BB - BAB 47

Drama Completed 309212

"KALAU kau nak selamat, tutup mulut kau, berlagak seperti biasa dan kita akan sama-sama naik teksi tu seperti pasangan kekasih." ugut Iqmal pada Qaireena.

“Aku tak kisah kalau aku cedera sekalipun, tapi untuk ikut cakap kau tak mungkin Iqmal.” jawab Qaireena sambil memandang tepat ke wajah lelaki itu.

“Kau jangan cabar aku Reen, aku dah cukup bersabar dengan kau dan juga suami kau. Masuk ke dalam teksi tu sekarang.” kata Iqmal lagi sambil merapatkan hujung pisau ke badan Qaireena.

Terasa hujung pisau itu menyentuh tubuh badannya. Qaireena memberanikan diri menolak Iqmal dan terus lari apabila pegangan tangan Iqmal di lengannya terlepas.

“Tak guna punya perempuan, kau memang berani Reen.”  tutur Iqmal sendirian dan terus mengejar Qaireena. 

Namun, belum jauh Iqmal berlari, Luth Zareef yang sedang bersembunyi di tepi bangunan itu terus keluar dan menghalang laluan Iqmal dengan kakinya sehingga Iqmal jatuh tertiarap mencium bumi.

Qaireena yang sedang berlari, menoleh seketika ke belakang untuk melihat jarak di antara dia dan Iqmal.  Lariannya terhenti apabila dia melihat seorang lelaki sedang menarik kolar baju Iqmal dan melepaskan satu tumbukan ke wajahnya. Dia kemudian memerhatikan lelaki itu sedang bercakap dengan Iqmal.

“Hey...What's wrong with you hah!” marah Iqmal pada Luth Zareef.  Sakit hatinya bila lariannya di halang dan wajahnya juga ditumbuk oleh Luth Zareef.

“Aku yang patut tanya kau, kenapa kau ganggu Reen lagi?” ujar Luth Zareef sambil mencengkam erat kolar baju Iqmal.

“Oh, orang Malaysia rupanya.  Kau ni suami Reen yang ke berapa pula?” kata Iqmal dengan senyuman sinis.

“Kau tak perlu tahu siapa aku, tapi yang pasti aku kenal siapa kau.  Rakaman jelas wajah kau masa nak memecah masuk ke dalam rumah Reen pun ada pada aku.” tutur Luth Zareef. 

“Wow hebat Reen, banyak sangat lelaki yang jaga dia.” tambah Iqmal lagi. 

“Kau tak perlu nak cakap banyak, aku dah hubungi polis, so kita selesaikan perkara ni dekat balai je.” kata Luth Zareef. 

Mendengarkan itu, Iqmal kecut perut.  Seketika dia berfikir bagaimana mahu melepaskan dirinya daripada lelaki di hadapannya itu. Apabila dilihatnya Luth Zareef sedang memandang ke arah Qaireena yang tidak jauh dari situ, Iqmal terus menendang perut Luth Zareef dan cuba untuk lari.

Luth Zareef mengejarnya semula dan berjaya menarik jaket Iqmal dari arah belakang.  Satu lagi tumbukan dilepaskan ke wajah lelaki itu.  Iqmal turut membalas tumbukan Luth Zareef dan mereka bergelut seketika.  Iqmal berjaya melepaskan diri dari pergelutan itu dan mengeluarkan pisau lipat dari saku jaket yang dipakainya.  Dia kemudian menggerak-gerakkan pisau tersebut secara rawak ke arah Luth Zareef.

“Auch...” Luth Zareef bersuara apabila pisau yang digerakkan oleh Iqmal terkena pada lengannya ketika dia menghampiri lelaki itu.  Iqmal tersenyum puas saat melihat darah mengalir keluar di lengan Luth Zareef.

“Sakit? Itu baru sedikit, aku boleh bunuh kau kalau aku nak.  So jangan masuk campur urusan aku kalau kau masih sayangkan nyawa kau.” Luth Zareef tersenyum memandang Iqmal apabila mendengar kata-kata lelaki itu.

“Kau boleh berangan dekat dalam lokap nanti.” tutur Luth Zareef.  Ketika itu sebuah kereta polis berhenti di tepi bangunan tempat mereka berdiri. Sekali lagi Iqmal cuba melarikan diri tetapi sempat di tangkap oleh dua orang polis yang keluar dari kereta tersebut.

“Encik Luth, macam mana awak boleh ada dekat sini? Patutlah saya tengok macam kenal je.  Awak okay ke? Lengan awak luka tu?” soal Qaireena ketika dia menghampiri lelaki itu selepas sahaja Iqmal di bawa masuk ke dalam kereta polis. 

“Nanti saya cerita kenapa saya ada dekat sini, sekarang kita ke balai polis dulu untuk buat report.  Puan Reen okay? Ada cedera dekat mana-mama ke?” tanya Luth Zareef pula sambil memandang Qaireena.

“Saya okay, tak ada cedera pun. Tadi dia hanya sempat ugut saya je dengan pisau tu” jawab Qaireena dengan senyuman.

“So kita nak ke klinik dulu ke atau ke balai?” wajah Luth Zareef dipandangnya.

“Kita ke balai dulu.” ujar Luth Zareef.

“Lengan awak tak sakit ke?” Luka pada lengan lelaki itu dipandang oleh Qaireena.

“Sikit je ni, saya boleh tahan lagi.” jawab Luth Zareef bersama senyuman.

Selesai sahaja membuat laporan di balai polis, Qaireena menemani Luth Zareef ke klinik untuk merawat luka pada lengannya.

“Habis tu Reen okay tak ni? Ada luka?Budak tak guna tu ada pukul Reen ke?” bertubi-tubi soalan yang dilontarkan oleh Taufiq ketika Qaireena menghubunginya dan memberitahu tentang kejadian itu.

“Alhamdulillah Reen okay, tak ada luka atau pun kena pukul.  Abang janganlah risau sangat.” jawab Qaireena.

“Kenapa jalan sorang? Qila mana?” tanya Taufiq lagi.  Kejadian itu benar-benar mengejutkannya. Sungguh dia tidak dapat membayangkan jika sesuatu berlaku pada isterinya itu.

“Reen nak beli barang, Qila pula kena siapkan tugasan dia dekat library, sebab tulah Reen jalan sorang je.  Abang nak tahu tak siapa yang tolong Reen dekat sini?”

“Siapa?” tanya Taufiq, walaupun dia sudah dapat meneka siapa orang itu.

“Encik Luth Zareef, pekerja Abang.  Terkejut Reen bila nampak dia yang tangkap dan pukul Iqmal tadi.” kata Qaireena.

“Memang dia ada minta cuti selama dua minggu, tak sangka pula dia bercuti dekat sana.” tutur Taufiq.  Dalam masa yang sama dia tersenyum sendiri kerana terasa lucu bila dia menipu dengan isterinya itu.

“Sekarang ni Reen tengah tunggu dia keluar dari bilik rawatan, lengan dia luka terkena pisau yang dibawa oleh Iqmal.” ujar Qaireena.

“Kesian pula dekat dia sampai luka sebab nak tolong Sayang.  Tak apa nanti Abang call dia ucap terima kasih.”

“Baiklah, Reen nak bayarkan bil klinik dia dulu, malam nanti Reen call Abang lagi ya.”

“Okay Sayang, hati-hati balik nanti.” pesan Taufiq sebelum menamatkan panggilan.

~~~

Qaireena melihat Aqilah sedang menunggunya di halaman rumah, dia senyum. Pasti, sahabatnya itu sedang risau akan dirinya.

“Reen, kau tak apa-apa ke?” soal Aqilah apabila dia menerpa menghampiri Qaireena. Tubuh badan sahabatya itu di belek, mencari di mana bahagian yang luka.

“Aku okay, kau jangan risaulah.” jawab Qaireena dengan senyuman.

“Nak gugur jantung aku ni tau tak bila dengar kau kata Iqmal ugut kau dengan pisau.” luah Aqilah sambil meletakkan tapak tangannya di dada.

“Dah, sekarang ni aku selamat dan ada dekat depan mata kau, so tak payah nak risau lagi okay.” pujuk Qaireena.  Luth Zareef yang mendengar tersenyum.  Suka melihat hubungan dua sahabat itu.

“Ni aku kenalkan Encik Luth Zareef, staff dekat syarikat suami aku.  Dia yang tolong aku tadi.  Encik Luth, kenalkan kawan saya, Aqilah Farwizah, panggil Qila je.” kata Qaireena bersama senyuman.

“Hai... Cik Qila boleh panggil saya Luth je.” tutur Luth Zareef sambil mengukir senyuman kepada wanita dihadapannya itu.

“Tak payahlah panggil saya Cik, panggil Qila je dah cukup.” ujar Aqilah dengan senyuman.

“Baiklah.” Luth Zareef senyum memandang Aqilah.

“Puan Reen, hari pun dah nak gelap ni, saya minta diri dululah, kalau ada apa-apa boleh call nombor yang saya bagi tadi.  Lagipun saya memang ada dekat sini sepanjang dua minggu.” tutur Luth Zareef pada Qaireena.

“Iyalah, terima kasih tolong saya tadi dan hantar sampai depan rumah.  Maaflah, disebabkan saya lengan awak luka pula.” kata Qaireena.

“Tak apa, sikit je ni, lagipun dah tanggung jawab saya untuk membantu sesama manusia.” Luth Zareef senyum sambil memandang Qaireena.

Qaireena dan Aqilah memandang Luth Zareef sehingga hilang dari pandangan, barulah mereka masuk ke dalam rumah.

“Handsome.” puji Aqilah dengan senyuman sambil melangkah masuk ke dalam rumah mereka.

“Terpikat ke?” Wajah Aqilah dipandangnya dengan senyuman.

“Bukan je terpikat, tapi dah terjatuh cinta.” kata Aqilah sambil tertawa kecil.

“Nak aku suruh laki aku pinangkan untuk kau ke?” soal Qaireena dengan senyuman meleret.  Serta merta Aqilah tertawa.

“Kau rasa, lelaki kacak macam tu masih single and available lagi ke? Aku yakin sah-sah lah dia dah ada girlfriend, tak pun dah bertunang.” kata Aqilah.

“Emm.. Betul juga kata kau tu.  Entah-entah dia bercuti dekat sini pun sebab nak jumpa girlfriend dia, sebab dia pun bekas student university kita tau.” ujar Qaireena.

“So, lupakanlah, cukup sekadar mengagumi di dalam hati.” tutur Aqilah dengan senyuman.

“Cepat sangat kau berputus asa tu.  Janganlah menyerah kalah selagi tak tahu perkara sebenar. Apalah kau ni, nasihatkan aku bukan main pandai lagi, tapi bila kena dengan diri sendiri cepat je putus asa.” Aqilah tersengih mendengar kata-kata Qaireena itu.

“Dah, tak payahlah fikir pasal tu lagi, yang penting hari ni aku happy bila kau kata Iqmal dah kena tangkap.  Aku harap dia takkan muncul dan ganggu kau lagi.” ujar Aqilah.

“Aku pun harap macam tulah Qila.  Aku tak nak suami aku susah hati sangat dekat Malaysia tu sebab fikirkan aku dekat sini hanya disebabkan si Iqmal tu je.”

“Sama-samalah kita berdoa supaya dia dikenakan hukuman yang setimpal dan insaf lepas ni.” kata Aqilah.

••••••••••

Luth Zareef senyum apabila melihat dua sahabat itu sedang menunggunya di sudut cafe itu.

“Dah lama ke Puan Reen dan Qila tunggu?” soal Luth Zareef dengan senyuman sambil melabuhkan punggungnya di kerusi bertentangan dengan Aqilah.

“Kami pun baru je sampai Encik Luth.” jawab Qaireena sambil mengukir senyuman.

Dengan kebenaran Taufiq, dia mengajak Luth Zareef untuk keluar makan bersama sebagai tanda terima kasih kerana menolongnya pada minggu lalu.

“Kan saya dah kata, panggil saya Luth je Puan, tak payahlah berencik-encik.” kata Luth Zareef bersama senyuman.

“Iyalah. Terima kasih Luth sebab sudi terima ajakan saya untuk keluar makan bersama.” ucap Qaireena.

“Saya yang patut ucap terima kasih pada Puan sebab sudi ajak saya. Tuan Taufiq tahu ke yang Puan keluar dengan saya ni?” soal Luth Zareef sambil memandang Qaireena.

“Eh mestilah dia tahu, jangan risau, lagipun Qila kan ada.” jawab Qaireena dengan senyuman. Luth Zareef senyum dan menganggukkan kepalanya.

Mereka bertiga menikmati makan tengah hari bersama sambil saling bertukar cerita.

“Awak datang ke Sydney ni memang saja nak jalan-jalan ke?” soal Aqilah pada Luth Zareef.

“Two in one, jalan-jalan dan ada urusan yang perlu saya selesaikan di sini.” jawab Luth Zareef dengan senyuman.

“Awak sorang je ke datang, atau dengan family sekali. Tak pun dengan girlfriend.” soal Qaireena pula. Luth Zareef tersenyum apabila mendengar pertanyaan Qaireena.

“Saya datang sorang je Puan, nak ajak girlfriend pun girlfriend tak ada lagi. So jalanlah sorang-sorang.” jawab Luth Zareef.

“Mesti awak memilih sangat kan sebab tulah tak dapat girlfriend lagi.” tutur Qaireena dengan tawa kecil.

“Ish... Tak adalah Puan, saya okay je, bukan jenis memilih sangat. Cuma susah nak cari wanita yang single sekarang ni, bila dah suka, dapat tahu pula dia isteri oranglah, tunang oranglah, girlfriend oranglah, so melepas peluang saya. Tunggu family jelah yang carikan, lepas tu terus kahwin, senang cerita.” kata Luth Zareef diiringi dengan tawa kecil. Qaireena dan Aqilah yang mendengar turut tertawa.

Happy Reading korang :-) Kita jumpa hari sabtu ni lagi ye...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience