BB - BAB 3

Drama Completed 309187

PUAN Qamariyah hanya tersenyum melihat gelagat Qaireena dan Qaisara yang begitu teruja dengan percutian singkat hujung minggu mereka itu. Qaisara tidak jemu-jemu meminta Qaireena mengambil gambarnya dengan pakaian kimono yang mereka sewa, manakala Qaireena pula hanya menurut segala permintaan adiknya itu.

"Ibu, marilah kita tangkap gambar sama-sama". Ajak Qaireena pada Puan Qamariyah.

"Iya ibu marilah kita tangkap gambar bertiga, boleh jadikan kenang-kenangan bila Sara dah tak ada nanti". Kata Qaisara pula.

"Sara, Kak Reen tak suka Sara cakap macam tu". Qaireena memandang tepat ke wajah Qaisara.

Qaisara hanya tersengih memandang wajah serius Qaireena sambil menutup mulut dengan tapak tangannya.

"Ajal dan maut tu rahsia Allah, tak semestinya yang sedang bertarung dengan sakit yang akan pergi dulu menghadap Ilahi, boleh jadi orang yang dalam keadaan sihat walafiat yang mungkin akan pergi dulu bertemu dengan penciptanya". Kata Puan Qamariyah yang sudahpun menghampiri dua anaknya itu.

"Sara ni ibu, suka sangat cakap macam tu". Bebel Qaireena.

"Sorry". Ucap Qaisara sambil mengeyitkan sebelah matanya pada Qaireena.

"Dahlah tu, jom kita tangkap gambar". Sambil memandang kedua anaknya itu dengan senyuman.

Puas mengelilingi Japenese Village dan Botanical Garden, mereka kembali semula ke resort. Mereka kemudian berjalan-jalan sambil menikmati pemandangan disekitar resort tersebut serta mengambil gambar berlatar belakangkan bangunan yang dibina seperti yang terdapat di bandar French.

~~~

Malam itu, selepas menikmati makan malam di restoran resort, mereka kembali semula ke bilik untuk berehat. Qaireena memandang wajah Qaisara yang mula pucat dan lesu, mungkin terlalu penat setelah seharian berjalan-jalan.

"Sara, dah makan ubat?". Soal Qaireena pada adiknya itu.

"Belum". Jawab Qaisara selamba bersama senyuman dibibir sambil memandang Qaireena.

"Pergi makan sekarang. Semalam kata sekali sekala je lewat makan ubat, tapi hari ni buat lagi". Bebel Qaireena.

"Okay..okay, Sara makan sekarang juga". Kata Qaisara sambil bangun dan mengambil ubat dari dalam beg sandang yang dibawanya siang tadi.

"Lepas makan ubat tu, pergi mandi bersihkan diri dan berehat". Arah Puan Qamariyah lembut sambil memandang Qaisara.

"Baiklah ibu". Jawab Qaisara.

Qaireena memandang ke arah Qaisara yang sudah pun tertidur. Memandangkan Qaisara memakai baju tidur yang berlengan pendek, Qaireena dapat melihat lebam-lebam yang terdapat pada lengan adiknya itu. Sungguh hatinya pilu saat melihat kesan lebam tersebut. Dia kemudian menarik selimut agar menutupi badan Qaisara sehingga ke paras dada. Dia tidak mampu untuk terus melihat kesan lebam yang menghiasi tubuh badan adiknya itu.

Langkah kakinya dibawa menghampiri Puan Qamariyah yang sedang duduk di sofa. Dia kemudian melabuhkan punggungnya di sebelah wanita itu.

"Ibu, Reen rasa dah sampai masanya untuk kita lakukan pembedahan bagi pemindahan tulang sum sum pada Sara. Reen dah tak sanggup tengok keadaan Sara macam tu". Kata Qaireena sambil memandang Puan Qamariyah.

"Macam mana nak buat pembedahan Reen, kalau kita belum dapat penderma untuk Sara". Jawab Puan Qamariyah. Dia turut memandang ke arah Qaireena.

"Reen ibu, Reen yang akan jadi penderma untuk Sara. Reen pasti yang tulang sum sum Reen sesuai untuk dia". Ujar Qaireena.

"Reen, ibu dah kata sebelum ni kan, yang ibu tak setuju kalau Reen yang jadi penderma kepada Sara. Kita tunggu sahaja berita dari pihak hospital, ibu yakin pasti ada penderma untuk Sara dalam masa terdekat ni". Kata Puan Qamariyah sambil mengalihkan pandangan ke arah televisyen di depannya.

"Berapa lama lagi kita perlu menunggu ibu, sedangkan kesihatan Sara semakin hari semakin merosot. Badan Sara dah mula lebam-lebam ibu, Reen tak sanggup nak tengok". Airmatanya mula mengalir ke pipi.

"Reen, kalau Reen sebagai kakak tak sanggup nak tengok, apatah lagi ibu, yang mengandungkan dan melahirkan Sara. Ibu sendiri tak sanggup nak tengok keadaan Sara macam tu. Setiap hari ibu cuba memujuk hati ibu agar lebih kuat dan tabah saat ibu memandang wajah lesu Sara dan saat ibu melihat darah yang mengalir keluar dari hidung Sara". Perlahan jari Puan Qamariyah naik menyeka airmata yang mula mengalir di pipinya.

"Ibu bukan tak nak Reen jadi penderma untuk Sara, tapi ibu betul-betul takut nak hadapi risiko yang mungkin berlaku. Bagi ibu cukuplah ibu melihat hanya seorang saja anak ibu yang menanggung sakit, ibu tak sanggup lagi nak tengok kalau Reen juga turut terlantar sakit nanti, ibu tak kuat Reen. Doktor sendiri pernah kata, antara risiko yang mungkin dialami oleh penderma adalah risiko kerosakan pada tulang, pendarahan dan jangkitan kuman selain daripada risiko kecederaan pada saraf dan saluran darah yang berhampiran dengan tapak penarikan sum sum. Ibu faham niat baik Reen pada Sara tapi ibu sendiri yang tak sanggup untuk hadapi segala kemungkinan yang akan berlaku nanti. Kehilangan seorang adalah lebih baik daripada kehilangan kedua-duanya sekali Reen. Ibu harap Reen faham maksud ibu". Jelas Puan Qamariyah pada Qaireena. Dia kemudian bangun dari sofa dan berlalu ke bilik mandi meninggalkan Qaireena sendirian duduk di sofa itu.

Qaireena mengesat airmata yang mengalir di pipinya. Setiap kata-kata ibunya itu meresap ke dalam fikirannya. Benarlah apa yang dikatakan oleh Nasrul padanya sebelum ini, bahawa ibu takut menghadapi risiko seandainya dia dan Qaisara ditakdirkan pergi dahulu sekiranya pembedahan itu tidak berjaya.

••••••••••

Usai menunaikan solat subuh, Puan Qamariyah duduk sambil menyandarkan belakangnya di kepala katil. Tidak lama kemudian Qaisara datang dan turut naik ke atas katil itu sambil melabuhkan kepalanya di atas riba Puan Qamariyah. Senyuman terukir di bibir Puan Qamariyah manakala tangannya pula naik mengusap-ngusap kepala Qaisara yang berada di ribaannya itu.

"Ibu, nanti masa ibu balik dari Sarawak jangan lupa beli kek lapis Sarawak ya. Sara teringin pula bila nampak iklan dekat instagram tu. Alang-alang ibu dah sampai nanti bolehlah ibu belikan sekali". Kata Qaisara.

"In Shaa Allah, nanti ibu beli untuk Sara ya". Jawab Puan Qamariyah dengan senyuman sambil memandang wajah Qaisara.

"Terima kasih ibu, Saayaang ibu". Ucap Qaisara dengan senyuman.

Qaireena yang baru sahaja habis mengemas barang-barangnya dan dimasukkan ke dalam beg, datang menghampiri Puan Qamariyah dan Qaisara bersama senyuman yang terukir dibibir. Dia kemudian melabuhkan punggungnya disebelah Puan Qamariyah sambil memeluk lengan wanita itu manakala kepalanya pula dilentokkan ke bahu Puan Qamariyah. Sebelah tangan Puan Qamariyah naik menyentuh pipi Qaireena. Dia senyum sambil menoleh sekilas ke arah anak sulungnya itu.

Suasana sepi seketika, entah mengapa hatinya terasa sayu saat duduk bersama dalam keadaan begitu dengan dua insan tersayang yang ada dalam hidupnya. Seperti ada satu perasaan yang menyusup masuk ke dalam tangkai hatinya, namun dia tidak dapat mentafsir perasaan tersebut. Dalam masa yang sama dia juga takut dengan perasaan yang tiba-tiba muncul itu.

"Jelous lah tu tengok Sara bermanja dengan ibu". Kata Sara sambil tertawa kecil apabila melihat Qaireena yang sudah pun melentokkan kepalanya di bahu Puan Qamariyah.

"Eh, dua minggu tau tak jumpa ibu, mestilah Kak Reen rindu. Takkan Sara sorang je nak bermanja dengan ibu, Kak Reen pun nak juga". Jawab Qaireena sambil memandang Sara yang sedang baring di atas riba Puan Qamariyah.

"Ibu pun rindu dekat Reen. Bila ibu dekat Sarawak nanti, dua orang pula yang ibu rindu sebab dua-dua anak ibu jauh dari Ibu". Ujar Puan Qamariyah pula. Qaireena dan Qaisara tersenyum mendengar kata-kata ibu mereka itu.

"In Shaa Allah, hujung minggu depan kalau Reen tak banyak assignment nak buat, Reen balik lagi ya". Kata Qaireena. Puan Qamariyah senyum kemudian menganggukkan kepalanya.

"Reen, nak balik asrama petang ni pukul berapa? Esok Reen ada kuliah?". Soal Puan Qamariyah.

"Kuliah Reen esok pukul 10 pagi ibu. Reen balik asrama esok jelah, tak puas lagi nak luangkan masa dengan ibu dan Sara". Jawab Qaireena dengan senyuman.

"Iyalah kalau Reen dah kata macam tu. Sekarang Reen dan Sara pergi bersiap lepas tu kita turun sarapan pagi dekat bawah ya". Arah Puan Qamariyah.

"Baiklah ibu". Kata Qaireena sambil bangun dan menuju ke bilik mandi. Manakala Qaisara pula bangun untuk mengemas barang-barangnya.

••••••••••

Keesokan paginya, setelah menikmati sarapan pagi bersama-sama, Qaireena bersiap untuk pulang ke asrama. Puan Qamariyah pula sudah pun memasukkan bagasinya ke dalam bonet kereta.

Qaireena kemudian menghampiri Puan Qamariyah dan menghulurkan tangannya untuk bersalaman.

"Reen pergi dulu ya ibu". Kata Qaireena pada Puan Qamariyah.

"Baiklah, hati-hati bawa skuter tu Reen, dah sampai asrama nanti bagitahu ibu ya". Pesan Puan Qamariyah. Dia kemudian memeluk Qaireena dengan erat sebelum mengucup kedua belah pipi anak sulungnya itu.

"Ibu pun sama tau, dah sampai Sarawak nanti jangan lupa call Reen ya". Sambil turut mengucup kiri dan kanan pipi ibunya.

Selepas itu, Qaisara pula menghampiri Qaireena bersalaman dan memeluk kakaknya.

"Sara jaga diri tau masa ibu tak ada, jangan lupa makan ubat. Call Kak Reen kalau ada apa-apa ya". Pesan Qaireena pada Qaisara.

Qaisara senyum dan menganggukkan kepalanya. Qaireena kemudian menyarungkan helmet ke kepalanya dan naik ke atas skuter. Puan Qamariyah dan Qaisara melambaikan tangan apabila skuter Qaireena mula keluar dari halaman rumah mereka.

••••••••••

Qaireena duduk termenung di meja belajarnya. Dia baru sahaja menghubungi Qaisara sebentar tadi. Adiknya itu mengadu bahawa seharian dia terpaksa membuat pesanan penghantaran makanan disebabkan Mak Ngah yang tidak mahu memasak. Manakala Pak Ngah pula meminta duit daripada Qaisara. Mujurlah Puan Qamariyah ada meninggalkan sedikit wang padanya untuk kegunaan bila ada kecemasan.

Sungguh dia benar-benar tidak suka dengan perangai adik arwah ayahnya itu. Kedua-dua suami isteri itu mata duitan dan tidak bertanggungjawab. Adakalanya Qaireena kasihan melihat ibunya yang penat bekerja dan menyimpan wang untuk perbelanjaan perubatan Qaisara, namun dengan senang Mak Ngah dan Pak Ngah meminta duit daripadanya. Jika tidak diberi, mulalah Mak Ngah mengungkit dan memarahi ibu. Mahu tidak mahu terpaksa jugalah ibunya menunaikan permintaan mereka. Kerana jika bukan ibu tiada siapa lagi yang mahu membantu mereka.

Dua lagi adik arwah ayahnya tidak mahu melayan atau membantu Mak Ngah dan Pak Ngah disebabkan sikap mereka yang tidak mahu bekerja dan suka mengharap belas kasihan orang lain. Manakala Pak Ngah pula suka mengambil jalan singkat untuk mendapatkan wang dengan cara berjudi dan bermain nombor ekor.

Seketika Qaireena tersedar dari lamunan apabila telefon bimbitnya berbunyi. Dilihatnya gerangan si pemanggil yang menghubunginya pada lewat malam itu. Bibirnya mengukir senyuman.

"Assalammualaikum Ibu". Ucap Qaireena apabila telefon dilekapkan ditelinganya.

"Waalaikumsalam. Reen dah tidur ke tadi? Maaflah ibu ganggu Reen lewat malam ni". Kata Puan Qamariyah dihujung talian.

"Reen belum tidur lagi, ibu tak ganggu Reen pun. Ibu sihat?". Soal Qaireena.

"Alhamdulillah ibu sihat. Reen ada call Sara hari ini?".

"Ada ibu, baru je Reen bercakap dengan Sara tadi. Dia mengadu yang Pak Ngah minta duit daripada dia, nasib baiklah ibu ada tinggalkan sikit duit, itulah yang Sara berikan pada Pak Ngah katanya". Jawab Qaireena.

"Tulah, ada juga Sara cerita dekat ibu tadi. Entahlah ibu pun tak tahu nak kata apa lagi pasal Pak Ngah dan Mak Ngah tu". Keluh Puan Qamariyah dihujung talian.

"Esok malam ibu balikkan?". Tanya Qaireena.

"Iya Reen, In Shaa Allah kalau tak ada apa-apa halangan pukul 10 malam esok ibu sampailah dekat KL. Ibu pun dah tak senang hati nak tinggalkan Sara. Duit ibu berikan pada dia pun tak banyak. Risau juga kalau Pak Ngah minta duit lagi dari Sara nanti". Kata Puan Qamariyah.

"Reen pun risau juga ibu, kalau Reen tak ada kuliah, Reen sendiri yang balik rumah dan temankan Sara, tapi jadual Reen untuk minggu ni betul-betul padat". Ujar Qaireena pula.

"Tak apalah, Reen fokus je pada pelajaran Reen. Esok malam kan ibu dah balik, Reen jangan risau ya. Ibu cuma terfikir, andaikata satu hari nanti Allah takdirkan ibu pergi dulu tinggalkan Reen dan Sara, siapalah yang ibu nak harapkan lagi untuk jaga kamu berdua. Dahlah Reen dan Sara langsung tak ada adik beradik lelaki, tak tahulah siapa yang boleh lindungi kamu berdua nanti".

"Ibu janganlah cakap macam tu".

"Reen, janji dengan Ibu yang Reen dan Sara akan saling menjaga antara satu sama lain ya. Jangan pernah berpisah atau berjauhan dengan Sara. Dia perlukan Reen jika ibu dah tak ada lagi di dunia ni". Kedengaran esakan kecil dihujung talian.

"In Shaa Allah ibu, Reen akan jaga Sara dengan baik. Ibu janganlah fikir bukan-bukan, Reen tak nak ibu sedih-sedih okay". Pujuk Qaireena. Sungguh dia takut apabila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut ibunya itu. Dia sendiri tidak kuat untuk menghadapi kemungkinan itu.

"Baiklah. Reen pergilah tidur dah lewat malam ni. Esok dah sampai KL ibu call Reen lagi ya. Selamat malam sayang". Ucap Puan Qamariyah.

"Selamat malam ibu, love you". Kedengaran Puan Qamariyah tertawa kecil dihujung talian apabila mendengar ucapan Qaireena.

"Love you too sayang". Balas Puan Qamariyah.

••••••••••

Qaireena mengerling ke arah telefon bimbitnya yang bergetar sedari tadi. Berulang kali nombor yang tidak dikenali itu menghubunginya, namun dia benar-benar tidak dapat menjawab panggilan tersebut pada waktu itu memandangkan dia masih berada di dalam dewan kuliah.

Tamat sahaja kuliahnya pada pagi itu, dia bergegas keluar dari dewan kuliah. Baru sahaja dia mahu membaca pesanan ringkas yang dihantar oleh Qaisara, sekali lagi nombor yang tidak dikenalinya tadi menghubunginya. Cepat-cepat dia menjawab panggilan tersebut kerana bimbang sekiranya berlaku kecemasan pada Qaisara.

"Hello". Jawab Qaireena.

"Hello, boleh saya bercakap dengan Cik Qaireena Azalea Binti Azamuddin?". Soal orang yang berada dihujung talian.

"Ya saya bercakap". Kata Qaireena.

Saat mendengar kata-kata orang yang berada di dalam talian itu, serta merta Qaireena jatuh terjelepuk di atas lantai dengan telefon yang masih dilekapkan di telinganya.

"Tak mungkin........". Jerit Qaireena bersama airmata yang mula mengalir deras dipipinya.

Sorry korang sebab lambat update... Happy Reading :-)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience