BB - BAB 46

Drama Completed 309212

PEMANDANGAN dari restoran yang berada di tingkat 36 itu cukup indah.   Selain dapat melihat Harbour Bridge dan Sydney Opera House, Taufiq dan Qaireena juga dapat melihat pemandangan laut yang dihiasi dengan cahaya matahari terbenam.  Taufiq menoleh ke sisinya, wajah Qaireena yang dihiasi dengan senyuman itu cukup membuatkan dia berasa bahagia. 

Usai menikmati makan malam, Taufiq bangun dari kerusinya dan meminta diri untuk ke washroom.  Tidak lama kemudian muzik yang mengalunkan lagu 'Happy Birthday' bergema di dalam restoran itu, Qaireena yang sedang leka memandang skrin telefon bimbitnya terus mengangkat wajahnya untuk melihat ke sekeliling, kerana pasti bahawa ada pelanggan restoran tersebut yang sedang meraikan majlis hari jadi di situ.

Namun, saat wajahnya diangkat, dia terpandang Taufiq yang sedang berjalan menuju ke arahnya bersama senyuman manakala di tangan lelaki itu terdapat sejambak bunga mawar yang berwarna pink.  Seorang pelayan lelaki pula berada di sebelah Taufiq sambil memegang sebiji kek yang dihiasi dengan bunga api kecil yang sedang menyala sebagai ganti kepada lilin.  Qaireena senyum memandang Taufiq walaupun dalam masa yang sama dia segan apabila menjadi perhatian di dalam restoran tersebut.

“Happy Birthday sayang.” ucap Taufiq dengan senyuman.  Bunga yang berada di tangannya diserahkan kepada Qaireena, manakala kek yang dibawa oleh pelayan itu tadi di letakkan di atas meja. Taufiq kemudian menghulurkan pisau kek kepada wanita itu.

“Semoga segala impian Reen tercapai dan Abang doakan semoga Reen sentiasa berada dalam lindungan yang masa Esa.” tambah Taufiq lagi.

“Terima kasih Abang.” balas Qaireena dengan senyuman. Taufiq yang masih lagi berdiri di sisi wanita itu kemudian mengeluarkan sebuah kotak baldu berwarna hitam dari dalam kocek seluarnya dan diberikan kepada Qaireena.

“This is for you sayang.”kata Taufiq.  Qaireena mengambil kotak kecil berwarna hitam yang diberikan oleh Taufiq itu dan perlahan dia membukanya.

“Cantik.” puji Qaireena bersama senyuman yang tidak lekang dibibir.  Taufiq turut senyum dan rantai yang dihiasi dengan sebiji diamond kecil yang dijadikan loket itu diambilnya kemudian dipakaikan dileher Qaireena.

“Terima kasih untuk semua ni, Reen tak tahu nak kata apa lagi, tapi yang pasti Reen happy sangat malam ni.  Bukan disebabkan hadiah atau kejutan ni semata-mata, tetapi sebab Abang berada di sisi Reen.” ujar Qaireena sambil menggenggam erat tangan lelaki itu.  Taufiq senyum kemudian terus mengucup tangan wanita itu yang sedang menggengam erat tangannya.

“Selagi Abang masih bernafas di muka bumi ini, In shaa Allah Abang akan sentiasa gembirakan dan bahagiakan Reen.” tutur Taufiq lagi bersama senyuman sambil mengelus lembut tangan Qaireena.

•••••••••

“Bila CCTV ni akan mula berfungsi Tuan?” soal Aqilah ketika mereka bertiga menikmati sarapan pagi dihujung minggu itu.

“Dari hari pertama kontraktor tu pasang lagi CCTV ni dah berfungsi dan saya dah upah orang untuk pantau CCTV ni. Kalau tak, hati saya tak tenang nak balik ke Malaysia macam tu je. ” jawab Taufiq sambil menyuap roti ke dalam mulutnya.

“Hah! Dah ada orang yang pantau CCTV ni?” soal Qaireena sedikit terkejut. 

“Iya, Abang dah upah orang untuk pantau CCTV ni. So Reen dan Qila bila turun ke bawah ni jangan pula pakai seksi-seksi terutamanya bila nak lepak dekat ruang tamu.  Sebab satu CCTV tu menghala ke arah pintu utama dan adalah nampak sedikit bahagian ruang tamu terutamanya dibahagian sofa panjang tu.  Satu CCTV pula fokus ke arah tangga naik ke tingkat atas je, macam yang saya bagitahu tempoh hari.” jelas Taufiq.

“Hah!” Qaireena bersuara.

“Kenapa sayang.” soal Taufiq sambil memandang Qaireena dengan dahi yang berkerut.  Qaireena kemudian merapatkan bibirnya ke telinga Taufiq dan membisikkan apa yang sedang berada di fikirkannya.

“Maksudnya, masa Reen merajuk dekat sofa tu dan Abang angkat Reen naik ke tingkat atas, orang yang pantau CCTV tu nampaklah?” bisik Qaireena ke telinga lelaki itu.  Taufiq menahan tawanya apabila mendengar kata-kata Qaireena.

“Mungkin, tulah degil sangat, tak nak dengar cakap Abang.”  ujar Taufiq dengan senyuman.  Qaireena pula sudah mencebik manakala Aqilah hanya tersenyum melihat sahabatnya itu.

~~~

Petang itu, Qaireena dan Aqilah menghantar Taufiq ke lapangan terbang.  Luth Zareef juga tidak ketinggalan untuk memerhatikan Qaireena dan Aqilah dari jauh.

“Reen, jaga diri ya, jangan cuai lagi.  Pastikan pintu dan tingkap semua dah ditutup dan dikunci baru masuk tidur okay.” pesan Taufiq.  Qaireena senyum dan menganggukkan kepalanya.

“Kalau ada apa-apa berlaku terus bagitahu Abang, tolong jangan cuba nak rahsiakan apa-apa daripada Abang lagi, faham tak ni?” tutur Taufiq lembut.

“Iya, Reen faham, Abang janganlah risau sangat okay.  In shaa Allah Reen akan jaga diri baik-baik.” ujar Qaireena.

“Sampaikan salam Reen pada Mak Leha dan Pak Abu ya, bagitahu mereka jangan risau sangat pasal Reen dekat sini.” tambahnya lagi.

“Baiklah sayang, Abang pergi dulu.” Dahi Qaireena dikucup lembut kemudian dia melangkah masuk ke balai berlepas sambil melambaikan tangan kepada wanita itu.

Qaireena dan Aqilah keluar dari bangunan besar itu dan terus menaiki teksi untuk pulang ke rumah.

“Oh, jadi lelaki tu tak tinggal dekat sini? Patutlah malam tu dia tak ada dekat rumah.” kata Iqmal sambil mengangguk-anggukkan kepalanya.

“Semua tu takkan berakhir di sini je Reen, alang-alang aku dah dibuang dari pengajian, aku kan pastikan kau dan juga suami kau akan terima padahnya.” bicara Iqmal sendirian.

~~~

Lebih kurang pukul 12 malam, Iqmal datang ke kawasan perumahan Qaireena dan Aqilah. Setelah memastikan kawasan sekeliling dan juga rumah jiran-jiran Qaireena kelihatan sunyi, Iqmal menghampiri rumah wanita itu. Senyuman sinis terukir di bibirnya.

Kali ni aku akan pastikan rancangan aku berjaya dan takkan ada sesiapa yang merosakkannya. Bisik Iqmal di dalam hati.

Beg sandang tempat dia menyimpan peralatan bagi membuka pintu rumah tersebut diletakkan di tepinya. Namun baru sahaja dia duduk mencangkung dan mahu mengeluarkan peralatan untuk membuka pintu itu, Iqmal terpandang akan CCTV yang berada tepat di atas pintu rumah itu. Pergerakannya terhenti.

Shit!! Sejak bila pula rumah ni ada CCTV. Kata Iqmal sendirian dengan suara kasar yang cuba dikawal. Lantas cepat-cepat dia berdiri dan menyangkut semula beg sandangnya ke bahu sebelum dia berlari meninggalkan kawasan perumahan itu secepat mungkin.

Luth Zareef memerhatikan sahaja Iqmal berlalu dari situ. Sungguh tindakan Taufiq untuk memasang CCTV di rumah itu adalah keputusan yang tepat, jika tidak, pasti sekali lagi Iqmal akan berjaya masuk ke dalam rumah tersebut. Tetapi dia juga yakin yang Iqmal tidak akan berhenti di situ sahaja, pasti lelaki itu akan cuba mencari jalan lain untuk membalas dendam pada Qaireena.

••••••••••

Aqilah duduk di meja makan sambil menyapu jem pada roti manakala Qaireena pula baru sahaja menapak turun dari tingkat atas.

“Reen, hari ni aku tak dapat balik dengan kau sekali tau, aku kena pergi library dan siapkan tugasan aku yang tertangguh, pukul 3 petang ni aku kena serahkan pada Sir Steve terus.” kata Aqilah ketika Qaireena melabuhkan punggung dihadapannya.

“Iyalah, aku pun tak balik rumah terus ni, aku nak pergi beli catridge printer aku, dah habis. Lusa kena hantar satu assignment pula, so nak tak nak aku kena pergi beli hari ni juga memandangkan hari ni je kita tak ada kuliah sebelah petang.” tutur Qaireena.

“Okay, tapi hati-hati tau, jangan balik lewat sangat pula.” pesan Aqilah.

“Aku pergi balik naik teksi je nanti, kau jangan risaulah.” balas Qaireena.

Selesai bersarapan, mereka berdua bersiap-siap untuk ke kuliah. Aqilah menuju ke pintu utama dan membuka pintu tersebut. Dia kemudian menoleh semula ke dalam rumah dan memandang ke arah tingkat atas.

“Reen jangan lupa bawa kunci rumah, nanti tak pasal-pasal kau jadi security depan rumah ni tunggu aku balik.” jerit Aqilah kepada Qaireena yang masih berada di tingkat atas.

“Iya, aku ingat.” kata Qaireena sambil berlari menuruni tangga. Dia kemudian keluar dan menutup pintu rumah. Ketika dia mahu mengunci pintu tersebut dia terpandang CCTV yang berada di atas pintu itu. Sempat Qaireena menunjukkan dua jarinya sebagai isyarat peace sambil mata dikenyitkan kemudian dia melambaikan tangannya kepada CCTV tersebut sebelum berlalu dari situ.

“Dah gila ke apa kawan aku sorang ni.” tutur Aqilah dan memandang Qaireena dengan tawa kecil.

“Tak, aku kesian dengan penjaga CCTV tu, dah tiga minggu dia jaga kita tapi tak pernah kita beramah mesra dengan dia.” ujar Qaireena dengan senyuman.

“Ya tak ya juga kan.” kata Aqilah pula. Kemudian dia terus memberi isyarat flying kiss dan melambaikan tangannya.

“Amboi kau, flying kiss pula, kalau laki aku yang tengah tengok CCTV tu macam mana?” bebel Qaireena.

“Alah bukan aku tujukan pada laki kau pun, aku tujukan pada penjaga kita tu. Manalah tahu orang yang laki kau upah tu handsome, boleh aku tackle nanti.” ujar Aqilah dengan tawa.

“Bukan kau kata nak single forever ke hari tu?” Dia menoleh ke arah Aqilah sambil jalan beriringan.

“Memang nak single forever, tapi kalau ada yang handsome depan mata, aku terima jelah.” tutur Aqilah bersama tawanya.

Serentak itu telefon bimbit Qaireena berbunyi menandakan ada mesej yang diterima.

Taufiq:
Tak payah nak kenyit mata sangat dekat CCTV tu....

Pecah ketawa Qaireena apabila membaca pesanan ringkas yang dihantar oleh Taufiq. Dia kemudian membalas mesej tersebut.

Qaireena:
Saja nak beramah mesra dengan pengawal kami :-)

“Kenapa?” soal Aqilah sambil memandang Qaireena.

“Laki aku kata, tak payah nak kenyit mata sangat dekat CCTV tu.” jawab Qaireena bersama sisa tawanya.

“Alamak dia nampak ke?menyesal pula buat flying kiss tadi.” kata Aqilah.

“Confirm dia nampak, sebab tulah siap hantar mesej lagi dekat aku.” jawab Qaireena.

“Alaa malunya aku.” tutur Aqilah. Qaireena ketawa kecil.

“Relax lah, laki aku tahu kita bergurau je. Dah jom jalan cepat, nanti lambat pula sampai kampus.” ujar Qaireena.

Luth Zareef tersenyum melihat telatah dua sahabat itu melalui CCTV sebelum dia juga turut keluar dari rumah untuk mengawal kedua wanita itu dari jauh.

~~~

Tengah hari itu, tamat sahaja kuliah, Qaireena terus menaiki teksi dan menuju ke kedai peralatan komputer. Setelah membeli beberapa barang yang diperlukan, Qaireena masuk ke restoran makanan segera untuk mengisi perutnya sebelum pulang ke rumah.

Luth Zareef yang sedari tadi mengekori Qaireena, sedikit pelik apabila seorang lelaki yang berjaket hitam dan memakai topi serta berkacamata hitam turut mengekori ke mana sahaja Qaireena pergi.

Lama dia memerhatikan lelaki itu, barulah dia kenal siapa sebenarnya identiti lelaki itu. Mata Luth Zareef langsung tidak lepas dari memandangnya kerana bimbang jika lelaki itu bertindak dengan pantas.

Tidak lama kemudian Qaireena bangun dan keluar dari restoran tersebut. Begitu juga dengan Iqmal yang turut mengekori langkah Qaireena keluar dari restoran itu. Sampai di hujung bangunan restoran, Qaireena menahan sebuah teksi, dan ketika itu jugalah Iqmal berdiri di sebelahnya sambil mengacukan pisau di badannya. Qaireena terkejut dan terus menoleh ke sebelahnya.

“Kalau kau nak selamat, tutup mulut kau, berlagak seperti biasa dan kita akan sama-sama naik teksi tu seperti pasangan kekasih.”

Happy Reading korang :-) Sorry lama tak update, Jue sibuk sangat dengan audit dekat ofis, bila terlalu penat, idea pun tak keluar langsung. in shaa Allah Jue akan cepat2 habiskan BB ni dalam awal bulan 5 ya. Thank you masih setia menanti update, saaaayanggg korang :*

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience