BB - BAB 44

Drama Completed 308942

TAUFIQ senyum apabila melihat kelibat orang yang ditunggunya telahpun sampai.  Jauh disudut hatinya dia benar-benar berasa lega apabila lelaki itu bersetuju menerima tawarannya.

“Assalammualaikum Tuan, dah lama ke tunggu?” tegur Luth Zareef sambil menghulurkan tangan bersalaman dengan Taufiq.

“Waalaikumsalam, tak adalah saya pun baru je sampai.” jawab Taufiq dengan senyuman.

“Maklumlah dah dekat setahun lebih juga saya tak terbang ke mana-mana selepas habis study.  So bila terbang dan duduk berjam-jam dalam kapal tu rasa pening dan letih, sebab tulah terlajak tidur tadi.” kata Luth Zareef sambil melabuhkan punggungnya di hadapan Taufiq.

“Tak apa Luth, saya faham.  Terima kasih sebab sudi tolong saya dan sanggup datang jauh-jauh sampai ke sini.” ucap Taufiq kepada Luth Zareef.

“Sama-sama Tuan.  Kita hidup ni kenalah saling tolong menolong.  In shaa Allah saya akan tolong mana yang saya mampu.” tutur Luth Zareef bersama senyuman. 

“So macam mana perancangan Tuan? Apa yang saya perlu buat?” soal Luth Zareef setelah pelayan yang mengambil pesanan mereka beredar dari situ.

“Saya dah berbincang dengan Mr Robert, kebetulan bulan lalu ada seorang penyewa yang dah keluar dari salah sebuah rumah sewa miliknya.  Rumah tu selang sebuah rumah je dari rumah Reen, so saya dah sewakan rumah tu untuk awak.” Taufiq mula menerangkan perancangannya.  Luth Zareef tekun mendengar apa yang ingin diterangkan oleh lelaki itu kepadanya.

“Esok pemasangan CCTV akan dibuat dirumah Reen dan Qila.  Pada sebelah malam saya nak awak pantau rumah mereka melalui CCTV, sebab waktu malam selalunya Reen akan tinggal sendirian bila Qila bekerja.” Luth Zareef mengangguk-anggukkan kepalanya tanda memahami penerangan Taufiq.

“Pada waktu siang pula, awak kena ikut ke mana je Reen pergi sama ada dia bersendirian ataupun bersama Qila. Termasuklah semasa dia pergi kuliah.” terang Taufiq lagi.

“Puan Reen tahu ke yang Tuan upah saya untuk jadi bodyguard dia dari jauh?” soal Luth Zareef.

“Tak, dia tak tahu langsung yang saya upah bodyguard.  Reen pun sebenarnya tak nak saya sediakan bodyguard untuk dia. Tapi setelah apa yang menimpa dia empat hari lalu, saya perlu buat sesuatu untuk pastikan dia sentiasa berada dalam keadaan selamat.” ujar Taufiq.

“Apa sebenarnya yang berlaku Tuan?” tanya Luth Zareef.  Sehingga ke hari ini Taufiq masih tidak memberitahunya tentang apa yang telah berlaku kepada Qaireena.  Taufiq hanya memberitahu bahawa dia sangat memerlukan pertolongan darinya demi menjaga keselamatan Qaireena di sini.

“Reen hampir dirogol oleh senior dia sendiri dekat rumah Luth. Mujurlah Mr Robert nampak lelaki tu memanjat tingkap rumah Reen, kalau tak, saya pun tak tahu apa yang akan terjadi pada Reen. Bila saya sampai dekat sini, luluh hati saya tengok muka Reen yang dilempang oleh budak tu sampai bibir Reen pecah. Sebab tulah saya tak boleh berdiam diri dan pandang ringan tentang keselamatan Reen sekarang.” cerita Taufiq.  Luth Zareef yang mendengar, sangat terkejut.

“Habis mana budak tu sekarang? Dah kena tangkap ke?” soal Luth Zareef lagi.

“Malam tu juga polis tangkap dia.  Tapi mungkin dia diikat jamin, sebab dua hari lepas dia ada datang jumpa Reen dan Qila untuk minta maaf.” jawab Taufiq. 

“Saya risau dia akan ganggu Reen dan Qila semula, lebih-lebih lagi apabila dia dah dibuang dari pengajian oleh pihak kampus disebabkan perkara ni.” sambung Taufiq lagi.  Jelas kelihatan riak kerisauan diwajahnya apabila menceritakan perkara itu.

“Tuan ada gambar budak lelaki tu ke? Senang sikit saya nak buat kerja kalau saya kenal wajah budak tu.” ujar Luth Zareef sambil memandang wajah Taufiq. Gambar Iqmal yang diminta oleh Taufiq daripada Aqilah ditunjukkan kepada Luth Zareef.

“Orang Malaysia juga ke?” soal Luth Zareef sambil meneliti wajah Iqmal di skrin telefon bimbit Taufiq itu.

“Iya orang Malaysia juga.” jawab Taufiq. Luth Zareef mengangguk-anggukkan kepalanya.

“So esok awak dah boleh berpindah masuk ke rumah sewa awak, barang-barang keperluan pun saya dah sediakan. Kalau ada apa-apa yang kurang, nanti awak beritahu je.  Saya harap awak dapat jalankan tugas ni sebaik mungkin sebab saya dah letakkan sepenuh kepercayaan saya pada awak untuk menjaga keselamatan isteri saya dekat sini.” tutur Taufiq.

“In shaa Allah, saya akan laksanakan amanah ni dengan baik Tuan.” kata Luth Zareef dengan senyuman.  Dia juga tidak mahu sesuatu berlaku pada Qaireena.  Wanita yang telah mencuri hatinya semenjak pertama kali mereka bertemu. 

Namun apakan daya, dia hanya mampu mencintai tetapi tidak mampu untuk memiliki.  Cinta itu sesuatu yang unik jika dipandang dari sudut yang berbeza.  Kita bisa mencintai sesiapa sahaja, walau tanpa memiliki, kerana dengan rasa cinta itu kita mahu melihat orang yang dicintai hidup bahagia walau bukan bersama kita.

••••••••••

Qaireena dan Aqilah yang baru sahaja pulang dari kuliah saling berpandangan apabila melihat beberapa orang lelaki yang sedang memanjat menggunakan tangga dan sedang menarik wayar dikawasan luar rumah mereka.

“Mr Robert ada bagitahu kau apa-apa ke pasal dia nak buat sesuatu dekat rumah sewa kita?” soal Qaireena sambil memandang Aqilah.

“Tak ada pula, selalunya kalau dia nak repair sesuatu dekat rumah kita mesti dia akan bagitahu aku awal-awal sebelum contractor yang dia upah datang.  Lagipun aku tak ada pula mengadu apa-apa kerosakan pada dia.” jawab Qaireena.

Taufiq yang sedang berdiri sambil melihat kerja-kerja pemasangan CCTV itu menoleh ke arah Qaireena dan Aqilah apabila mendengar kedua wanita itu memberi salam.

“Awal balik, kata kuliah sampai petang?” soal Taufiq dengan senyuman selepas menjawab salam kedua wanita itu.

“Kuliah pukul 2 petang dibatalkan, sebab tulah awal balik.” jawab Qaireena sambil mendekati Taufiq.

“Apa yang mereka nak buat ni? Mr Robert tak ada pula bagitahu kami yang dia nak buat sesuatu dekat rumah ni.” tanya Qaireena.  Pandangannya dihalakan kepada Taufiq.

“Jom masuk dulu, nanti Abang bagitahu dekat dalam.” kata Taufiq dengan senyuman. Sebelah tangannya terus memaut pinggang Qaireena dan jalan beriringan masuk ke dalam rumah.

Qaireena dan Aqilah melabuhkan punggung di kerusi meja makan manakala Taufiq pula terus berlalu ke dapur.  Aqilah memandang Qaireena.

“Macam ada hal penting sangat je ni.” kata Aqilah.

“Hmm...Tulah, entah apa jelah yang orang tua ni nak buat.” bebel Qaireena.

“Reen, Abang dengar.” kata Taufiq yang baru sahaja keluar dari dapur sambil membawa dua gelas berisi air oren. Serta merta Qaireena menekup mulutnya dengan tapak tangan. Aqilah pula sudah menahan senyum.

“Seronok ya mengata Abang. Yang tua ni jugalah Reen rindu sampai tak keruan kan.” ujar Taufiq. Gelas berisi oren diletakkan di hadapan Qaireena dan Aqilah sebelum dia melabuhkan punggungnya disebelah Qaireena.

“Reen gurau jelah.” tutur Qaireena bersama senyuman sambil memandang Taufiq.

“Yang tu nanti kita bincang, ada denda untuk Reen sebab mengata Abang.” Qaireena yang mendengar terus mencebik.

“Sekarang ni Abang nak bagitahu pasal pemasangan CCTV dekat rumah ni.” sambung Taufiq lagi.

“CCTV?” serentak Qaireena dan Aqilah bersuara. Mereka berdua saling berpandangan sebelum pandangan mereka dihalakan semula kepada Taufiq.

“Ya CCTV. Abang pasang CCTV di beberapa sudut rumah ni untuk pantau keselamatan Reen dan Qila memandangkan Reen tak nak Abang upah bodyguard untuk menjaga Reen. Bila ada CCTV ni Abang dekat Malaysia pun boleh tengok keadaan Reen dekat sini.”

“Qila, saya harap awak tak kisah dengan apa yang saya buat ni.” ujar Taufiq lagi sambil memandang Aqilah.

“Selepas apa yang berlaku, saya rasa tak salah kalau Tuan nak buat sesuatu demi menjaga keselamatan Reen, lebih-lebih lagi saya selalu tak ada dekat rumah pada sebelah malam.” kata Aqilah.

“Terima kasih Qila.” ucap Taufiq dengan senyuman.

“Dekat bahagian mana je Abang pasang CCTV tu?” soal Qaireena.

“Dekat dalam rumah ni ada dua je, satu menghala ke pintu masuk utama dan satu lagi menghala ke tangga untuk naik ke tingkat atas. Dekat luar pula ada empat, kawasan depan, belakang dan di kedua-dua tepi rumah. Senang Abang nak tengok kalau ada orang memanjat rumah ni.” jelas Taufiq sambil menunjukkan arah dimana CCTV tersebut di pasang.

“Dekat dalam bilik Reen tak nak pasang sekali ke?” Taufiq memandang Qaireena.

“Reen...jangan nak sindir Abang.” kata Taufiq sambil menjeling wanita itu. Qaireena senyum memandang Taufiq.

“Bila pemasangan dah selesai dan semua camera berfungsi dengan baik, barulah Abang boleh balik ke Malaysia dengan tenang. Tapi selepas tu kalau Reen nak suruh orang buka semula CCTV tu terpulanglah, itu hak Reen.” Taufiq kemudian bangun dari kerusi dan terus menuju keluar.

“Alamak, merajuk ke tu?” Qaireena memandang Aqilah.

“Haa tulah kau, dia bukan main lagi risaukan keselamatan kau, kau pula nak main sindir-sindir.” bebel Aqilah pada Qaireena.

“Aku cuma geram je sebab dia buat keputusan tanpa berbincang terlebih dahulu dengan aku. Tapi aku sindir pun memang dengan niat bergurau je.” tutur Qaireena.

“Dah dia nak upah bodyguard kau tak nak, so dia fikirlah cara lain pula. Lagipun ini soal keselamatan kau Reen, kau tak kesian ke dekat dia yang sanggup datang jauh-jauh semata-mata risaukan kau. Sekarang padan muka, kau pujuklah encik Abang kau tu, aku nak naik berehat, malam ni aku kerja. Goodluck Qaireena Azalea.” kata Aqilah sambil bangun dari kerusi dan menapak naik ke biliknya.

Alaa...tak pernah-pernah nak merajuk macam tu, tiba-tiba pula merajuk, buang tabiat agaknya laki aku ni. Bebel Qaireena sendirian. Dia kemudian bangun dan turut naik ke biliknya.

Happy Reading korang :-)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience