BB - BAB 48

Drama Completed 309187

~TIGA TAHUN KEMUDIAN~

MENDENGAR sahaja pengumuman dari ketua pramugari bahawa sebentar lagi mereka akan mendarat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, hati Qaireena semakin teruja.  Tiga tahun tidak pulang ke tanah kelahirannya itu, membuatkan dia terlalu rindu. Rindu dengan cuaca di Malaysia, rindu dengan masakan melayu dan yang paling dirinduinya adalah lelaki yang bergelar suaminya. 

Tujuh bulan dia langsung tidak bertemu dengan lelaki itu disebabkan kesibukan Taufiq menguruskan sebuah projek besar syarikatnya.  Dan hari ini adalah hari yang sangat dinantikannya, tidak sabar untuk melihat wajah insan tersayangnya itu di depan mata.

Dari jauh lagi, Qaireena melihat Taufiq sedang menunggunya dengan senyuman di pintu balai ketibaan. 

“Welcome back to Malaysia.” ucap Taufiq apabila Qaireena menghampiri dan mengucup tangannya.

“Thank you.” balas Qaireena sambil memandang Taufiq dengan senyuman. 

“Abang tak masuk pejabat ke hari ni?” soal Qaireena.

“Abang baru je balik dari genting lepas subuh tadi, perjumpaan dengan para pelabur tu berlangsung dekat sana semalam, so bila dah tak ada apa-apa lagi Abang terus balik.  Tak sabar nak jumpa orang jauh.” jawab Taufiq sambil menyentuh bahu Qaireena.  Wajah Taufiq di pandang dengan senyuman.

“Jomlah kita balik, mesti Reen dan Qila penat semalaman dekat atas kapal kan.” tutur Taufiq.

“Oh ya, Qila bermalam lah dulu dekat rumah kami ya, lusa baru saya hantar ke rumah Reen.” tambah Taufiq lagi. 

Qaireena sudah pun memberitahunya bahawa isterinya itu meminta Aqilah tinggal di rumah arwah Puan Qamariyah memandangkan tidak ada sesiapa yang menjaga rumah itu.  Lebih-lebih lagi Aqilah tidak mahu pulang dan tinggal bersama ayah serta ibu tirinya.  Daripada Aqilah menyewa rumah adalah lebih baik dia membenarkan sahabatnya itu tinggal sahaja di rumah arwah ibunya.

“Baiklah.” jawab Aqilah dengan senyuman.

~~~

Berselera Qaireena dan Aqilah menikmati hidangan makanan tengah hari yang dimasak oleh Mak Leha. 

“Seronok Mak Leha tengok Reen dan Qila makan dengan berselera macam ni, selalu kalau Mak Leha masak mesti tak habis, maklumlah Tuan pun makan sikit je, tak ada selera katanya sebab tak ada teman nak makan.” kata Mak Leha dengan senyuman.

“Dah lama sangat tak makan masakan macam ni, lebih-lebih lagi air tangan Mak Leha, buat Reen rindu.” ujar Qaireena dengan senyuman.

“Betul tu Mak Leha, kami dah naik bosan asyik makan makanan western je, kadang-kadang dapatlah juga masak masakan melayu sendiri, tapi kena rajin nak cari bahan-bahan.  Itupun tak semuanya lengkap.” tutur Aqilah pula.

“Nanti Reen dan Qila bagitahu jelah nak makan apa, Mak Leha boleh masakkan.” senyuman diukir sambil memandang Qaireena dan Aqilah.

“Terima kasih Mak Leha.” ucap Qaireena bersama senyuman.

“Abang, bila Abang nak Reen dan Qila mula masuk kerja?” soal Qaireena sambil menoleh ke arah Taufiq.

“Memandangkan Reen dan Qila baru je balik Malaysia, so Abang bagi peluang untuk korang berdua berehat selama seminggu, lepas tu kena masuk pejabat dah.” jawab Taufiq dengan senyuman.

“Emm...boss yang sangat bertimbang rasa, thank you boss.” kata Qaireena sambil memandang ke arah Taufiq bersama senyuman terukir di bibir. Taufiq yang mendengar tertawa kecil.

••••••••••

Taufiq membantu Aqilah mengangkat bagasinya masuk ke dalam rumah arwah Puan Qamariyah, manakala Qaireena pula menunjukkan bilik Qaisara yang telah dikemas oleh Mak Leha kepada Aqilah.

“Bilik ni bilik arwah adik aku, tapi aku dah minta Mak Leha alihkan barang-barang dia ke dalam bilik arwah ibu, so kau bolehlah tinggal dalam bilik ni dengan selesa.” kata Qaireena.

“Terima kasih Reen bagi aku tinggal dekat rumah arwah ibu kau ni.” ucap Aqilah.

“Sama-sama Qila. Aku sebenarnya sayang dengan rumah ni, tak ada siapa yang tolong jagakan, sekurang-kurangnya kalau kau tinggal dekat sini tak adalah rumah ni usang macam tu je.” tutur Qaireena.

“In sha Allah aku akan jaga rumah ni dengan baik selama aku tinggal dekat sini.” wajah Qaireena dipandang dengan senyuman.

“Oh ya, barang-barang basah dekat dalam peti sejuk tu, Pak Abu baru je beli dan masukkan semalam, sengaja dia sediakan semuanya supaya kau tak susah lagi nak keluar beli barang dapur.” ujar Qaireena apabila dia teringat pesan Pak Abu sebelum mereka bertolak ke situ.

“Buat susah je, aku boleh keluar dan beli sendiri nanti, bukannya aku tak biasa dekat sini.” tutur Aqilah sambil tertawa kecil. Qaireena yang mendengar juga turut tertawa.

“Okaylah Qila, kami pergi dulu ya, aku nak lawat pusara ibu, ayah dan adik aku pula.  Kau jaga diri tau, kalau ada apa-apa call je.” pesan Qaireena.

“Baiklah Reen.” jawab Aqilah sambil menghantar Qaireena ke pintu rumah.

~~~

Taufiq memandang Qaireena yang sedang berdiri di depan cermin sambil menyapu losyen pada kedua belah lengannya.  Dia senyum melihat wanita itu memakai gaun tidur tanpa lengan separas lutut.  Sudah tiga malam dia melihat Qaireena begitu, berbeza dengan Qaireena yang dulu yang lebih suka memakai baju tidur berlengan  panjang dan berseluar panjang.

Taufiq bangun dan menghampiri Qaireena.  Dia merangkul pinggang wanita itu dari belakang. Rambut Qaireena yang panjang di tolak ke bahu kiri wanita itu sebelum bibirnya singgah ke leher jinjang Qaireena. 

“Sejak bila dah pandai pakai seksi-seksi ni? Saja nak buat Abang tak senang duduk ke?” soal Taufiq sambil memandang Qaireena melalui cermin di hadapan mereka.  Qaireena senyum mendengar soalan Taufiq.

“Tak boleh ke? Bukannya depan orang lain pun, depan suami Reen juga kan.” tutur Qaireena.

“Mestilah boleh, cuma Abang terkejut je sebab selama ni sayang tak pernah pun pakai macam ni.” ujar Taufiq dengan senyuman.

“Saja nak goda orang tu, tak sangka pula malam ketiga baru berjaya.” kata Qaireena sambil memusingkan badannya menghadap Taufiq.  Leher lelaki tu dirangkul dan wajah Taufiq dipandang dengan senyuman.

“Kenapa tak terkam je Abang terus?” soal Taufiq bersama senyuman di bibir.

“Tak nak nampak gelojoh sangat.” Taufiq terus tertawa apabila mendengar jawapan isterinya itu. Dia kemudian mencempung Qaireena menuju ke atas katil.

“So dah ready ke nak layan kerinduan Abang yang tertangguh selama tujuh bulan ni?” ujar Taufiq.

“Yaa, tapi dengan syarat.”

“Apa dia?” soal Taufiq dengan senyuman.

“Let's enjoy without protection.” sekali lagi Taufiq tertawa mendengar syarat Qaireena. Selama tiga tahun wanita itu belajar, Taufiq sendiri yang menetapkan bahawa mereka akan menggunakan protection setiap kali bersama kerana tidak mahu Qaireena mengandung dalam tempoh dia masih belajar dan berada di Sydney.

“Dah ready ke nak jadi ibu?” tanya Taufiq apabila tawanya reda.

“Abang dah lupa ke impian Reen yang seterusnya?” Soalan Taufiq turut dibalas dengan soalan. Taufiq senyum dan menggelengkan kepalanya.

“Sayang nak jadi permaisuri hati Abang dan menjadi ibu kepada anak-anak Abang.” tutur Taufiq sambil matanya memandang ke dalam anak mata Qaireena.

“Hanya itu je lagi impian yang ingin Reen capai untuk melengkapi hidup Reen di dunia ni.” ujar Qaireena.

“In sha Allah semua tu akan tercapai dengan izin Allah sayang.” kata Taufiq.  Dia kemudian mematikan lampu tidur yang berada di meja tepi katil itu sebelum bibirnya memaut bibir Qaireena.  

••••••••••

Taufiq terpempan seketika apabila melihat Qaireena yang sedang menuang air ke dalam cawan.  Di lihatnya wanita itu sudah lengkap memakai pakaian untuk ke pejabat memandangkan hari itu adalah hari pertama dia dan Aqilah memulakan kerja di syarikatnya.

Ya, Qaireena kelihatan sangat berbeza hari itu.  Mungkin disebabkan penampilannya yang begitu elegant dan menampakkan wanita itu sedikit matang.  Taufiq tersenyum sendirian.  Dia terlupa yang Qaireena kini telah berusia 24 tahun, berbeza dengan Qaireena tiga tahun yang lalu.

“Abang dah siap? Jom breakfast.” ajak Qaireena sambil meletakkan cawan yang berisi dengan teh panas di tempat yang selalu diduduki oleh Taufiq. 

Briefcase diletakkan di kerusi yang bertentangan dengan Qaireena sebelum dia melabuhkan punggungnya di kerusi bersebelahan wanita itu.

“Pak Abu, hari ni Pak Abu tak payah hantarlah, saya drive sendiri.” kata Taufiq sambil memandang Pak Abu.

“Baiklah Tuan.” jawab Pak Abu dengan senyuman.

Selesai bersarapan pagi, Taufiq dan Qaireena bertolak ke pejabat.  Tangan Qaireena dicapai oleh Taufiq dan di bawa ke bibirnya sambil sebelah lagi tangannya mengawal steering.

“Kenapa pakai cantik sangat hari ni?” soal Taufiq sambil menoleh sekilas ke arah Qaireena.

“Hari pertama bekerja kenalah pakai cantik-cantik, nak tawan hati bos lah katakan.” jawab Qaireena dengan senyuman.

“Reen dah tawan hati pemilik syarikat tu sayang, tak payahlah nak tawan hati sesiapa lagi.” ujar Taufiq.  Qaireena terus tertawa apabila mendengar kata-kata Taufiq itu.

“Kenapa, risau ada orang terpikat pada Reen ke?” wajah Taufiq dipandangnya dengan senyuman.

“Itu tak mungkin berlaku, Reen dah lupa ke yang Reen pernah hadiri makan malam syarikat Abang? Semua orang dah kenal yang Reen adalah isteri Abang.  Kalau masih ada yang berani pikat Reen lagi, maksudnya orang tu tengah mencabar Abang.” tutur Taufiq.  Sekali lagi Qaireena tertawa.

“Relaks lah, Reen yakin takkan ada yang berani mencabar Abang.” kata Qaireena.

“Oh ya, Abang terlupa nak bagitahu Reen yang Fazil pun dah berkerja di syarikat Abang.  Lebih kurang 4 bulan dah dia bekerja.  Reen dah ready ke nak berjumpa dan berkenalan dengan dia?” ujar Taufiq.

“Kalau Reen belum bersedia lagi Abang tak paksa, next time je baru Abang kenalkan dia pada Reen.” tambah Taufiq lagi.

“Reen okay je, cuma rasa nervous sikit, takut dengan penerimaan dia pada Reen nanti.” jawab Qaireena.

“Reen jangan risaulah, lagipun dah lama Abang bagitahu Fazil yang Abang dah berkahwin.  Abang tengok penerimaan dia okay je. Masa dia mula masuk bekerja pun dia ada tanya mana isteri Abang, so Abang berterus terang je yang Reen masih study dekat Sydney.”

“Reen harap, dia dapat terima Reen dengan baik walaupun beza usia kami hanya setahun je.” tutur Qaireena dengan senyuman.

“In sha Allah sayang.” kata Taufiq sambil sekali lagi dia mengucup tangan Qaireena yang masih berada dalam genggamannya.

Qaireena dan Taufiq beriringan melangkah masuk ke pintu utama bangunan syarikat itu dan terus menuju ke lift.

“Abang naik dululah, Reen nak tunggu Qila, dia baru sampai dekat parking katanya.” ujar Qaireena.

“Baiklah, nanti Reen dan Qila terus naik ke tingkat 10 dan masuk ke HR department untuk lapor diri.  Abang nak masuk pejabat dulu, nanti kita jumpa ya. Ingat jangan nakal-nakal.” tutur Taufiq sambil mencuit hidung Qaireena.

“Baik bos.” jawab Qaireena dengan senyuman sambil melihat Taufiq masuk ke dalam perut lift.

Qaireena berdiri di satu sudut sementara menunggu Aqilah.  Dari jauh Luth Zareef tersenyum sendiri melihat Qaireena yang sedang berdiri sendirian sambil tekun memandang skrin telefon bimbitnya. Wanita itu kelihatan begitu anggun pada pandangan matanya.

“Morning Puan Reen.” ucap Luth Zareef.

“Morning.” jawab Qaireena sambil mengangkat wajahnya untuk melihat siapa gerangan yang menegurnya itu.

“Eh..awak rupanya Luth, ingatkan siapa tadi.” Kata Qaireena dengan senyuman.

“Puan tengah tunggu Tuan Taufiq ke?” tanya Luth Zareef.

“Tak, saya tengah tunggu Qila, Tuan dah naik ke pejabat dia tadi.” jawab Qaireena.

“First day masuk kerja ke hari ni?” soal Luth Zareef lagi.

“Iya Luth, hari ni hari pertama kami bekerja.” dia senyum memandang lelaki di hadapannya itu. Qaireena kemudian terpandang Aqilah melambaikan tangan kepadanya.

“Haa, sampai pun tuan puteri sorang tu.” kata Qaireena.  Luth Zareef yang mendengar tersenyum sambil turut menoleh ke arah pintu utama.

“Sorry Reen buat kau tunggu.”

“Tak apa, tak lama mana pun.” ujar Qaireena dengan senyuman.

“Eh, Luth pun ada sekali.” Aqilah menoleh ke sisinya memandang Luth Zareef.

“Saya pun kebetulan je tadi nampak Puan Reen berdiri dekat sini so saya tegurlah.” jawab Luth Zareef sambil mengukir senyuman.

“Eh jomlah kita naik.” ajak Qaireena.

“Puan Reen dan Qila nak ke pejabat Tuan Taufiq ke?” soal Luth Zareef ketika mereka bertiga berada di dalam perut lift.

“Tak, kami nak ke HR department dulu untuk lapor diri.” jawab Qaireena.  Luth Zareef kemudian menekan butang nombor 10 sebelum menekan butang untuk menutup pintu lift. Namun pintu lift itu terbuka semula menandakan ada orang yang menekan butang untuk naik ke tingkat atas dari luar lift tersebut.

“Sorry, masih muat lagi kan?” tanya lelaki itu dengan senyuman.

“Masuklah, muat lagi ni.” jawab Luth Zareef.

Sampai sahaja ke tingkat 10, Qaireena dan Aqilah keluar dari lift, tinggallah Luth Zareef bersama lelaki tadi.

“Reen, kau perasan tak lelaki tadi tu asyik pandang kau je, sikit pun dia tak alihkan pandangan dia daripada kau.” kata Aqilah.

“Mungkin dia pekerja baru dekat sini, sebab majority pekerja dekat sini memang dah kenal yang aku isteri majikan mereka. Tapi memang pandangan dia tu buat aku rasa tak selesa tadi.” ujar Qaireena.

~~~

Taufiq senyum apabila melihat Fazil masuk ke dalam pejabatnya.

“Papa nak jumpa Zil?” soal Fazil.

“Iya, papa ada benda nak cakap dengan Zil. Duduklah dulu.” kata Taufiq.

“Masa lunch nanti Zil free tak?” soal Taufiq apabila Fazil sudah melabuhkan punggung di kerusi bertentangan dengannya.

“Free, kenapa Papa?”

“Papa nak ajak Zil keluar lunch, sekali nak kenalkan Zil pada isteri Papa. Itupun kalau Zil dah bersedia untuk jumpa dialah. Kalau tak, Papa tak paksa.” tutur Taufiq dengan senyuman.

“Zil okay je Papa, Zil harap dia pun dapat terima Zil macam mana Zil terima dia.” Kata Fazil dengan senyuman.

“In sha Allah, dia pun dah lama terima Zil, cuma belum ada kesempatan je nak berjumpa.”

“So kalau macam tu kita jumpa masa lunch nanti.” tutur Fazil dengan senyuman sambil bangun dari kerusi.

Taufiq memandang susuk tubuh Fazil melangkah keluar dari bilik itu sehingga hilang dari pandangannya. Dia berharap agar pertemuan antara Qaireena dan Fazil hari itu berjalan dengan lancar.

Happy Reading korang :-)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience