BB - BAB 45

Drama Completed 309185

SUASANA dimeja makan sunyi, yang kedengaran hanyalah bunyi sudu yang saling berlaga dengan pinggan. Qaireena melirik ke arah Taufiq yang hanya menumpukan perhatian pada makanan di dalam pinggannya. 

Aduh...Macam manalah nak pujuk orang tua ni.  Seram pula bila tengok muka serius dia tu. Bicara Qaireena di dalam hati.

Wajah Taufiq itu betul-betul mengingatkannya pada peristiwa di mana dia terlanggar kereta Taufiq sewaktu kali pertama mereka bertemu dan dia meminta lelaki itu menunggunya sehingga selesai membuat penghantaran makanan.  Ya, wajah serius itulah yang membuatkan dia memberi gelaran kepada lelaki itu dengan panggilan pak cik muka ketat.  Tetapi sehingga ke hari ini Taufiq tidak pernah tahu tentang gelaran itu. Tanpa sedar bibir Qaireena mengukir senyuman apabila mengingati gelaran itu.

“Abang, esok kita keluar dating nak tak? Lagipun esok hari sabtu, Reen tak ada kuliah, bolehlah kita luangkan masa bersama sebelum Abang balik Malaysia.” nada suaranya cuba dibuat ceria seolah-olah tidak ada apa yang berlaku di antara mereka berdua.

Sepi. Tiada jawapan yang keluar dari mulut Taufiq.

“Abang...Reen bercakap dengan Abang ni.” tutur Qaireena lagi sambil memandang Taufiq yang menyuap makanan ke dalam mulut. Namun, sekali lagi Taufiq tidak bersuara menjawab kata-katanya. Qaireena menarik nafas dalam, dia kemudian menyambung semula suapannya.

Usai makan malam, Taufiq terus berlalu ke dalam bilik. Qaireena hanya memandang langkah lelaki itu dengan mulut yang memuncung.

Selesai mengemas meja makan, Qaireena menapak naik ke tingkat atas.  Lama dia berdiri di depan pintu bilik tidurnya, memikirkan bagaimana mahu memujuk rajuk sang suami.

Plan A pujuk, kalau tak berjaya kita teruskan ke plan B, ikut merajuk sekali. Kita tengok siapa menang siapa kalah.  Bicara Qaireena sendiri diiringi dengan senyuman nakal.

Kemudian perlahan dia memulas tombol pintu dan masuk ke dalam bilik. Di lihatnya Taufiq sedang duduk bersandar di kepala katil sambil membalas mesej entah dari siapa. Qaireena menghampiri Taufiq dan melabuhkan punggungnya di birai katil. Wajah serius Taufiq dipandang. 

“Sorry kalau Reen buat Abang menyampah dan sakit hati, Reen janji tak buat lagi.” tutur Qaireena dengan lembut.

Sunyi.  Tiada jawapan balas dari Taufiq. Lelaki itu tekun melihat telefon bimbitnya seolah-olah tidak mendengar suara Qaireena yang bercakap dengannya.

Qaireena memuncung.  Jarinya kemudian mencuit-cuit lengan Taufiq, cuba menarik perhatian lelaki itu.  Rimas diperlakukan begitu, Taufiq menjauhkan lengannya daripada terus dicuit oleh Qaireena. 

“Abang...” panggil Qaireena lagi dengan suara seperti orang meminta simpati.

“Sorry lah...janganlah merajuk lama-lama, tak tenang hati Reen tau.” ujar Qaireena lagi. Kali ini tangannya naik ke atas paha Taufiq yang berkain pelikat. Digosok perlahan paha lelaki itu.

Jantungnya yang mula berdegup kencang itu membuatkan Taufiq terus menolak tangan Qaireena dari terus berada di atas pahanya.  Bimbang jika dia kalah dengan wanita itu.

"Ish...susahlah macam ni, dahlah Reen tak pandai nak pujuk orang, dia nak juga merajuk lama-lama.” bebel Qaireena.  Sedaya upaya Taufiq menahan tawanya yang ingin terhambur keluar dengan wajah yang dibuat serius.  Qaireena bangun dari birai katil.

“Baiklah Tuan Taufiq Taqiudin, teruskanlah merajuk sampai puas hati.” Qaireena kemudian terus mencapai tuala mandinya dan berlalu ke bilik mandi.  Taufiq hanya tersenyum mendengar kata-kata isterinya itu.

Keluar sahaja dari bilik mandi dengan siap memakai pakaian tidurnya, Qaireena berlalu menuju ke almari, sehelai selimut di keluarkan, dan sebiji bantal di ambil dari atas katil.  Dia kemudian terus berlalu keluar dari bilik tanpa memandang Taufiq.

Terpinga-pinga Taufiq memandang susuk tubuh Qaireena yang hilang dibalik pintu.

“Ni siapa yang nak pujuk siapa ni kalau dia pun merajuk sekali?” tutur Taufiq sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Lebih kurang pukul 11.30 malam, Taufiq keluar dari bilik dan berdiri di tangga sambil memandang ke tingkat bawah.  Dilihatnya Qaireena sedang berbaring di atas sofa dengan headphone dilekapkan ditelinga.  Dia senyum sambil menggelengkan-gelengkan kepalanya.

Sampai sahaja ditingkat bawah, perlahan Taufiq menarik headphone dari telinga Qaireena.  Menyedari itu, Qaireena terus memandang ke atas kepala, dilihatnya lelaki itu sedang berdiri sambil memegang headphone miliknya.  Pandangan mata Taufiq melekat ke wajahnya.

“Reen, naik tidur dekat dalam bilik.” arah Taufiq dengan wajah serius.  Namun Qaireena tidak mempedulikan arahan lelaki itu, headphone ditangan Taufiq diambil dan dilekapkan semula ke telinga kemudian selimut ditarik agar menutup keseluruhan wajah dan kepalanya.  Sengaja mahu membalas perbuatan Taufiq yang tidak mengendahkan dirinya tadi.

Taufiq tarik nafas dalam, terasa menyesal pula dia memulakan rajuk bila akhirnya wanita itu juga turut berkecil hati dengannya.

Dia kemudian melabuhkan punggungnya di sofa panjang tempat Qaireena berbaring. Selimut yang menyelubungi wajah Qaireena ditarik perlahan dan sekali lagi headphone wanita itu ditanggalkan. Kali ini Qaireena tidak dapat mengelak lagi, hanya wajahnya sahaja yang dibuat serius menunjukkan bahawa dia tidak berpuas hati dengan Taufiq.

“Abang dah maafkan Reen, jomlah naik tidur dekat atas, sakit badan nanti tidur dekat sofa ni.” tutur Taufiq lembut sambil memandang wajah Qaireena.

“Tak payah, Reen dah tarik balik permohonan maaf Reen, pergilah merajuk sampai puas hati.” kata Qaireena tanpa memandang ke arah Taufiq. Tangan Taufiq terus menyentuh dagu Qaireena.

“Pandang suami bila bercakap tu.” ujar Taufiq lembut.

“Okay, Abang minta maaf sebab merajuk lebih-lebih tadi. Saja nak bermanja dengan isteri Abang ni, tapi tak sangka pula isteri Abang ni tak pandai nak memujuk, tak sabar pula tu.” Qaireena masih tidak mempedulikan Taufiq.

“Reen, jom naik atas. ” pujuk Taufiq lagi.

“Tak nak.” jawab Qaireena.

“Hmm...iyalah, kalau macam tu Abang naik dulu.” tutur Taufiq sambil bangun dari sofa. Selimut yang menutupi badan Qaireena dibetulkan.

Kemudian tanpa isyarat, Taufiq terus mencempung tubuh Qaireena untuk di bawa menaiki tangga menuju ke tingkat atas.

“Abang...” jerit Qaireena kerana terkejut apabila tiba-tiba terasa dirinya seperti melayang ke udara. Taufiq hanya tersenyum melihat Qaireena yang terkejut.

Sampai sahaja di dalam bilik, Taufiq meletakkan tubuh Qaireena di atas katil. Dia pula terus baring mengiring menghadap Qaireena. Wajah masam mencuka wanita itu dipandangnya dengan senyuman.

“Happy birthday sayang... Birthday girl tak boleh merajuk lama-lama nanti cepat tua.” serentak itu Taufiq mengucup dahi Qaireena. Mendengarkan itu, cepat-cepat Qaireena mencapai telefon bimbit Taufiq yang berada disebelahnya. Tarikh yang terpapar pada skrin telefon bimbit lelaki itu membuatkan dia tersenyum.

“Macam mana Abang boleh ingat? Reen sendiri pun lupa yang hari ni adalah birthday Reen.” soal Qaireena sambil memandang Taufiq dengan senyuman.

“Isteri Abang, mestilah Abang ingat.” jawab Taufiq. Makin melebar senyuman Qaireena, rajuknya sebentar tadi juga terus dilupakan.

“Thank you.” ucap Qaireena pada Taufiq.

Sungguh, dia benar-benar lupa bahawa hari itu adalah hari lahirnya. Ya dia lupa kerana pada tahun sebelum itu, dia juga tidak menyambut hari kelahirannya disebabkan dia terlalu sibuk dan sangat risaukan keadaan Qaisara ketika itu.

“So permohonan maaf Abang diterima dah ke?” soal Taufiq sambil memandang Qaireena.

“Oh...jadi maksudnya yang Abang merajuk tu memang sengaja nak kenakan Reen lah?” tanya Qaireena. Taufiq senyum.

“Saja nak gurau-gurau manja dengan sayang, idea tu pun tak dirancang, kebetulan Abang memang geram dengan sindiran Reen siang tadi so Abang terus ambil peluang kenakan Reen.” jawab Taufiq jujur.

“Sorry...Reen janji tak buat lagi.” ucap Qaireena sambil menyentuh pipi Taufiq.

“Abang maafkan, tapi denda tetap dikenakan.” tutur Taufiq bersama senyuman. Dia kemudian terus memaut bibir Qaireena lama.

“Kalau inilah dendanya, sampai esok pun Reen tak kisah kena denda.” bisik Qaireena dengan senyuman.

“Larat ke nak terima denda sampai esok?”

“Larat.” kali ini Qaireena pula terus memaut bibir Taufiq yang kini sedang menindih tubuhnya. Seketika nafas mereka bersatu dan keduanya dibuai oleh keasyikan asmara.

~~~

Masih terbayang gelagat comel Qaireena yang merajuk pada Taufiq tadi. Cemburu? Mana mungkin aku harus cemburu sedangkan kedua insan itu punyai ikatan yang sah. Ah, kenapa lah aku pergi tengok CCTV tu tadi, Tuan Taufiq kan masih ada dekat dalam rumah tu, mestilah dia boleh jaga Qaireena. Tutur Luth Zareef sendiri bersama sebuah keluahan.

Happy Reading korang :-)

Share this novel

Suzila Bt Ahmad Sulikin
2021-04-23 01:05:31 

updatd plisss... x sabar tggu reen


NovelPlus Premium

The best ads free experience