BB - BAB 2

Drama Completed 308939

TAMAT sahaja kuliahnya, Qaireena melangkah keluar dari dewan kuliah. Hatinya sudah tidak sabar untuk pulang dan bertemu dengan ibu dan adiknya. Setelah memastikan semua barang-barang yang ingin dibawanya sudah lengkap dan dimasukkan ke dalam beg sandang, dia kemudian menukar pakaiannya. Hoodie sweater yang berwarna putih disarungkan dibadannya bersama seluar jeans biru. Rambutnya diikat kemas sebelum dia menyarungkan stokin di kaki dan mengangkat beg sandangnya ke bahu.

Helmet yang diletakkan di tepi meja belajarnya dicapai kemudian dia memakai kasut sebelum melangkah keluar dari biliknya. Semasa dia menuruni anak tangga, dia bertembung dengan Adira yang juga baru pulang dari kuliah.

"Kau nak bertolak pulang sekarang ke ni?". Soal Adira pada Qaireena.

"Ya Dira, aku tak nak bertembung dengan waktu orang balik dari bekerja, malas nak bersesak-sesak dekat atas jalan raya tu". Jawab Qaireena.

"Emm...baiklah. Hati-hati tau, kalau dah sampai nanti jangan lupa bagitahu aku". Pesan Adira.

"Okay. Aku pergi dulu ya. Bye". Jawab Qaireena dengan senyuman sambil melambaikan tangan pada rakan sebiliknya itu.

Adira senyum dan turut membalas lambaian tangan Qaireena.

Keluar sahaja dari blok asramanya, Qaireena mendongak ke atas melihat awan. Dilihatnya cuaca pada waktu itu agak redup sedikit. Di dalam hati dia berharap agar hujan tidak turun membasahi bumi. Dia tidak mahu nanti dia membuang masa kerana terpaksa berhenti di perhentian bas untuk berteduh. Cepat-cepat langkah kakinya dihayun menuju ke kawasan parkir motor untuk para pelajar.

Sampai sahaja di kawasan parkir, helmet yang berada di tangannya disarungkan ke kepala sebelum dia menghidupkan skuter Honda Beat 110 miliknya itu. Perlahan Qaireena mengundurkan skuternya untuk keluar dari kawasan parkir tersebut. Baru sahaja dia mahu meneruskan perjalanan, dilihatnya Nasrul sedang berlari-lari anak menuju ke arahnya.

"Reen dah nak bertolak balik rumah terus ke ni?". Soal Nasrul apabila dia sudah mendekati Qaireena yang berada di atas skuter.

"Iya Nas. Reen tak nak bersesak-sesak dekat atas jalan raya tu pula kalau Reen balik sebelah petang". Jawab Qaireena.

"Nas baru habis kuliah ni, nasib baik Nas perasan dari jauh tadi, kalau tak mesti Nas tak sempat nak jumpa Reen sebelum Reen balik". Ujar Nasrul dengan senyuman.

"Semalam kan dah jumpa. Lagipun Reen risau kalau hujan turun sebelum Reen sempat sampai rumah, tak pasal-pasal kena buang masa lagi singgah untuk berteduh". Kata Qaireena.

"Semalam lain, hari ni lain. Nanti rindu pula sebab dua hari tak dapat jumpa Reen". Ujar Nasrul bersama senyuman yang masih menghiasi bibirnya.

"Hmm...yalah tu". Sambil bibirnya mengukir senyuman memandang Nasrul.

"Reen dah makan ke ni?". Tanya Nasrul lagi.

"Belum. Nanti Reen makan dekat rumah je lah dengan Sara". Jawab Qaireena.

"Iyalah, hati-hati bawa skuter tu, jangan laju-laju pula. Nanti dah sampai rumah jangan lupa bagitahu Nas ya". Pesan Nasrul.

"Baiklah, Reen gerak dulu ya. Bye". Sambil melambaikan tangan kepada Nasrul.

Nasrul senyum dan turut melambai tangan kepada Qaireena. Dia melihat wanita itu berlalu sehingga hilang dari pandangan matanya barulah dia melangkah balik menuju ke asrama lelaki.

~~~

Hampir sejam dia menunggang skuter, akhirnya Qaireena sampai di rumah. Dia turun dari skuter dan membuka pagar rumah. Kelihatan Qaisara sudah pun berdiri di pintu rumah bersama senyuman dibibir sambil memandang Qaireena yang sedang memakirkan skuternya.

Qaireena turun dari skuter dan helmet di buka kemudian diletakkan di atas rak kasut yang berada di tepi pintu masuk rumahnya.

"Assalammualaikum". Ucap Qaireena kepada Qaisara sambil membuka kasutnya dan disusun di rak kasut.

"Waalaikumsalam". Jawab Qaisara sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan kakaknya itu.

Qaireena menyambut huluran tangan Qaisara sebelum dia terus memeluk adiknya itu. Sedari tadi dia cuba menahan airmatanya daripada mengalir saat melihat wajah pucat adiknya itu. Senyuman diukir dibibir bagi menutupi kesedihan dihati.

Perbezaan umurnya dengan Qaisara adalah tiga tahun. Dan tahun ini Qaisara sepatutnya akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), namun disebabkan kesihatannya yang semakin merosot dan sering pengsan di sekolah akibat penyakit Leukemia yang dihidapinya, Puan Qamariyah telah mengambil keputusan untuk memberhentikan Qaisara daripada bersekolah agar dia dapat berehat di rumah.

"Rindunya dengan kak Reen, rasa macam lama sangat tak jumpa. Kak Reen sihat?". Sambil meleraikan pelukan mereka dan jalan beriringan masuk bersama Qaireena menuju ke ruang tamu.

"Alhamdulillah, Kak Reen sihat. Sara mesti tak sihatkan? Pucat je Kak Reen tengok ni". Kata Qaireena sambil menyentuh pipi Qaisara.

Tanpa menjawab pertanyaan Qaireena, Qaisara terus berlari masuk ke dalam biliknya. Tidak lama kemudian dia keluar bersama senyuman yang terukir dibibir.

"Haa..Sara dah pakai lip tint, dah tak pucatkan? Sara sihatlah Kak Reen". Katanya sambil memandang Qaireena.

Huk..huk..huk..

"Dengan batuk macam tu pun Sara kata sihat?". Qaireena memandang tepat ke wajah adik kesayangannya itu.

"Batuk sikit je ni. Kak Reen sama je dengan ibu, risau melebih-lebih". Ujar Qaisara.

"Kami risau sebab....". Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, Qaisara terus mencelah.

"Sebab Kak Reen dan ibu sayangkan Sara. Sara tahu". Kata Qaisara dengan senyuman yang meleret sambil memandang Qaireena.

Qaireena tersenyum memandang adiknya itu. Dia tahu Qaisara sedang berusaha untuk tidak membuatkan dia dan ibu risau akan keadaan dirinya itu. Sungguh, dia benar-benar kagum melihat kekuatan dan ketabahan Qaisara dalam menghadapi penyakit yang dihidapinya itu. Dia sendiri tidak yakin pada diri sendiri adakah dia mampu menjadi sekuat dan setabah itu seandainya dia yang diuji dengan penyakit sebegitu.

"Sara dah makan?". Soal Qaireena.

"Belum lagi. Sebab ibu ada bagitahu Sara semalam yang Kak Reen akan balik tengah hari ni, jadi Sara tunggulah Kak Reen nak makan sekali". Jawabnya sambil memandang Qaireena dengan senyuman.

"Kenapa Sara tak makan dulu, dah dekat pukul 2 petang ni. Sara kan nak makan ubat lagi". Kata Qaireena. Dia kemudian bangun dari sofa dan menapak ke dapur.

Qaisara menuruti langkahnya dari belakang.

"Sara nak makan dengan Kak Reen. Bukan selalu pun lewat makan ubat, sekali sekala je". Jawab Qaisara sambil tangannya mencapai dua biji pinggan dan di bawa menuju ke meja makan.

Qaireena terus memanaskan lauk yang berada di dalam periuk. Semenjak kesihatan Qaisara yang tidak menentu itu, Puan Qamariyah tidak membenarkan Qaisara melakukan apa-apa kerja pun termasuklah memasak. Oleh itu, setiap hari sebelum bertolak ke pejabat, dia akan menyediakan sarapan pagi dan sekaligus memasak lauk untuk Qaisara makan pada waktu tengah hari.

Setelah menghidangkan lauk di atas meja, mereka berdua duduk menikmati makan tengah hari bersama sambil berbual-bual.

~~~

Lebih kurang pukul 7 malam, Puan Qamariyah sampai di rumah. Mendengar sahaja suara kereta ibunya yang masuk ke halaman rumah, Qaireena terus melangkah dan membuka pintu rumah. Dia menyambut kepulangan ibunya itu di pintu bersama senyuman yang menghiasi bibir. Sungguh dia benar-benar rindu dengan wanita itu.

Qaireena menghulurkan tangan bersalaman dan mencium tangan ibunya. Puan Qamariyah senyum dan terus memeluk Qaireena.

"Rindunya dengan anak dara ibu yang sorang ni". Kata Puan Qamariyah dengan senyuman.

"Reen pun rinduuu sangat dekat ibu". Sambil mencium kedua belah pipi Puan Qamariyah. Dia kemudian terus memeluk lengan Puan Qamariyah dan jalan beriringan masuk ke dalam rumah.

"Sara mana?". Soal Puan Qamariyah.

"Sara tengah mandi ibu". Jawab Qaireena.

"Emm..yalah, ibu pun nak masuk mandi dulu. Nanti ibu masak lepas tu kita makan malam sama-sama ya". Kata Puan Qamariyah sambil mengukir senyuman.

"Reen dah masak tadi ibu, tapi masak yang simple-simple jelah". Kata Qaireena sambil tertawa kecil.

"Bertuahnya ibu dapat anak dara yang rajin. Terima kasih sayang". Ucap Puan Qamariyah pada Qaireena dengan senyuman.

"Reen pun bertuah sebab dapat ibu yang penyayang dan tabah macam ibu". Balas Qaireena bersama senyuman dibibir.

"Ibu pergilah mandi dulu, dah masuk waktu maghrib ni". Sambung Qaireena lagi apabila matanya melirik ke arah jam di dinding.

"Iyalah, ibu masuk dulu ya". Kata Puan Qamariyah sambil bangun dari sofa dan menuju ke biliknya.

Usai menunaikan solat maghrib, mereka bertiga menikmati makan malam bersama dengan penuh berselera.

"Reen, Sara, esok pagi awal bangun dan kemas barang-barang kamu berdua ya, bawa baju untuk dua hari satu malam". Kata Puan Qamariyah sambil menuang air ke dalam gelasnya yang sudah kosong.

"Kita nak pergi mana ibu sampai kena bawa baju pula". Soal Qaisara sambil memandang Puan Qamariyah.

Qaireena juga turut memandang ke arah Puan Qamariyah dan menanti jawapan yang akan keluar dari mulut ibunya itu.

"Kita akan pergi ke Pahang esok dan bermalam dekat Colmar Tropicale. Dah lama ibu tak luangkan masa dengan Reen dan Sara. Asyik bekerja je, Reen pula sibuk dengan kuliah dan assignment kan. So alang-alang Reen dah balik ni, ibu nak kita luangkan masa bertiga sambil jalan-jalan". Jawab Puan Qamariyah dengan senyuman sambil memandang dua anak kesayangannya itu.

"Yeay...seronoknya. Dah lama Sara terperap dekat dalam rumah ni je. Esok dapatlah hirup udara segar dekat Pahang tu". Kata Qaisara dengan teruja.

Puan Qamariyah tersenyum melihat kegembiraan anak bongsunya itu. Begitu juga dengan Qaireena. Namun sempat dia melihat anak sulungnya itu menyeka airmata yang menitis ke pipinya saat melihat keterujaan adiknya itu walaupun bibirnya tetap mengukir senyuman.

"Kak Reen, ingat tak tempat yang Sara kata ada Taman Jepun dan kita boleh sewa baju kimono untuk tangkap gambar disekitar taman tu?". Soal Qaisara sambil memandang Qaireena.

"Mestilah ingat, Sara kan selalu cerita yang Sara teringin nak pergi Jepun, tapi kalau tak dapat pun Sara nak pergi ke tempat tu je pun dah cukup". Jawab Qaireena dengan senyuman.

"Haa...dekat Colmar Tropicale tu lah tempat yang Sara cerita ada Taman Jepun tu. So esok, Sara nak bergambar dekat di situ pakai baju kimono, bolehkan ibu?". Pinta Sara dengan nada yang manja sambil menggerak-gerakkan keningnya ketika dia memandang Puan Qamariyah.

"Boleh sayang. Esok kita bertiga tangkap gambar pakai baju kimono bersama ya". Jawab Puan Qamariyah dengan senyuman.

"Terima kasih ibu, sayaanggg ibu". Kata Qaisara lagi. Qaireena hanya tersenyum melihat tingkah adik kesayangannya itu.

••••••••••

Keesokan harinya, lebih kurang pukul 10 pagi mereka bertolak menuju ke Pahang.

"Penerbangan ibu ke Sarawak tu bila?". Soal Qaireena kepada Puan Qamariyah ketika mereka dalam perjalanan.

"Hari Isnin, dalam pukul 2 petang". Jawab Puan Qamariyah.

"Siapa yang akan jaga Sara nanti bila ibu tak ada?". Tanya Qaireena lagi.

"Ibu dah minta tolong dengan Mak Ngah untuk temankan Sara dekat rumah selama tiga hari dua malam". Kata Puan Qamariyah sambil menumpukan perhatian kepada pemanduannya.

Qaireena mengangguk-anggukkan kepalanya apabila mendengar jawapan Puan Qamariyah. Dia sebenarnya tidak berapa suka apabila ibunya meminta pertolongan daripada adik ayahnya itu, namun dia tahu pasti ibunya sudah tidak mempunyai pilihan lain lagi selain meminta pertolongan daripada wanita itu.

"Kali ni berapa pula bayaran yang Mak Ngah minta untuk temankan Sara selama tiga hari dua malam?". Soal Qaireena sambil menoleh ke arah Puan Qamariyah.

Puan Qamariyah melirik ke arah cermin pandang belakang sebelum dia menjawab pertanyaan Qaireena. Dilihatnya Qaisara sudahpun terlelap bersama headphone yang melekap ditelinganya.

"Lima ratus ringgit Reen". Jawab Puan Qamariyah sambil memandang Qaireena sekilas.

"Mak Ngah ni betul-betul dah melampaulah. Dengan anak saudara sendiri pun nak berkira. Lagipun Sara tu bukannya kecil lagi yang nak dimandikan, ditukarkan lampin dan nak dibasuh bila buang air. Mak Ngah cuma perlu teman dan tengok-tengokkan Sara je, itu pun sampai nak minta upah lima ratus ringgit untuk tiga hari dua malam". Bebel Qaireena sambil menggeleng-gelengkan kepalanya tanda tidak puas hati dengan permintaan ibu saudaranya itu.

"Tak apalah Reen, lagipun ibu dah tak tahu nak minta tolong dengan siapa lagi. Ibu manalah ada ahli keluarga lain. Ibu sendiri pun anak tunggal dan yatim piatu. Keluarga ayah jelah tempat ibu menagih kasih dan meminta pertolongan". Ujar Puan Qamariyah.

"Tapi ibu, Mak Ngah ni dah mengambil kesempatan di atas kesusahan ibu. Bukannya dia tak tahu yang ibu pun bekerja siang malam untuk menampung perubatan Sara dan pembelajaran Reen. Dah tak dapat tolong dengan kewangan, dia sepatutnya bantulah mana yang patut. Takkanlah nak minta tolong tengokkan Sara pun sampai nak minta upah". Kata Qaireena lagi.

"Biarlah Reen, ibu malas nak berbalas kata dengan Mak Ngah kamu tu, apa yang penting sekarang ni ada orang tolong tengok-tengokkan Sara selama ketiadaan ibu. Reen pun nanti, rajin-rajinlah call Sara dan tanya keadaan dia selama ibu dekat Sarawak ya". Tutur Puan Qamariyah sambil memandang Qaireena.

"Baiklah ibu". Jawab Qaireena dengan senyuman.

Sorry korang sebab lambat update... Sorry juga kalau cerita ni membosankan.. jangan lupa follow, rate dan comment... IG jue pula jue_S.86 happy reading korang...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience