tapi aku rasa macam tak sedap hatilah dengan kata-kata dia tadi tu Qila, macam satu ugutan je".  Wajah Aqilah dipandang oleh Qaireena.

"Kau jangan risaulah, dia takkan berani buat apa-apa pada kau Reen, sebab sekarang dia dalam tahun  akhir, mesti dia takut kena buang universiti dan tak grad nanti. Tak pasal-pasal masa dia tiga tahun dekat sini terbazir macam tu je".  Kata Aqilah cuba menenangkan hati sahabatnya itu.

"Aku pun harap macam tulah Qila".  Tutur Qaireena walaupun di hatinya masih lagi terselit sedikit kerisauan.

Happy Reading korang :-)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience