BB - BAB 31

Drama Completed 308939

KELUAR sahaja dari bilik mandi, Taufiq tersenyum melihat Qaireena yang sudah pun tertidur di atas katil dengan bath robe yang masih melekat di badannya.  Pertama kali menaiki penerbangan yang memakan masa berjam-jam, sudah pasti meletihkan wanita itu.

Taufiq kemudian turut merebahkan badannya di sebelah Qaireena.  Wajah wanita itu di renung seketika.  Tidak lama lagi mereka akan berjauhan, dan yang pasti dia akan merindui wanita itu.  Takut, ya dia takut seandainya Qaireena akan berubah hati selama wanita itu berada di sini kerana Qaireena akan mula mengenali dan bergaul dengan ramai orang.  Namun dia cuba memujuk hatinya sendiri dan sentiasa berdoa agar jodoh mereka berdua berkekalan sehingga ke hembusan nafas yang terakhir.

Dahi Qaireena dikucup lembut dan tubuh wanita itu dipeluk erat sehinggalah dia juga turut terlelap di sisi Qaireena.

~~~

Petang itu, Taufiq membawa Qaireena untuk melawat  Sydney Opera House iaitu sebuah bangunan ikonik yang sangat terkenal di seluruh dunia kerana senibinanya yang unik.  Setelah puas berjalan-jalan di sekitar bangunan itu, mereka kemudian duduk di sebuah coffee house yang terdapat di situ untuk minum petang sambil menikmati pemandangan bandar Sydney yang berlatar belakangkan Harbour Bridge.

"Abang tengok Reen macam tak happy je bila sampai sini".  Kata Taufiq setelah mereka membuat pesanan minuman.

"Reen happy sampai dekat sini, yang tak happy nya tu bila fikir Abang akan tinggalkan Reen dekat sini sorang-sorang".  Jawab Qaireena jujur.  Taufiq senyum mendengar jawapan isteri kesayangannya itu.

"Abang tinggalkan Reen dekat sini, bukan suka-suka tapi bersebab sayang.  Untuk Reen capai impian yang dah lama terkubur tu.  Lagipun Abang akan datang lawat Reen dekat sini nanti, Abang sendiri pun tak sanggup tau nak menanggung rindu pada isteri tersayang Abang ni".  Ujar Taufiq dengan senyuman.  Pandangan matanya melekat di wajah Qaireena.

"Janji tau, jangan pula lepas ni Abang kata banyak kerja dan sibuk dengan projek baru".  Tutur Qaireena sambil memandang Taufiq.

"Ya, Abang janji sayang".  Ucap Taufiq dengan senyuman. Tangan Qaireena yang berada di atas meja diraihnya dan dikucup lembut.

"Esok Abang cuba hubungi pemilik rumah sewa yang Luth beritahu tu.  Kita selesaikan dulu semua urusan study Reen dekat sini, lepas tu kita sambung jalan-jalan dan luangkan masa bersama sebelum Abang balik Malaysia ya".  Sambung Taufiq lagi.  Qaireena senyum dan menganggukkan kepalanya.

•••••••••

Selesai menikmati sarapan pagi di cafe hotel penginapan mereka, Taufiq dan Qaireena terus menaiki teksi dan menuju ke alamat yang telah diberikan oleh pemilik rumah sewa yang dihubunginya.

Kedatangan mereka berdua di sambut mesra oleh Mr Robert dan Madame Anne iaitu pemilik rumah sewa yang akan disewa oleh Taufiq untuk Qaireena selama wanita itu berada di sana.  Namun setelah mereka berbual, Taufiq dan Qaireena diberitahu bahawa tidak ada lagi rumah sewa kosong untuk disewakan, namun pemilik rumah sewa itu mempunyai seorang penyewa wanita yang juga akan belajar di University of Sydney sedang mencari rakan serumah untuk menyewa bersama.

"So macam mana, Reen okay tak kalau berkongsi rumah dengan penyewa tu?".  Soal Taufiq sambil memandang Qaireena.

"Reen tak kisah, lagipun dia student universiti yang sama dengan Reen juga kan.  Tapi kena jumpa dia dululah, dia nak ke terima Reen untuk jadi rakan serumah dia".  Jawab Qaireena.  Taufiq senyum mendengar jawapan wanita itu.  Lega hatinya kerana Qaireena tidak terlalu cerewet dan mudah untuk diurus.

Mr Robert dan Madame Anne kemudian membawa Taufiq dan Qaireena menuju ke rumah yang dimaksudkan oleh mereka yang hanya selang beberapa buah rumah sahaja dari rumah mereka sendiri.  Butang loceng yang berada di tepi pintu rumah itu di tekan oleh Madame Anne.  Tidak lama kemudian pintu di buka dan kelihatan seorang wanita muda keluar dari rumah tersebut.

"Hai Madame Anne, good morning". Ucap wanita tersebut dengan senyuman sambil memandang Madame Anne.

"Qila". Tegur Qaireena yang berada di belakang Madame Anne.  Aqilah yang sedang memandang Madame Anne terus mengalihkan pandangannya ke arah suara yang memanggil namanya itu.

"Reen, kau buat apa dekat sini?".  Soal Aqilah pada Qaireena.

"Do you know each other?".  Soal Madame Anne sambil memandang Qaireena dan Aqilah silih berganti sebelum sempat Qaireena menjawab pertanyaan Aqilah.

"Ya, she is my friend".  Jawab Aqilah kepada Madame Anne.  Mr Robert dan Taufiq pula saling berpandangan dan tersenyum.

Madame Anne kemudian memberitahu Aqilah tentang Qaireena yang akan belajar di University of Sydney dan sedang mencari rumah sewa.  Mendengarkan itu, Aqilah terus bersetuju untuk berkongsi menyewa rumah tersebut bersama Qaireena.  Setelah berbincang seketika dengan Mr Robert dan Madame Anne, Aqilah menjemput Qaireena dan Taufiq masuk ke dalam rumahnya.

"Aku tak sangka akan jumpa kau dekat sini Reen".  Kata Aqilah sambil menghidangkan minuman kepada Qaireena dan Taufiq.

"Samalah, aku tak pernah terfikir pun akan jumpa orang yang aku kenal di Sydney ni.  Dari awal lagi aku memang risau tak ada kawan dekat sini.  Alhamdulillah Allah pertemukan kita di sini dan belajar di universiti yang sama pula tu".  Ujar Qaireena dengan senyuman.

"Aku dah dua bulan dekat sini Reen, Alhamdulillah semua orang-orang di sini baik dan peramah.  Walaupun aku tak ada kenal sesiapa dekat sini tapi aku tak rasa sunyi pun.  Jiran-jiran semua peramah dan selalu bertegur sapa dengan aku".  Tutur Aqilah.

"Kau buat apa datang ke sini dua bulan awal Qila?".  Tanya Qaireena sedikit hairan.  Taufiq hanya diam sahaja mendengar perbualan dua sahabat itu sambil matanya melilau melihat keadaan di dalam rumah itu.

"Aku datang awal sebab nak bekerja, bolehlah tambah-tambah duit pengajian nanti".  Jawab Aqilah jujur.

"Kau dari Malaysia sampailah ke sini, kuat sangat bekerja".  Kata Qaireena sambil tertawa kecil. 

"Beginilah kalau nak teruskan kehidupan Reen".  Jawab Aqilah dengan senyuman.

"Eh..Reen minumlah dulu, lepas tu kau boleh tengok bilik yang kau nak duduk tu nanti.  Aku memang dah bersihkan dan kosongkan bilik tu selepas sahaja penyewa lama keluar dari rumah ni".  Ujar Aqilah.

Taufiq dan Qaireena melihat bilik yang ditunjukkan oleh Aqilah kepada mereka.  Taufiq mengangguk-anggukkan kepalanya tanda berpuas hati dengan keluasan bilik tersebut.

"Sebelum ni ada juga orang menyewa bilik ni, tapi selepas dua minggu dia tinggal di sini, aku minta dia keluar dan cari rumah sewa lain, sebab aku tak suka dia selalu bawa teman lelaki dia tidur di rumah ni.  Maklumlah aku ni orang perempuan dan beragama islam, walaupun tinggal di negara orang tak semestinya aku kena ikut budaya mereka yang tidak bersesuaian dengan aku kan. Sekarang ni lega sikit hati aku kalau kau yang nak sewa bilik ni, tak adalah perkara yang sama akan berulang lagi".  Kata Aqilah dengan senyuman.

"Boleh ke kalau saya nak tambah sedikit kemudahan dalam rumah ni?". Soal Taufiq pada Aqilah.

"Boleh je Tuan, saya tak kisah pun.  Itu hak Reen kalau nak tambah barang-barang keperluan lain untuk keselesaan dia dalam rumah ni".  Jawab Aqilah.

"Abang nak tambah apa lagi? Cukuplah dah ada katil dan tilam tu, almari baju ni pun dah cukup untuk simpan pakaian Reen".  Qaireena memandang wajah Taufiq yang berdiri disebelahnya.

"Abang nak tambah meja belajar dekat dalam bilik ni, selesa sedikit Reen nak belajar nanti".  Jawab Taufiq.

"Reen tak kisah pun kalau tak ada meja belajar, boleh belajar dekat meja makan di bawah tu kan Qila?".  Tutur Qaireena sambil menoleh ke arah Aqilah.

"Samalah aku pun macam tu juga, apa-apa nak buat memang dekat meja makan di bawah tulah".  Ujar Aqilah sambil tertawa kecil.

Taufiq senyum, dia tahu Qaireena seorang yang sangat bersederhana dan tidak cerewet.  Tetapi dia tetap mahukan yang terbaik untuk wanita kesayangannya itu.

"Ini kunci rumah untuk kau, bila-bila kau nak pindah, kau masuk je okay.  Aku bekerja, so waktu siang memang aku tak ada di rumah. Hari ni pun kira kau bertuahlah dapat jumpa aku sebab kebetulan aku cuti hari ni".  Kata Aqilah sambil menghulurkan kunci rumah kepada Qaireena.

"Baiklah, terima kasih Qila sudi terima aku jadi housemate kau".  Ucap Qaireena sambil memandang Aqilah dengan senyuman.  Sungguh dia benar-benar bersyukur kerana dipertemukan dengan orang yang dikenalinya. Lebih-lebih lagi itu adalah kali pertama dia berada di negara orang dan langsung tidak mengenali sesiapa pun.

"Sama-sama Reen, aku pun happy dapat housemate yang aku dah memang kenal, orang Malaysia pula tu".  Tutur Aqilah.

Setelah saling bertukar nombor telefon dengan Aqilah, Qaireena dan Taufiq meminta diri untuk pulang.

"Lega hati Abang, bila Reen dah ada kawan dekat sini. Tak adalah Abang risau nak tinggalkan Reen duduk menyewa sendiri". Luah Taufiq apabila mereka sudah berada di dalam teksi.

"Qila tu kawan sekolah Reen dulu ke?".  Soal Taufiq lagi.

"Taklah, Reen kenal Qila masa Reen jadi penghantar makanan dulu, tak sangka pula berjumpa dekat sini. Dia tu memang jenis rajin bekerja, dan sekarang sampai ke sini pun dia masih bekerja lagi".  Jawab Qaireena dengan senyuman sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Mungkin dia datang dari keluarga yang susah, sebab tulah dia rajin bekerja untuk menampung kehidupannya dan keluarga tapi dalam masa yang sama juga dia tetap mengejar cita-citanya".  Teka Taufiq sambil menoleh ke arah Qaireena.

"Mungkin juga, sebab kami kenal pun tak lama.  Reen sempatlah berborak dua, tiga kali dengan dia dulu tapi itu pun pasal kerja, lepas tu Reen terus berhenti jadi penghantar makanan sebab terpaksa berkahwin dengan orang dekat sebelah Reen ni".  Kata Qaireena sambil menyembunyikan senyumannya.  Taufiq yang mendengar terus tersenyum.  Laju tangannya naik mencuit hidung wanita itu.

"Habis tu menyesallah kahwin dengan orang dekat sebelah Reen ni?".  Ujar Taufiq dengan senyuman.

"Tak, rasa bertuah sangat sebab dijodohkan dengan orang tu". Tutur Qaireena sambil memeluk lengan Taufiq.  Senyuman terukir di bibir Taufiq saat mendengar jawapan Qaireena.

Hari itu mereka hanya menghabiskan masa untuk membeli belah barang-barang keperluan untuk Qaireena yang akan dibawanya ke rumah sewa nanti.

Happy Reading korang:-)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience