BB - BAB 51

Drama Completed 308939

“Siapa?” laju Taufiq menoleh ke arah Qaireena. 

“Betul nak tahu ni?” soal Qaireena lagi sambil menahan senyumannya. 

“Bagitahu jelah kalau nak bagitahu, tak payah nak buat Abang tambah geram lagi.” kata Taufiq sambil matanya menjeling Qaireena. 

Pecah ketawa Qaireena melihat jelingan Taufiq.  Dia kemudian bangun dan mengambil sesuatu dari dalam beg tangannya.  Kad kecil yang berada di tangan diberikan kepada Taufiq bersama senyuman di bibir.

Berkerut dahi Taufiq ketika membaca kad kecil yang diserahkan oleh isterinya itu.

“Zil yang bagi gubahan coklat tu?” pandangan matanya dialihkan kepada Qaireena setelah dia selesai membaca kad tersebut.

“Ya...Orang yang Abang cemburu sangat sejak dari semalam tu Zil lah.” kata Qaireena bersama tawa kecil.

“Abang tak payahlah susah hati sangat, bukan salah Zil pun.  Dia kan tak kenal Reen, lagipun siang tadi masa Abang ke washroom, Zil dah minta maaf dengan Reen.  Dia betul-betul tak sangka yang Reen ni isteri Abang merangkap ibu tiri dia.  Zil suruh Reen buang je coklat tu sebab tak nak Abang dengan Reen bergaduh pasal benda tu.” tutur Qaireena.  Satu keluhan meniti di bibir Taufiq.

“Silap Abang juga yang tak pernah tunjuk gambar Reen pada Zil.  Abang harap Zil dah tak simpan perasaan lagi lah pada Reen selepas pertemuan kita siang tadi.” kata Taufiq.

Suasana sepi seketika.

“Oh, patutlah Reen suka sangat ada peminat misteri kan? Rupanya bapa dan anak sekali yang jadi peminat Reen.” tambah Taufiq lagi bersama jelingan.  Qaireena yang mendengar terus tertawa. Dia kemudian duduk di atas riba Taufiq, tangannya pula bermain di dada bidang Taufiq yang ditutupi oleh t-shirt putih nipis lelaki itu.

“Mestilah suka, sebab dua-dua kacak.” kata Qaireena sambil menyembunyikan senyumannya.

“Abang takkan benarkan Reen jatuh hati pada Zil atau pada sesiapa pun.” ujar Taufiq sambil matanya tepat memandang wajah Qaireena.

“Jangan cari pasal dengan Abang.” tambah Taufiq lagi.

“Reen tak habis cakap lagilah...” tutur Qaireena bersama senyuman meleret.

“Mestilah Reen suka, sebab anak dan bapa, dua-dua pun kacak.  Tapi, yang pasti hati Reen hanya tertawan pada bapa dia ni je walaupun tua.”  ujar Qaireena seakan berbisik. Taufiq terus tersenyum apabila mendengar kata-kata Qaireena.

Ah Qaireena semakin nakal, semakin pandai membuat dirinya tidak keruan.

Tangannya kemudian melingkari pinggang Qaireena yang sedang duduk di atas ribanya.

“Good. Sebab walaupun dah tua, tapi Abang mampu buat Reen ketagih dengan setiap sentuhan Abang sampai Reen tak rasa nak pandang atau fikir pasal lelaki lain lagi.  Buktinya, Reen sendiri yang kata nak makan Abang malam ni kan?” bisik Taufiq. Sebelah tangannya pula sudah mula menurunkan sebelah tali baju tidur Qaireena dari bahu wanita itu.  Qaireena terus tertawa apabila mendengar kata-kata Taufiq.

“Tua tapi hot, buat Reen rasa tak nak lepaskan.” tutur Qaireena kemudian terus melekapkan bibirnya ke bibir Taufiq.

~~~

Fazil duduk di tepi kolam ikan yang terdapat di sudut halaman rumah mereka.  Dia tersenyum sendiri saat mengingati nota yang ditulisnya pada kad kecil dan diberikan kepada Qaireena bersama gubahan coklat dan bunga segar semalam.

Itu adalah cubaan pertamanya untuk memikat wanita.  Tidak pernah dia meminati wanita dan bertindak seberani itu.  Tapi malangnya, cubaan kali pertama itu gagal.  Gagal bukan kerana cintanya ditolak, tetapi gagal kerana wanita yang diminatinya itu adalah isteri bapanya sendiri. 

Malu, memang dia sangat malu bila berhadapan dengan Qaireena, tetapi apakan daya semuanya telah berlaku.  Terlajak perahu boleh diundur, terlajak tackle ibu tiri tahan malulah jawabnya.

Sungguh dia tidak menyangka wanita yang diminatinya itu, akan dipanggilnya dengan gelaran Mama.  Mujurlah segalanya baru sahaja bermula, jika hatinya telah terpaut separuh mati pasti tidak mudah untuk dia menerima kenyataan dan berhadapan dengan ibu tirinya itu. 

“Zil, buat apa dekat luar ni?” soal Puan Fazila yang menghampiri Fazil dan melabuhkan punggung di sebelah anak lelakinya itu.

“Eh Mama, Zil saja duduk lepak ambil angin dekat luar ni.” jawab Fazil dengan senyuman.

“Dari tadi Mama perhati, Zil asyik senyum sorang-sorang je, tengah dilamun cinta ke anak bujang Mama ni?” wajah Fazil dipandang dengan senyuman.

“Tak adalah Ma, belum sempat dilamun cinta lagi Zil dah kalah.” kata Fazil bersama senyuman di bibir.  Berkerut dahi Puan Fazila mendengar jawapan anaknya itu.

“Maksud Zil?” soal Puan Fazila.

“Dua hari lalu, ada dua orang staff perempuan baru dekat syarikat Papa, Ma.  Zil suka dengan salah sorang staff tu, so Zil pun mulakanlah langkah pertama, nak berkenalan dengan dia.  Zil siap hantar gubahan coklat bersama bunga segar lagi pada staff perempuan tu.” cerita Fazil.

“Then dia tolak pemberian Zil tu? Sebab tulah Zil kata belum dilamun cinta lagi Zil dah kalah?” teka Puan Fazila.

“Tak, dia tak tolak pun Ma, dia tetap terima.” jawab Fazil bersama senyuman di bibir.

“Habis tu, kenapa pula Zil kata Zil kalah?” tanya Puan Fazila sedikit hairan.

“Perempuan yang Zil suka tu rupanya wife Papa, Ma.  Sebab tulah Zil kata, belum dilamun cinta lagi Zil dah kalah.” ujar Fazil dengan tawa kecil. Membulat mata Puan Fazila apabila mendengar jawapan anaknya itu.

“Zil tak pernah tengok muka wife Papa Zil ke sebelum ni?” soal Puan Fazila.

“Tak pernah Ma.  Papa cuma bagitahu Zil yang Papa dah kahwin tapi Papa tak pernah pun tunjuk gambar wife dia pada Zil.  Memang Zil langsung tak kenal dengan Mama Reen.” kata Fazil.

“Apa Zil panggil perempuan tu? Mama Reen?” wajah Fazil dipandangnya.

“Iyalah, dah nama pun wife Papa kan, Zil kenalah hormat pada dia walaupun beza usia kami hanya setahun.  Tak sopanlah kalau Zil panggil dia dengan nama je.” jawab Fazil lembut.

“Ah...tak payah nak hormat sangatlah perempuan tu, dia kahwin dengan Papa Zil pun sebab harta je.  Mana ada perempuan yang muda macam tu nak kahwin dengan lelaki yang jauh lebih tua daripada dia kalau tak ada sebab langsung.” ujar Puan Fazila dengan riak wajah menyampah.

“Mama pun peliklah, entah apa yang menarik sangat pada perempuan tu sampai Zil dan Papa Zil boleh terpikat dekat dia.” tambah Puan Fazila lagi.

“Bunyi macam jealous je tu.” kata Fazil dengan senyuman meleret.

“Tak ada maknanya Mama nak jealous.” tutur Puan Fazila bersama jelingan.

“Zil tak nak komen banyak tentang wife Papa, apa yang Zil nampak, Mama Reen memang betul-betul ikhlas sayangkan Papa.  Bagi Zil pula, asalkan Papa bahagia, Zil tumpang gembira.  Lagipun dah lama Papa hidup sendiri, apa salahnya Papa mencari kebahagiaan dia.” ujar Fazil.

Selama ini dia hanya menjadi pemerhati sahaja, sewaktu Papanya masih sendiri dia tidak pernah melihat lelaki itu keluar dengan mana-mana perempuan.  Masa Papanya itu hanya tertumpu kepada syarikat dan juga memberi perhatian kepada dirinya sewaktu dia masih disekolah menengah lagi. Berbeza dengan Mamanya yang sering kali keluar dengan lelaki bersilih ganti tanpa ada matlamat dalam hubungan tersebut.  Mamanya juga kurang memberi perhatian terhadap diri dan juga pelajarannya.  Kini tiba masa untuk Papanya mengecapi kebahagiaan bersama orang yang dicintai pula.

“Ikhlas Zil kata? Kalau betul perempuan tu ikhlas, dia takkan terima coklat dan bunga pemberian Zil tu, dia sepatutnya pulangkan semula pada Zil.  Ataupun dia memang berniat nak pikat Zil sekali, maklumlah kalau Papa Zil meninggal dunia, dia bolehlah bergantung pada Zil pula.” kata Puan Fazila.

“Ish...Mama ni, tak baik buruk sangka macam tu pada orang Ma.” tegur Fazil.

“Amboi, Zil pun bela perempuan tu juga nampaknya.”

“Bukan bela Ma, Zil cuma tak nak buruk sangka selagi Zil tak kenal betul dengan seseorang tu.  Siapa kita untuk menilai orang yang kita tak kenal dengan rapat Ma.” Puan Fazila menjeling Fazil.  Geram apabila mendengar jawapan anaknya itu yang seakan-akan cuba menyebelahi isteri bekas suaminya.

“Oh ya, Mama tak keluar ke malam ni?” tanya Fazil, cuba menamatkan perbualan tentang Papanya dan Mama Reen.

Jarang dia melihat Puan Fazila berada dirumah pada waktu begitu.   Wanita itu lebih suka keluar bersama rakan-rakannya sehingga lewat malam.  Adakalanya seharian mereka langsung tidak berjumpa.  Sewaktu dia bertolak ke pejabat awal pagi, Puan Fazila masih lagi lena diulit mimpi dan pada waktu malam pula wanita itu akan pulang ke rumah di kala dia sudah melelapka mata.

“Zil sindir Mama ke tu?” kata Puan Fazila.

“Ish...tak adalah.  Selalu kan waktu macam ni mama akan keluar dengan kawan-kawan mama, sebab tulah Zil tanya.” tutur Fazil sambil mengukir senyuman kepada Puan Fazila.

“Malam ni Mama tak keluar, saja nak luangkan masa dengan Zil, dah jarang dapat jumpa anak bujang Mama ni walaupun tinggal serumah.” ujar Puan Fazila.

“Mama tu yang sibuk sangat sampai jarang dapat jumpa Zil.”

“Mama sibuk uruskan butik, maklumlah butik Mama tu baru je nak stabil semula.” jelas Puan Fazila.

“Baguslah kalau macam tu, lega hati Zil dengar butik Mama dah stabil.  Nanti bolehlah Mama bawa masuk bermacam design baju lagi ke dalam butik tu.  Bila banyak pilihan orang pun suka.” tutur Fazil.

“Memang itulah yang Mama tengah buat sekarang ni, lagipun Mama kena kerja keras, sebab Papa Zil nak Mama bayar duit yang Mama dah pinjam daripada dia.” kata Puan Fazila.

“Biasalah Ma, dalam perniagaan memang macam tu, dah nama pun pinjam memang kena bayar semula.  Tak kiralah family sekali pun, kena bayar juga kalau duit yang dipinjam tu untuk tujuan perniagaan.” jawab Fazil dengan senyuman.

“Kalau pasal Papa Zil, semua pun Zil kata betul, kalau Mama semuanya tak kena.” tertawa Fazil mendengar kata-kata Mamanya itu.

“Okaylah Ma, Zil naik atas dulu dah ngantuk ni, esok ada meeting, kena bertolak awal sikit ke pejabat.”

“Hmm...Iyalah.” Fazil kemudian bangun dari kerusi dan meninggalkan Puan Fazila di situ.

•••••••••

Fazil mengetuk pintu bilik pejabat Papanya.  Setelah mendengar suara lelaki itu menyuruhnya masuk, barulah Fazil melangkah masuk ke dalam.

“Morning Pa.” ucap Fazil dengan senyuman.

“Morning Zil.” Taufiq memandang ke arah Fazil yang sedang berjalan menghampiri meja kerjanya.

“Ada apa Papa nak jumpa Zil awal pagi ni?” soal Fazil sambil melabuhkan punggungnya di kerusi bertentangan Taufiq.  Taufiq senyum memandang Fazil.  Sungguh dia rasa bersalah pada anaknya itu.

“Papa dah tahu pasal gubahan coklat dan bunga yang Zil beri pada Mama Reen tu.” tutur Taufiq memula bicara.

“Zil minta maaf Pa, Zil betul-betul...”

“No, Papa tak salahkan Zil pun.” pintas Taufiq lembut.

“Papa yang patut minta maaf pada Zil sebab tak kenalkan Mama Reen pada Zil selepas kami berkahwin dulu.  Kalau Papa kenalkan Mama Reen awal-awal dulu tak adalah perkara tu berlaku.  Papa rasa bersalah sangat sebab tanpa sedar Papa dah buat Zil kecewa.” sambung Taufiq lagi.  Fazil senyum mendengar kata-kata Papanya.

“Tak apa Pa, Zil okay je.  Lagipun itu baru langkah pertama Zil untuk berkenalan, Zil belum sampai ke tahap cinta mati pun.  Tak adalah sampai nak kecewa menonggeng. Cuma, Zil rasa malu sangat pada Mama Reen bila teringat kad yang Zil selit dekat gubahan tu.” tutur Fazil sambil tertawa kecil.

“Emm...Papa pun ada baca kad tu semalam, boleh tahan juga anak bujang Papa ni.” tawa mereka berdua kemudian bersatu.

“So, betul ke Zil okay ni?” soal Taufiq setelah tawa mereka reda.

“Kenapa? Kalau Zil kata tak okay Papa nak mengalah dengan Zil ke?” tanya Fazil dengan kening yang terangkat sebelah sambil memandang Taufiq.  Senyuman pula terukir di bibir.

“In your dreams.” kata Taufiq dengan wajah serius.  Pandangannya tepat ke wajah Fazil. Meledak tawa Fazil apabila mendengar jawapan Papanya itu.

“Zil gurau je.  Papa jangan risaulah, Zil okay, Zil tak ada simpan perasaan pun pada Mama Reen.  Zil hormat dia sebagai wife Papa merangkap ibu tiri Zil.” ujar Fazil.

“Zil happy bila tengok Papa bahagia disamping Mama Reen.  Dan Zil yakin, kalau pun Zil suka pada Mama Reen, belum tentu lagi Mama Reen akan suka dan terima Zil, sebab Zil dapat tengok keikhlasan cinta Mama Reen pada Papa. Lagipun Zil masih waras lagi Pa, masih tahu hukum agama mana yang halal dan mana yang haram, Zil tahu di mana batas Zil sebagai anak tiri kepada Mama Reen. ” tambah Fazil lagi bersama senyuman.  Taufiq turut senyum mendengar kata-kata Fazil.

“Wah...tak sangka anak Papa ni dah matang.” puji Taufiq.

“Dan Zil tak sangka kuat cemburu juga Papa Zil ni.” tutur Fazil dengan tawa.

“Cemburu tu kan tandanya sayang.” kata Taufiq dengan senyuman.

Happy Reading korang :-) Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. Maaf sebab selalu buat korang tertunggu2 update next chapter, sampai ada yang dah naik bosan nak follow BB ni, hehe sorry tau...

Share this novel

Rabiatul Biey
2021-05-16 18:59:42 

selamat hari rye jue..


NovelPlus Premium

The best ads free experience