BB - BAB 35

Drama Completed 309185

Qaireena dan Aqilah berjalan di sepanjang Quadrangle University of Sydney ketika mereka pulang dari perpustakaan.  Kawasan itu adalah kawasan yang paling disukai oleh mereka berdua.  Jika mereka tidak mempunyai apa-apa aktiviti pada hujung minggu mereka berdua akan datang melepak di sekitar Quadrangle tersebut.

"Pejam celik, pejam celik, dah hampir tiga bulan kita study dekat sini kan, rasa macam cepat pula masa berlalu.  Dua minggu lagi dah nak masuk bulan ramadhan pula, lepas tu raya. Nampaknya tahun ni kita akan berpuasa dan beraya dekat sinilah kan?".  Kata Aqilah sambil melabuhkan punggungnya di satu sudut kawasan itu. 

Qaireena turut duduk di sebelah Aqilah, botol air mineral yang berada ditangannya dibuka dan disuakan ke mulut untuk menghilangkan dahaganya.

"Emm...Macam tulah nampaknya.  Dahlah tahun ni tahun pertama aku menyambut bulan ramadhan dan hari raya tanpa ibu dan adik aku, dekat negara orang pula tu.  Ada suami pun terpaksa berjauhan.  Kita berdua jelah bermaaf-maafan di pagi raya nanti".  Ujar Qaireena.

"Alaa...sorry Reen kalau aku buat kau sedih dan teringat dekat arwah ibu dan adik kau".  Tutur Aqilah. Bahu Qaireena di sentuh lembut, timbul rasa bersalah pada sahabatnya itu.

"Tak apa, aku okay je. Kau jangan risaulah".  Bibirnya mengukir senyuman sambil memandang Aqilah.

"Tapi, sebut pasal suami kau kan, dah lama sebenarnya aku nak tanya kau ni, sejak bila kau berkahwin? Kau jangan ambil hati pula tau kalau aku berterus terang, masa mula-mula aku jumpa kau hari tu, aku memang fikir yang suami kau tu sugar daddy kau, tau tak.  Yalah, kau kan masih muda, suami kau pula nampak matang".  Soal Aqilah.  Qaireena yang mendengar kata-kata Aqilah itu terus tertawa.

"Aku langsung tak ambil hati pun bila kau fikir macam tu Qila.  Yalah, beza usia aku dengan dia, tujuh belas tahun, sesiapa yang nampak memang akan fikir macam tu juga.  Sekurang-kurangnya walaupun kau fikir macam tu, kau tetap layan aku dengan baik dan langsung tak hina aku".  Aqilah yang duduk disebelahnya dipandang dengan senyuman.

"Kalau betul pun itu sugar daddy kau, sebagai sahabat aku hanya mampu nasihatkan kau je supaya tak teruskan hubungan terlarang tu.  Bukan hak aku untuk menghukum dan menghina kau Reen.  Yalah mana ada manusia yang tak pernah buat silap dekat dunia ni kan".  Ujar Aqilah.

"Panjang ceritanya Qila macam mana aku boleh berkahwin dengan suami aku tu.  Dah macam cerita dalam novel dan drama, aku risau je kau bosan bila dengar kisah hidup aku ni".  Tutur Qaireena dengan senyuman.  Pandangannya dibuang ke arah pokok yang dipenuhi dengan bunga yang berwarna ungu yang berada tidak jauh dari tempat mereka duduk itu.

"Tapi kalau dengar kau bercerita taklah sampai berepisod-episod macam drama akasia dalam tv tu kan".  Kata Aqilah sambil memandang Qaireena dengan senyuman. 

Qaireena kemudian menceritakan kisah hidupnya kepada Aqilah bermula dari kematian ibunya, kemudian dia diugut oleh ah long kerana suami kepada ibu saudaranya dan sehinggalah dia terpaksa berkahwin dengan Taufiq.

"Sesungguhnya Allah tu maha adilkan, DIA tarik satu persatu orang-orang yang kau sayangi, tapi dalam masa yang sama juga DIA gantikan dengan sesorang yang sangat menyayangi kau.  Aku doakan hubungan kamu suami isteri kekal bahagia sampai syurga Reen".  Tutur Aqilah setelah Qaireena selesai bercerita tentang kisah hidupnya.

"Terima kasih Qila".  Ucap Qaireena sambil memandang Aqilah bersama senyuman di bibir.

"Eh Reen, aku rasakan Iqmal tu suka dekat kaulah?  Pantang ada peluang, asyik nak berkepit dengan kita je, sampai aku naik bosan".  Ujar Aqilah.

"Kalau kau bosan, aku pula rimas.  Aku betul-betul tak selesa dengan cara dia nak berkawan.  Sebab tulah aku selalu mengelak daripada bertembung dengan dia, kalau aku ternampak dia dari jauh, selagi aku dapat mengelak aku akan mengelak".  Kata Qaireena.  Dia kemudian bangun dari duduknya, bag sandang di angkat dan disangkut di bahu.

"Qila, kau bangun dan buat macam biasa, lepas tu kita jalan cepat-cepat tau, jangan pandang sebelah kanan kau".  Tutur Qaireena lagi.

"Kenapa?".  Soal Aqilah sedikit hairan.

"Kita baru je sebut nama, dia dah muncul dan sedang menuju ke arah kita ni".  Jawab Aqilah.

"Alamak, kau rasa sempat ke kita lepaskan diri ni?".  Tanya Aqilah inginkan kepastian. Tetapi dalam masa yang sama, dia tetap bangun dari duduknya seperti yang diarahkan oleh Qaireena.

"Rasanya sempat, lepas tu kita jalanlah diantara student yang ramai dekat depan sana tu, jom".  Qaireena dan Aqilah kemudiannya terus berjalan sambil berpura-pura saling berbual dan tidak perasan akan kelibat Iqmal serta suara lelaki itu yang memanggil-manggil nama mereka berdua.

Sampai sahaja di kawasan luar kampus mereka, Qaireena dan Aqilah saling berpandangan antara satu sama lain kemudian tertawa kerana berjaya melepaskan diri daripada Iqmal.

••••••••••

Aqilah yang baru sahaja turun dari bas terus melangkah masuk ke dalam kawasan universiti mereka.  Seketika langkahnya terhenti apabila terdengar seseorang sedang memanggil namanya.  Dia menoleh ke belakang dan kelihatan Iqmal sedang berlari-lari anak menghampirinya.  Satu keluhan terlepas dari mulutnya.  Sungguh dia malas mahu melayan lelaki itu.

"Oh kau Iqmal, ada apa kau panggil aku?".  Soal Aqilah sambil memandang wajah lelaki yang kini sudah berada di depannya.

"Kau datang kuliah sorang je? Reen mana, bukan ke jadual korang berdua sama?".  Tanya Iqmal.  Dia kemudian berjalan di sebelah Aqilah untuk menuju ke sekolah perniagaan.  Ya, Iqmal juga mengambil bidang yang sama seperti Qaireena dan Aqilah. Bezanya lelaki itu kini berada di tahun akhir pengajiannya.

"Reen tak sihat, dia demam dari semalam, so aku suruh dia berehat je dekat rumah".  Jawab Aqilah.

"Demam? Dah pergi klinik ke?".  Soal lelaki itu lagi dengan nada yang agak risau.

"Belum lagi, lepas habis kuliah nanti baru aku temankan dia ke klinik".  Ujar Aqilah sambil melirik jam yang berada dipergelangan tangannya.

"Kau habis kuliah pukul berapa?". Tanya Iqmal.

"Pukul 11 pagi, kenapa?".  Berkerut kening Aqilah memandang Iqmal kerana tiba-tiba mahu mengambil tahu tentang jadualnya.

"Lama lagi tu, kalau macan tu biar aku jelah yang temankan Reen ke klinik.  Aku tak ada kuliah pagi ni, aku datang untuk hantar assignment aku je, lepas tu nak pulangkan buku-buku yang aku pinjam ni ke library".  Kata Iqmal.

"Tak apalah Iqmal, biar aku je yang temankan Reen nanti, lagipun aku tengok pagi tadi Reen macam tak larat nak bangun, biarlah pagi ni dia berehat dulu".  Tutur Aqilah cuba menolak pertolongan yang dihulurkan oleh lelaki itu. 

"Tak apa, aku boleh papah atau angkat Reen.  Sekejap lagi aku pergi pinjam kereta Edward, senang sikit nak bawa Reen ke klinik.  Kau bagi je kunci rumah kau pada aku, manatahu Reen tengah tidur ke, tak dengar bila aku tekan loceng rumah".  Ujar Iqmal selamba.  Serta merta langkah Aqilah terhenti apabila mendengar kata-kata yang baru sahaja keluar dari mulut lelaki itu.

"Apa? Kau nak aku bagi kau masuk ke dalam rumah kami? Kau dah gila ke apa ni Iqmal.  Kau tu lelaki, Reen tu perempuan takkan aku nak biarkan kau masuk ke dalam rumah tu".  Terkejut Aqilah mendengar cadangan lelaki itu. 

"Relax lah Qila bukannya aku nak buat apa-apa pun, aku just nak tolong Reen je". Tutur Iqmal.

"Tak apalah Iqmal, terima kasih je, aku masih ada untuk tolong Reen.  Peraturan tetap peraturan, takkan ada mana-mana lelaki yang boleh masuk ke dalam  rumah kami melainkan ahli keluarga kami sendiri". Ujar Aqilah kemudian meneruskan semula langkahnya untuk menuju ke dewan kuliah.  Iqmal masih lagi menuruti langkah Aqilah di sebelah wanita itu.

"Kita sekarang ni dekat Australia lah Qila, bukan dekat Malaysia, tak perlulah nak skema sangat buat peraturan macam tu".  Kata Iqmal dengan senyuman sinis.  Sekali lagi langkah Aqilah terhenti.  Pandangannya melekat ke wajah Iqmal.

"Oh, kalau kita dekat negara barat, kita kena ikut budaya merekalah? Lupakan adab dan lupakan ajaran agama kita, macam tu maksud kau?". Nada suara Aqilah mula berubah.  Dia benar-benar geram apabila mendengar kata-kata Iqmal sebentar tadi.

"Tak adalah sampai suruh lupakan ajaran agama, cuma cubalah berfikiran terbuka sikit, enjoy you life".  Tutur Iqmal lagi dengan selamba.  Aqilah senyum sinis, kepalanya digelengkan. 

"Tak apalah Iqmal, kau boleh enjoy dengan kehidupan kau, aku dan Reen memang berfikiran kolot, so kami tak sesuai nak bergaul dengan orang macam kau".  Aqilah kemudian terus berlalu dari situ.  Dia tidak mahu terus melayan Iqmal kerana bimbang nanti buku yang berada ditangannya akan dihempukkan ke kepala lelaki itu.

~~~

Baru sahaja Aqilah melangkah masuk ke dalam bilik, kedengaran telefon bimbitnya berbunyi dan tertera nama Suami Reen. Cepat-cepat Aqilah menjawab panggilan tersebut.

"Assalammualaikum Qila". Ucap Taufiq apabila mendengar suara Aqilah di hujung talian.

"Waalaikumsalam". Jawab Aqilah.

"Maaf kalau saya ganggu awak malam-malam ni, saya cuma nak tanya Reen ada dengan awak ke? Seharian saya cuba call tapi tak dapat, hantar mesej pun tak ada balasan". Soal Taufiq pada Aqilah.

"Reen ada, dia kurang sihat hari ni, mungkin sebab tulah dia langsung tak tengok telefon. Tuan nak bercakap dengan dia ke?". Tanya Aqilah.

"Tak sihat?". Suara Taufiq kedengaran sikit terkejut.

"Ya, Reen demam dan sakit kepala dari semalam". Ujar Aqilah.

"Boleh tak, awak masuk ke bilik dia dan minta dia jawab panggilan video saya? Saya rasa dia sengaja tak nak jawab panggilan saya sebab dia tak nak saya risau dekat sini". Kata Taufiq.

"Baiklah". Selepas sahaja menamatkan panggilan, Aqilah terus menuju ke bilik Qaireena.

"Reen, suami kau call aku tadi, dia minta kau jawab panggilan video dia". Beritahu Aqilah pada sahabatnya itu.

Belum sempat Qaireena berkata apa-apa kepada Aqilah, telefon bimbitnya sudah pun berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Mahu tidak mahu terpaksalah dia menjawab panggilan video daripada Taufiq itu.

"Reen, Qila kata Reen demam, dah pergi klinik ke?". Soal Taufiq sebaik sahaja wajah Qaireena terpampang di skrin telefon. Qaireena melirik ke arah Aqilah, tahulah dia bahawa sahabatnya itu telah memberitahu kepada Taufiq bahawa dirinya tidak sihat. Aqilah tersenyum kemudian terus keluar dari bilik Qaireena.

"Dah, Qila yang temankan Reen pergi klinik siang tadi. Sorry sebab tak jawab panggilan Abang, Reen tidur dan berehat je seharian ni". Jawab Qaireena dengan senyuman.

"Reen dah makan?". Tanya Taufiq lagi. Wajah lelaki itu kelihatan risau dan sedih.

"Baru je habis makan tadi, Qila masakkan bubur ayam untuk Reen". Qaireena senyum memandang Taufiq di skrin telefonnya.

"Lain kali kalau tak sihat, tolong bagitahu Abang boleh? Abang risau bila seharian tak dengar khabar dari Reen. Mesej tak balas, call pun tak angkat. Macam-macam dah yang bermain difikiran Abang ni tau tak". Ujar Taufiq lembut. Sungguh dia benar-benar risau apabila isterinya itu langsung tidak menjawab panggilan dan mesej daripadanya.

"Sorry....Reen sebenarnya tak nak Abang risau kalau tahu Reen tak sakit. Tapi mesej Abang tu Reen bukan sengaja tak nak balas, Reen betul-betul sakit kepala dan Reen langsung tak ada buka pun mesej-mesej yang Reen terima. Reen tidur je sampailah Qila balik dari kuliah dan bawa Reen ke klinik". Jelas Qaireena pada Taufiq.

"Next time jangan buat macam tu lagi ya, just call Abang dan bagitahu yang Reen tak sihat. Tak adalah Abang risau sampai fikir yang bukan-bukan". Pesan Taufiq. Wajah Qaireena yang sedikit pucat itu dipandangnya. Andai sahaja Sydney itu dekat, sudah pasti kini dia berada di sebelah wanita itu untuk menjaganya.

"Reen janji lepas ni Reen tak buat lagi". Tutur Qaireena dengan senyuman.

"Jangan janji je, pastikan ditepati. Kalau buat lagi, Abang yang akan hilangkan diri pula". Kata Taufiq. Wajahnya dibuat-buat serius.

"Haa..dah tak sayang Reen lah tu". Qaireena sudah memuncung. Taufiq terus tertawa melihat wajah wanita itu. Dalam keadaan sakit pun masih sempat lagi merajuk.

"Dah, sekarang Reen pergi berehat, Abang tak nak ganggu. Esok Abang call lagi untuk pastikan sama ada isteri Abang ni dah sihat ke belum". Ujar Taufiq dengan senyuman.

"Iyalah. Goodnight, love you, Assalammualaikum". Ucap Qaireena.

"Waalaikumsalam, Goodnight sayang, love you too". Jawab Taufiq, kemudian menamatkan panggilannya.

Happy Reading korang:-)

Share this novel

Roz Zana
2021-03-29 08:46:18 

update laju2 pls...

Hawani Hashim66
2021-03-27 18:01:43 

besar ujian rumah tangga mereka huh cinta jarak jauh


NovelPlus Premium

The best ads free experience