BB - BAB 37

Drama Completed 308942

QAIREENA memandang Aqilah yang sedang memanjat menggunakan tangga dan mengelap tingkap di bahagian ruang tamu.  Semenjak dari tadi sahabatnya itu sibuk membersihkan dan mengemas rumah.

"Tiba-tiba je rajin kemas rumah ni, kenapa?".  Soal Qaireena sedikit hairan.  Aqilah yang sedang mengelap tingkap, mengalihkan pandangannya kepada Qaireena.

"Puan Qaireena, tiga hari lagi kan kita nak sambut hari raya, takkanlah nak biarkan rumah ni kotor dan penuh habuk.  Lagipun bila sibuk-sibuk mengemas macam ni, terasalah sikit aura nak raya tu, tak adalah rasa suram je.  Dahlah sambut raya dekat negara orang, pandai-pandailah kita naikkan sendiri suasana nak sambut raya".  Jawab Aqilah dengan senyuman.  Qaireena yang mendengar tertawa kecil.

"Betul juga kata kau kan. Qila, nanti kau tanyalah Mr Robert, boleh tak kita pasang pelita dekat halaman rumah kita tu? Barulah nampak lagi meriahkan walaupun hanya kita berdua je yang sambut hari raya dekat sini".  Ujar Qaireena bersama senyuman yang menghiasi wajahnya.

"Boleh, nanti aku call Mr Robert dan tanya pada dia".  Kata Aqilah sambil tangannya terus mengelap tingkap.

"Tapi, ada ke pelita dijual dekat sini?".  Soal Qaireena lagi.

"Itu aku tak pasti, tapi kita boleh cuba cari, kalau tak ada, kita pasang lampu kelip-kelip jelah, kalau yang tu confirm banyak kena jual".  Jawab Aqilah sambil tertawa.  Qaireena yang mendengar juga turut tertawa.

"Hmm..cerita pasal hari raya, nampaknya raya tahun ni tak merasalah kita makan ketupat, rendang dan kuih rayakan?".  Ujar Qaireena. 

"Emm..begitulah nampaknya.  Kita makan spagetti, lasagna dan bread jelah di pagi raya nanti ya".  Jawab Aqilah dengan tawa kecil.

"Terpaksalah aku telan liur je bila suami aku buat video call nanti dan tunjukkan juadah hari raya dia.  Mesti Mak Leha masak sedap-sedap masa raya nanti".  Aqilah yang mendengar memandang wajah Qaireena sekilas dan senyum.

"Eh..Qila kau tak kerja ke hari ni?  Selalunya hari ahad macam ni awal pagi lagi kau dah hilang".  Soal Qaireena sambil memandang Aqilah yang masih memanjat di tangga.

Dia sebenarnya sangat bersimpati dengan sahabatnya itu yang terpaksa bekerja sambil belajar untuk menampung kos hidup dan yuran pembelajarannya di sini.  Ibu Aqilah meninggal dunia ketika usianya menjangkau 12 tahun.  Ayahnya masih ada namun lelaki itu dikuasai sepenuhnya oleh ibu tiri Aqilah. 

Ibu tirinya langsung tidak membenarkan Ayah Aqilah untuk memberikan wang kepadanya atas alasan mereka mempunyai anak kecil dan mereka lebih memerlukan wang daripada Aqilah.  Disebabkan itulah Aqilah mengambil keputusan untuk pergi jauh dari Ayahnya dan bekerja sendiri bagi menyara kehidupannya.

Ya setiap manusia miliki jalan cerita hidup sendiri dan masing-masing tidak penah lepas dari ujian yang maha esa.  Dalam kisah hidupnya mungkin dia bertuah kerana dipertemukan dengan Taufiq dan sekaligus mempunyai tempat untuk bergantung lagi, berbeza dengan Aqilah yang hanya dikurniakan sekeping hati yang kuat dan tabah dalam melalui kehidupannya seorang diri.  Dia bangga mempunyai sahabat seperti Aqilah.

"Kerja, tapi aku ambil shift pukul 2.00 petang sampai pukul 9.00 malam nanti".  Jawab Aqilah.

"Hmm...nampaknya aku berbuka puasa sorang-soranglah petang ni kan?".  Ujar Qaireena.

"Begitulah nampaknya".  Kata Aqilah dengan senyuman.

••••••••••

Aqilah hanya memandang sahaja wajah Qaireena yang berkerut-kerut sambil berulang kali cuba mendail telefon dan dilekapkan di telinganya.

"Reen, makanlah dulu, nanti masuk waktu imsak pula".  Tegur Aqilah.  Qaireena kemudian meletakkan telefon bimbitnya di atas meja dan mula menyuap makanan ke dalam mulutnya.  Sesekali matanya melirik semula ke skrin telefon bimbitnya.

"Kau call siapa sebenarnya ni? Dengan muka masam mencuka, sampai tak ingat nak dahulukan bersahur".  Tanya Aqilah sambil memandang Qaireena.

"Dari semalam aku cuba call suami aku, tapi asyik masuk ke peti suara je.  Mesej pun tak dibaca langsung, sebab tulah aku risau ni.  Tak pernah dia macam ni tau tak".  Jawab Qaireena dengan wajah penuh kerisauan.  Timbul rasa kasihan di hati Aqilah melihat  sahabatnya itu.

"Suami kau sibuk agaknya, sebab tulah dia tak jawab panggilan kau.  Lagipun sekarang ni dekat Malaysia belum lagi waktu bersahurkan, mungkin dia penat sangat, tertidur sampai tak sedar telefon berbunyi".  Tutur Aqilah cuba menenangkan perasaan Qaireena.

"Tapi takkanlah awal sangat dia tidur, sepanjang hampir empat minggu berpuasa ni, dia tak pernah lagi skip solat tarawih.  Semalam masa aku call dia pun, selepas waktu solat tarawih sama seperti malam-malam sebelum ni tapi tak dapat langsung, macam dia matikan telefon bimbit asyik ke peti suara je".  Kata Qaireena lagi.

"Selain telefon bimbit dia, ada tak nombor sesiapa lagi yang kau boleh call dan tanya tentang dia?".  Soal Aqilah sambil terus mengunyah makanannya.

"Aku cuba call telefon rumah, tapi tak ada sesiapa yang jawab juga.  Yalah telefon rumah dekat ruang tamu, Mak Leha selalu ada dekat dapur atau dekat tingkat atas mengemas, mesti dia tak dengar masa telefon berbunyi agaknya".  Jelas Qaireena lagi.

"Tak apa, kau makan dulu lepas tu dalam sejam dua kau cuba call lagi, manatahu dia dah bangun sahur.  Fikir positif, jangan cepat menggelabah dan berdoa semoga tak ada perkara buruk yang berlaku pada suami kau".  Pujuk Aqilah lagi sambil memandang sahabatnya itu.

Nafas dilepaskan perlahan dan kepala diangguk lemah apabila mendengar kata-kata Aqilah itu walaupun hati dan fikirannya terlalu sukar untuk bekerjasama.  Sungguh dia sangat risaukan Taufiq.  Sepanjang mereka berjauhan tidak pernah lelaki itu tidak menjawab panggilan atau tidak membalas mesej yang dihantarnya, ini adalah kali pertama perkara itu berlaku.

Usai menunaikan solat subuh, Qaireena duduk bersandar di kepala katil sambil cuba menghubungi Taufiq.  Namun dia kecewa lagi kerana sama seperti semalam, panggilannya hanya disambungkan ke peti suara.  Penat mencuba berulang kali, akhirnya Qaireena terlelap dengan tangan masih memegang telefon bimbitnya.

Tepat pukul 8.30 pagi, Qaireena tersedar dari tidurnya apabila mendengar bunyi alarm di telefon bimbitnya.  Dia kemudian duduk dibirai katil dan mencapai telefon bimbitnya.  Sekali lagi dia hampa apabila tiada sebarang panggilan atau mesej yang diterima daripada Taufiq. 

Tetapi saat dia membuka mesej yang dihantar kepada Taufiq, airmatanya terus mengalir membasahi pipi.  Dia menangis teresak-esak apabila melihat mesej yang dihantarnya kepada Taufiq sudahpun bertanda dengan dua garis biru yang membawa maksud bahawa Taufiq sudah membaca mesej tersebut.  Apa yang membuatkan Qaireena sedih, Taufiq langsung tidak membalas mesej-mesej tersebut selepas membacanya.

Qaireena kemudian terus mendail nombor telefon Taufiq.  Kali ini panggilannya tidak lagi disambungkan ke peti suara namun apa yang mengecewakannya panggilan tersebut tidak dijawab oleh Taufiq.  Dia mencuba lagi untuk kali yang kedua dan seterusnya cubaan kali ketiga, tetapi ianya tetap sama, panggilan tersebut langsung tidak dijawab oleh Taufiq.

"Abang dah tak sayang Reen".  Raung Qaireena bersama esak tangisnya. 

"Abang mungkir janji pada Reen, Abang jahat, Reen benci Abang".  Tutur Qaireena lagi bersama airmata yang semakin deras mengalir di pipinya.  Hatinya sakit apabila Taufiq mengabaikan mesej yang dihantarnya manakala panggilannya juga langsung tidak dijawab oleh lelaki itu.

Setelah melepaskan kesedihannya, Qaireena bangun dari katil dan menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri.  Sebentar lagi dia perlu menghadiri kuliah dan pada waktu petang pula dia harus menghadiri perbincangan kumpulannya untuk menyiapkan assignment berkumpulan mereka. 

"Reen, habis kuliah nanti kau terus balik rumah ke?". Soal Aqilah ketika mereka keluar dari pintu rumah.

"Tak Qila, aku ada perbincangan kumpulan petang ni, lepas kuliah aku terus ke library.  Kau kerja kan petang ni?".  Jawab Qaireena.

"Shift aku sebelah malam hari ni, so lepas buka puasa petang nanti baru aku pergi kerja.  Nanti aku masak juadah untuk kita buka puasa okay".  Ujar Aqilah dengan senyuman.  Qaireena hanya senyum dan menganggukkan kepalanya.

"Kau okay tak ni? Kau dah dapat call suami kau ke?".  Wajah Qaireena dipandangnya.

"Dapat, tapi dia tak jawab panggilan aku, mesej aku pun dia dah baca tapi dia tak balas".  Jawab Qaireena dengan wajah yang ditundukkan.

"Mungkin dia penat sangat agaknya".  Kata Aqilah.  Dia masih cuba mahu menenangkan perasaan sahabatnya itu.

"Aku tak rasa dia penat Qila, aku rasa dia memang sengaja nak jauhkan diri daripada aku".  Tutur Qaireena dengan satu keluhan.  Dia benar-benar terasa dengan sikap Taufiq yang seolah-olah ingin menjauh darinya tanpa sebarang penjelasan.

"Hampir empat bulan kami berjauhan Qila, mungkin dia dah bosan dan rasa sunyi, sebab tulah dia mula menjauh dari aku, dan mungkin juga dia dah jumpa pengganti aku".  Sambung Qaireena lagi.

"Reen, cubalah bersangka baik, jangan fikir bukan-bukan dulu selagi kau tak dengar penjelasan dari dia". Nasihat Aqilah pada Qaireena.

"Macam mana aku nak dengar penjelasan dia kalau aku call pun dia tak jawab, mesej aku pula langsung tak dibalas.  Kau nak aku buat macam mana lagi?".  Ujar Qaireena dengan suara yang agak tinggi.  Dia kemudian terus meninggalkan Aqilah berjalan sendirian di belakang manakala dia pula melangkah dengan laju ke hadapan dengan airmata yang mula mengalir di pipi. 

Aqilah yang melihat hanya menggeleng-gelengkan sahaja kepalanya.  Dia tahu Qaireena tidak berniat mahu meninggi suara padanya, cuma sahabatnya itu terlalu mengikut perasaan sedih dan rasa sakit hati pada Taufiq sudah menguasai diri Qaireena.

Happy Reading korang:-)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience