BB - BAB 9

Drama Completed 309185

BUTANG lift di tekan kemudian jam ditangan dipandangnya.  Waktu makan tengah hari sudah hampir tiba, pasti ramai pekerja akan keluar untuk makan tengah hari.  Qaireena berharap pemilik kereta yang dilanggarnya itu masih berada di dalam pejabat kerana dia tidak mahu membuang masa untuk berulang alik ke situ lagi.  Dia mahu bertemu dengan lelaki itu selepas sahaja dia selesai menghantar pesanan pelanggannya.

Sampai sahaja di tingkat 9, Qaireena terus menghubungi pelanggannya yang membuat pesanan itu.  Dia bercakap di telefon sambil mendengar arahan untuk menuju ke pejabat pelanggannya bagi menyerahkan bungkusan makanan yang telah dipesan.

'Ish, macam pejabat yang sama dengan pak cik muka ketat tu je'. Desis Qaireena di dalam hati sambil terus mendengar arahan pelanggannya yang berada dihujung talian itu dan melangkah ke tempat yang ingin dituju mengikut arahan tersebut.

Qaireena berhenti di hadapan pintu pejabat itu.

"Sah, memang ini pejabat pak cik muka ketat tu.   Takkanlah dia yang pesan makanan?". Qaireena bercakap sendirian di depan pintu itu.

Nafas di tarik dalam sebelum dia mengetuk pintu pejabat itu.   Apabila mendengar suara mengarahkannya masuk barulah tombol pintu di pulas perlahan.

Lelaki yang sedang duduk menghadap komputer itu terus mengalihkan pandangannya kepada Qaireena.

"Hai selamat tengah hari, Encik ke yang bernama Encik Taufiq Taqiudin? ".  Soal Qaireena sambil memandang skrin telefon bimbitnya bagi memastikan nama itu disebutnya dengan betul.

"Ya saya". Jawab lelaki itu dengan pandangan yang masih melekat ke arah Qaireena.

"Ini makanan yang Encik pesan". Kata Qaireena sambil menghulurkan bungkusan makanan yang berada ditangannya.

"Awak tolong letak dekat atas meja tu".  Arah Taufiq sambil menunjuk ke arah meja bulat yang berada di sudut tepi pejabatnya itu.

Qaireena hanya menurut arahan lelaki itu.  Selepas meletakkan bungkusan tersebut di atas meja, Qaireena menoleh semula ke arah lelaki itu.

Zap!

Kecut perutnya saat melihat Taufiq masih lagi sedang memandangnya.

"Aaa...Emm..".  Kelu lidah Qaireena untuk bercakap apabila melihat wajah serius lelaki di hadapannya itu.

"Ada apa-apa lagi ke? Makanan tu saya dah bayar melalui online payment kan?".  Soal Taufiq pada Qaireena.

"Tak, bukan pasal tu.  Saya nak tanya, bil untuk kos baiki kereta Encik dah ada ke?".  Soal Qaireena teragak-agak sambil memandang Taufiq.

"Oh pasal tu".  Taufiq bangun dari kerusinya dan menapak ke hadapan meja kerjanya kemudian dia berdiri menyandarkan punggungnya ditepi meja itu.  Tangannya pula dimasukkan ke kiri dan kanan poket seluarnya.

"Kalau awak tak hantar pesanan tu dekat sini mesti awak dah buat-buat lupa pasal ganti rugi tu kan?". Dia menyambung kata-katanya sambil memandang tepat ke wajah Qaireena.

"Eh, tak encik, saya tak ada niat pun nak buat macam tu". Jawab Qaireena bersungguh-sungguh.

"Kalau awak tak buat-buat lupa, kenapa baru hari ni awak tanya pasal bil tu? Kalau tak silap, saya suruh awak datang seminggu selepas hari kejadian tu kan? Seminggu tu maksudnya awak perlu datang berjumpa saya pada hari kelapan selepas kejadian, tapi hari ni dah hari keberapa?".  Soal Taufiq pada Qaireena.

Qaireena terdiam seketika.  Dia kemudian tunduk dan terus mengira dengan jarinya.   Taufiq yang melihat, sedaya upaya menahan dirinya dari tersenyum.  Dia berasa lucu apabila melihat Qaireena mengira menggunakan jari.

Selesai mengira, Qaireena terus mengangkat wajahnya memandang Taufiq.

"Hari kesepuluh Encik". Jawab Qaireena.

"Maksudnya awak dah terlewat dua harikan?". Kata Taufiq lagi.   Qaireena menganggukkan kepalanya.

'Eee...Orang tua ni, itupun nak berkira.  Bagi mukalah sedikit dengan perempuan comel dan cantik macam aku ni'.  Bebel Qaireena di dalam hati.

"Maafkan saya encik, saya sibuk sangat sebab tulah saya terlupa nak berjumpa dengan encik.   Tapi saya tetap akan bayar ganti rugi tu.  Serahkan je bil tu pada saya, nanti saya pindahkan duit ke akaun bank encik sebab saya tak ada bawa duit tunai yang banyak sekarang ni".  Dia cuba memberanikan diri untuk bertentangan mata dengan Taufiq.

"Saya tak ada bawa bil tu hari ni, awak datang esok je lah".  Dia kemudian kembali duduk di kerusinya dan mengalihkan pandangannya ke arah komputer.

'Ish, berapa kali aku nak datang sini, kalau esok dia lupa lagi macam mana? Ingat aku ni tak ada kerja lain ke nak buat?'. Namun bebelan Qaireena itu hanya terluah di dalam hatinya sahaja.

"Encik tak ingat ke berapa jumlah yang Encik bayar pada bengkel tu? Sebab saya tak dapat nak datang ke sini esok". Soal Qaireena lembut

"Tak,  saya tak ingat". Jawab Taufiq dengan matanya yang masih lagi dihalakan pada komputer.

"Kalau macam tu, Encik hantar gambar bil tu ke nombor telefon saya je lah, boleh?".  Cadang Qaireena. Pandangannya masih melekat ke arah lelaki itu.

"Okay". Jawab Taufiq ringkas.

"Kalau macam tu, saya minta diri dulu ya Encik, terima kasih".  Ucap Qaireena sebelum melangkah keluar dari pejabat itu.

Taufiq melihat Qaireena berlalu sehingga hilang dari pandangan.  Tanpa sedar bibirnya mengukir senyuman.  Dia suka melihat Qaireena dan perwatakan wanita itu benar-benar mencuit hatinya.

"Macam nilah orang kaya, banyak sangat duit sampaikan berapa jumlah yang dia bayar dekat bengkel tu pun dia boleh lupa.  Aku ni, beli seluar harga lima puluh ringgit dua minggu lalu pun aku masih ingat lagi tau..huh".  Bebel Qaireena disepanjang jalan menuju ke tempat parkir skuternya.

"Suka hati dia je, nak suruh aku datang lagi esok.  Apa dia fikir syarikat penghantaran makanan ni aku punya ke, suka hati nak ponteng untuk datang ke sini hadap muka ketat dia tu.  Eee.. Geramlah aku.  Memang perangai pakcik-pakcik macam ni ke?". Sambungnya lagi.

~~~

Qaireena meletakkan kepalanya di atas bantal dan badan diluruskan.  Terasa penuh nikmat saat belakangnya menyentuh tilam.  Seharian menunggang skuter dan turun naik bangunan serta apartment  untuk menghantar pesanan pelanggan membuatkan badannya terasa sangat letih.

Seketika Qaireena teringat akan mesej yang dihantar oleh Nasrul kepadanya siang tadi tetapi tidak sempat dibalasnya.  Terus dia mencapai telefon bimbit yang berada di sebelahnya dan mesej Nasrul dibaca semula.

Nasrul :
Hai Reen, apa khabar?

Qaireena :
Hai Nas, maaf sebab Reen baru ada masa nak balas mesej Nas. Sibuk sangat bekerja siang tadi.  Alhamdulillah Reen sihat, Nas pula apa khabar?

Tidak lama kemudian Nasrul membalas semula mesej Qaireena.

Nasrul :
Alhamdulillah Nas pun sihat juga.  Mesti Reen penatkan sebab sibuk bekerja.  Nas cuma nak tanya Reen, hujung minggu ni Reen kerja ke? Nas ingat nak jumpa Reen, dah lama kita tak jumpa dan berborak.

Qaireena ukir senyuman apabila membaca balasan mesej daripada Nasrul.  Ya, sudah sebulan mereka tidak berjumpa selepas dia mengambil keputusan untuk berhenti belajar. Hanya aplikasi whatsapps itu sahajalah yang menjadi penghubung antara mereka berdua.

Qaireena :
Nanti Reen ambil cuti, so bolehlah kita jumpa dan berborak :-)

Nasrul :
Thanks Reen.  So jumpa this weekend ya.  Reen berehatlah, Nas tak nak ganggu. Goodnight :-)

Qaireena :
Goodnight :-)

Selepas membalas mesej daripada Nasrul, dia terus mematikan lampu biliknya.   Badan yang terlalu letih itu membuatkan dia mahu tidur lebih awal pada malam itu.  Selimut ditarik sehingga ke paras dada dan matanya mula ditutup rapat.

Tiba-tiba Qaireena duduk semula dari pembaringannya dan telefon bimbitnya dicapai.

"Ish...pak cik muka ketat ni nak aku bayar ganti rugi kereta dia yang calar tu ke atau tak ni?  Sampai sekarang tak hantar-hantar lagi gambar bil dia tu.  Nanti tuduh aku pula yang pura-pura buat lupa sebab tak nak bayar.  Ishhh...stress betullah".  Bebel Qaireena sendirian.  Dia kemudian terus menghantar mesej kepada si pemilik kereta yang dilanggarnya itu.

Qaireena :
Assalammualaikum encik, saya Reen, orang yang langgar kereta encik tu.  Gambar bil tu dah ada? Maaf mengganggu encik malam-malam ni, saya cuma nak selesaikan perkara tu secepat mungkin je.

Setelah menghantar mesej tersebut, dia menunggu seketika, berharap agar mesejnya itu dibalas segera.

Lima minit membawa ke sepuluh minit kemudian ke dua puluh minit, namun dia masih belum mendapat mesej balasan daripada lelaki itu.

"Oh lupa, biasalah pak cik-pak cik kan, mesti tidur awal sebab tulah dia tak baca lagi mesej aku". Qaireena bercakap sendirian sambil tertawa.  Terasa geli hatinya apabila menggelarkan lelaki itu pak cik-pak cik sedangkan lelaki itu tidaklah kelihatan terlalu tua.

Malas mahu menunggu lagi, dia lantas merebahkan semula badannya diatas tilam dan menutup matanya rapat.

••••••••••

Seperti yang dijanjikan, hujung minggu itu Qaireena bertemu dengan Nasrul.  Mereka meluangkan masa makan tengah hari bersama sambil berborak.

Qaireena turut menceritakan kepada Nasrul tentang apa yang berlaku kepada Qaisara dan dirinya akibat suami ibu saudaranya meminjam wang daripada along.

"Kenapa Reen tak laporkan pada polis je?".  Soal Nasrul.

"Orang-orang suruhan along tu sentiasa mengekori kami Nas.  Lagipun Reen betul-betul takut masa tu, yang Reen fikir cuma nak selamatkan nyawa kami berdua je".  Jawab Qaireena sambil memandang Nasrul.

"Habis tu sekarang Mak Ngah dan Pak Ngah Reen masih tinggal bersama Reen ke?".  Tanya Nasrul lagi.  Riak wajahnya menunjukkan dia benar-benar risau akan keselamatan dua beradik itu.

"Reen dah halau mereka.  Mulanya mereka tak nak keluar dari rumah tu atas alasan tak ada tempat untuk dituju.   Reen dah malas nak fikir panjang lagi,  Reen berikan  Mak Ngah duit dua ribu ringgit untuk mereka cari rumah sewa dengan syarat mereka tak ganggu kami dua beradik lagi selepas tu".  Cerita Qaireena pada Nasrul.

"Nas harap mereka dah tak ganggu Reen dan Sara lagilah lepas ni".  Ujar Nasrul.

"Reen pun harap macam tulah Nas". Kata Qaireena. 

"Reen kata tak lama lagi Sara akan jalani rawatan kemoterapi kan? Bila rawatan tu dimulakan?".  Soal Nasrul.

"Rabu ni Sara akan masuk hospital untuk pemeriksaan, kalau semuanya okay, doktor akan terus mulakan rawatan kemoterapi untuk fasa pertama". Jawab Qaireena.

"Apa yang merunsingkan fikiran Reen sekarang ni, duit untuk pembedahan Sara tu dah kurang disebabkan Reen bayar hutang along Mak Ngah tu.  Reen kena fikirkan macam mana lagi Reen nak tambah sumber pendapatan Reen supaya dapat kumpul wang tu secepat mungkin sebelum rawatan kemoterapi Sara tamat".  Sambungnya lagi.

"Banyak lagi ke yang kurang?". Tanya Nasrul.

"Sangat banyak Nas, bukan setakat seribu dua ribu.  Duit dari kumpulan wang simpanan pekerja ibu pun Reen dah keluarkan sekali tapi masih tak mencukupi memandangkan kos rawatan kemoterapi Sara ni pun memakan belanja yang banyak". Kata Qaireena sambil bermain dengan penyedut minuman yang berada di gelasnya.

"Kalaulah Nas dah bekerja sekarang ni, mesti Nas boleh bantu Reen.  Malangnya Nas ada beberapa bulan lagi untuk habiskan pengajian Nas ni barulah Nas boleh cari kerja". Ujar Nasrul.  Sungguh dia benar-benar sedih kerana tidak dapat membantu orang yang disayanginya itu ketika berada dalam kesempitan.

"Tak apa Nas, Reen faham.  In shaa Allah Reen boleh usahakan sendiri.  Nas sudi menjadi pendengar bagi setiap luahan masalah Reen ni pun dah cukup membuatkan beban Reen terasa ringan dan dada Reen berasa lapang". Dia memandang Nasrul sambil menghadiahkan senyuman kepada lelaki itu.

"Reen, selepas Nas habis belajar dan dah ada pekerjaan, Reen sudi tak jadi teman hidup Nas? Berkongsi segala suka dan duka bersama Nas serta menggalas segala tanggungjawab bersama?". Bola mata Qaireena dipandangnya dan menanti jawapan dari bibir wanita itu.

Lidah Qaireena kelu seketika.  Sungguh dia tidak menyangka secepat dan seberani itu Nasrul meluahkan niat dihatinya. 

Nafas ditarik dalam dan perlahan dia membalas pandangan mata Nasrul.

"Nas, Reen tak nak berjanji atau memberi harapan pada Nas.  Apa yang Reen boleh kata, habiskan dulu pengajian Nas dan capai cita-cita Nas ya". Kata Qaireena bersama senyuman dibibir.

"Kenapa Reen kata macam tu? Reen tak sayangkan Nas ke?". Duganya.

"Tipulah kalau Reen kata Reen tak sayangkan Nas, tapi ajal, maut, jodoh dan pertemuan tu kan di tangan Allah.  Manalah tahu jodoh Nas dengan perempuan lain ataupun jodoh Reen dengan lelaki lain, tak pasal-pasal salah satu antara kita yang akan kecewa". Dia memandang Nasrul dengan senyuman.

"Nas lebih rela jika maut adalah jodoh Nas, bukannya perempuan selain Reen". Ujar Nasrul sambil menyedut teh o ais yang berada didepannya.

"Nas, janganlah kata macam tu tak baiklah". Nasrul kemudian tetawa kecil.  Qaireena pula menunjukkan wajah kurang senangnya apabila mendengar kata-kata lelaki itu.

Happy Reading korang sorry lambat :-)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience