BB - BAB 23

Drama Completed 309187

USAI menunaikan solat subuh, Qaireena duduk di sofa sambil menghadap pemandang bandar Singapore dari bilik mereka.  Taufiq memandang ke arah wanita itu, semenjak dari tadi Qaireena langsung tidak bercakap dengannya.  Sungguh, dia buntu kerana tidak tahu bagaimana mahu memujuk rajuk wanita itu.

Bertahun dia hidup tanpa seorang wanita yang bergelar isteri, kini dia harus memikirkan semula bagaimana mahu memujuk dan mengambil hati wanita itu.  Taufiq meraup wajah dan menarik nafas dalam. Perlahan dia menghampiri Qaireena, kerusi kecil yang dikhaskan untuk meletakkan kaki apabila duduk di sofa itu ditarik dan dia duduk betul-betul di depan Qaireena.

"Reen, awak marahkan saya?".  Soal Taufiq lembut sambil memandang wajah Qaireena yang sedang leka melihat pemandangan luar bangunan itu.

"Tak, cuma rasa sakit hati dan rasa diperbodohkan".  Lembut Qaireena bersuara sambil menoleh memandang Taufiq.

"Reen, saya...".

"Berhenti cipta kenangan antara kita dan berhenti berikan harapan kebahagiaan pada Reen kalau Abang berniat untuk serahkan Reen pada Nas.  Sebab semua tu akan lebih membuat hati dan perasaan Reen tersiksa".  Tambah Qaireena dengan tenang tanpa memberi peluang kepada Taufiq menghabiskan kata-katanya.

"Saya minta maaf kalau saya dah sakitkan hati awak.  Saya cuma tak nak menjadi penghalang hubungan antara awak dan Nas.  Saya tahu awak cintakan dia".  Ujar Taufiq.  Qaireena tersenyum sinis saat mendengar kata-kata Taufiq itu.

"Sejak bila Abang dah tukar bidang daripada businessman kepada peramal isi hati orang?".  Matanya memandang tepat ke anak mata Taufiq.

"Saya tahu, Nas cinta pertama awak dan tak mudah untuk awak lupakan dia".  Kata Taufiq, wajahnya ditundukkan menekur lantai.

"Isi hati Reen, hanya Reen yang tahu. Tak perlu bersusah payah untuk meramal segala yang tersurat dan tersirat di sudut hati Reen".  Ujar Qaireena.

"Reen tahulah usia 20 tahun, orang selalu anggap masih mentah lagi, tapi tak semestinya kehidupan Reen pun perlu diaturkan oleh orang.  Reen dah dewasa, dah boleh fikir sendiri apa yang terbaik untuk Reen". Tambah Qaireena lagi.

Suasana sepi seketika, keduanya diam tanpa bicara. 

"Nas bukan lagi sesiapa di hati Reen.  Mungkin perasaan Reen pada dia pernah berputik tapi bila Reen dah nampak diri Nas yang sebenarnya, Reen bersyukur kerana perasaan tu belum mengusai hati Reen sepenuhnya.  Dengan perlahan Reen dapat menepis dan membuang jauh perasaan tu agar Reen tak terluka lagi.  Apa yang berlaku antara kami berdua sudah cukup memberi pengajaran pada Reen.  Mengenali seseorang dalam jangka masa yang lama dan serapat mana pun orang tu pada kita, tak akan menjamin orang itu akan memahami kita dalam apa jua keadaan sekalipun".  Qaireena bersuara lagi dan kali ini airmatanya mula mengalir di pipi.  Segala penghinaan yang dilontarkan oleh Nasrul padanya terngiang-ngiang di telinga.

Melihat airmata wanita itu yang mula mengalir, Taufiq semakin dihimpit rasa bersalah.  Namun dia buntu, dia tidak tahu apa yang perlu dikatakannya untuk memujuk Qaireena.

"Reen terima semua takdir hidup Reen, walau ada ketikanya Reen bagaikan dah hilang semangat dan hampir putus harapan disebabkan ujian demi ujian yang datang menimpa.  Tapi kehadiran Abang dalam hidup Reen seperti anugerah daripada Allah.  Walaupun pada awalnya Reen beranggapan buruk pada Abang.  Tanpa Abang, Reen sendiri tak tahu apa yang jadi pada hidup Reen dan sekarang Abang nak buang Reen dari hidup Abang setelah Abang berikan harapan pada Reen?".  sambung Qaireena lagi. Airmata yang mengalir diseka dengan jari.

"Saya tak pernah berniat untuk membuang awak dari hidup saya, saya cuma mahu awak hidup bahagia bersama orang yang awak cintai Reen". Ujar Taufiq.

"Kalau Reen katakan yang orang tu adalah Abang?".  Wajah Taufiq dipandang oleh Qaireena. 

"Reen, jangan paksa diri awak untuk menerima saya hanya kerana awak terhutang budi dengan saya, bimbang nanti awak langsung tidak merasai indahnya sebuah kehidupan yang bahagia di samping orang yang dicintai". Jawab Taufiq.

"Reen tak pernah paksa diri Reen, rasa sayang dan cinta tu bercambah dengan sendirinya hari demi hari.  Reen dah cukup bahagia berada disisi Abang, tapi terpulang sama ada Abang mahu mempercayai luahan hati Reen ni atau terus percaya dengan ramalan hati dan fikiran Abang tu". Qaireena kemudian bangun dari sofa dan menghilangkan dirinya ke dalam bilik mandi.

Air di dalam bathtub dipenuhkan dan gel mandian lavender di tuang ke dalam bathtub tersebut.  Dia masuk dan berendam di dalam bathtub sambil melihat pemandangan matahari yang mula menerbitkan cahayanya di bandar Singapore dari dinding kaca di dalam bilik mandi itu.

Manakala Taufiq masih lagi terduduk kaku di tempatnya tadi. Dia seolah-olah tidak percaya yang Qaireena baru sahaja meluahkan padanya bahawa wanita itu juga menyayangi dan mencintainya.  Bagaikan sebuah mimpi saat dia mengetahui tentang cintanya yang tidak lagi bertepuk sebelah tangan.  Tanpa sedar bibirnya menguntum senyum, hatinya berbunga riang, terasa bahagia akan bakal menjadi miliknya.  Namun yang merunsingkanya ketika ini adalah misinya untuk memujuk wanita itu masih belum selesai. 

~~~

Sudah hampir tiga puluh minit, Qaireena masih belum keluar dari bilik mandi.  Taufiq mula risau, bermacam-macam andaian yang terlintas di fikirannya.  Dia kemudian bangun dan menuju ke depan pintu bilik mandi tersebut.  Baru sahaja dia mahu mengetuk pintu bilik mandi itu, tiba-tiba pintu di buka dari dalam.  Qaireena sedikit terkejut apabila melihat Taufiq sedang berdiri di depan pintu tersebut.

"Awak buat apa dekat dalam?".  Soal Taufiq lembut.

"Mandi".  Jawab Qaireena sepatah.

"Bukan tadi awak dah mandi ke sebelum solat subuh?".  Tanya Taufiq lagi.

"Saja berendam sejukkan hati yang tengah panas ni".  Ujar Qaireena sambil melangkah keluar dari bilik mandi tanpa memandang Taufiq.

Baru beberapa langkah kakinya menapak, tangannya ditarik oleh Taufiq.  Langkah Qaireena terhenti di situ dan perlahan Taufiq mendekatinya serta berdiri betul-betul di depannya.  Dagu Qaireena di sentuh dan diangkat sedikit agar wanita itu memandang wajahnya.

"Saya minta maaf, saya tahu saya bersalah sebab dah buat awak sakit hati.  Saya janji takkan sebut lagi nama lelaki tu.  Saya harap awak terima permohonan maaf saya ni". Ucap Taufiq, namun Qaireena masih diam tanpa bicara.

"Saya dah lama tak pujuk orang, saya betul-betul tak tahu macam mana nak pujuk awak lagi kalau awak marahkan saya lama-lama. Please...maafkan saya.  I love you so much".  Tambah Taufiq lagi sambil matanya memandang tepat ke dalam mata Qaireena.

Mendengar kata-kata Taufiq itu, hati Qaireena terasa cair, jantungnya mula berdegup pantas walaupun bibirnya seakan mahu tertawa ketika mendengar pengakuan lelaki itu yang dia tidak pandai memujuk.

"Reen...please say something".  Rayu Taufiq lagi.

"Dengan syarat".  Qaireena bersuara setelah dari tadi dia hanya mendiamkan diri.

"Apa dia?". Soal Taufiq.  Wajah Qaireena masih lagi ditatap dengan penuh pengharapan.

"Boleh tak berhenti bahasakan diri dengan panggilan saya awak?  Kata ganti nama diri tu buat Reen rasa terasing dalam hidup Abang".  Ujar Qaireena.  Taufiq tersenyum apabila mendengar kata-kata Qaireena itu.

"Itu je?".  Tanya Taufiq lagi. Qaireena menganggukkan kepala.

"So sekarang permohonan maaf Abang diterima ke?".  Kata Taufiq sambil tersenyum. Qaireena senyum apabila mendengar Taufiq sudah pun membahasakan dirinya dengan panggilan 'Abang'.  Dia kemudian menganggukkan kepalanya untuk menjawab pertanyaan lelaki itu.

Melihat Qaireena mengangguk, tangan Taufiq terus merangkul pinggang wanita itu dengan erat dan perlahan bibirnya mengucup lembut dahi Qaireena.

"Thank you sayang".  Ucap Taufiq.  Qaireena membalas pelukan Taufiq bersama senyuman yang menghiasi bibirnya.  Terasa bahagia berada di dalam dakapan lelaki itu.

"Dah pukul 9 pagi ni, Reen bersiap lepas tu kita breakfast dan sambung jalan-jalan ya".  Kata Taufiq dengan senyuman.  Qaireena senyum dan menganggukkan kepala.

Hari itu Taufiq membawa Qaireena melawat beberapa lagi tempat menarik yang terdapat di Singapore seperti Garden By The Bay, Madame Tussauds, The Merlion Tower dan Chinese Garden. 

"Reen nak naik tak Singapore Flyer tu?". Soal Taufiq.

"Ada orang tu kan gayat, tak payahlah naik, nanti ada lagi yang muka pucat".  Jawab Qaireena sambil menahan senyumannya.

"Haa... sindir Abanglah tu". Taufiq mencebik.  Qaireena tertawa melihat wajah lelaki itu.

"Kalau Reen nak naik dan tengok pemandangan dari atas kita naik jelah.  Kalau Abang rasa gayat, nanti Abang duduk je, yang penting Reen enjoy.  Sekarang ni pun dah nak dekat waktu sunset, mesti cantik bila tengok dari Flyer tu".  Ujar Taufiq sambil memandang Qaireena.

"Thank you".  Ucap Qaireena dengan senyuman.  Lengan Taufiq dipeluknya erat sambil kepalanya di lentokkan ke lengan berotot lelaki itu.

Taufiq memandang wajah ceria dan teruja Qaireena ketika berada di dalam Flyer tersebut.  Berharap wajah itu akan terus dihiasi dengan senyuman dan tawa, semoga tidak ada lagi kesedihan yang bertandang di hati wanita itu.  Dia mahu kebahagiaan menjadi milik mereka berdua.

'Terima kasih ya Allah kerana menganugerah dia kepadaku dan terima kasih kerana hardirkan rasa cinta dihatinya untukku'. Bicara Taufiq di dalam hati.  Tanpa sedar bibirnya mengukir senyuman.

"Abang, kita dah sampai bawah lah, jom turun.  Abang senyum sorang-sorang ni, Abang mengkhayal ke?".  Kata Qaireena apabila berulang kali dia memanggil lelaki itu tetapi tidak diendahkan.

"Tak adalah".  Jawab Taufiq sambil memeluk bahu Qaireena dan melangkah keluar dari kapsul Flyer tersebut.

"Boleh percaya ke?".  Qaireena tahan senyum sambil melirik ke arah Taufiq.

"Betullah tak ada apa-apa".  Jawab Taufiq dengan senyuman.

"Atau Abang syok sangat tengok perempuan seksi yang berdiri dekat depan Abang tadi tu, sampai tersenyum sorang-sorang".  Ujar Qaireena.

"Kalau Abang tengok pun tak salahkan? Dah dia yang tunjuk free, Abang tengoklah. Ke Reen cemburu kalau Abang tengok dia?".  Taufiq menyembunyikan senyumannya.

"Eee...Tak ada maknanya Reen nak cemburu".  Matanya menjeling Taufiq dan langkahnya dilajukan ke depan meninggalkan Taufiq berjalan sendiri di belakangnya.

Taufiq mengejar langkah Qaireena dengan senyuman di bibir.  Dia tahu yang wanita itu cemburu, jika tidak mana mungkin Qaireena akan meninggalkan dia di belakang.

"Abang tak pandang pun perempuan tadi tu, Abang pandang Reen je sepanjang berada dalam kapsul Flyer tadi.  Rasa bahagia je tengok isteri Abang ni tersenyum ceria".  Kata Taufiq apabila dia sudahpun berada di sebelah Qaireena.  Tangan Qaireena dicapai dan mereka jalan beriringan untuk keluar dari kawasan itu.  Qaireena hanya tersenyum mendengar pengakuan lelaki itu.

Taufiq kemudian membawa Qaireena mengisi masa mereka pada petang itu untuk membeli belah dan singgah untuk makan malam sebelum mereka kembali semula ke hotel.

"Penat?". Soal Taufiq apabila dilihatnya Qaireena sudahpun baring di atas katil setelah selesai menunaikan solat isyak.

"Penatlah juga, tapi seronok dapat pergi banyak tempat hari ni".  Jawab Qaireena dengan senyuman.

"Sebenarnya banyak lagi tempat yang Abang nak bawa Reen lawat tapi masa tak mengizinkan sebab kita dah nak balik petang esok.  In Shaa Allah, kalau ada masa kita datang lagi ya".  Kata Taufiq sambil merebahkan badannya di sebelah Qaireena dan menghadap wanita itu.

"Tak apa Reen faham, Abang kan ada kerja lagi nak buat.  Selama tiga hari dekat sini pun dah buat Reen rasa seronok sangat.  Terima kasih sebab sudi luangkan masa untuk Reen". Ucap Qaireena sambil memandang Taufiq di sebelahnya.

Tangan Taufiq naik menyentuh pipi Qaireena, dielus perlahan pipi wanita itu dengan ibu jarinya.

"Terima kasih juga sebab sudi temankan Abang dan sudi terima Abang di hati Reen".  Ucap Taufiq. 

Qaireena senyum memandang Taufiq.  Elusan jari Taufiq dipipinya sudah cukup membuat jantungnya berdegup kencang.  Qaireena meniarap sambil memandang wajah Taufiq, laju bibirnya dibawa ke pipi Taufiq sebelum dia kembali berbaring, memeluk Taufiq dan menyembunyikan wajahnya di dada lelaki itu. 

Taufiq tersenyum dengan perbuatan Qaireena yang tidak disangkanya itu, dia kemudian mengucup ubun-ubun Qaireena dan membalas pelukan wanita itu sebelum mereka sama-sama terlena dan dibuai mimpi.

Happy Reading Korang... Bila Jue free Jue cuba update sekerap mungkin, tapi bila tak ada update maksudnya Jue busy, tak berani nak janji dah selalu ada je halangan.. Now dekat office Jue hampir separuh daripada staff kena Kuarentin sebab covid dan contact rapat, so staff yg tinggal terpaksa buat semua kerja..harap korang sabar menanti bila Jue lambat update ye... thank you korang sebab support karya Jue...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience