BB - BAB 12

Drama Completed 309187

USAI menunaikan solat subuh, Qaireena menapak ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi.  Namun dilihatnya Mak Leha sudah pun sibuk menyediakan bahan-bahan memasak.

"Eh Puan Reen, awalnya bangun".  Kata Mak Leha, apabila dia melihat Qaireena menghampirinya.

"Mak Leha, janganlah panggil Puan, panggil Reen je".  Ujar Qaireena dengan senyuman.  Mak Leha yang sedang memandang Qaireena, senyum kemudian menganggukkan kepalanya.

"Reen malas nak sambung tidur Mak Leha, lagipun sekejap lagi Reen nak pergi hospital lawat Sara dan bawakan dia sarapan pagi".  Sambung Qaireena lagi.

"Bolehlah Reen bawakan Sara bihun goreng ni, nanti Mak Leha masukkan ke dalam bekas ya".  Kata Mak Leha.

"Terima kasih Mak Leha".  Ucap Qaireena dengan senyuman.

"Mak Leha, boleh tak Reen tanya sesuatu?".  Soal Qaireena sambil membantu Mak Leha membancuh nescafe panas di dalam teko.

"Tanya je Reen, kalau Mak Leha boleh jawab, Mak Leha jawablah.  Seronok Mak Leha ada kawan berbual pagi-pagi ni, selalunya buat kerja sorang-sorang je".  Jawab Mak Leha sambil sibuk menggaul bihun yang berada di dalam kuali.

"Tuan Taufiq tu bujang terlajak ke, duda ke atau Reen ni isteri dia yang kedua, ketiga atau keempat?".  Tanya Qaireena.  Dia memandang ke arah Mak Leha yang sudah pun tertawa kecil apabila mendengar pertanyaannya itu.

"Kenapa Reen tak tanya dengan dia sendiri?".  Soal Mak Leha bersama sisa tawanya.

"Reen tak berani Mak Leha, tengok muka dia yang ketat tu je terus lidah Reen ni jadi kelu".  Jawab Qaireena berterus terang.  Semakin galak tawa Mak Leha apabila mendengar kata-kata Qaireena itu.

"Tuan Taufiq tu duda anak satu Reen".  Kata Mak Leha apabila tawanya sudah reda.

"Dia bercerai ke atau isteri dia meninggal Mak Leha? Anak dia mana sekarang?".  Tanya Qaireena lagi.

"Dia bercerai Reen.  Tuan Taufiq ni dulu dikahwinkan oleh keluarga muda sangat sebab tak nak mereka bercinta-cinta risau nanti memalukan keluarga.  Hidup mereka masa tu memang susah sebab baru nak belajar berdikari dan menanggung keluarga.  Setahun berkahwin, mereka dikurniakan sorang anak lelaki.  Tuan Taufiq semakin bekerja keraslah sebab nak menanggung anak dan isterinya.  Tapi isteri dia pula semakin hari semakin tak tahan dengan hidup yang susah, dia pun mulalah berkawan dengan lelaki yang kaya dan dapat berikan apa yang dia mahu sampailah satu hari tu Tuan Taufiq dapat tahu, dia terus ceraikan isteri dia.  Anak dia pula isteri dia yang ambil dan jaga sebab dia kata Tuan Taufiq tak mampu dan berikan kesenangan pada anak dia".  Cerita Mak Leha.  Qaireena yang mendengar hanya terangguk-angguk.

"Lama juga dia mendudakan.  Takkanlah tak ada sorang pun perempuan yang nak dekat dia, ataupun sebab muka dia tu ketat je memanjang sebab tulah perempuan takut tengok dia".  Kata Qaireena.

"Memang dah lama pun Reen.  Lepas je Tuan Taufiq bercerai tu dia berusaha untuk majukan diri.  Berkerja siang malam, dalam masa yang sama dia sambung belajar dan rajin mengikuti kursus-kursus berkaitan perniagaan sehinggalah dia dapat membuka syarikat sendiri bersama rakan baiknya Tuan Yazid.  Masa tulah isteri dia sibuk terkejar-kejarkan dia semula, sebab dah nampak yang Tuan Taufiq dah maju dan kaya.  Bukan tak ada perempuan yang nak dekat dia, cuma hati Tuan Taufiq yang belum terbuka lagi sebab dia dah serik dengan apa yang berlaku dalam perkahwinannya".  Tambah Mak Leha lagi.

"Banyak juga yang Mak Leha tahu pasal Tuan tu ye.  Dah berapa lama Mak Leha bekerja dengan Tuan?".  Sambil menyusun cawan ke dalam dulang untuk dibawa ke meja makan.

"Mak Tuan Taufiq yang cerita pada Mak Leha Reen.  Mak Leha dah bekerja dengan Tuan Taufiq hampir sepuluh tahun.  Sempat juga Mak Leha menjaga mak Tuan Taufiq semasa beliau sakit tenat sebelum meninggal dunia lima tahun lalu.  Ayah Tuan Taufiq pula meninggal dunia selepas sebulan mak Tuan Taufiq meninggal.  Tinggallah Tuan Taufiq dengan Mak Leha dan Pak Abu je dalam rumah ni.  Sesekali ada juga anak dia datang dan bermalam di sini.  Anak dia baru je habis SPM dan dapat tawaran untuk sambung belajar ke universiti, sebab tulah dah lama tak datang lawat Tuan Taufiq".  Terang Mak Leha lagi.

"Maksudnya usia Reen hampir sama dengan usia anak dialah kan?".  Ujar Qaireena.

"Lebih kuranglah Reen, sekarang usia Fazil 19 tahun".  Kata Mak Leha.

"Reen tua setahun jelah dari anak dia kan.  Hmm...nasib badanlah kahwin dengan orang tua, muka ketat pula tu".  Mak Leha terus tertawa mendengar kata-kata Qaireena.

"Itulah yang dikatakan jodoh di tangan tuhan.  Perbezaan usia yang jauh tu tak semestinya tak boleh bahagia Reen.  Yang penting hati ikhlas menerima antara satu sama lain".  Sambil memasukkan bihun yang sudah siap digoreng ke dalam mangkuk besar kemudian dihidang diatas meja makan. 

Qaireena terangguk-angguk perlahan. 

'Ya, ajal, maut, jodoh pertemuan semuanya di tangan allah.  Seperti perginya ayah dan ibu meninggalkan aku dan Sara secara tiba-tiba tanpa pesan.  Dan kini aku telah menjadi isteri kepada seorang yang baru aku kenali secara tidak sengaja'.  Bicara Qaireena di dalam hati.

"Semua dah siap ni, nanti Reen sarapan dengan tuan ya. Untuk Sara pula sekejap lagi Mak Leha masukkan dalam bekas".  Kata Mak Leha dengan senyuman.

"Baiklah, terima kasih Mak Leha".  Ucapnya dengan senyuman.

Qaireena kemudian naik ke biliknya untuk bersiap ke hospital melawat Qaisara.  Ketika dia turun semula ke bawah, dilihatnya Taufiq sudah pun duduk di meja makan.

"Jom breakfast".  Ajak Taufiq sambil menyenduk bihun goreng ke dalam pinggan dan diletakkan ditempat Qaireena.

"Thank you".  Ucap Qaireena sambil cuba mengukir senyuman kepada Taufiq.  Lelaki itu pula hanya menganggukkan kepala.

"Awak nak terus ke hospital ni?".  Soal Taufiq sambil menyuap bihun goreng ke dalam mulutnya.  Qaireena hanya menggangguk.

"Awak ikut saya sekalilah, nanti saya hantar awak ke hospital.  Bila-bila awak rasa nak balik berehat, awak call je Pak Abu".  Kata Taufiq.

"Tak apalah, Reen minta Pak Abu je hantar Reen ke hospital, nanti lewat pula Abang masuk pejabat, pagi-pagi kan jalan raya selalu sesak".  Ujar Qaireena sambil memandang ke arah Taufiq.

Taufiq terpempan seketika apabila mendengar panggilan Qaireena terhadapnya.  Matanya  melekat ke wajah Qaireena tanpa berkelip.  Namun dia tersedar apabila mendengar bunyi sudu yang berlaga dengan pinggan.

"Tak apa, awak ikut je sekali, hospital dengan pejabat saya bukannya jauh sangat".  Tangannya kembali menyuap bihun ke dalam mulutnya.

"Baiklah".  Jawab Qaireena dengan senyuman.

Suasana di dalam kereta itu sunyi sepi, masing-masing diam tanpa bicara.  Sesekali hanya terdengar bunyi telefon bimbit Qaireena yang menandakan ada mesej yang diterimanya.  Sengaja dia tidak membaca mesej tersebut, kerana dia tahu siapa gerangan yang menghantar mesej tersebut. 

Kereta Taufiq berhenti di depan hospital itu.  Dia menoleh ke sisinya untuk memandang Qaireena.

"Ingat, call Pak Abu kalau nak balik, dan pastikan awak tunggu betul-betul dekat depan ni.  Jangan menunggu jauh dari kawasan yang ramai orang".  Pesan Taufiq pada Qaireena.

"Baiklah, Reen pergi dulu".  Kata Qaireena dengan senyuman sambil menghulurkan tangannya pada Taufiq untuk bersalaman.

Taufiq memandang tangan Qaireena, perlahan dia menyambut huluran itu.  Bibirnya mengukir senyuman saat Qaireena mengucup tangannya lembut.  Namun cepat-cepat dia mematikan senyuman itu apabila Qaireena mengangkat wajahnya.  Keretanya kemudian berlalu apabila Qaireena sudah pun masuk ke dalam bangunan hospital dan hilang dari pandangannya. 

"Assalammualaikum.  Dah lama Sara bangun? Mesti Sara dah laparkan tunggu Kak Reen".  Kata Qaireena sambil melangkah menghampiri katil Qaireena.  Bekas berisi bihun goreng yang dibawanya diletakkan di atas meja yang berada di sisi katil Qaireena.

"Waalaikumsalam.  Tak lapar pun Kak Reen, Sara cuma rasa loya dan nak muntah je".  Jawab Qaisara.

"Tapi Sara kena juga makan sikit, tak boleh biarkan perut kosong je".  Ujar Qaireena sambil mendekatkan meja betul-betul di depan Qaisara.  Bekas bihun pula diletakkan di atas meja tersebut dan dibuka.

"Emm. nampak menyelerakan pula bihun ni, jarang Kak Reen masak bihun masukkan udang sekali".  Kata Qaisara dengan senyuman.

"Bukan Kak Reen yang masak, tapi Mak Leha".  Beritahu Qaireena jujur.  Dia nekad untuk berterus terang pada adiknya itu tentang dirinya yang kini sudah pun menjadi isteri Taufiq.

"Mak Leha? Siapa tu? Mak saudara kita belah mana? Sara pernah jumpa ke?".  Soal Qaisara bertubi-tubi.  Namun tangannya mula menyuap bihun itu ke dalam mulut.

"Sara, Kak Reen ada sesuatu nak beritahu pada Sara.  Kak Reen harap Sara tak terkejut bila mendengar apa yang bakal Kak Reen katakan ni".  Qaireena memulakan bicaranya tanpa menjawab persoalan yang bermain difikiran Qaisara.

"Macam serius je ni.  Bagitahulah, Sara dengar".  Kata Qaisara sambil memandang wajah Qaireena.

"Sebenarnya, Kak Reen dah berkahwin".  Tersembur air milo panas dari dalam mulut Qaisara yang baru sahaja diteguknya saat mendengar pengakuan kakaknya itu.  Laju tangan Qaireena menghulurkan tisu kepada Qaisara.  Dia turut membantu adiknya itu membersihkan sisa air milo yang tersembur ke atas meja makan.

"Apa yang Kak Reen merepek ni? Terkejut Sara tau".  Melekat pandangannya ke wajah kakaknya itu.

"Kak Reen tak merepek Sara.  Betul Kak Reen dah berkahwin".  Kata Qaireena cuba meyakinkan Qaisara.

"Kahwin dengan siapa? Bila Kak Reen kahwin?". Soal Qaisara.

"Dengan Tuan Taufiq yang datang semalam tu.  Masa Kak Reen datang dengan dia tu, kami baru je habis akad nikah".  Jawab Qaireena.

"Macam mana Kak Reen boleh kenal dia, dan kenapa tiba-tiba je Kak Reen kahwin dengan dia".  Tanya Qaisara.

Qaireena menceritakan segala yang berlaku bermula dari dia di tahan oleh along sehinggalah dia ditangkap untuk dijadikan pelacur dan diselamatkan oleh Taufiq.

"Kak Reen rasa, Tuan Taufiq tu memang sengaja nak ambil kesempatan pada Kak Reen ke atau dia sememangnya berniat ikhlas untuk menolong Kak Reen".  Ujar Qaisara setelah mendengar keseluruhan cerita kakaknya itu.

"Entahlah Sara, kalau kata dia nak ambil kesempatan pada Kak Reen, semalam bila Kak Reen dah menyerah diri pun dia langsung tak sentuh Kak Reen".  Kata Qaireena.

"Sara rasa, dia memang ikhlas nak tolong Kak Reen lah.  Mungkin dia jadikan Kak Reen sebagai isteri sebab dia nak menjaga keselamatan Kak Reen daripada di cari oleh along lagi.  Kak reen tengok jelah, dia tak nak Kak Reen bekerja lagi, kos pembedahan Sara pula dia nak tanggung sepenuhnya, makan pakai kita pun dia nak tanggung siap tawarkan Kak Reen untuk sambung study lagi.  Lagaknya seperti seorang bapa yang menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga".

"Kak Reen pun ada juga terfikir benda yang sama selepas Kak Reen tengok dia langsung tak ambil kesempatan pun pada Kak Reen walaupun Kak Reen dah sah bergelar isterinya".

"Allah tu maha adilkan Kak Reen, DIA ambil ibu dan ayah, kemudian dia hadirkan seseorang untuk membantu dan menjaga kita.  Sekurang-kurangnya, bila ajal Sara pula yang tiba nanti, Sara dah tak risau Kak Reen akan tinggal bersendirian.  Kak Reen dah ada tempat bergantung yang akan sentiasa ada di sisi untuk menjaga Kak Reen".  Kata Qaisara sambil mengukir senyuman.

"Sara, janganlah kata macam tu, Kak Reen tak sukalah".  Satu jelingan dihadiahkan kepada adiknya itu.  Qaisara yang melihat hanya tersenyum.

Seketika telefon bimbit Qaireena berbunyi.  Cepat-cepat dia menjawab panggilan tersebut apabila melihat nama si pemanggil.

"Assalammualaikum Nas".  Ucap Qaireena setelah melekapkan telefon ke telinganya.

"Waalaikumsalam.  Reen sibuk ke, sebab dari tadi Nas mesej tapi Reen tak balas".

"Sorry Nas, Reen dekat hospital ni temankan Sara.  Asyik berbual sampai terlupa nak balas mesej Nas".  Jawab Qaireena.

"Reen tak kerja hari ni?".  Soal Nasrul.

"Tak Nas, Reen memang nak temankan Sara je hari ni".  Kata Qaireena.

"Kalau macam tu bolehlah Nas datang jumpa Reen dekat hospital dan lawat Sara sekali.  Kebetulan jadual kuliah untuk hari ni dibatalkan sebab pensyarah yang mengajar tu terlibat dengan program perkhemahan esok".  Ujar Nasrul ceria.

Sungguh Qaireena merasa bersalah pada Nasrul, dia benar-benar tidak tahu bagaimana mahu berterus terang mengenai statusnya kepada lelaki itu.  Dalam masa yang sama dia juga takut seandainya Taufiq akan memarahinya apabila lelaki itu mengetahui yang dia berjumpa dengan lelaki lain.

"Nas tak nak berehat ke? Tempoh hari Nas kata Nas pun ahli jawatankuasa untuk aktiviti perkhemahan tu kan?".  Sengaja Qaireena mencari alasan agar lelaki itu tidak datang berjumpanya.  Dia belum bersedia lagi untuk memberitahu perkara sebenar kepada lelaki itu.

"Tak apa, malam nanti Nas boleh berehat lagipun ni je masa yang Nas ada, lepas ni Nas akan sibuk dengan persiapan peperiksaan akhir, tak tahu bila lagi dapat jumpa Reen". Kata Nasrul.

"Baiklah, kita jumpa nanti ya".  Jawab Qaireena sebelum menamatkan perbualan mereka.

~~~

Qaireena duduk berbual bersama Nasrul manakala Qaisara pula baru sahaja tertidur selepas dia diberikan satu suntikan oleh doktor Luqman.  Semenjak dari awal kedatangan lelaki itu, Qaireena cuba mencari ruang untuk dia memulakan bicara dan sekaligus memberitahu tentang statusnya itu kepada Nasrul.  Namun keasyikan lelaki itu bercerita tentang aktiviti yang dilakukannya di kampus membuatkan Qaireena terpaksa melayan cerita Nasrul terlebih dahulu kerana tidak mahu mengecilkan hatinya. 

Tiba-tiba pintu bilik Qaisara ditolak perlahan dari arah luar.  Qaireena menoleh ke arah pintu itu untuk melihat siapa yang datang. Seketika mata Qaireena melekat ke arah susuk tubuh yang sedang melangkah masuk ke dalam bilik itu sambil memandang ke arahnya.

Taufiq....

Happy Reading korang :-) Jgn lupa follow, rate dan comment ye.. Boleh follow IG jue sekali untuk tgok gambar2 watak utama..

Share this novel

NANA.ED
2021-01-25 11:19:38 

jangan jangan Nasrul tu anak Tuan Taufiq tak....


NovelPlus Premium

The best ads free experience