BB - BAB 22

Drama Completed 308939

QAIREENA mencapai telefon bimbitnya yang berbunyi dan alarm yang menunjukkan pukul 5.30 pagi itu dimatikannya.  Taufiq yang berada di sebelahnya turut tersedar.

"Reen, waktu subuh dekat sini lama lagi.  Saya dah set alarm, awak tidurlah dulu".  Kata Taufiq sambil berpusing menghadap Qaireena.

Qaireena yang tadinya sudah menolak selimut untuk bangun, baring semula dan menarik selimut ke sehingga ke bahunya.  Baru tersedar yang dia kini bukannya berada di Malaysia dan sudah pasti waktu solat di situ juga adalah berbeza.

Kesejukan penghawa dingin di dalam bilik itu benar-benar meresap ke dalam tubuhnya.  Qaireena merapatkan badannya dengan badan Taufiq dan memeluk lelaki itu.  Taufiq membuka matanya dan memandang Qaireena yang sudah pun menyambung tidurnya semula.  Bibir Taufiq menguntum senyum.

"Sejuk ke?".  Soalnya.  Qaireena menganggukkan kepala dengan mata yang terpejam. Taufiq senyum sambil tangannya membetulkan selimut di badan Qaireena.  Dia kemudian menggosok lembut lengan Qaireena sebelum matanya kembali terpejam.

~~~

"Dah siap?". Soal Taufiq. Dia memandang Qaireena yang sedang memasukkan telefon bimbit ke dalam beg tangannya.

"Dah". Jawab Qaireena dengan senyuman.

"Jom, kita breakfast dulu lepas tu kita sambung jalan-jalan". Ajak Taufiq. 

"Okay".  Sambil menyangkut beg tangannya ke bahu.  Kasut sneakers disarungkan ke kaki, manakala tangan pula sibuk membuka penutup lipbalm yang berada di tangannya. Sambil dia berjalan, tangannya pula mengoles lipbalm ke bibir.  Taufiq tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya melihat kelakuan Qaireena itu.

"Hari ni kita nak ke mana?". Tanya Qaireena  ketika mereka sudah berada di dalam lift.

"Universal Studio". Jawab Taufiq.

"Serious?". Soal Qaireena sambil memandang Taufiq.

"Kalau dah datang ke Singapore, tempat tu dah jadi tempat yang wajib dikunjungi oleh setiap pelancong.  Rugilah kalau tak pergi ke sana.  So sepanjang hari ni kita hanya akan melawat Universal Studio je".  Jawab Taufiq sambil mengukir senyuman.

"Tempat tulah yang dah lama Reen dan arwah Sara teringin nak pergi, sebab boleh jumpa watak filem dan kartun yang kami suka.  Arwah ibu janji nak bawa kami pergi bila Sara dah sembuh, tapi sekarang semuanya hanya tinggal impian je, kedua-dua mereka dah tinggalkan Reen".  Kata Qaireena.  Senyuman kelat terukir dibibir.  Rindu terhadap dua insan itu mula menerpa.

"Anggaplah hari ni, awak pergi ke sana untuk mencapai impian Sara sekali.  Dah, tak naklah sedih-sedih, kita datang sini nak jalan-jalan dan bergembirakan".  Ujar Taufiq sambil tangannya naik menyentuh dagu wanita itu.  Qaireena mengukir senyuman dan menganggukkan kepalanya perlahan.

Selesai bersarapan pagi, mereka terus ke Harbourfront untuk menaiki kereta cable menuju ke Sentosa.  Senyuman langsung tidak lekang dari bibir Qaireena.  Tangannya pula sibuk menangkap gambar dan mengambil video di sepanjang perjalanan berada di dalam kereta cable itu. 

"Awak tak gayat ke?".  Soal Taufiq pada Qaireena.

"Tak. Kenapa, Abang gayat ke?".  Tanya Qaireena pula.  Taufiq tidak menjawab, hanya senyuman yang terukir di bibirnya.

Sungguh, jika dia tidak memikirkan mahu menggembirakan hati Qaireena, sudah pasti dia tidak akan mahu menaiki kereta cable itu.  Dia lebih suka memilih untuk menaiki monorail daripada tergantung dengan ketinggian yang menggayatkan itu.  Lebih-lebih lagi bila otaknya mula memikirkan yang kereta cable itu akan terputus dan mereka akan jatuh terhempas ke bawah.  Ah, jika Qaireena tahu pasti wanita itu akan mentertawakan dirinya.  Taufiq tersenyum sendiri apabila memikirkan tentang hal itu.

Sampai sahaja di Universal Studio, Taufiq terus mengambil studio guide dan jadual pertunjukan yang terdapat tidak jauh dari kaunter masuk. Dia membelek seketika jadual pertunjukan yang diambilnya itu untuk merancang perjalanan mereka agar dia dan Qaireena tidak ketinggalan menyaksikan pertunjukan yang akan berlangsung nanti.

Apabila melangkah masuk ke dalam Universal Studio itu, Zon pertama  yang mereka lalui adalah Zon Hollywood.  Ketika mereka sampai di zon itu, aktiviti Meet and Greet oleh beberapa watak sedang berlangsung iaitu bagi watak Marilyn Monroe, woody woodpecker dan juga Minions.  Qaireena kelihatan begitu teruja kerana dia benar-benar tidak menyangka bahawa dia akan sampai ke tempat itu. 

"Abang, ada Elmo lah, jom pergi sana".  Qaireena terus menarik tangan Taufiq untuk menuju ke arah Sesame street show yang tidak jauh dari tempat mereka berdiri. 

Taufiq memeluk bahu Qaireena agar dia tidak terpisah dengan wanita itu memandangkan ramai orang yang berkumpul di situ untuk menyaksikan persembahan musical theatre daripada Elmo and Friends.

Puas mengambil video dan gambar, Taufiq membawa Qaireena untuk mencuba Transformer The Ride.  Mujurlah Taufiq telah membeli Universal express unlimited pass yang membolehkan mereka menikmati priority access tanpa had di mana-mana rides atau attractions.

"Awak penat?".  Soal Taufiq kepada Qaireena.

"Tak, terlebih seronok dan excited sampai tak terasa penat".  Jawab Qaireena.  Taufiq hanya senyum memandang Qaireena.

"Abang jom kita cuba The Battlestar Galactia tu?".  Kata Qaireena.  Mendengar sahaja ajakan Qaireena itu, Taufiq sudah menelan air liur.  The Battlestar Galactica adalah roller coaster yang paling laju sekali di Universal Studio itu.  Terdapat dua roller coaster yang bergerak dalam masa yang sama tetapi dengan cara yang berbeza.  Sungguh dia tidak menyukai permainan itu, jujur dia sebenarnya takut untuk menaiki permainan itu namun mulutnya seakan kelu untuk memberitahu Qaireena.

"Jomlah, temankan Reen.  Rugilah datang sini kalau kita tak cuba".  Ujar wanita itu lagi.  Qaireena memeluk lengan Taufiq, memujuk lelaki itu agar mahu menemaninya untuk menaiki roller coaster tersebut. 

Dengan langkah yang berat dan debaran di dadanya, Taufiq menurut sahaja langkah Qaireena untuk menaiki roller coaster itu.

Baru sahaja dia melabuhkan punggungnya di kerusi roller coaster itu, Taufiq sudah menutup matanya.  Dia tidak mahu membuka mata ketika permainan itu mula bergerak.

"Abang takut ke naik roller coaster ni?".  Soal Qaireena apabila dilihatnya Taufiq hanya diam dan menutup mata.  Taufiq membuka matanya dan menoleh ke arah Qaireena.

"Taklah".  Jawab Taufiq.

"Habis tu kenapa tutup mata? Main permainan ni kena feel betul-betul barulah seronok.  Kita boleh menjerit sekuat hati tau". Kata Qaireena.

Taufiq hanya tersenyum kemudian mengalihkan semula pandangannya ke hadapan.  Apabila dia merasakan yang roller coaster itu mula bergerak, cepat-cepat dia menutup kembali matanya.  Yang kedengaran hanyalah suara Qaireena dan pengunjung-pengunjung lain yang menjerit apabila roller coaster itu berpusing.

Turun sahaja dari satu roller coaster, Qaireena menarik pula tangannya menuju ke satu lagi roller coaster.  Sama seperti tadi, sepanjang roller coaster tersebut bergerak, Taufiq hanya diam dan memejamkan sahaja matanya tanpa dibuka walau sedikit pun.  Perasaan ketika roller coaster itu bergerak dan berpusing sahaja sudah cukup menggerunnya apatah lagi mahu melihat keadaan ketika roller coaster itu bergerak, sungguh dia tidak berani.

Perlahan dia melangkah menuju ke arah kerusi yang terdapat di situ.  Punggungnya dilabuhkan, matanya di pejam seketika kemudian di buka.  Kepalanya terasa pening dan tekaknya mula berasa mual.

"Abang okay tak ni? Muka Abang nampak pucat je".  Kata Qaireena yang sedang berdiri di hadapan Taufiq.  Tangannya naik menyentuh pipi lelaki itu. Dalam masa yang sama sedaya upaya dia menahan tawanya.

Dia tahu pasti Taufiq takut menaiki permainan itu tetapi malu untuk memberitahu padanya. Ah, ego dan manusia yang bernama lelaki memang tidak dapat dipisahkan. Sekarang tanggunglah akibat ego yang menggunung itu. 

Tangan Taufiq memegang tangan Qaireena yang berada di pipinya.  Pandangan di arahkan ke wajah wanita itu, dan dia dapat melihat Qaireena sedang menahan tawanya.

"Awak ketawakan saya?".  Soal Taufiq.

"Mana ada Reen ketawa".  Jawab Qaireena sambil membuat riak serius.

"Tak baik kenakan orang tua tau".  Ujar Taufiq.  Mendengarkan kata-kata lelaki itu, Qaireena terus pecah ketawa.

"Tulah, ego sangat tak nak mengaku yang Abang takut naik roller coaster tu.  Bila Reen tanya, Abang kata tak takut, sekarang rasakan. Lelaki pun takut, apalah".  Kata Qaireena bersama sisa tawanya.  Taufiq menjeling Qaireena, tangan wanita itu yang berada di pipinya dibawa ke mulut dan digigitnya.

"Ish..apa ni main gigit-gigit".  Qaireena mencebik sambil menarik tangannya.

"Siapa suruh kutuk saya".  Senyuman dibibir di tahan.

"Sakit tau tak, gurau pun tak boleh".  Muncung Qaireena sudah ke depan, menayang rajuknya pada Taufiq. 

"Sakit sangat ke? Saya gigit tak kuat pun tadi".  Kata Taufiq sambil tangannya mencapai dan melihat  tangan Qaireena yang digigitnya tadi.

"Tak berbekas langsung pun".  Ujar Taufiq.  Qaireena sudah menahan tawanya.  Sengaja dia mengenakan lelaki itu.  Gigitan Taufiq pada tangannya tadi langsung tidak meninggalkan rasa sakit pun padanya.

Melihatkan Qaireena yang sedang menahan tawanya, serta merta tangan Taufiq naik dan mengepit hidung wanita itu.

"Awak kenakan saya lagikan". Kata Taufiq. Qaireena terus tertawa apabila sekali lagi Taufiq menyedari bahawa dia mengenakan lelaki itu. 

Taufiq tersenyum melihat Qaireena yang tertawa ceria.  Ya, baru hari ini dia melihat wanita itu tertawa dengan begitu gembira sekali sepanjang Qaireena bergelar isterinya. 

"Abang masih pening lagi?".  Soal Qaireena apabila tawanya semakin reda sambil memandang lelaki itu.  Dia terpaku seketika, apabila menyedari yang Taufiq sedang memandang tepat ke wajahnya dengan senyuman yang menghiasi bibir lelaki itu.

"Teruslah tertawa dan nikmati kehidupan ini, lupakan segala kesedihan yang singgah dalam hidup awak sebelum ni.  Saya suka tengok awak ceria macam ni selalu, kegembiraan awak adalah kebahagiaan saya".  Pipi Qaireena di sentuhnya lembut.  Mendengarkan kata-kata lelaki itu, Qaireena menjadi kelu, dia malu untuk membalas pandangan mata Taufiq, namun jauh di sudut hatinya dia tersentuh mendengar kata-kata yang keluar dari mulut lelaki itu.

"Saya dah tak pening, awak nak pergi ke zon mana lagi?".  Kata Taufiq sambil bangun dari duduknya.

"Emm...Reen nak pergi beli minuman dekat depan tu".  Sambil menunjuk ke arah pondok yang menjual makanan dan minuman tidak jauh dari tempat mereka berdiri.

"Jom".  Taufiq kemudian melangkah menuju ke pondok yang ditunjuk oleh Qaireena.

Mereka berdua kembali duduk di tempat tadi setelah membeli sedikit makanan ringan dan minuman.  Setelah membasahkan tekaknya dengan air, Qaireena mengeluarkan sosej dari dalam plastik dan disuakan ke mulut Taufiq. 

Taufiq senyum memandang Qaireena, perlahan dia menggigit sosej yang disuakan oleh wanita itu ke mulutnya. 

"Lepas ni kita nak ke mana?".  Soal Qaireena sambil memasukkan sosej yang telah digigit Taufiq tadi ke dalam mulutnya.

"Banyak lagi zon yang kita nak pergi, lepas ni kita ke Istana Princess Fiona yang dalam Shrek tu dulu sebab sekejap lagi ada Shrek 4-D adventure show dekat sana".  Jawab Taufiq.  Qaireena mengangguk-anggukkan kepalanya.

Seharian mereka menghabiskan masa di Universal Studio tersebut.  Tidak ada satu pun zon yang tidak mereka lawati kerana Taufiq mahu Qaireena menikmati keseronokan yang ada disitu sepenuhnya. Sebelum pulang, Taufiq membawa Qaireena singgah ke kedai cenderahati yang terdapat di situ untuk membeli barang sebagai kenang-kenangan.

~~~

Sampai sahaja di hotel, mereka membersihkan diri dan menunaikan solat maghrib dan isyak bersama.  Melihat Qaireena yang agak keletihan, Taufiq hanya membuat pesanan makan malam mereka untuk dihantar ke bilik.

Selesai menikmati makan malam, Qaireena duduk di sofa sambil membelek barang-barang yang dibelinya di kedai cenderahati Universal Studio petang tadi.

"Awak beli baju tu untuk Nasrul ke?".  Soal Taufiq sambil memandang dua helai tshirt yang sama corak yang berada di tangan Qaireena.  Pada pemikiranya pasti Qaireena mahu jadikan tshirt itu sebagai tshirt couple untuk dia dan Nasrul. Mendengarkan soalan Taufiq itu, Qaireena terus menoleh ke arah lelaki itu.

"Boleh tak jangan sebut nama dia? Reen beli baju ni sebab nak pakai sepasang dengan Abang.  Tapi kalau Abang tak nak, tak apalah, tak payah nak tuduh yang bukan-bukan dan hilangkan mood Reen".  Qaireena kemudian terus bangun dari sofa dan menuju ke bilik tidur.  Barang-barang yang dibeleknya tadi dibiarkan sahaja di atas sofa.

Taufiq terdiam mendengar kata-kata Qaireena.  Matanya memandang susuk tubuh itu yang menghilang di sebalik bilik.  Timbul rasa bersalahnya pada wanita itu kerana telah menghilangkan mood gembiranya. 

Mata Taufiq kemudian beralih kepada baju yang dibeli oleh Qaireena itu.  Bibirnya mengukir senyuman, tidak menyangka Qaireena mahu memakai baju yang sedondon dengannya.  Jauh di sudut hati, dia bertanya sendiri, adakah wanita itu sudah mula menerima dirinya?  Mungkinkah cinta untuknya telah hadir di hati Qaireena?  Sekali lagi dia tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.  Terasa terlalu jauh dirinya mengkhayal dan berimpian.

Dia bangun dari sofa, lampu di ruang itu dimatikan dan perlahan langkah kakinya dibawa menuju ke bilik tidur.  Dilihatnya Qaireena sudah pun melelapkan mata.  Lampu tidur dimatikan dan dia memandang wajah Qaireena yang sedang lena.

"Sorry". Bisiknya perlahan, walaupun dia tahu wanita itu tidak akan mendengar ucapan maafnya itu kerana sudah lena dibuai mimpi.  Dahi Qaireena di kucup lembut, sebelum dia merebahkan badannya di sebelah wanita itu.

Happy Reading korang... sorry lambat update :-)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience