BB - BAB 27

Drama Completed 309207

TAUFIQ melangkah perlahan dan mendaki tangga untuk ke bilik tidur.  Matanya sedikit pun tidak lepas dari memandang Qaireena.  Namun dalam masa yang dia turut menahan senyum apabila melihat  wajah Qaireena yang semakin kemerahan. 

Perlahan Qaireena merapatkan wajahnya ke dada Taufiq kerana tidak mahu lelaki itu asyik merenung wajahnya.  Dia juga tidak berani mahu bertentang mata dengan lelaki itu.  Malu, ya dia sungguh malu untuk membalas pandangan mata Taufiq.  Degupan jantungnya pula semakin tidak dapat dikawal lagi saat itu, terasa tangga yang didaki oleh Taufiq ketika itu terlalu tinggi.

"Tidur dekat bilik Abang malam ni?".  Lembut suara Taufiq menyapa telinga Qaireena setelah dari tadi mereka hanya diam seribu bahasa dan hanya pandangan mata sahaja yang menggantikan bicara. 

Perlahan Qaireena menganggukkan kepalanya.  Jujur dia juga sudah tidak mampu menolak kehendak hatinya saat itu.  Dia ingin menjadi milik Taufiq sepenuhnya dan sekaligus membuktikan rasa cinta yang lahir dari sudut hatinya yang paling dalam.  Dia mahu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri kepada lelaki itu sebelum dia meninggalkan Taufiq selama tiga tahun di negara orang.

Taufiq mendudukkan Qaireena di atas katil dan seketika dia memandang lagi wajah wanita itu.

"Terima kasih".  Ucap Qaireena.  Taufiq senyum dengan tapak tangannya menyentuh pipi wanita itu. 

"Reen pergilah bersihkan badan dulu, mesti tak selesakan dari tadi pakai dress ni".  Kata Taufiq sambil menanggalkan suit di badannya. 

Qaireena bangun dari birai katil dan tangannya terus naik ke kolar baju Taufiq untuk menanggalkan bow tie yang dipakai oleh lelaki itu.

"Reen mandi dekat bilik sebelah, nanti Reen datang sini semula ya".  Ujar Qaireena.  Taufiq senyum dan menganggukkan kepalanya.  Matanya kemudian menghantar susuk tubuh Qaireena keluar dari pintu bilik itu.

Selesai membersihkan badannya, Qaireena melangkah ke almari pakaian.  Lama dia membelek beberapa helai baju tidur yang ada di dalam almari itu namun satu pun tidak ada yang berkenan dihatinya.

'Eh..yang aku beria sangat pilih baju tidur ni kenapa? nak tidur je pun'.  Bebel Qaireena sendirian. 

Dia kemudian terus mencapai sehelai baju tidur lengan panjang berwarna hitam dan disarungkan ke badannya.  Qaireena kemudian melangkah semula menuju ke bilik Taufiq, nafas di tarik dalam sebelum dia mengetuk pintu bilik lelaki itu.

Taufiq membuka pintu bersama senyuman di bibirnya.  Sedaya upaya Qaireena mengawal degupan jantungnya ketika melihat Taufiq yang tidak berbaju dan hanya memakai sweat pants.

"Masuk je, tak payah ketuk sayang, tak ada sesiapa pun dalam bilik ni selain Abang".  Kata Taufiq.  Qaireena hanya tersenyum sambil melangkah masuk ke dalam bilik itu dan terus melabuhkan punggungnya di birai katil.

"Sakit lagi tak kaki Reen yang melecet tu?".  Tanya Taufiq sambil turut duduk di birai katil. 

"Tak, sakit sikit je masa Reen pecahkan gelembung air tu tadi".  Jawab Qaireena dengan senyuman.

"Kenapa pecahkan?".  Soal Taufiq sambil mengangkat kaki Qaireena dan di letakkan di atas katil.  Bahagian yang melecet tadi di beleknya.

"Kalau pecahkan lagi cepat kering dan sembuh".  Ujar Qaireena.

Taufiq hanya menggeleng-gelengkan kepalanya sambil memandang wajah Qaireena apabila mendengar jawapan wanita itu.  Qaireena senyum dan mengenyitkan matanya pada Taufiq.

Taufiq tersenyum melihat perbuatan Qaireena itu, dia kemudian mendekatkan wajahnya ke wajah Qaireena dan pandangan matanya berhenti ke bibir wanita itu yang semenjak dari majlis makan malam tadi lagi benar-benar telah menggodanya. Tangan Taufiq naik menyentuh belakang leher Qaireena dan perlahan bibir basahnya memaut bibir Qaireena. 

Mata dipejamkan dan dia turut membalas kucupan itu serta menikmati setiap detik dimana buat pertama kalinya Taufiq mengucup bibir serta membuai perasaannya.   Tangannya pula naik menyentuh dada Taufiq yang tidak berbaju itu.  Qaireena mencuri nafas saat bibirnya dilepaskan oleh Taufiq.  Matanya membalas renungan mata Taufiq dan membiarkan jatungnya terus berdetak menghasilkan irama cinta.

"Boleh Abang tuntut malam ni?". Soal Taufiq seakan berbisik sambil ibu jarinya mengelus bibir Qaireena.  Kepala dianggukkan oleh Qaireena.

"No regret?". Soal Taufiq lagi. Qaireena menggelengkan kepalanya.

"I'm yours".  Jawab Qaireena sambil menyembunyikan senyumannya.

Taufiq tersenyum mendengar jawapan itu, lantas tangannya terus mematikan lampu tidur di meja sisi katil sebelum bibirnya kembali memaut bibir Qaireena dan menolak tubuh wanita itu dengan lembut sehingga terbaring di atas tilam.  Malam itu menjadi saksi atas segala rasa cinta dan kasih yang hadir antara dua hati atas kehendak Ilahi.

••••••••••

Lama wajah isteri kesayangannya itu di tenung bersama senyuman yang menghiasi bibirnya. Wanita itu masih lagi tidur nyenyak di dalam pelukan Taufiq. Perlahan dahi Qaireena dikucup sebelum dia bangun dan masuk ke dalam bilik mandi untuk membersihkan dirinya.

Keluar sahaja dari bilik mandi, Taufiq mengejutkan Qaireena untuk menunaikan solat subuh.

"Reen...bangun, dah masuk waktu subuh ni, kita solat sama ya".  Kejut Taufiq lembut sambil menyentuh lengan Qaireena yang berlapik dengan comforter.

Qaireena menggosok-gosokkan matanya kemudian bangun dari pembaringan dan duduk bersandar di kepala katil.  Taufiq tersenyum melihat wajah Qaireena yang masih lagi mengantuk itu.  Baru sahaja Qaireena mahu menutup matanya semula, suara Taufiq sekali lagi menerpa gegendang telinga.

"Reen, ambil tuala ni dan pergi mandi, nanti terlepas waktu subuh".  Ujar Taufiq bersama senyuman sambil menghulurkan tuala kepada Qaireena. 

Huluran tuala itu di sambut Qaireena dan dia terus bangun dari katil dengan memakai tuala tersebut.  Taufiq hanya memerhati sahaja dengan senyuman sehinggalah Qaireena hilang di balik pintu bilik mandi.

Ketika Qaireena keluar dari bilik mandi, dia melihat pakaiannya termasuklah pakaian dalam telah tersedia di atas katil.  Kain telekungnya juga turut disediakan oleh Taufiq. 

"Abang ambil je apa yang Abang nampak dekat almari Reen tu, cepat siap nanti terlepas waktu subuh".  Kata Taufiq dengan senyuman ketika Qaireena menoleh kearahnya.

Selesai memberi salam dan membaca doa, Qaireena bersalaman dengan Taufiq manakala lelaki itu mengucup dahinya lembut.

"Masih mengantuk lagi?". Soal Taufiq dengan senyuman. 

Hanya anggukan yang diberikan oleh Qaireena sebagai jawapan.  Dia kemudian menanggalkan telekung dari tubuhnya dan melipat sejadah yang mereka gunakan.  Taufiq pula sudahpun duduk dan bersandar di kepala katil.

"Come".  Panggil Taufiq sambil menepuk tilam disebelahnya.

Taufiq meletakkan tangannya di bahu Qaireena kemudian menarik wanita itu rapat ke dadanya setelah Qaireena melabuhkan punggung di sebelah lelaki itu. 

"Thank you untuk semalam sayang". Ucap Taufiq lembut sambil mengucup ubun-ubun Qaireena.  Qaireena senyum dan melentokkan kepala di dada bidang Taufiq.

"Abang kasar sangat ke pada Reen". Soal Taufiq.  Dia sedikit hairan mengapa Qaireena langsung tidak bercakap dengannya semenjak dari tadi.

"Tak adalah, cuma...". Sengaja Qaireena tidak menghabiskan kata-katanya.

"Cuma apa?".  Soal Taufiq ingin tahu sambil memandang wajah Qaireena dengan dahi berkerut.

Qaireena mendekatkan bibirnya ke telinga Taufiq dan membisikkan apa yang sedang bermain difikirannya kepada lelaki itu.

"Reen...". Jerit Taufiq dengan suara yang dikawalnya bersama tawa kecil.  Dia betul-betul tidak menyangka perkara itu yang bermain difikiran Qaireena.

"Betullah apa Reen kata kan?". Ujar Qaireena yang turut tertawa.

"Reen dah buat keputusankan? So tak boleh tarik balik".  Kata Taufiq bersama senyuman di bibir.

"Talian hayat?".  Soal Qaireena lagi sambil menggerak-gerakkan keningnya memandang Taufiq.

"Tak ada talian hayat, ish..budak ni ada-ada jelah".  Tangannya terus naik mengepit hidung Qaireena.

"Abang sayang Reen tak?".  Soal Qaireena sambil menahan senyumannya.

"Of course lah sayang, tapi tak semestinya Abang akan  terima alasan Reen tu".  Ujar Taufiq dengan senyuman.  Qaireena mencebik saat mendengar jawapan Taufiq. 

~~~

Petang itu, Qaireena dan Taufiq duduk menikmati minum petang sambil berbual-bual di tepi halaman rumah mereka.

"Tuan".  Tegur Mak Leha yang baru sahaja muncul.

"Ya Mak Leha kenapa?".  Tanya Taufiq lembut sambil memandang wanita itu.

"Puan Fazilah datang nak jumpa Tuan".  Kata Mak Leha.

"Baiklah, suruh dia ke sini ya Mak leha".  Ujar Taufiq.

"Kawan Abang ke yang datang?".  Soal Qaireena sambil memandang Taufiq.

"My ex wife". Jawab Taufiq. Qaireena angkat kedua belah keningnya dengan kepala terangguk-angguk.

"Kalau macam tu, Reen naik atas dululah, mesti Abang ada nak bincang dengan dia kan?".  Kata Qaireena sambil bangun dari kerusi yang didudukinya.  Taufiq terus menarik tangan Qaireena menahan dari wanita itu terus melangkah.

"Tak perlu, Reen duduk je dekat sini, takkanlah nak biarkan suami Reen duduk berduaan dengan perempuan lain pula". Ujar Taufiq.

"Tapi, nanti ex wife Abang tak selesa?".  Kata Qaireena lagi sambil memandang wajah Taufiq.  Sebenarnya dia juga turut berdebar kerana itu adalah kali pertama dia akan bertemu dengan wanita yang pernah menakluki hati suaminya suatu ketika dulu.

"Tak perlu fikirkan perasaan dia, apa yang penting adalah perasaan kita berdua.  Dia yang datang ke rumah kita, bukan kita yang datang ke rumah dia".  Kata Taufiq lagi.  Wajah Qaireena dipandang, dan senyuman di ukir buat wanita itu sebelum menepuk kerusi di sebelahnya mengarahkan Qaireena duduk semula. 

"Hai, saya ganggu awak ke?".  Sapa Fazilah sambil menghampiri Taufiq dan Qaireena kemudian duduk di kerusi yang bertentangan dengan Taufiq.  Sempat mata Fazilah melirik ke arah Qaireena.

"Lebih kurang macam tulah, sebab hujung minggu  macam ni adalah waktu untuk saya luangkan masa dengan my wife".  Jawab Taufiq selamba.

"Kenalkan Qaireena, isteri saya.  Reen, ini pula Fazilah, ibu kepada anak Abang".  Tambah Taufiq lagi. 

Qaireena senyum memandang Fazilah sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman, walaupun dia dapat melihat riak wajah tidak suka wanita itu kepadanya.  Fazilah menyambut huluran tangan Qaireena seperti mahu tidak mahu.

"Wah, sejak bila awak kahwin? Kenapa saya tak tahu?".  Soal Fazilah kepada Taufiq.

"Baru je beberapa bulan yang lalu.  Saya bukannya suami awak Faz sampai perlu minta kebenaran awak pula untuk berkahwin.  Hidup saya biar saya je yang aturkan". Jawab Taufiq dengan mendatar sambil dihiasi dengan senyuman.  Serta merta berubah wajah Fazilah saat mendengar kata-kata bekas suaminya itu.

"Saya tak kisah kalau awak nak kahwin pun, asalkan awak tak lupa tanggungjawab awak pada Fazil.  Maklumlah orang lelaki, dengan senang je boleh lupa dunia bila dah ada isteri muda".  Ujar Fazilah dengan senyuman sinis.

"Alhamdulillah setakat ni, saya tak pernah lagi abaikan tanggungjawab saya sebagai seorang ayah walaupun saya dah berkahwin.  Wang untuk Fazil dekat universiti pun saya masih berikan dan hampir setiap hari juga saya bercakap dengan dia dekat telefon atau pun panggilan video untuk bertanya khabar dan bertanyakan tentang pelajaran dia".  Kata Taufiq.

"Fazil ada juga beritahu saya, dia susah nak dengar suara awak untuk call dia dan bila dia buat panggilan video awak kata awak sibuk.  So sebelum awak risau pasal saya, lebih baik awak aturkan masa awak dan luangkan sedikit masa untuk berbual dengan Fazil di telefon".  Sambung Taufiq lagi dengan senyuman sinis sambil memandang Fazilah.

Merah padam wajah Fazilah apabila mendengar sindiran Taufiq itu.  Niat di hatinya mahu menyindir lelaki itu tetapi akhirnya dia sendiri pula yang rasa tersindir.

"Ada apa awak datang jumpa saya ni?".  Soal Taufiq sambil memandang wajah bekas isterinya itu.

"Saya datang nak pinjam duit dari awak, butik saya ada masalah kewangan sedikit".  Kata Fazilah.

"Hutang awak yang sebelum ni pun awak tak bayar, sekarang awak nak pinjam lagi?". Ujar Taufiq. 

"Sejak bila awak dah pandai berkira dengan saya ni? Saya ni ibu kepada anak awak tau tak, dah penat mengandung dan membesarkan zuriat awak, ingatlah sedikit jasa saya ni". Tutur Fazilah geram.

"Sebab sedar yang awak ibu kepada Fazil lah saya tak pernah kutip hutang yang dah mencecah seratus ribu tu kepada awak Faz".  Kata Taufiq mendatar.  Sekali lagi Fazilah tersindir. 

"Kali ni berapa ribu pula awak nak pinjam dari saya?".  Matanya memandang wajah Fazilah.

"Tak banyak, dua puluh ribu je".  Jawab Fazilah.

"Nanti saya pindahkan ke akaun awak, dan ini adalah kali terakhir saya tolong awak.  Selepas ni saya tak akan pinjamkan awak wang lagi, saya cuma nak fokus pada Fazil dan juga keluarga baru saya.  Berhenti pergunakan saya Faz".  Ujar Taufiq.

"Wah semenjak dah ada isteri baru ni bukan main berlagak lagi awak ya, mesti perempuan ni dah hasut awakkan".  Fazilah menjeling ke arah Qaireena.

"Jaga percakapan awak Faz, jangan sesekali libatkan isteri saya dalam hal antara awak dan saya.  Sekarang awak boleh balik dan uruskan butik awak tu sebaik mungkin".  Kata Taufiq dengan wajah serius. 

Fazilah mendengus kemudian bangun dari kerusi dan terus berlalu dari situ.  Taufiq menoleh ke arah Qaireena yang berada di sebelahnya.  Timbul rasa bersalah pada wanita itu kerana memintanya duduk bersama ketika Fazilah datang sebentar tadi.

"Reen jangan ambil hati sangat dengan kata-kata Faz tu ya, semua ni tak ada kaitan dengan Reen pun".  Ujar Taufiq sambil menyentuh pipi Qaireena.

"Abang jangan risaulah, Reen tak ambil hati pun.  Mungkin Kak Faz dalam keadaan marah, sebab tulah dia cakap macam tu".  Tutur Qaireena. Dia tidak mahu Taufiq rasa bersalah dengan apa yang berlaku sebentar tadi kerana dia tahu apa yang berlaku adalah diluar kawalan lelaki itu. 

Taufiq senyum memandang Qaireena.  Sungguh, pemikiran wanita itu sangat matang walaupun usianya masih muda.

"Abang akan pastikan yang Faz takkan berani lagi tuduh Reen dengan perkara yang bukan-bukan selepas ni".  Qaireena senyum memandang Taufiq.

"Reen tak peduli tentang pandangan orang pada Reen, apa yang penting adalah Abang, sebab Reen cuma ada Abang seorang je lagi dalam dunia ni".  Ujar Qaireena.  Lengan Taufiq dipeluk sambil dia melentokkan kepalanya di bahu lelaki itu.  Taufiq senyum kemudian mengucup ubun-ubun Qaireena.

Happy Reading korang:-) esok mungkin tak ada update ye kalau Jue terlalu sibuk dekat ofis... tapi kalau sempat siapkan Jue akan update..

Share this novel

Hawani Hashim66
2021-02-25 10:13:52 

salam Jue harap Reen xdi abaikan...jadi ke Reen blajar ke over sea tu...risau pulak jika ada yg curang almaklum jj lah katakan...

NANA.ED
2021-02-21 23:04:56 

aduiii seram lahhh Faz tu buat macam macam nanti


NovelPlus Premium

The best ads free experience