BB - BAB 24

Drama Completed 309207

QAIREENA menghantar Taufiq sehingga ke pintu dan tangan lelaki itu dikucup lembut.  Hari itu Taufiq akan mula masuk ke pejabat setelah mereka pulang dari Singapore.

Baru sahaja Taufiq melangkah menuju ke keretanya, dia berpatah semula menghampiri Qaireena.  Kepala wanita itu disentuh lembut sebelum bibirnya singgah ke dahi Qaireena. 

Qaireena tersenyum apabila melihat kelakuan Taufiq itu.  Ya, dia gembira, terasa dirinya disayangi apabila dia diperlakukan sebegitu, rasa sunyi dan rasa kesendirian perlahan menjauh.  Dia mula merasakan hidupnya bermakna kembali.

"Hati-hati memandu, bye".  Pesan Qaireena sambil melambaikan tangannya kepada Taufiq.

Taufiq melangkah keluar dari perut lift dan menapak ke pejabatnya.

"Morning Tuan".  Ucap Maz dengan senyuman, menyambut kedatangan majikannya itu.

"Morning".  Jawab Taufiq sambil turut mengukir senyuman kepada PA nya itu.

Baru sahaja Taufiq memulas tombol pintu pejabatnya untuk masuk, Yazid pula menegurnya.

"Morning Fiq, baru sampai ke?".  Sapa Yazid sahabat baiknya itu.

"Morning Zid, ya baru je sampai ni".  Jawab Taufiq dengan senyuman sambil melangkah masuk ke dalam bilik pejabatnya.  Yazid turut mengekori langkah Taufiq masuk ke pejabat sahabatnya itu.

"So macam mana percutian kau dengan Reen?".  Soal Yazid sambil menarik kerusi di hadapan Taufiq.

"Alhamdulillah, semuanya okay walaupun ada banyak lagi tempat yang aku tak sempat nak bawa dia lawati dekat sana".  Ujar Taufiq.

"So, dia okay tak, dapat pergi bercuti sekejap je?".  Tanya Yazid lagi.

"Dia okay je Zid.  Aku bersyukur sangat sebab Reen jenis yang tak banyak karenah dan bukan jenis perempuan yang demand.  Walaupun aku hanya bawa dia ke Singapore dan masa percutian pula singkat tapi aku tengok dia dah cukup happy".  Jawab Taufiq dengan senyuman.

"Aku tak terkejut kalau kau kata macam tu Fiq, sebab aku tengok Reen tu lebih matang dari usia dia.  Kau tengok jelah sebelum ni, dia sanggup kerja sebagai penghantar makanan semata-mata untuk menyara kehidupan dia dan arwah adiknya.  Kalau sesetengah perempuan mesti tak nak kerja macam tu, lebih-lebih lagi bila terpaksa berpanas dan berhujan dekat atas motor tu.  Orang-orang macam dia memang akan lebih cepat bersyukur dengan apa je yang mereka dapat.  So kira kau bertuahlah memiliki Reen tu".  Ujar Yazid sambil tersenyum memandang Taufiq.

"Ya, aku akui aku memang bertuah sebab beristerikan dia".  Kepalanya diangguk-anggukkan manakala bibirnya pula menguntum senyum.

"Aku tengok senyuman kau hari ni lain macam sikitlah, ada apa-apa berlaku yang aku tak tahu ke?".  Serkap Yazid dengan senyuman sambil matanya dikecilkan memandang sahabatnya itu.

"Ish, tak ada apa-apalah, kau ni memandai je".  Ujar Taufiq sambil tertawa kecil.

"Alah..aku tahulah, bukan baru semalam aku kenal dengan kau Fiq.  Senyuman kau selalunya tak semanis dan seceria hari ni. Mesti ada something yang berlaku dekat Singapore kan? Takkan tak nak kongsi dengan aku".  Kata Yazid lagi.  Matanya memandang tepat ke wajah Taufiq dengan senyuman yang masih meleret.

"Tak ada apa-apa pun yang berlaku dekat sana Zid, cuma Reen dah mengaku yang dia pun cinta dan sayangkan aku.  Hati manalah yang tak berbunga, bila dapat tahu yang cinta aku tak lagi bertepuk sebelah tangan".  Kata Taufiq bersama senyuman yang menghiasi bibirnya.

"Wow...berita baik ni.  Tahniah Fiq, aku doakan semoga hubungan kau dan Reen kekal bahagia selamanya". Ucap Yazid pada sahabatnya itu.

"Terima kasih Zid doakan kami".  Tutur Taufiq dengan senyuman.

"So, bila nak bagi Fazil adik ni?". Ujar Yazid dengan tawa kecil.

"Dah, kau jangan nak melebih pula. Haa.. kau datang cari aku awal pagi ni kenapa?".  Soal Taufiq.  Sengaja mahu mengubah topik perbualan mereka kerana jika dilayan gurauan lelaki itu pasti tidak akan habis.  Yazid pula sudah tertawa melihat wajah Taufiq yang kemerahan kerana disoal tentang anak.

"Alah dengan aku pun nak malu".  Kata Yazid bersama sisa tawanya.

"Aku datang ni nak bagitahu kau yang tengah hari ni kita ada lunch meeting dengan Encik Azizi, lepas tu terus boleh tandatangan kontrak".  Sambung Yazid.

"Oh, Encik Azizi yang anak dia doktor tu kan?".  Soal Taufiq sambil memandang Yazid.

"Yes, memandangkan anak lelaki dia tu tak minat dengan dunia perniagaan, so anak perempuan dialah yang tolong dia dekat A&H Holdings tu".  Jawab Yazid.

"Tempoh hari masa Reen tak sihat aku bawa Reen ke klinik anak dia tulah.  Jarang nak dapat bapa sporting macam Encik Azizi tu, selalunya bila dah ada syarikat sendiri mesti orang tu nak anak-anak dia pun bekerja dalam syarikat dia, tapi Encik Azizi ni lain sikit, dia menghormati minat anak-anak dia.  Mujurlah anak perempuan serta dua anak menantu dia minat dalam bidang perniagaan dan mahu membantu dia".  Ujar Taufiq lagi.  Yazid yang mendengar terangguk-angguk.

"So kau pula kategori yang mana satu? Kau nak anak-anak kau ambil alih syarikat kau ke atau biarkan mereka membuat pilihan sendiri?".  Soal Yazid dengan senyuman.

"Setakat ni, aku tengok minat Fazil memang ke arah perniagaan memandangkan bidang yang dia ambil dekat Universiti pun Business management.  So tak susahlah aku nak fikir lagi".  Jawab Taufiq dengan tawa kecil.

"Anak-anak kau dengan Reen pula nanti macam mana?". Yazid sudah tertawa sambil memandang Taufiq.

"Kau saja je kan.  Baik kau masuk pejabat kau sekarang, kita jumpa tengah hari nanti.  Kalau layan kau ni sampai esok tak siap kerja aku yang dah tertangguh ni".  Ujar Taufiq.  Semakin galak Yazid mentertawakan sahabatnya itu apabila melihat wajah Taufiq yang kemerahan.

"Yalah aku keluar sekarang, jumpa lunch nanti". Kata Yazid sambil bangun dari kerusi yang didudukinya dengan bibir yang masih lagi meleretkan senyuman dan memandang sahabatnya itu.

Taufiq tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepalanya melihat Yazid.

'Anak? Mahu ke Reen mengandungkan zuriatnya pada usia wanita itu yang masih terlalu muda?'. Persoalan itu bermain difikiran Taufiq apabila Yazid sudah pun keluar dari pejabatnya.

Mana mungkin dia akan mementingkan dirinya sendiri.  Dia mahu Qaireena menghabiskan dahulu pengajiannya dan menikmati kehidupan seperti rakan-rakan sebayanya yang lain.

Sudah cukuplah wanita itu mengabaikan segala kehendak dan kepentingan diri sendiri semata-mata untuk menyara dan merawat adiknya yang sakit.  Kini Taufiq mahu Qaireena melalui kehidupan yang sempurna dan bahagia. 

Soal anak bukanlah keutamaan dirinya memandangkan dia juga telah memiliki  zuriat hasil dari perkahwinannya sebelum ini.  Tetapi jauh di sudut hatinya dia juga mempunyai impian untuk memiliki zuriat bersama Qaireena dan hidup sebagai sebuah keluarga yang lengkap dan bahagia.  Namun segalanya diserahkan kepada yang Maha Esa kerana sebagai manusia dia hanya mampu merancang tetapi hanya Allah yang berkuasa untuk menentukan semuanya.

~~~

Ketika memasuki garaj rumahnya, Taufiq tersenyum melihat Qaireena yang sedang leka membasuh skuter miliknya.

"Assalammualaikum". Ucap Taufiq.

"Waalaikumsalam.  Eh..Abang, awal balik".  Ujar Qaireena sambil memandang wajah lelaki itu.  Tangannya pula dipenuhi dengan buih sabun yang sedang membasuh tayar skuternya.

"Lepas lunch meeting dan sign kontrak dengan pelabur baru, Abang dah malas nak berpatah balik ke pejabat sebab tu terus balik rumah.  Kenapa tak minta Pak Abu je basuhkan skuter ni?".  Soal Taufiq.

"Tak apa, lagipun Reen dah rindu dengan skuter ni, lama sangat tak bermesra dengan dia".  Jawab Qaireena dengan tawa kecil.

"Abang, lepas basuh skuter ni Reen nak jalan-jalan pusing taman ni sekejap boleh?".  Dia memandang Taufiq sambil menggerak-gerakkan sebelah keningnya.

"Boleh, tapi dengan syarat".  Jawab Taufiq dengan senyuman.

"Syarat apa pula? Nak jalan-jalan pusing taman sekejap je pun".  Bebel Qaireena.

"Syaratnya, Reen kena bawa Abang sekali, kalau tak, Abang tak benarkan Reen keluar jalan-jalan bawa skuter tu".  Kata Taufiq.

"Tu je ke?".  Soal Qaireena untuk kepastian.  Taufiq senyum dan menganggukkan kepala.

"Okay, no problem". Senyuman manis terukir dibibir Qaireena.

"Abang masuk tukar baju dulu ya".  Kata Taufiq dan mula melangkah untuk masuk ke dalam rumah.

"Abang...". Panggil Qaireena.  Langkah Taufiq terus terhenti dan dia menoleh ke arah Qaireena.

"Apa dekat muka Abang tu?".  Soal Qaireena dengan riak serius.  Serta merta tangan Taufiq naik menyentuh wajahnya.

"Dekat mana?".  Tanya Taufiq.

"Dekat sini".  Jawab Qaireena sambil mencuit hidung Taufiq dengan tangannya yang penuh dengan buih sabun.  Qaireena menahan tawa apabila melihat hidung Taufiq sudahpun terpalit dengan buih sabun.

"Sayang!". Taufiq bersuara apabila menyedari bahawa Qaireena hanya mengenakannya.  Serta merta tawa Qaireena pecah apabila penipuannya dapat dikesan oleh lelaki itu.

Taufiq tersenyum melihat Qaireena yang tertawa gembira.  Dia kemudian menghampiri wanita itu.

"Oh, kenakan Abang ya".  Ujar Taufiq.

"Reen gurau jelah".  Jawab Qaireena bersama sisa tawanya sambil memandang Taufiq yang semakin hampir dengannya.

Taufiq yang sudah berada di depan Qaireena terus mengepit hidung wanita itu dengan jarinya.

"Abang...sakitlah".  Rengek Qaireena.

"Balasan sebab kenakan Abang.  Dah, basuh cepat lepas tu kita keluar jalan-jalan naik skuter".  Kata Taufiq.  Sebelum berlalu masuk ke dalam rumah sempat bibirnya singgah ke dahi wanita itu. 

Selesai membasuh skuternya Qaireena melangkah naik ke bilik untuk membersihkan diri.  Tidak lama kemudian kedengaran pintu biliknya di ketuk dari luar.

"Dah siap?".  Soal Taufiq apabila Qaireena membuka pintu.

"Dah.  Abang pakai kemas sangat ni nak ke mana? Kita nak pusing taman je kan?".  Ujar Qaireena apabila dilihatnya Taufiq bukan memakai pakaian yang santai.

"Tak, Abang nak dating dengan Reen".  Jawab Taufiq sambil tersenyum.

"Naik skuter?". Soal Qaireena seperti tidak percaya yang Taufiq mahu berjalan-jalan dengannya dengan hanya menaiki skuter.  Taufiq angguk kepala.

"Abang tak kisah?". Tanya Qaireena lagi.  Taufiq geleng kepala.

"Abang pun pernah susah, pernah bawa motor, so kenapa nak kisah?  Jangan jadikan kekayaan yang kita miliki hari ini sebagai alasan untuk kita menjadi angkuh dan melupakan asal usul diri kita sebelum ni".  Jawab Taufiq dengan senyuman. 

Mendengarkan kata-kata lelaki dihadapannya itu Qaireena mengukir senyuman dibibirnya.  Kagum dengan sikap Taufiq yang tidak sombong dan berlagak walaupun lelaki itu telah memiliki kekayaan.

"Kalau macam tu Reen tukar baju dululah.  Abang tunggu Reen dekat bawah ya".  Kata Qaireena.  Taufiq senyum dan menganggukkan kepalanya.

Helmet disarungkan ke kepalanya sebelum dia menghidupkan skuter.  Dia kemudian memandang ke arah Taufiq yang masih lagi terkial-kial untuk memasang tali pada helmet di kepalanya.  Qaireena menahan senyumnya.

"Sini Reen tolong pasangkan".  Ujar Qaireena sambil menghampiri Taufiq.

"Tali ni dah terpusing sebab tulah tak dapat lock". Kata Qaireena.

"Abang tak nampak tadi".  Jawab Taufiq.

Qaireena kemudian terus membonceng Taufiq ke tempat yang dimaksudkan lelaki itu. 

"Wah betul-betul dating ke ni?". Tutur Qaireena apabila Taufiq membawanya ke sebuah cafe yang terletak di rooftop. 

Taufiq tersenyum mendengar kata-kata Qaireena.  Dia kemudian menarik tangan wanita itu menuju ke meja yang berada dekat sudut hujung cafe tersebut.

"Reen tak nak sambung belajar ke?". Taufiq memulakan perbualan selepas sahaja pelayan cafe itu berlalu setelah mengambil pesanan mereka.

"Kenapa tiba-tiba Abang tanya pasal tu?".  Wajah Taufiq dipandangnya.

"Yalah, daripada Reen bosan duduk dekat rumah, lebih baik Reen habiskan pengajian Reen yang tertangguh sebelum ni kan.  Bila dah habis belajar nanti bolehlah kerja dengan Abang".  Ujar Taufiq dengan senyuman.

"Betul ke ni Reen boleh bekerja nanti?".  Soal Qaireena teruja.

"Betullah, tapi kena habiskan belajar dulu".  Kata Taufiq sambil memandang Qaireena.

"Reen memang nak sambung belajar tapi Reen masih fikirkan nak masuk universiti mana".  Jawab Qaireena sambil menundukkan wajahnya.

"Kenapa nak tukar universiti pula? Reen kan dah separuh jalan belajar dekat universiti sebelum ni?".  Soal Taufiq sedikit hairan.

"Reen tak nak sambung dekat sana lagi".
Jawab Qaireena.

"Reen nak buang semua kenangan tentang....". Belum sempat Qaireena menghabiskan kata-katanya, Taufiq terus mencelah.

"Okay stop.  Abang faham.  Tak perlu sebut benda yang buat Reen sedih atau sakit hati".  Kata Taufiq sambil memandang anak mata wanita itu.

"Terima kasih".  Ucap Qaireena. 

Ya, bukan sahaja kenangan tentang dia bersama Nasrul yang ingin dibuang dari ingatannya, tetapi dia juga tidak mahu teringatkan kenangan tentang Puan Qamariyah yang selalu datang melawatnya ke sana bersama Qaisara sekiranya dia tidak dapat pulang ke rumah pada hujung minggu.  Dia tidak mahu mengingati kenangan yang membuatkan dia bersedih kerana terlalu merindui dua insan itu.

"Reen dah ada terfikir mana-mana universiti yang Reen nak masuk?".  Soal Taufiq.  Qaireena memandang lelaki itu dan menggelengkan kepalanya.

"Reen nak tak belajar dekat luar negara?". Cadang Taufiq.

"Luar negara? Maksudnya Reen akan jauh dari Abanglah?".  Berkerut dahi Qaireena memandang Taufiq.  Serta merta Taufiq tersenyum melihat reaksi isteri kesayangannya itu.

"Kenapa, Reen tak nak jauh dari Abang ke?".  Soal Taufiq dengan senyuman yang masih menghiasi bibirnya.  Perlahan Qaireena menganggukkan kepalanya.

"Teknologi dah semakin canggih sayang, kita boleh video call tiap hari.  Dan setiap lima bulan Abang akan datang melawat Reen dekat sana".  Ujar Taufiq sambil memandang tepat ke wajah Qaireena.

"Tapi dekat mana?". Soal Qaireena.

"University of Sydney, Australia".  Jawab Taufiq dengan senyuman.

"Kenapa Abang nak hantar Reen belajar jauh-jauh? Sebab Abang nak kahwin lain lagi ke?". Soal Qaireena lagi.  Tertawa Taufiq mendengar kata-kata wanita itu.

"No sayang, sebab Abang nakkan yang terbaik untuk Reen.  Selain belajar, Reen dapat tengok dunia luar dan tambahkan pengetahuan Reen. Lagipun universiti tu adalah salah satu universiti antarabangsa yang terbaik, sebab tu Abang cadangkan Reen sambung belajar dekat sana".  Terang Taufiq.

"Tapi Abang takkan paksa kalau Reen tak nak, Reen boleh ambil masa untuk fikirkan dulu".  Tambah Taufiq lagi dengan senyuman. Qaireena memandang Taufiq, kemudian perlahan kepalanya dianggukkan.

Petang itu mereka menikmati pemandangan matahari terbenam dari cafe rooftop tersebut seperti pasangan yang sedang hangat bercinta.  Menjelang maghrib barulah mereka berdua pulang semula ke rumah.

Happy Reading korang Sorry baru dapat update hehe...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience