BB- BAB 21

Drama Completed 312095

TAUFIQ melabuhkan punggungnya di kerusi meja makan. Dilihatnya Qaireena sedang membantu Mak Leha di dapur untuk menyediakan sarapan pagi.

"Abang tak kerja hari ni?". Soal Qaireena apabila dia melangkah masuk dari dapur dan melihat Taufiq sedang duduk di meja makan dengan hanya memakai tshirt dan sweat pants.

"Tak, saya ambil cuti hari ni". Jawab Taufiq sambil memandang Qaireena yang sedang meletakkan mangkuk berisi sambal udang di atas meja makan tersebut.

"Lepas sarapan nanti, awak bersiap, kita keluar pergi beli barang-barang sikit.  Khamis ni kita akan ke Singapore". Tambah Taufiq lagi.

"Nak ke Singapore? Jalan-jalan dekat sana ke?". Soal Qaireena.  Taufiq menganggukkan kepalanya sambil memandang Qaireena.

"Setakat ni saya boleh bawa awak jalan-jalan ke sana je sebab saya tengah sibuk uruskan satu projek, so saya tak dapat nak ambil cuti lama untuk bawa awak ke New Zealand, Paris, Korea dan Istanbul".  Jawab Taufiq.  Mendengarkan kata-kata lelaki itu, Qaireena terus tertawa. 

"Sindir Reen ke tu.  Reen gurau jelah kata nak pergi semua tempat tu".  Ujar Qaireena bersama sisa tawanya. Taufiq tersenyum melihat Qaireena yang tertawa ceria.

"Antara semua tempat yang awak sebut tu mana satu yang awak teringin sangat nak pergi?". Tanya Taufiq.

"Emm...of course lah Korea. Manatahu dapat jumpa pelakon-pelakon kacak dalam drama tu".  Jawab Qaireena sambil tangannya sibuk menyenduk nasi lemak ke dalam pinggan dan diletakkan di depan Taufiq.  Bibirnya pula masih lagi menguntum senyum.

"Awak pun tak terkecuali juga rupanya menjadi  wanita yang obses dengan artis Korea". Taufiq tertawa kecil.

"Salah ke? Mereka kan kacak, comel, sweet dan romantic. Mestilah perempuan suka". Kata Qaireena.

"Kacak sebab buat pembedahan plastik. Hidung, dagu, bentuk muka hampir semuanya dah diubah. Kacak ke tu?". Ujar Taufiq.  Bibirnya masih lagi mengukir senyuman seakan mengejek artis-artis Korea yang sering menjadi pujaan semua wanita-wanita Malaysia terutamanya golongan remaja. 

"Rasa tergugat ke sebab mereka digilai oleh ramai wanita?".  Wajah Taufiq dipandangnya dengan senyuman yang disembunyikan.

"Sedikit pun tak.  Sebab saya dah cukup bangga dengan kekacakan semulajadi muka saya ni.  Sweet dan romantic saya tak semurah sweet dan romantic mereka yang ditayangkan dekat drama tu, orang istimewa je yang akan tahu".  Jawab Taufiq selamba.

Qaireena senyum sambil mengangkat kedua belah keningnya.

"Senyum mengejek saya ke tu? Sebab awak rasa saya dah tua so awak tak percaya yang saya ni masih sweet dan romantic lagi?".  Kata Taufiq sambil memandang Qaireena.  Senyumannya juga turut di tahan.

"Eh..Mana ada Reen kata Abang tua, Abang sendiri yang perasan tua".  Ujar Qaireena sambil mula menyuap nasi lemak ke dalam mulutnya.  Sekali lagi Taufiq tersenyum memandang Qaireena apabila mendengar kata-kata wanita itu.

••••••••••

Tengah hari Khamis itu, Pak Abu menghantar Qaireena dan Taufiq ke lapangan terbang untuk berangkat ke Singapore.   Terpancar keterujaan di wajah Qaireena memandangkan itu adalah kali pertama dia akan menjejakkan kaki ke negara orang walaupun Singapore tidaklah sejauh mana.

Semenjak dari kecil, dia dan Qaisara tidak pernah di bawa berjalan-jalan keluar dari Malaysia.  Ya, ayah dan ibunya bukanlah orang berada yang mampu membawa mereka dua beradik bercuti ke luar negara setiap kali tibanya musim cuti persekolahan seperti sesetengah rakannya yang lain. 

Walaupun begitu, Encik Azamudin dan Puan Qamariyah sentiasa sedaya upaya cuba memenuhi keperluan dan keinginan mereka dua beradik agar mereka tidak merasa kekurangan.  Apa sahaja yang dia dan Qaisara mahu pasti akan cuba ditunaikan oleh kedua ibu bapanya itu.

Sampai sahaja di Singapore, mereka terus menuju ke Marina Bay Sands.  Taufiq menempah penginapan di situ kerana ianya berdekatan dengan dek pemerhati skypark yang membolehkan mereka menyaksikan pemandangan indah bandar Singapore pada waktu malam.

"Wah cantiknya bangunan ni, nampak unik".  Puji Qaireena ketika mereka diturunkan oleh pemandu teksi di hadapan bangunan yang terdiri dari 3 buah menara yang seolah-olah sedang menopang sebuah kapal yang panjang dan menara pertama dari tiga menara itu pula di bina dengan rekaan condong yang menambahkan lagi keunikan bangunan tersebut.

"Kita akan menginap dekat sini sepanjang kita berada di Singapore".  Kata Taufiq dengan senyuman.  Dia kemudian terus menuju ke kaunter untuk menguruskan daftar masuk ke bilik mereka.

"Hello, welcome to Marina Bay Sands, my name is Clarissa, may I help you sir?".  Sapa penjaga kaunter itu kepada Taufiq dengan senyuman.

"Hai, my name is Taufiq Taqiudin, can you check my booking for two rooms?".  Kata Taufiq.

"Abang, tempah dua bilik ke?". Soal Qaireena pada Taufiq apabila dia mendengar perbualan Taufiq dengan penjaga kaunter tersebut.

"Iyalah, satu bilik untuk awak, satu bilik lagi untuk saya".  Jawab Taufiq sambil memandang Qaireena yang berdiri di sebelahnya.

"Tak boleh ke kita share bilik je?". Tanya Qaireena lagi.

"Kenapa?". Soal Taufiq tanpa menjawab pertanyaan Qaireena.

"Sebab...Reen takut nak tidur sorang-sorang dekat tempat yang Reen tak pernah datang".  Jawab Qaireena jujur.

"Habis tu awak nak share bilik dengan saya?".  Wajah Qaireena dipandang Taufiq.  Perlahan wanita itu menganggukkan kepalanya sebagai jawapan.

"Awak tak kisah?".  Tanya Taufiq lagi. 

"Tak".  Jawab Qaireena

"Okay, jangan menyesal".  Kata Taufiq sambil menyembunyikan senyumannya.

"Nak menyesal apa pula, bukannya Abang alien ke, makhluk halus ke, pembunuh ke".  Bebel Qaireena.  Taufiq tertawa kecil apabila mendengar bebelan Qaireena itu.

Selesai mendaftar masuk, mereka terus menaiki lift untuk menuju ke bilik mereka.

"Cantiknya bilik ni".  Puji Qaireena sambil meneroka ke seluruh pelosok bilik tersebut.  Taufiq hanya tersenyum melihat keterujaan Qaireena.  Terasa senang hatinya dapat melihat Qaireena yang begitu gembira.

"Kalau awak nak berehat dan bersihkan badan pergilah, lagipun dah masuk waktu asar ni.  Nanti saya bawa awak jalan-jalan dekat  puncak bangunan hotel ni, pemandangan dari atas cantik pada waktu petang dan malam".  Kata Taufiq dengan senyuman.

"Thank you sebab bawa Reen jalan-jalan ke sini".  Ucap Qaireena sambil memandang Taufiq.

"Saya pun dah lama tak bercuti dan jalan-jalan sebab tak ada peneman, selama ni kehidupan saya hanya di rumah dan pejabat je.  Kalau ada meeting dekat luar kawasan pun saya lebih banyak berdiam dalam bilik hotel.  So, thank you juga pada awak sebab tak malu nak temankan pakcik tua ni jalan-jalan".  Kata Taufiq dengan senyuman.

"Suka sangat mengaku diri tu tua".  Bebel Qaireena kemudian terus menarik begnya dan di letakkan berhampiran almari.  Dia kemudian mengeluarkan pakaiannya dari dalam beg sebelum menghilang ke dalam bilik mandi.

Petang itu, Taufik membawa Qaireena naik ke Sands Skypark iaitu puncak bangunan hotel Marina Bay Sands yang kelihatan seperti kapal jika dipandang dari bawah bangunan tersebut.  Dari situ mereka dapat melihat pemandangan indah keseluruhan kota Singapore. Selain itu, terdapat juga taman-taman hijau dan kolam infiniti yang menjadi daya tarikan para pengunjung yang menginap di hotel itu.

"Inilah yang awak nampak macam kapal masa awak pandang dari bawah tadi". Kata Taufiq pada Qaireena.

"Reen suka tengok rekaan bangunan ni unik sangat.  Yang lagi buat menarik taman dan kolam infiniti tu, macam kolam dekat atas awan". Ujar Qaireena dengan senyuman sambil tangannya sibuk mengambil gambar pemandangan di sekitar Sands Skypark itu.

"Nak saya ambilkan gambar awak?".  Soal Taufiq apabila dilihatnya Qaireena sedang mengambil gambarnya sendiri.

"Nak".  Jawab Qaireena dengan senyuman.  Dia kemudian menghulurkan telefon bimbitnya kepada Taufiq.

Setelah mengambil beberapa keping gambar Qaireena, Taufiq mengembalikan semula telefon bimbit wanita itu. 

"Jom tangkap gambar berdua". Kata Qaireena.  Dia kemudian merapatkan badannya dengan Taufiq sambil tangannya bersedia untuk mengambil gambar mereka.

Taufiq hanya senyum apabila Qaireena menangkap gambar mereka berdua. 

"Tak cantiklah gambar ni".  Keluh Qaireena apabila dia melihat semula gambar tersebut. 

Taufiq yang mendengar hanya tersenyum. Bukan dia tidak tahu perangai orang perempuan yang memang takkan pernah puas hati selagi gambar yang mereka ambil tidak seperti yang diinginkan.

Tidak lama kemudian satu pasangan berbangsa cina mendekati Qaireena dan meminta wanita itu untuk mengambil gambar mereka.  Qaireena senyum kemudian menyambut huluran telefon bimbit dari pasangan itu.  Dia mengambil beberapa keping gambar pasangan tersebut seperti yang diinginkan, setelah selesai dia mengembalikan semula telefon bimbit mereka.

Ketika Qaireena menghampiri Taufiq, pasangan tersebut pula menawarkan untuk membantu mengambil gambar mereka berdua.  Qaireena setuju dan terus menghulurkan telefon bimbitnya kepada lelaki tersebut.

"Husband and wife?". Soal lelaki cina tersebut.

"Ya, he is my husband". Jawab Qaireena dengan senyuman.  Lelaki cina tersebut senyum memandang Taufiq. Dia kemudian mengarahkan Taufiq untuk memeluk pinggang Qaireena sebelum dia menangkap gambar mereka.

Taufiq senyum dan hanya menurut sahaja.  Qaireena pula merapatkan badannya ke badan Taufiq manakala tangannya menyentuh dada lelaki itu.  Selepas sahaja dia mengucapkan terima kasih kepada pasangan tadi, Qaireena terus membelek gambar-gambar tersebut.

"Perfect".  Puji Qaireena dengan senyuman yang terukir dibibir.  Taufiq hanya tersenyum memandang wanita itu yang benar-benar berpuas hati dengan gambar mereka berdua yang telah diambil oleh lelaki berbangsa cita tadi.

Puas bersiar-siar di sekitar Skypark tersebut, mereka kemudian singgah disebuah restoran yang terdapat di situ untuk menikmati minum petang sambil menunggu matahari terbenam.

~~~

Selesai mandi, Taufiq yang sudah pun memakai tshirt dan kain pelikat, terus sahaja membentangkan sejadah untuk menunaikan solat maghrib.

"Nak berjemaah sekali?".  Soal Taufiq sambil memandang Qaireena yang baru sahaja keluar dari bilik mandi.  Qaireena senyum kemudian menganggukkan kepalanya tanda setuju.  Sejadah dibentangkan di belakang Taufiq manakala kain telekung di sarung ke badannya.

Setelah memberi salam dan membaca doa, Taufiq menoleh ke belakangnya apabila dia mendengar esakan halus.

"Reen, awak okay tak ni".  Soal Taufiq lembut apabila dilihatnya wanita itu sedang menangis.  

"Reen okay, cuma tiba-tiba je rasa rindu dekat ayah.  Dulu ayah selalu jadi imam bila solat maghrib dan isyak. Sekarang semua tu hanya tinggal kenangan je,  takkan dapat diulang semula".  Luah Qaireena sambil mengesat airmatanya.

"Sesekali rindu datang menyapa, kenangan tulah yang akan menjadi penawarnya.  Jangan lupa sedekahkan Al-Fatihah semoga dia tenang di sana".  Ujar Taufiq. Qaireena mengangguk perlahan.

"Awak pergilah bersiap, lepas tu kita pergi makan malam ya".  Kata Taufiq sambil bangun dari duduknya.

"Abang...".  Panggil Qaireena lembut. 

Taufiq menoleh ke arah Qaireena.  Dilihatnya wanita itu menghulurkan tangan untuk bersalaman dengannya.  Taufiq senyum dan terus menyambut huluran tangan Qaireena.  Perlahan wanita itu mengucup tangannya manakala dia pula menyentuh lembut ubun-ubun Qaireena.  Niat dihati ingin mengucup dahi wanita itu namun dia bimbang jika Qaireena tidak suka.

Happy Reading korang, Sorry sebab telah memungkiri janji semalam, tiba2 ada emergency so tak dapat nak siapkan. Bab malam ni pun pendek je, kita jumpa lagi esok malam ye... :-)

Share this novel

Camielya Bunyung
2021-02-11 01:29:19 

luahkan perasaan tu taufik...


NovelPlus Premium

The best ads free experience