BB - BAB 34

Drama Completed 309207

QAIREENA dan Aqilah melangkah masuk ke dalam kawasan University of Sydney yang mula dipenuhi oleh ramai pelajar-pelajar baru seperti mereka.  Hari itu akan bermulanya 'Welcome Week Festival' yang diadakan oleh pihak universiti bagi menyambut kedatangan para pelajar baru yang menuntut di universiti itu.

Sepanjang 'Welcome Week Festival' itu berlangsung, banyak booth-booth yang dibuka di dalam kawasan universiti tersebut.  Semua booth yang ada mewakili setiap kelab-kelab sukan yang terdapat di universiti itu bagi memudahkan para pelajar baru untuk memilih kelab sukan yang mereka minati dan untuk mengetahui kelab sukan mana yang paling aktif.

Qaireena senyum saat dia sedang berjalan di dalam kawasan universiti itu, sungguh dia tidak menyangka yang dia akan menjejakkan kaki ke universiti tersebut.  Impian yang dulunya pernah terkubur, kini telah menjadi realiti.

Aqilah yang sedang berdiri di sebelahnya pula, sibuk melihat peta laluan di dalam kawasan universiti yang diberikan kepada mereka. Oleh kerana kawasan universiti itu sangat besar dan mempunyai banyak bahagian, dia perlu meneliti peta laluan tersebut dengan betul kerana bimbang mereka berdua akan sesat memandangkan itu adalah hari pertama mereka di situ.

"Macam tak percaya yang aku sedang berada di universiti impian aku.  Qila kau tengok bangunan tu sama macam istana dalam filem Harry Potter kan".  Tutur Qaireena sambil matanya melihat ke arah bangunan yang berada di depannya ketika itu.  Orang yang semakin ramai datang tidak dipedulikannya

"So, kau nak masuk sekolah mana ni? Sekolah perniagaan ke atau sekolah sihir?".  Soal Aqilah sambil memandang Qaireena.

"Emm...Aku nak masuk sekolah sihirlah, boleh aku belajar terbang guna penyapu, lepas tu bolehlah aku balik Malaysia selalu jumpa suami aku, jimat duit tiket kapal terbang".  Jawab Qaireena.  Dia melayankan sahaja gurauan sahabatnya itu.

"Good, aku pula nak belajar sihir jugalah, supaya boleh buat duit, so tak perlulah aku susah payah kerja cari duit lagi.  Aku baca je mantera 'abracadabra' dan gerakkan sedikit tongkat aku terus duit ada depan mata. Boleh aku jelajah satu dunia cari jodoh aku".  Ujar Aqilah pula.  Qaireena yang mendengar angan-angan mengarut Aqila itu sudah mula menahan senyumannya.  Kemudian mereka berdua saling berpadangan.

"Dua-dua gila".  Kata Qaireena.  Serentak itu, ketawa mereka berdua pecah tanpa mempedulikan orang-orang yang berjalan di laluan itu sambil memandang ke arah mereka berdua.

"Dah, jom gerak, tak pasal-pasal nanti dua-dua tak kena terima masuk sebab gila".  Ujar Aqilah setelah ketawa mereka reda.

"Qila, aku rasa baik kita pergi ke student centre dulu untuk mendaftar, buat student card dan susun jadual kelas kita.  Lepas tu baru kita jalan-jalan dekat booth tu untuk tengok kelab sukan yang kita nak join".  Cadang Qaireena. Matanya pula meneliti kertas yang berada di tangannya.

"Good idea, kita settle kan benda yang paling penting dulu, lagipun ramai sangat orang ni mesti barisan pun panjang".  Ujar Aqilah pula.

"Jauh ke student centre dari sini?".  Soal Qaireena sambil memandang peta laluan yang berada di tangan  Aqilah.

"Emm...boleh tahan juga jauhnya ni".  Jawab Aqilah yang turut melihat peta laluan tersebut.

Selesai membuat pendaftaran di student centre, mereka berdua duduk berehat seketika dikerusi yang tersedia di situ setelah hampir sejam berdiri di dalam barisan. 

"Hai, new student right?".  Tegur satu suara.  Serta merta Qaireena dan Aqilah menoleh ke arah suara itu.

"Hai...ya, we are new student".  Jawab Aqilah sambil mengukir senyuman kepada lelaki di depan mereka.

"Where you both come from?". Soal lelaki itu lagi bersama senyuman.

"Malaysia".  Sepatah Aqilah menjawab.

"Saya dah agak mesti awak berdua dari Malaysia. Nama saya Mohd Iqmal, boleh panggil saya Iqmal je.  Saya pun dari Malaysia juga, tapi sekarang saya menuntut di tahun akhir".  Tutur lelaki itu memperkenalkan dirinya.

"Oh senior kamilah ni.  Saya Aqilah, boleh panggil Qila je, ni kawan saya Qaireena, panggil Reen je".  Qaireena yang duduk di sebelah Aqilah hanya menghadiahkan senyuman kepada Iqmal ketika Aqilah memperkenalkan dirinya kepada lelaki itu.

"Nah, ambil air mineral ni, mesti penat lama berdiri dalam barisan tadikan".  Ujar Iqmal sambil menghulurkan dua botol mineral kecil kepada Qaireena dan Aqilah.

"Eh, tak apalah nanti kami boleh pergi beli sendiri. Terima kasih".  Tolak Aqilah penuh sopan sambil diiringi dengan senyuman.

"Jangan risau, minuman ni disediakan oleh pihak universiti, saya adalah pelajar yang bertugas untuk membantu proses pendaftaran hari ni".  Jelas Iqmal sambil memandang Qaireena dan Aqilah.  Melihatkan keikhlasan lelaki itu, Aqilah menyambut botol minuman yang dihulurkan kepada mereka.

"Terima kasih".  Ucap Aqilah dengan senyuman.

"Dah buat pendaftaran kelab sukan?".  Soal Iqmal lagi pada mereka berdua.

"Belum lagi, kami nak ke school of business building dulu, lepas tu baru lawat booth-booth kelab sukan yang ada".  Jawab Qaireena apabila dilihatnya Aqilah sedang meneguk air mineral yang diberikan oleh Iqmal tadi.  Pasti sahabatnya itu sudah letih dan dahaga akibat berdiri terlalu lama di dalam barisan tadi.

"Bachelor of Commerce ke?".  Tanya Iqmal lagi.  Qaireena hanya mengangguk dengan senyuman.

"Emm..kami minta diri dululah ya, banyak lagi urusan yang tak settle, in shaa Allah next time kita borak lagi".  Kata Aqilah sambil bangun dari duduknya, begitu juga dengan Qaireena.

"Okay, enjoy the welcome week festival".  Ucap Iqmal dengan senyuman.  Qaireena dan Aqilah terus mengatur langkah mereka untuk menuju ke school of business building.

Seharian mereka berdua menguruskan segala bentuk  pendaftaran di universiti itu, sampai sahaja di rumah keduanya sudah keletihan.

"Penatnya, nasib baik minggu ni belum mula kuliah lagi".  Tutur Qaireena sambil menghenyakkan punggung di sofa bertentangan Aqilah.

"Aku rasa bila dah mula kuliah nanti, tak adalah kita seletih macam hari ni. Kita cuma perlu berulang alik ke sekolah perniagaan je.  Tak macam hari ni, banyak tempat yang kita kena pergi".  Ujar Aqilah pula.

"Aku pun harap macam tulah.  Betis aku ni pun dah mula rasa sakit sebab sepanjang hari lebih banyak berdiri dan  berjalan je".  Tangannya bergerak memicit-micit betisnya yang sakit.

"Kau nak aku tolong sapukan minyak angin?".  Tawar Aqilah pada Qaireena.  Dia risau jika sakit kaki sahabatnya itu berlarutan sehingga esok hari, kerana masih ada lagi aktiviti yang perlu mereka hadiri di sepanjang welcome week festival itu.  Berbeza dengan dirinya yang sudah biasa berjalan kaki dengan jarak jauh sehinggakan kakinya langsung tidak terasa sakit walaupun terlalu banyak berjalan dan berdiri dengan lama.

"Tak apalah, nanti aku sapu sendiri. Eh.. aku naik dulu ya, nak mandi, melekit je rasa badan ni seharian mandi peluh".  Kata Qaireena sambil bangun dari sofa yang didudukinya.

"Iyalah".  Jawab Aqilah dengan senyuman.

~~~

Selesai menikmati makan malam bersama Aqilah, Qaireena kembali menapak ke biliknya untuk berehat.  Kad pelajar yang berada di atas meja belajarnya dipandang.  Dia senyum, kemudian terus mencapai telefon bimbitnya dan mengambil gambar kad pelajar itu untuk di hantar kepada Taufiq.

Telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada pesanan ringkas yang baru sahaja diterimanya.  Taufiq terus mengambil telefon bimbit yang berada di sebelahnya untuk melihat pesanan ringkas yang diterimanya itu.  Seketika dia tersenyum melihat gambar kad pelajar yang dihantar oleh Qaireena kepadanya.

Dia kemudian melirik jam yang tertera pada telefon bimbitnya.  Perbezaan waktu di Sydney dengan Malaysia adalah tiga jam lebih cepat, bermakna waktu di Sydney ketika itu sudah menghampiri lewat malam.  Taufiq terus menekan butang panggilan video kepada Qaireena.

"Assalammualaikum sayang".  Ucap Taufiq ketika wajah Qaireena sudah terpapar di skrin telefonnya.

"Waalaikumsalam".  Jawab Qaireena dengan senyuman sambil merebahkan badannya di atas katil manakala telefon bimbitnya pula di sandarkan pada bantal yang ada disebelahnya agar tangannya tidak lenguh memegang telefon tersebut.

"Dah makan?".  Soal Taufiq.

"Baru je lepas makan dengan Qila tadi.  Abang sihat? Ada rindukan Reen tak hari ni?".  Soal Qaireena dengan senyuman.  Taufiq yang mendengar pertanyaan isterinya itu terus tertawa kecil.

"Alhamdulillah Abang sihat sayang.  Setiap masa abang rindukan Reen, dua hari tak jumpa isteri Abang ni rasa sunyi dan kosong je hidup Abang".  Jawab Taufiq.

"Good, jangan ada sedetik waktu pun Abang lupakan Reen tau".  Tutur Qaireena bersama senyuman yang menghiasi bibir.  Taufiq tersenyum mendengar kata-kata Qaireena.

"In shaa Allah itu takkan berlaku sayang". Ujar Taufiq. 

"So, macam mana dengan pendaftaran Reen dekat universiti siang tadi?".  Tanya Taufiq lagi.

"Alhamdulillah semua pendaftaran Reen dan Qila dah selesaikan siang tadi juga.  So baki lagi tiga hari sepanjang welcome week festival ni, kami nak explore Universiti of Sydney dan hadiri sesi suai kenal dengan semua student tahun pertama".  Jawab Qaireena.

"Dah ada dapat kawan baru dari negara lain tak?".  Soal Taufiq ingin tahu perkembangan Qaireena pada hari pertama pendaftaran wanita itu ke universiti.

"Dari negara lain tak ada lagi, tapi student Malaysia Reen ada jumpa sorang, yang beberapa orang lagi tu memang berasal dari Australia juga.  Itupun semuanya senior yang bantu Reen dan Qila semasa pendaftaran siang tadi".  Ujar Qaireena.

"Berkawan je dengan semua orang, yang penting pandai jaga pergaulan dan jangan mudah terpengaruh dengan budaya yang tak baik".  Tutur Taufiq cuba mengingatkan.

"In shaa Allah Reen akan jaga batas pergaulan Reen dekat sini".  Kata Qaireena bersama senyuman di bibir.

Lama mereka berdua berbual sambil melepaskan rindu masing-masing sehinggalah Qaireena terlelap ketika Taufiq masih lagi sedang bercakap dengannya.

"Reen..Reen...".  Kejut Taufiq ketika dilihatnya Qaireena sudahpun terlelap.  Berulang kali dia cuba memanggil nama Qaireena untuk mengejutkan wanita itu, namun Qaireena tetap tidak bangun. 

Taufiq tersenyum melihat Qaireena yang begitu lena dibuai mimpi tanpa mematikan lampu biliknya.  Pasti wanita itu terlalu letih sehinggakan boleh terlelap walaupun masih di dalam talian.  Wajah yang dirinduinya itu ditenung lama, sehinggalah panggilan video itu tamat dengan sendirinya.  Pasti telefon bimbit isterinya itu sudah kehabisan bateri.  Taufiq senyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

Happy Reading korang:-)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience