BB - BAB 32

Drama Completed 309184

TAUFIQ membantu Qaireena mengelap tingkap dan menukar langsir didalam bilik tersebut.  Manakala Qaireena pula menggantikan cadar pada tilam dan menyusun pakaiannya ke dalam almari.

"Terima kasih sebab tolong Reen kemaskan bilik ni".  Ucap Qaireena sambil melabuhkan punggungnya di sebelah Taufiq yang sedang duduk di birai katil.  Taufiq senyum memandang Qaireena.

"Sama-sama sayang.  Ada lagi ke barang-barang yang Reen perlukan?  Kalau ada, kita keluar pergi beli, Abang nak settle kan semuanya hari.  Mula esok Abang nak luangkan masa berjalan-jalan dengan Reen je sebelum Abang balik ke Malaysia".  Ujar Taufiq.

"Tak ada lagi rasanya, semua barang dah lengkap.  Barang-barang dapur, nanti jelah Reen pergi beli dengan Qila".  Jawab Qaireena.

"Iyalah, satu je Abang nak pesan, kalau keluar tu hati-hati, utamakan keselamatan diri dulu sebelum buat sesuatu dan jangan percaya sangat dengan orang yang baru dikenali.  Abang jauh, tak dapat nak jaga Reen, hanya doa Abang je yang akan sentiasa mengiringi Reen dekat sini".  Pesan Taufiq sambil memandang wajah isteri kesayangannya itu.

"Abang ni, awal-awal lagi dah buat Reen sedih dengan pesanan Abang tu".  Tutur Qaireena dengan airmata yang mula bergenang di tubir matanya.  Taufiq senyum dan terus menarik bahu Qaireena rapat ke badannya.

"Sorry sayang, Abang hanya nak ingatkan Reen je, bukan sengaja nak buat Reen sedih.  Abang cuma risau bila fikirkan yang Reen akan jauh dari Abang nanti".  Ujar Taufiq sambil mengusap bahu Qaireena lembut.

"In shaa Allah, Reen akan jaga diri dekat sini, Abang jangan risau ya.  Abang pun sama, jaga diri dan jaga kesihatan, yang paling penting jaga hati Abang ni dan jangan benarkan mana-mana perempuan yang ambil alih tempat Reen".  Kata Qaireena sambil jarinya menunjuk ke dada Taufiq.  Matanya pula memandang tepat ke wajah lelaki itu.  Taufiq yang mendengar terus tertawa kecil.

"Takkan ada sesiapa yang boleh mengambil tempat Reen di hati Abang ni, sebab Abang dah kunci pintu hati Abang saat Reen masuk dan menakluki keseluruhan ruang dalam hati Abang".  Tutur Taufiq bersama senyuman dibibir sambil tangannya naik menyentuh dagu Qaireena.

"Boleh percaya ke? Manatahu Abang bosan dekat sana bila Reen tak ada lepas tu Abang terus cari pengganti Reen". Matanya masih melekat di wajah Taufiq.

"Hmm...Wanita dan over thinking memang tak dapat dipisahkan".  Ucap Taufiq dengan senyuman manakala kepalanya pula digeleng-gelangkan.

"Dalam long distance relationship, perkara yang paling penting sekali adalah kepercayaan dan kesetiaan sayang.  Bila kita hilang kepercayaan atau kita tak setia pada pasangan, hubungan tu dah tak ada erti lagi, dan akhirnya akan musnah macam tu je.  So, elakkan over thinking dan jangan biarkan perasaan menguasai diri.  Fikirlah yang baik-baik, semoga yang terjadi juga adalah perkara yang baik.  Satu yang Abang nak Reen tahu, Abang sayang dan cintakan Reen sepenuh hati Abang.  Hanya Reen yang Abang mahukan, kerana Reen adalah sumber kebahagiaan Abang".  Sambung Taufiq lagi.  Qaireena terdiam seketika saat mendengar kata-kata Taufiq itu.

"Sorry sebab fikir yang bukan-bukan, Reen takut Abang berubah hati bila Reen balik Malaysia nanti dan Reen takut Abang akan tinggalkan Reen".  Tutur Qaireena dengan wajah yang ditundukkan.

"Orang yang sepatutnya takut adalah Abang sayang, sebab Reen masih muda dan cantik.  Bila study dekat sini Reen akan jumpa ramai orang, lelaki-lelaki berkulit putih pula semua handsome, lengkap dengan pakej bermata biru pula tu, tak mustahil Reen akan terpikat dengan mereka.  Abang ni dah tua, confirm akan kalah dengan mereka tu".  Ujar Taufiq bersama senyuman.

"Reen yakin itu takkan berlaku, sebab hanya Abang je yang Reen mahukan.  Reen akan jaga hati Reen hanya untuk Abang dan akan sentiasa berdoa semoga Allah tetapkan hati dan kuatkan iman Reen sepanjang Reen berada di sini".  Kata Qaireena sambil memandang wajah Taufiq manakala tangannya pula menggenggam erat tangan lelaki itu.

"Sama-sama kita berdoa semoga jodoh kita berdua berkekalan tak kira apa jua ujian yang menimpa, ya".  Tangan Qaireena yang sedang menggenggam tangannya, dibawa ke bibir dan dikucup lembut.  Qaireena senyum dan menganggukkan kepala.

Setelah memastikan semua barang-barang yang dibawanya sudah dikemas, Qaireena dan Taufiq kembali ke hotel mereka untuk berehat.  Memandangkan Taufiq masih berada di sana, Qaireena akan menemaninya tinggal dihotel sehinggalah lelaki itu pulang semula ke Malaysia. 

Walaupun Aqilah ada menawarkan agar Qaireena membawa sahaja Taufiq bermalam di rumah mereka, namun Taufiq tidak bersetuju kerana dia tidak mahu mengganggu keselesaan sahabat isterinya itu disamping menghormati Aqilah sebagai wanita.

•••••••••

Selepas  menikmati sarapan pagi, Taufiq dan Qaireena mendaftar keluar dari hotel yang mereka duduki itu dan terus menuju ke Bondi Beach, New South Wales.

Bondi Beach adalah salah satu pantai yang sangat terkenal di Australia.  Ombaknya yang kuat dan tinggi menjadikan pantai itu terkenal sebagai tempat untuk meluncur air.  Pasir pantai yang putih dan halus serta air laut yang biru turut menjadi tarikan ramai pengunjung datang ke pantai itu untuk bersantai dan bermandi manda sambil menikmati pemandangan laut.

"Wah cantiknya pantai tu, tapi satu je yang buat dia jadi tak best kalau nak jalan-jalan dekat tepi pantai tu".  Kata Qaireena setelah mereka mendaftar masuk ke dalam bilik hotel mereka di Bondi Beach tersebut.

"Apa yang tak bestnya?".  Soal Taufiq dengan kening yang berkerut sambil memandang wajah Qaireena yang bersahaja di sebelahnya.

"Semua perempuan yang bersantai dekat pantai tu pakai bikini, Reen risau mata Abang jadi juling kalau Reen ajak Abang jalan-jalan dekat tepi pantai tu.  Ataupun Abang memang sengaja bawa Reen datang ke sini sebab nak cuci mata".  Jawab Qaireena.  Taufiq yang mendengar terus tertawa.

"Haa...sukalah tu.  Abang jangan macam-macam tau, kalau Reen pun pakai bikini macam tu baru Abang tahu".  Matanya menjeling Taufiq yang masih lagi tertawa.

"Reen nak ke pakai macam tu?".  Tanya Taufiq bersama sisa tawanya.

"Abang bagi ke Reen pakai?".  Soal Qaireena tanpa menjawab pertanyaan lelaki itu.

"Bagi".  Jawab Taufiq sepatah bersama senyuman yang meleret.

"Betul ni?  Abang tak kisah orang nampak Reen pakai macam tu jalan-jalan dekat tepi pantai?".  Tanya Qaireena sambil memandang tepat ke wajah Taufiq.

"Abang bagi Reen pakai bikini, tapi Reen cuma boleh pakai di depan Abang sorang je, bukan untuk jalan-jalan di tepi pantai tu.  Abang tak nak share dengan orang lain, hanya Abang sorang je yang boleh menikmati kecantikan tubuh isteri Abang ni".  Jawab Taufiq dengan senyuman.  Dia merapatkan badannya dengan Qaireena dan merangkul pinggang wanita itu. 

"So macam mana? Nak pakai ke? Kalau nak kita pergi beli sekarang".  Senyuman Taufiq meleret dan sebelah matanya dikenyitkan pada Qaireena.  Wajah Qaireena mula kemerahan menahan malu.  Niat dihatinya hanya mahu mengusik Taufiq, namun akhirnya dia pula yang diusik oleh lelaki itu.

"Ish..tak naklah".  Jawab Qaireena tanpa memandang wajah Taufiq.  Sungguh dia malu diusik begitu.

"Tadi bukan Reen kata nak pakai macam tu ke?".  Taufiq menahan senyumannya.

"Reen gurau jelah".  Ujar Qaireena sambil memandang Taufiq.

"Kalau macam tu terpaksalah Abang pergi cuci mata dekat tepi pantai nanti".  Tutur Taufiq, sengaja mahu mengusik Qaireena.

"Abanggg......!".  Semakin galak Taufiq tertawa apabila melihat wajah masam Qaireena.

Puas berjalan di kedai-kedai yang berada di sekitar Bondi Beach itu, pada sebelah petang pula mereka mengisi masa dengan berjalan-jalan di tepi pantai sambil melihat pengunjung pantai yang meluncur air.  Taufiq dan Qaireena juga tidak melepaskan peluang menikmati pemandangan indah matahari terbenam di pantai itu.

••••••••••

Setelah puas menikmati keindahan Bondi Beach dan juga pantai-pantai lain yang berhampiran dengan Bondi Beach tersebut selama tiga hari dua malam, hari itu mereka kembali semula ke pusat bandar Sydney.  Selepas menyimpan bagasi mereka di dalam bilik hotel, Taufiq terus membawa Qaireena melawati Taronga Zoo untuk melihat beberapa haiwan yang menjadi ikonik Australia.

Sampai  sahaja di Taronga Zoo, Qaireena sangat teruja saat melihat koala dan kangaru berada betul-betul di depan matanya.  Terasa seperti sebuah mimpi dia berada di situ dan melihat sendiri haiwan yang selama ini hanya dapat dilihatnya di kaca televisyen sahaja. 

Puas berjalan dan melihat pelbagai jenis haiwan yang terdapat di dalam zoo tersebut, Taufiq dan Qaireena menyaksikan pula persembahan penguin dan anjing laut yang sangat menghiburkan hati yang dibuat oleh penjaga-penjaga zoo itu.

Setelah seharian berjalan melawati Taronga Zoo, pada sebelah malam pula Taufiq membawa Qaireena bersantai untuk menikmati makan malam di atas cruise sambil melihat pemandangan malam disepanjang pelabuhan Sydney.

"Reen rasa Abang dah banyak sangat bazirkan duit sebab bawa Reen jalan-jalan".  Kata Qaireena ketika mereka menikmati makan malam di atas cruise itu.

"Tak salahkan Abang nak luangkan masa dan gembirakan hati isteri Abang?".  Tangannya terus mencapai tangan Qaireena yang berada di atas meja.

"Memanglah tak salah, tapi Reen pula yang rasa bersalah sebab Abang dah banyak keluarkan duit untuk Reen study dekat sini.  Lepas tu dalam masa yang sama juga Abang bawa Reen jalan-jalan dan asyik bertukar hotel je".  Ujar Qaireena sambil memandang Taufiq.

"Reen nak tau tak, masa Abang sendiri dulu Abang langsung tak fikir benda lain selain bekerja, apatah lagi nak melancong dan jalan-jalan.  Hidup Abang sunyi dan membosankan.  Tapi sekarang bila dah ada Reen di sisi, Abang terasa nak menjelajah satu dunia ni berdua dengan Reen je.  Abang bahagia bila tengok Reen gembira, rasa hidup Abang ni lebih bermakna".  Tutur Taufiq.

"Reen janganlah rasa bersalah pula, sebab apa yang Abang buat, selain untuk menggembirakan hati Reen benda tu juga adalah kebahagiaan Abang.  Abang bersyukur sangat sebab Allah berikan Abang peluang untuk mengecapi bahagia bersama Reen.  Kehadiran Reen adalah satu anugerah terbesar dalam hidup Abang selepas kelahiran Fazil".  Tambah Taufiq dengan senyuman.

"Terima kasih".  Ucap Qaireena bersama senyuman yang menghiasi bibirnya.

"Reen tak mampu nak balas segala pemberian dan pengorbanan Abang pada Reen, tapi in shaa Allah selagi Reen masih bernafas di muka bumi ni, Reen akan sentiasa berada di sisi Abang melainkan sampai satu saat nanti Abang sendiri yang dah tak perlukan Reen dalam hidup Abang lagi". Ujar Qaireena.

"Berdoalah semoga perkara tu takkan berlaku. Kalaupun kita ditakdirkan untuk berpisah, biarlah hanya ajal yang menjadi penyebabnya, bukan kerana pudarnya rasa cinta di hati kita ataupun disebabkan oleh kehadiran orang ketiga". Tutur Taufiq sambil memandang wajah isteri kesayangannya itu. Qaireena senyum dan menganggukkan kepalanya.

Selesai menikmati makan malam, mereka menuju ke dek untuk menikmati pemandangan indah Sydney pada waktu malam yang dihiasi dengan lampu yang berwarni-warni.

Happy Reading korang:-)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience