BB - BAB 39

Drama Completed 309184

TAUFIQ menghampiri Qaireena yang sedang duduk di meja belajar.  Dari tadi wanita itu sibuk menyiapkan tugasannya yang perlu dibentangkan dan dihantar pada esok hari.  Segelas jus oren yang baru diambilnya diletak di depan Qaireena.

"Dari tadi Abang tengok Reen asyik menguap je, minum jus ni segarkan sikit mata tu".  Kata Taufiq pada Qaireena.

"Thank you Abang".  Ucap Qaireena dengan senyuman sambil mencapai gelas berisi jus oren tersebut dan diteguk perlahan.  Sebenarnya dia memang sudah terlalu mengantuk, tetapi memandangkan tugasan itu perlu dihantar pada esok hari terpaksalah dia bersengkang mata untuk menyiapkannya.

"Banyak lagi ke yang Reen nak siapkan".  Soal Taufiq sambil menundukkan wajahnya dekat dengan wajah Qaireena. Kedua-dua bahu wanita itu disentuh dan diusap lembut.

"Ada sikit je lagi, Abang tidurlah dulu kalau dah mengantuk, kejap lagi Reen join Abang sekali ya".  Jawab Qaireena dengan senyuman.  Tangan Taufiq yang berada dibahunya disentuh.

"Tak apa, Abang nak temankan isteri Abang ni sampai tugasan dia siap".  Ujar Taufiq.  Bibirnya kemudian mendarat ke pipi wanita itu.  Qaireena senyum, suka diperlakukan sebegitu.  Bunga dihatinya semakin kembang setaman.

~~~

Qaireena bangun dan duduk dibirai katil untuk menghilangkan mamainya seketika.  Telefon bimbit dicapai untuk melihat jam pada waktu itu.

"Alaa, Reen tak masak lagi.  Kenapa alarm ni tak bunyi pula".  Bebel Qaireena.  Cepat-cepat dia berdiri dan menuju ke bilik mandi untuk membasuh muka.  Taufiq hanya senyum melihat tingkah isterinya itu.

Keluar sahaja dari bilik mandi, tergesa-gesa Qaireena mengelap wajahnya dan mahu keluar menuju ke dapur.  Taufiq berdiri dan menghampiri isterinya itu dengan senyuman.

"Mak Leha dah masak sayang, sebab tu Abang kejutkan Reen lewat sikit.  Abang tahu isteri abang ni penat, sampaikan semalam pun tidur dekat meja belajar".  Tutur Taufiq sambil menyentuh pipi Qaireena. 

"Hah? Habis tu Abanglah yang angkat Reen tidur dekat atas katil tu?".  Soal Qaireena sambil memandang wajah lelaki di hadapannya itu.  Taufiq mengangguk dengan senyuman.

"Ingatkan dapatlah lepas rindu dengan orang tu semalam, penghujungnya Abang dapat tenung je wajah isteri kesayangan Abang ni yang tengah nyenyak tidur".  Kata Taufiq bersama senyuman dibibir.

"Sorry.... Reen sebenarnya tengah tunggu tugasan Reen tu habis dicetak, tak sangka pula tertidur terus.  Kenapa Abang tak kejutkan Reen?". 

"Tak sampai hati Abang nak kejutkan isteri Abang ni, nampak sangat Reen letih sampaikan Abang angkat pun Reen tak sedar langsung".  Ujar Taufiq.

"Emm...selagi tak masuk waktu subuh boleh lagikan?". Tangannya naik merangkul leher Taufiq bersama senyuman menghiasi bibir.  Berkerut dahi Taufiq mendengar kata-kata Qaireena itu.

"Boleh apa?".  Soal Taufiq sedikit hairan.

"Lepas rindu".  Bisik Qaireena ditelinga Taufiq.  Taufiq terus tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya saat mendengar bisikan Qaireena itu.

"Sejak bila jadi nakal ni?".  Tutur Taufiq sambil jarinya mencuit hidung Qaireena.

"Semenjak berjauhan dari Abang dan menahan rindu selama empat bulan lamanya".  Jawab Qaireena dengan senyuman.

Pinggang Qaireena dirangkul dan perlahan bibir Taufiq memaut bibir kekasih hatinya itu dan keduanya hanyut seketika, melepas rasa rindu yang terbuku di hati.

"Dah, tak boleh lebih-lebih, jom sahur sebelum masuk waktu imsak, yang lain pun dah tunggu dekat bawah tu".  Kata Taufiq bersama senyuman apabila dia melepaskan pautan bibir mereka.  Tangan Qaireena kemudian ditarik menuju ke pintu.

"Hmm...sabarlah wahai hati".  Ujar Qaireena sambil menapak menuruti langkah Taufiq untuk keluar dari bilik.  Taufiq yang mendengar tertawa kecil.

~~~

Tamat sahaja kuliah mereka pada waktu tengah hari itu, Qaireena dan Aqilah terus menapak keluar dari kawasan kampus.  Ketika sampai di pintu laluan utama kampus mereka itu, Qaireena melihat Taufiq sedang berdiri sambil bersandar di sebuah kereta dan memandang ke arah mereka berdua dengan senyuman.

"Abang buat apa dekat sini?". Soal Qaireena.

"Jemput Reen dan Qila balik kuliahlah, sekali bawa Mak Leha dan Pak Abu lawat kawasan university Reen tadi".  Jawab Taufiq dengan senyuman.

"Ni bukan kereta Mr Robert ke?".  Tanya Qaireena lagi sambil memandang wajah Taufiq.

"Mr Robert yang pinjamkan pada Abang masa Abang tanya dia dekat mana nak sewa kereta tadi.  Abang dah tolak, tapi dia tetap suruh pakai je kereta dia, tak perlu nak sewa-sewa lagi katanya". Ujar Taufiq.

"Dah tu yang Abang berdiri dekat luar ni kenapa? Saja nak mengurat student perempuan dekat sini ke?".  Aqilah yang sedang berdiri di sebelah Qaireena terus tertawa apabila mendengar kata-kata berbaur cemburu dari mulut sahabatnya itu.  Taufiq pula hanya tersenyum sambil memandang Qaireena.

"Abang cuba juga nak mengurat tadi, tapi tak ada sorang pun nak pandang Abang sayang.  So Abang ambil keputusan untuk terus setia je pada Reen".  Tutur Taufiq sambil mengenyitkan matanya pada Qaireena. 

"Yalah tu". Kata Qaireena sambil menjeling kepada Taufiq.

"Kuat jealous juga isteri Abang ni kan.  Dah jom naik, hari ni kita berbuka puasa dekat luar, boleh beli barang-barang untuk sambut raya sekali".  Ujar Taufiq dengan senyuman. Dia kemudian membuka pintu disebelah tempat duduk pemandu untuk Qaireena.  Manakala Aqilah pula terus masuk ke tempat duduk belakang.

Tanpa mereka sedari sepasang mata sedang memerhatikan mereka tidak jauh dari kawasan Taufiq memakirkan kereta.  Dia hanya tersenyum sinis saat melihat Taufiq membuka pintu kereta untuk Qaireena.

"Well, perempuan zaman sekarang memang pandang lelaki kaya je.  Jaga batas pergaulan sebab isteri orang konon, hakikatnya takut dengan sugar daddy dia, takut elaun kena potong.  Reen... Reen... kau ingat aku bodoh?".  Dia melihat kereta yang dinaiki oleh Qaireena dan Aqilah berlalu dari situ sehingga hilang dari pandangan matanya.

••••••••••

Usai menunaikan solat subuh berjemaah, mereka semua bersiap-siap untuk bertolak ke masjid bagi menunaikan solat sunat Aidilfitri.  Sayu hati Qaireena saat mendengar alunan takbir di pagi raya itu.  Tanpa sedar airmatanya mengalir ke pipi. 

Ketika sampai di rumah, Qaireena terus melangkah masuk ke dalam biliknya.  Telekung di tanggalkan dan dia melabuhkan punggung di meja belajarnya.  Gambar mereka sekeluarga yang berada di atas meja itu dicapai dan dipandang. Airmatanya kembali mengalir dipipi. Tahun pertama dia menyambut kedatangan Aidilfitri tanpa Puan Qamariyah dan Qaisara membuatkan hatinya benar-benar sebak.

"Ibu, ayah, Sara...Reen rindu.  Tahun ni Reen sambut raya di negara orang.  Maafkan Reen sebab tak dapat lawat pusara ibu, ayah dan Sara".  Perlahan bingkai gambar itu dibawa ke dadanya.  Sungguh dia sangat merindui ketiga-tiga insan kesayangannya itu.   

Taufiq yang  baru sahaja kembali dari rumah Mr Robert untuk memulangkan kereta yang dipinjamnya, mencari-cari susuk tubuh Qaireena.  Dia melangkah ke dapur, namun yang ada hanyalah Mak Leha dan Aqilah yang sedang sibuk memotong ketupat.  Dia kemudian terus menapak ke tingkat atas untuk mencari Qaireena.

Perlahan pintu bilik ditolak dari luar, serta merta dia terdengar suara esakan halus dari dalam bilik itu.

"Reen...".  Tegur Taufiq dan terus menghampiri isterinya itu.

"Kenapa ni sayang?".  Soal Taufiq lembut.

"Reen rindu ibu, ayah dan Sara".  Jawab Qaireena bersama esak tangisnya.  Kedua bahu Qaireena disentuh dan dibawa wanita itu ke dalam dakapannya.

"Reen dah sedekahkan Al-Fatihah untuk mereka?".  Tanya Taufiq sambil mengusap-ngusap belakang wanita itu. Qaireena mengangguk perlahan.

"Abang tahu tahun ni adalah tahun pertama Reen menyambut hari raya tanpa mereka, sebab tulah Abang datang ke sini bersama Mak Leha dan Pak Abu.  Abang tak nak Reen sedih-sedih dan rasa diri Reen tak punya sesiapa di dunia ni lagi. Yang pergi tetap pergi sayang, hanya doa yang mampu kita panjatkan untuk mereka di alam sana". Tutur Taufiq.

"Sesiapa pun tak mampu menghalang rasa rindu yang sesekali hadir di hati, sebab ketiga-tiga insan itu adalah orang yang paling rapat dengan Reen. Menangislah jika itu dapat meredakan rasa rindu yang menyesakkan dada Reen saat ini". Sambung Taufiq lagi. Semakin laju airmata Qaireena mengalir dipipinya. Pelukan ditubuh Taufiq dieratkan. Lama dia berada dalam keadaan begitu.

Qaireena mengangkat wajahnya dari dada Taufiq setelah tangisannya reda dan hatinya kembali tenang.

"Terima kasih sebab selalu ada di sisi Reen saat Reen memerlukan". Ucap Qaireena sambil memandang wajah Taufiq. Taufiq senyum, tangannya naik mengesat sisa airmata dipipi Qaireena.

"Sama-sama sayang. Jangan sedih-sedih lagi okay". Tutur Taufiq dengan senyuman. Qaireena menganggukan kepalanya bersama senyuman yang terukir di bibir.

"Abang turunlah dulu mesti Mak Leha, Pak Abu dan Qila dah tunggu kita dekat bawah, Reen nak basuh muka dulu, kejap lagi Reen turun". Ujar Qaireena.

"Tak nak, Abang nak tunggu Reen lagipun orang tu tak minta ampun dan maaf lagi dekat suami dia ni". Qaireena tersenyum mendengar kata-kata Taufiq itu. Dia kemudian terus berlalu ke bilik mandi untuk membasuh wajahnya.

Selesai mengenakan solekan nipis diwajahnya, Qaireena menghampiri Taufiq yang sedang duduk dibirai katil menunggunya. Dia duduk bersimpuh di atas lantai sambil menghadap Taufiq. Tangan dihulur untuk bersalaman dengan lelaki itu. Taufiq senyum dan menyambut huluran tangan Qaireena.

"Reen minta ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Halalkan makan minum Reen selama menjadi isteri Abang. Terima kasih sebab menyayangi dan mencintai Reen dengan seikhlas hati Abang". Ucap Qaireena sambil mengucup tangan Taufiq.

"Abang maafkan segala salah silap Reen dan Abang halalkan segala pemberian Abang pada Reen. Abang pun nak minta maaf pada Reen kalau Abang ada sakitkan hati Reen sama ada dalam sedar atau pun tidak. Terima kasih sebab sudi terima Abang sebagai suami Reen". Tutur Taufiq sambil mengucup lembut dahi isteri tercintanya itu. Qaireena senyum memandang Taufiq sebelum bibirnya singgah di kedua belah pipi lelaki itu.

"Jom turun, mesti dah lama mereka tunggu kita dekat bawah tu". Ajak Qaireena sambil menarik Taufiq bangun dari birai katil. Taufiq senyum dan terus menuruti langkah Qaireena keluar dari bilik.

Selesai bermaaf-maafan, mereka semua menikmati hidangan yang di masak oleh Mak Leha. Tidak ketinggalan Mr Robert dan isterinya yang turut dijemput oleh Taufiq untuk sama-sama memeriahkan lagi suasana hari raya yang disambut oleh mereka.

Taufiq memandang Qaireena yang begitu leka mengambil gambar bersama Aqilah sambil tertawa riang. Lega hatinya kerana wanita itu tidak lagi melayan kesedihan yang bertamu dihatinya dek kerana merindui ibu, ayah dan juga adiknya yang telah pergi.

Happy Reading korang:-)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience