BB - EPILOG

Drama Completed 308942

“ABANG!!”

Serta merta Qaireena terjaga dari tidurnya.  Dia kemudian duduk dan bersandar di kepala katil.  Berulang kali dia beristighfar.  Sungguh, mimpi itu benar-benar menakutnya.  Dia takut untuk menghadapi kehilangan nyawa insan tersayang buat kesekian kalinya.

Jam yang berada di dinding dipandang Qaireena.  Baru kini dia teringat akan Fazil, pasti anak tirinya itu tahu tentang keadaan Taufiq sekarang ini.  Dia mahu menghubungi Fazil, tetapi mana mungkin lelaki itu akan menjawab panggilan pada waktu begini, pasti Fazil sedang lena dibuai mimpi.

Perlahan Qaireena merebahkan badannya semula ke atas tilam.  Dipujuk hati yang sedang dilanda kerisauan, dalam masa yang sama dia berdoa agar mimpi itu tidak menjadi kenyataan.

~~~

Berulang kali nombor Fazil didail, namun tidak berjawab.  Seketika dia teringat akan Luth Zareef, pasti lelaki itu juga tahu kerana Luth Zareef adalah adik kepada Yazid iaitu rakan baik Taufiq.  Lantas nombor telefon lelaki itu didailnya.

“Hello Luth, saya ni Reen.”

“Oh Puan Reen, ada apa Puan?” tanya Luth Zareef walaupun dia sudah dapat meneka apa tujuan wanita itu menghubungi ya.

“Awak tahu kan yang Tuan Taufiq masuk hospital akibat ditikam?” soal Qaireena.

“Tahu Puan, saya sendiri yang call ambulans untuk bawa Tuan Taufiq ke hospital.” jawab Luth Zareef.

“Macam mana keadaan dia semalam? Teruk ke?” tanya Qaireena.

“Apa yang saya sempat dengar dari mulut doktor semalam, Tuan berada dalam keadaan kritikal kerana kehilangan banyak darah Puan.  Hampir sejam juga kami tunggu kedatangan Fazil untuk dermakan darah.  Maklumlah waktu tu jalan raya sibuk dan sesak sebab semua orang berpusu-pusu balik dari kerja.  Selepas tu, saya dah tak tahu macam mana keadaan Tuan.” jelas Luth Zareef. Mengalir airmata Qaireena saat mendengar apa yang baru dikatakan oleh Luth Zareef.

Puan Azarina dan Aqilah saling berpandangan apabila melihat Qaireena yang baru sahaja keluar dari bilik sambil membawa beg tangannya.

“Reen bersiap-siap ni nak ke mana?” soal Puan Azarina sambil memandang Qaireena.

“Reen nak lawat Abang Taufiq dekat hospital Mak Ngah. Luth bagitahu yang Abang berada dalam keadaan kritikal semalam disebabkan kehilangan banyak darah.” jawab Qaireena.

“Duduklah dulu sarapan Reen, sekejap lagi Mak Ngah bersiap dan temankan Reen ke hospital ya.” tutur Puan Azarina. Sungguh, dia kasihan melihat anak saudaranya itu, baru sahaja diuji dengan kehilangan anak di dalam kandungannya, kini suaminya pula ditikam.

“Tak apalah Mak Ngah, Reen boleh pergi sendiri, Reen tak nak susahkan sesiapa.” kata Qaireena.

“Kau tu belum sihat sepenuhnya, masih dalam berpantang lagi. Duduk dan sarapan, alas perut kau tu. Sekejap lagi aku dan Mak Ngah temankan kau ke hospital.” Aqilah bersuara tanpa memandang Qaireena. Kalau diikutkan memang dia masih geram dengan sikap degil sahabatnya itu, namun dalam masa yang sama dia juga kasihan pada wanita itu.

“Ingatkan dah tak sayang aku.” perlahan sahaja suara Qaireena menuturkan kata-kata itu, namun masih dapat didengari oleh Aqilah.

“Bukan tak sayang, tapi geram dengan perangai kau. Nyawa suami dah dihujung tanduk baru sibuk nak ambil berat. Tahu pun takut kehilangan suami.” bebel Aqilah. Qaireena yang sudah melabuhkan punggung dikerusi bertentangan dengannya dijeling.

“Sorry...aku tahu aku salah.” ujar Qaireena.

Usai menikmati sarapan, Aqilah terus memandu menuju ke hospital bersama Qaireena dan juga Puan Azarina.

Ketika mereka sampai, kelihatan Luth Zareef sedang mengiringi dua orang anggota polis masuk ke dalam bilik yang menempatkan Taufiq.

“Qila, suami aku tak apa-apa kan?” soal Qaireena sambil memandang Aqilah. Mereka tidak dibenarkan masuk untuk melawat Taufiq pada waktu itu kerana polis sedang menjalankan siasatan.

“Macam yang Luth kata pada kau, semalam Tuan Taufiq memang berada dalam keadaan kritikal. Tapi pagi ni aku sendiri tak tahu macam mana keadaan dia. Kau berdoalah semoga tak ada apa-apa yang berlaku pada dia.” jawab Aqilah.

“Aku dah tak sanggup nak lalui kehilangan insan yang aku sayang lagi Qila.” tutur Qaireena bersama airmatanya.

“Aku faham Reen, apa yang boleh aku katakan sekarang banyakkan berdoa, memohon keajaiban dari Ilahi. Hanya itu kunci utama kita sebagai umat islam Reen.”

“Aku dah lelah Qila, aku lelah kerana setiap doa yang aku langitkan bagai tak didengari. Aku sendiri tak tahu apa dosa aku sehingga aku dihukum begini.” airmatanya mula mengalir dengan deras.

“Satu demi satu, insan-insan yang aku sayang pergi meninggalkan aku Qila, aku dah terlalu penat untuk lalui semua ni.” tambah Qaireena lagi.

“Ujian itu bukan hukuman, tapi tanda DIA menyayangi hamba-Nya. DIA mahu hamba-Nya sentiasa mendekati-Nya, bersujud dan tidak putus meminta dari-Nya. Ujian itu bukan untuk melemahkan tetapi untuk menguatkan hati dan semangat Puan, jangan pernah berburuk sangka dan jangan pernah berhenti berharap kepada-Nya Puan.” Luth Zareef bersuara ketika melihat Qaireena sedang menangis di bahu Aqilah. Serta merta Qaireena mengangkat wajahnya dan memandang ke arah Luth Zareef yang berdiri dihadapan mereka. Kata-kata lelaki itu benar-benar meresap ke dalam hatinya.

“Puan dah boleh masuk tengok Tuan Taufiq dekat dalam.” kata Luth Zareef ketika Qaireena memandangnya.

Ketika itu juga dua orang anggota polis melimpasi belakang Luth Zareef dan salah seorang darinya sedang bercakap di telefon.

“Ya Tuan, mangsa mati akibat kehilangan banyak darah selepas ditikam petang semalam.” hanya itu butir bicara yang sempat didengari oleh Qaireena dari mulut anggota polis tersebut. Serta merta Qaireena bangun dari duduknya dan berlari masuk ke dalam bilik Taufiq. Aqilah, Puan Azarina dan Luth Zareef turut mengekori langkah Qaireena dari belakang.

Tubuh Taufiq yang terbaring di atas katil terus dipeluk oleh Qaireena. Dia menghamburkan tangisannya di dada Taufiq.

“Abang tolong jangan tinggalkan Reen, Reen tak nak kehilangan Abang.” raung Qaireena bersama esak tangisnya. Taufiq yang baru sahaja terlelap terkejut apabila mendengar suara tangisan Qaireena dan melihat wanita itu memeluknya.

“Sayang, kenapa menangis ni? Abang belum mati lagilah, Abang takkan tinggalkan Reen.” tutur Taufiq sambil mengusap kepala Qaireena. Mendengar sahaja suara lelaki itu, terus Qaireena mengangkat wajahnya dari dada Taufiq.

Aqilah dan Luth Zareef saling berpandangan, kemudian mereka terus tersenyum.

“Hah.. Abang tak mati lagi?” soal Qaireena. Wajah Taufiq dipandangnya.

“Kenapa, Reen nak Abang mati ke?” tanya Taufiq sambil menyembunyikan senyumannya.

“Tak, tadi Reen dengar polis bercakap di telefon, dia kata mangsa mati akibat kehilangan banyak darah selepas ditikam petang semalam. Jadi Reen ingatkan polis tu maksudkan Abang.” terang Qaireena. Semua yang ada disitu terus tertawa apabila mendengar cerita Qaireena itu.

“Sayang juga Reen pada Abang ya.” tutur Taufiq bersama tawa kecil.

“Abang....” rengek Qaireena sambil memukul lengan lelaki itu. Taufiq hanya tersenyum.

“So, Luth, betul ke lelaki yang awak kejar semalam tu adalah orang yang tikam Tuan Taufiq?” soal Aqilah sambil memandang wajah lelaki yang berdiri disebelahnya itu. Qaireena turut menoleh ke arah Luth Zareef.

“Betul, memang dia orangnya. Polis datang tadi pun untuk beritahu yang lelaki tu dah mengaku dia sengaja tikam Tuan Taufiq sebab dendam. So, kes diklasifikasikan sebagai cubaan membunuh dengan niat.” jawab Luth Zareef.

“Dendam? Abang, ada musuh ke?” tanya Qaireena sambil memandang Taufiq.

“Abang tak ada musuh pun sayang, orang tu je yang berdendam tak kena tempat. Reen pun kenal orang tu.” kata Taufiq.

“Reen kenal orang tu? Siapa?” berkerut dahi Qaireena menyoal Taufiq.

“Iqmal.” tutur Luth Zareef.

“What? Iqmal?” terkejut Aqilah saat mendengar nama itu disebut.

“Ya, Iqmal, senior satu universiti Qila dan Puan Reen semasa dekat Sydney dulu. Orang yang sama yang pecah masuk rumah korang dan cuba nak rogol Puan Reen.” jelas Luth Zareef lagi. Serta merta Qaireena menoleh memandang Luth Zareef.

“Awak tahu pasal kes pecah masuk rumah kami tu?” soal Qaireena hairan. Luth Zareef senyum dan menganggukkan kepalanya.

“Sorry sayang, selama Reen dekat Sydney, Abang upah Luth untuk menjaga Reen dan Qila, sebab Abang tak nak perkara buruk berlaku pada kamu berdua sepanjang belajar di sana. Cctv dekat rumah Reen dan Qila pun dipantau oleh Luth dan juga Abang.” tutur Taufiq sambil menggenggam tangan Qaireena. Membulat mata Aqilah saat mendengar kata-kata Taufiq.

“Jadi, yang awak kata awak berada di Sydney selama seminggu je, semuanya tipulah?” soal Aqilah. Luth Zareef hanya senyum.

“Dan dalam masa yang sama, sebenarnya saya tinggal berjiran je dengan korang.” kata Luth Zareef lagi.

“Abang ni teruklah.” rungut Qaireena.

“Sorry, semuanya untuk kebaikan dan keselematan Reen dan Qila. Tengoklah sekarang ni, sejauhmana beraninya si budak Iqmal tu bertindak, mujurlah dia sasarkan pada Abang, kalau pada Reen, macam mana?” Qaireena tarik nafas dalam.

“Reen betul-betul tak fahamlah dengan Iqmal tu. Mungkin dia dah terlalu terbiasa segala kemahuannya dipenuhi, dan bila dia mendapat penolakan dia tak boleh terima kenyataan.” tutur Qaireena.

“Dahlah tu, apa yang penting sekarang ni Abang selamat dan dia pun akan terima hukuman yang setimpal atas segala perbuatannya.” Aqilah, Luth Zareef dan Puan Azarina yang mendengar mengangguk-anggukkan kepala tanda setuju dengan pendapat Taufiq.

“Tuan kalau dah tak ada apa-apa lagu kami minta diri dululah ya.” kata Luth Zareef.

“Baiklah, terima kasih Luth, Qila dan Mak Ngah sebab sudi tolong saya.” ucap Taufiq dengan senyuman.

“Sama-sama Tuan.” jawab Luth Zareef.

“Eh Luth hari ni sepatutnya majlis bertunang awak kan?” soal Taufiq yang baru teringat tentang apa yang disampaikan oleh Yazid kepadanya. Mendengarkan itu, Aqilah dan Qaireena saling berpandangan.

“Ya Tuan, tapi memang saya tak perlu ikut pun, Mama saya je yang akan sarungkan cincin ke jari bakal tunang saya tu.” tutur Luth Zareef.

“Apapun tahniah saya ucapkan pada awak, in sha Allah majlis perkahwinan awak nanti saya akan hadiri.” ujar Taufiq bersama senyuman.

“Terima kasih Tuan.” Luth Zareef, Aqilah dan Puan Azarina kemudian melangkah keluar dari bilik itu.

Taufiq memandang wajah Qaireena. Wajah yang sangat dirinduinya setelah tidak bertemu selama dua minggu lamanya.

“Thanks sayang sebab sudi datang lawat Abang. Dah tak tertanggung rasanya rindu dihati Abang ni pada Reen.” pipi Qaireena disentuh lembut.

“Reen pun rindukan Abang, tak ada sehari pun Reen lupakan Abang sepanjang dua minggu ni. Reen minta maaf sebab dah kecewakan Abang dan minta Abang ceraikan Reen.” tutur Qaireena. Perlahan airmatanya mengalir di pipi.

“Abang maafkan Reen. Lagipun Abang faham yang Reen berada dalam keadaan yang tertekan atas apa yang menimpa diri Reen. Tapi satu Abang nak pesan, lepas ni tolong jangan sembunyikan apa-apa lagi daripada Abang. Biarlah segalanya kita lalui bersama tanpa mengira suka ataupun duka. Dan lagi satu, Abang tak nak Reen terlalu mudah berputus asa, bersandarlah hanya pada yang maha Esa, tiada apa yang lebih berkuasa melainkan DIA sayang.” ujar Taufiq lembut. Qaireena hanya menganggukkan kepala.

“Soal anak, kita serahkan sahaja pada Allah, jika ada rezeki untuk kita Alhamdulillah, tetapi kalau kita tak ditakdirkan untuk memiliki zuriat bersama, kita harus redha. Abang tak mengharap lebih, berada di sisi Reen dah cukup buat Abang gembira dan bahagia. Senyuman Reen dah cukup menenangkan jiwa dan menceriakan hari Abang. Abang cuma berharap agar Abang diberikan waktu yang panjang untuk berada di sisi Reen.” tambah Taufiq lagi. Semakin deras airmata Qaireena mengalir membasahi pipinya.

“I love you.” ucap Qaireena sambil menyembamkan wajahnya ke dada Taufiq.

“I love you too sayang.” ubun-ubun Qaireena dikucup lembut.

••••••••••

~ TIGA TAHUN KEMUDIAN ~

Taufiq menghampiri Qaireena yang sedang bersiap di depan cermin. Pinggang wanita itu dirangkul dan leher Qaireena dikucup.

“Abang, janganlah kacau Reen, tadi Abang juga yang kata nak cepat kan.” tutur Qaireena. Namun kata-kata wanita itu tidak dipedulikan. Dia terus terbuai dengan wangian yang melekat ditubuh Qaireena. Malah tangannya juga sudah mula menjalar ke bahagian dada Qaireena. Tapi tetap tidak dipedulikan oleh wanita itu. Dia tidak mahu melayan kehendak Taufiq ketika ini, kerana perutnya juga sudah mula berkeroncong minta diisi.

“Abang, Qisya mana? Tadi dia ada dengan Abangkan?” soal Qaireena sambil berpusing menghadap Taufiq apabila dia menyedari yang anaknya tidak berada di dalam dukungan suaminya itu.

“Qisya tengah bermain dengan Zil.” jawab Taufiq sambil mula merapatkan bibirkan dengan bibir Qaireena.

“Jom jalan, Reen dah siap ni.” ajak Qaireena.

“Give me 15 minutes.”

“For what?” soal Qaireena dengan dahi yang berkerut.

“Lepaskan gian Abang.” jawab Taufiq kemudian terus memaut bibir wanita itu. Seketika Qaireena turut membalas pautan bibir Taufiq.

“Emm... Reen tak rasa 15 minit tu tak cukup. So better kita gerak sekarang.” tutur Qaireena sambil menyembunyikan senyumannya.

“Sambung malam nanti.” bisik Qaireena ke telinga Taufiq.

“Okay... Abang tuntut malam nanti, jangan jadikan Qisya sebagai alasan pula nanti ya.” mendengarkan itu Qaireena terus tertawa.

Selesai menikmati makan tengah hari, mereka meneruskan perjalanan mereka untuk melawat tempat-tempat menarik yang terdapat di Netherlands memandangkan hari itu adalah hari terakhir percutian mereka sekeluarga.

Qaireena hanya tersenyum sambil menggelengkan-gelengkan kepala melihat betapa manjanya Qisya pada abangnya Fazil. Si kecil berusia dua tahun itu lebih suka berada dalam dukungan Fazil daripada berada dalam dukungan Taufiq ataupun dirinya. Dia gembira kerana Fazil juga dapat menerima Qisya dan turut memberikan kasih sayang serta memanjakan Qisya walupun mereka berdua tidak keluar dari rahim yang sama.

Terima kasih ya Allah kerana memberi aku peluang untuk merasai indahnya perasaan menjadi seorang ibu dan berada dalam keluarga yang cukup bahagia serta saling sayang menyayangi.

Jangan pernah Berhenti Berharap

Ingatlah:

Ujian itu bukan hukuman, tapi tanda DIA menyayangi hamba-Nya. DIA mahu hamba-Nya sentiasa mendekatiNYA, bersujud dan tidak putus untuk meminta dariNYA. Ujian itu bukan untuk melemahkan tetapi untuk menguatkan hati dan semangat hamba-Nya. Jangan pernah berburuk sangka padaNYA.

~T. A. M. A. T~

Happy Reading korang.. Dengan ini tamatlah kisah Qaireena dan Taufiq ye.. 60% berubah dari cerita asal.. Semuanya atas permintaan readers tersayang Jue hahaha..serius Jue katakan memang susah nak ubah apa yang Jue dah sedia draft kan, tapi demi reders Jue gagahkan juga untuk ubah jalan cerita ni... So siapa yang nak baca cerita asal tu??? Hahahah... Untuk kisah Aqilah dan Luth Zareef pula Jue akan buat novel lain ye... So tunggu hehe... Apapun terima kasih pada semua readers yang sentiasa support Jue dan setia menanti update dari Jue. Tak lupa juga pada rakan author yang banyak tolong Jue dan sentiasa berikan sokongan pada Jue dikala semangat Jue hampir pudar. In sha Allah kita jumpa pada 2hb June ni dengan Novel Kifarah Cinta Untukmu.

Share this novel

Wan Hamilah E'lah
2021-05-31 14:26:46 

mimpi rupenya....pas ni mesti rindu kat reen n taufiq...x sabar nk baca novel bru... apa2 pn tq utk jue krn memuaskn hati pembaca...

LynnLqmn
2021-05-31 11:06:57 

huhuhu...Ingatkan Taufiq dah xde

Asmah
2021-05-31 04:46:53 

tq jue bahagia akhirnya


NovelPlus Premium

The best ads free experience