BB - BAB 50

Drama Completed 309187

BERKERUT kening Qaireena melihat  kotak berbentuk hati berisi coklat yang digubah bersama bunga segar dan teddy bear berwarna putih berada di atas meja kerjanya ketika dia melangkah masuk ke dalam pejabat. Dibelek gubahan coklat bersama bunga segar itu dengan penuh tanda tanya di dalam hati.  Sampul putih kecil yang terselit didalam gubahan itu diambil dan dibukanya.

Cik Qaireena Azalea

Saya mulakan salam perkenalan ini dengan sesuatu yang manis, semanis senyuman awak.

~Zil~

Qaireena senyum sambil menggelengkan-gelengkan kepalanya selepas membaca ucapan di dalam kad kecil itu.  Telefon bimbit diambil dan gambar coklat bersama gubahan bunga itu di hantar kepada Taufiq.

Reen:
Hari kedua bekerja, Reen dah ada peminat misteri dekat syarikat Abang ni :-D

Tidak lama kemudian telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada satu pesanan ringkas yang diterima.  Qaireena mencapai telefon bimbitnya dan membaca mesej tersebut.

Taufiq:
Dari siapa?

Qaireena senyum, telefon bimbitnya diletakkan semula di atas meja tanpa membalas pertanyaan Taufiq.  Sengaja dia membiarkan lelaki itu bertanda tanya.  Entah bagaimana reaksi Taufiq jika mengetahui siapa pemberi coklat itu.

Sepuluh minit kemudian, kedengaran suara pintu bilik pejabatnya di ketuk.  Tetapi belum sempat Qaireena bersuara untuk membenarkan masuk, wajah Taufiq muncul disebalik pintu dan terus menghampiri meja Qaireena.

“Kenapa tak balas mesej Abang?” tanya Taufiq sambil terus membelek kotak berisi coklat bersama gubahan bunga segar di depan wanita itu.

“Abang datang ni sebab tu je ke?” soal Qaireena dengan senyuman tanpa menjawab pertanyaan Taufiq.

“Abang nak tahu siapa orang yang berani cabar Abang dekat syarikat ni.” kata Taufiq dengan wajah serius.  Qaireena tahan senyum mendengar kata-kata suaminya itu.

“Tak ada apa-apa nota atau kad ke disertakan sekali dengan gubahan ni?” tanya Taufiq lagi setelah berulang kali membelek gubahan itu.

“Tak ada.” jawab Qaireena.  Sengaja dia menipu Taufiq.

“Pengecut, bagilah depan-depan kalau gentleman sangat.” bebel Taufiq.  Dia kemudian mengangkat kotak itu dan di campak ke dalam tong sampah.

“Abang, apa ni main buang-buang barang Reen.” kata Qaireena lalu berdiri dan mengeluarkan kotak berbentuk hati tersebut dari tong sampah yang berada di tepi mejanya itu.  Dibetulkan gubahan bunga yang sudah senget sedikit dan diletakkan semula di atas mejanya.  Mencerlung mata Taufiq melihat perbuatan Qaireena.

“Abang pun boleh belikan Reen macam tulah, Reen cakap je nak berapa banyak, tak perlu nak ambil pemberian dari orang yang tak dikenali.” ujar Taufiq sambil memandang wajah isterinya itu dengan wajah serius.  Geram melihat Qaireena mengambil semula kotak berisi coklat yang telah dibuangnya itu.

“Tak sama, yang ni pemberian dari peminat misteri Reen.” jawab Qaireena tanpa memandang Taufiq.  Tangannya masih lagi membetulkan gubahan bunga pada kotak itu.

“Habis tu, Reen sukalah dapat benda ni? Suka sebab ada peminat misteri?” soal Taufiq.  Wajah Qaireena dipandangnya.

“Suka.” jawab Qaireena sepatah.

“Kalau Abang tahu siapa orang tu, nahas dia Abang kerjakan.” tutur Taufiq.  Qaireena senyum sambil menghampiri Taufiq dan berdiri di depan lelaki itu.

“Jealous ke ni?” wajah Taufiq dipandang.

“Tak, cuma sakit hati je sebab Reen sibuk nak terima pemberian dari orang tak di kenali.” jawab Taufiq.

“Okaylah, Abang nak masuk pejabat, banyak kerja nak buat.” Taufiq kemudian terus melangkah keluar dari pejabat Qaireena. Sebal hatinya melihat wanita itu yang mahu menerima pemberian dari orang yang tidak dikenali.

“Merajuklah tu. Ish orang tua ni, dah jealous tak nak mengaku.” kata Qaireena sendirian sambil tertawa apabila Taufiq sudah keluar.  Geli hatinya melihat reaksi suaminya itu.  Matanya beralih semula kepada kotak berisi coklat dan bunga itu.  Sekali lagi Qaireena senyum dan menggelengkan-gelengkan kepalanya.

~~~

Qaireena keluar dari bangunan sambil membawa kotak berisi coklat dan gubahan bunga segar itu.  Taufiq pula sudah menunggunya di dalam kereta. 

Pintu belakang dibuka oleh Qaireena dan kotak berisi coklat tersebut diletakkan di tempat duduk belakang.  Taufiq menoleh dan memandang gubahan itu sekilas.  Masuk sahaja Qaireena ke dalam kereta, Taufiq terus menekan pedal minyak dan berlalu dari situ. 

“Kita nak pergi mana ni?” soal Qaireena apabila melihat Taufiq melalui jalan yang bukan menuju ke rumah mereka.

“Ke bilik sewa Mak Ngah, hari ni Mak Ngah tak ada datang kerja.  Dia cuma hantar mesej pada Abang dan beritahu yang dia nak berhenti kerja.” jawab Taufiq.  Qaireena diam apabila mendengar jawapan suaminya itu.  Pasti Puan Azarina berkecil hati padanya.

“Jom naik.” ajak Taufiq apabila dia sudah memberhentikan keretanya di hadapan sebuah bangunan.

“Mak Ngah tinggal dekat sini?” tanya Qaireena lagi.

“Iya, dekat atas kedai ni ada beberapa bilik yang disediakan untuk di sewa.” kata Taufiq.  Dia kemudian terus menuju ke tangga yang berada ditepi kedai itu untuk naik ke tingkat atas.

Sampai sahaja ditingkat atas, Qaireena memerhati segenap ruang rumah sewa itu.  Terdapat 4 buah bilik, tandas dan dapur yang di kongsi bersama dengan penyewa lain.  

Taufiq mengetuk pintu bilik Puan Azarina, tidak lama kemudian pintu itu terbuka dan terlihat wajah Puan Azarina.

“Oh Taufiq, Reen, ingatkan siapa tadi, maklumlah Mak Ngah memang tak pernah ada tetamu.” kata Puan Azarina dengan senyuman.

“Boleh kami masuk?” tutur Taufiq.

“Masuklah, Taufiq, Reen.  Maaflah kurang selesa sikit sebab bilik ni kecil.” ujar Puan Azarina.

“Kenapa Mak Ngah nak berhenti kerja?” soal Taufiq sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya di atas lantai dalam bilik itu.

Qaireena memerhati bilik sewa ibu saudaranya itu yang hanya terdapat satu tilam bersaiz single yang diletakkan di atas lantai dan satu almari pakaian yang kecil.  Timbul rasa kasihan pada ibu saudaranya itu kerana tinggal di tempat sebegitu.

“Mak Ngah tak nak susahkan Taufiq dan Reen.  Selama ni sewaktu arwah suami Mak Ngah masih ada, kami dah banyak susahkan Reen dan pergunakan Reen.  Dah sampai masanya Mak Ngah berdikari dan uruskan hidup Mak Ngah sendiri tanpa bantuan dari sesiapa, Taufiq.” jawab Puan Azarina dengan senyuman.

“Mak Ngah nak ucapkan terima kasih pada Taufiq sebab sudi tolong Mak Ngah selama tiga tahun ni.  Jasa Taufiq tak dapat Mak Ngah balas.” tambah Puan Azarina lagi sambil jarinya naik menyeka airmata yang mengalir di pipi.

“Mak Ngah, janganlah kata macam tu.  Saya tak pernah pun rasa Mak Ngah susahkan saya.  Saya tolong dengan ikhlas, lagipun kita kan satu keluarga, apa salahnya saling tolong menolong.” tutur Taufiq lembut.  Qaireena yang sedari tadi hanya diam, bangun dari duduknya dan menghampiri Puan Azarina.

“Mak Ngah, Reen minta maaf kalau Mak Ngah terasa hati dengan kata-kata Reen semalam.  Apa yang berlaku pada Reen sebelum ni betul-betul buat Reen takut.  Disebabkan itu Reen lebih berhati-hati, Reen tak nak perkara yang sama berulang lagi.” kata Qaireena. Sungguh, dia rasa bersalah apabila mengingati kata-kata yang dilemparkan kepada wanita itu semalam.

“Mak Ngah faham Reen.  Mak Ngah minta maaf sangat sebab dah banyak susahkan Reen.  Sepatutnya sebagai ibu saudara, Mak Ngah yang menjaga kebajikan Reen dan Sara selepas kamu berdua kehilangan ibu dan ayah tetapi apa yang berlaku sebaliknya pula.  Mak Ngah pergunakan Reen dan langsung tak pedulikan Sara yang sakit.  Maafkan Mak Ngah Reen, Mak Ngah memang layak dihukum.” ujar Puan Azarina bersama airmata yang mengalir membasahi pipinya.  Qaireena yang melihat turut mengalirkan airmata.

“Perkara yang dah lepas tu biarkanlah berlalu.  Apa yang penting Mak Ngah dah sedar dan berusaha perbaiki kesilapan diri. Reen pun dah maafkan Mak Ngah dan arwah Pak Ngah atas apa yang dah berlaku sebelum ni. Kita mulakan hidup baru ya.” pujuk Qaireena.

“Terima kasih Reen sebab sudi maafkan Mak Ngah dan arwah Pak Ngah.” kata Puan Azarina sambil memeluk Qaireena.  Taufiq senyum melihat dua wanita itu berpelukan.  Gembira hatinya melihat Qaireena yang sudah memaafkan ibu saudaranya itu.

••••••••••

Taufiq yang sedang membetulkan tali lehernya di hadapan cermin terpandang gubahan coklat dan bunga yang diletakkan oleh Qaireena di atas meja bersebelahan sofa di dalam bilik mereka.

“Merosakkan pemandangan je.” bebel Taufiq sendiri sebelum berlalu keluar dari bilik tidur mereka itu.  Sakit hatinya memikirkan siapa yang berani memberi gubahan itu kepada isterinya.  Qaireena pula dengan senang hati menerima sahaja pemberian itu walaupun dari orang yang tidak dikenalinya.

“Reen, tengah hari ni kita keluar lunch dengan Fazil, Abang dah kosongkan semua jadual Abang untuk hari ni.” tutur Taufiq ketika mereka dalam perjalanan ke pejabat.

“Okay.” jawab Qaireena dengan senyuman.

Taufiq memeluk pinggang Qaireena ketika mereka melangkah masuk ke pintu utama bangunan sehinggalah masuk ke dalam lift.

“Abang, malulah kalau staff Abang nampak, tak professional tau tak.  Kita kan dekat pejabat sekarang ni.” tegur Qaireena.

“Apa salahnya, isteri Abang kan.  Kenapa? Reen takut peminat misteri Reen nampak ke?” kata Taufiq. Qaireena sembunyi senyum apabila mendengar soalan berbaur cemburu suaminya itu.

“Taklah. Biar beribu pun peminat misteri Reen, hati Reen tetap untuk orang dekat sebelah Reen ni je.  Tua tapi hot.” ujar Qaireena sambil mengenyitkan matanya.  

“Apa Reen cakap?” ketika itu juga lift berbunyi menandakan telah sampai di tingkat yang ingin dituju.  Qaireena terus melangkah keluar tanpa mempedulikan pertanyaan Taufiq.  Dia menahan tawanya. Tahu bahawa lelaki itu geram apabila diejek tua.

“Ish...bertuah punya wife.” bebel Taufiq sendiri.

~~~

Qaireena dan Taufiq sampai terlebih dahulu di restoran yang mereka janjikan dengan Fazil.  Setelah membuat pesanan makanan, Qaireena meminta diri untuk ke washroom.

“Dah lama Papa tunggu? Sorang je ke? Kata nak kenalkan Zil dengan wife Papa.” kata Fazil yang baru sahaja sampai dan melabuhkan punggung di kerusi bertentangan Taufiq.

“Baru dalam sepuluh minit Papa sampai.  Wife Papa ke washroom sekejap.” jawab Taufiq dengan senyuman.

“Apa Zil nak panggil dia nanti, Papa kata dia tua setahun je dari Zil kan?” soal Fazil dengan senyuman. 

Sudah beberapa hari dia memikirkan hal itu.  Terasa lucu pun ada kerana mempunyai ibu tiri yang hanya berbeza setahun dari usianya.  Tetapi itu tidak menjadi isu baginya, asalkan Papanya gembira dan bahagia.  Dia juga tidak mahu Taufiq terus hidup sendirian tanpa teman hidup.  Papanya itu berhak untuk mencari bahagianya sendiri.

“Terpulang pada Zil, nak panggil Mama Reen boleh, nak panggil aunty pun boleh.  Memanglah dia cuma tua setahun dari Zil, tapi gelaran tetap gelaran.  Papa harap Zil dapat terima dia dan hormat dia macam Zil hormat Papa.” tutur Taufiq dengan senyuman. 

“In sha Allah Pa, Zil pun harap Mama Reen dapat terima Zil dengan baik.” ujar Fazil dengan senyuman. Taufiq turut senyum apabila mendengar Fazil membahasakan Qaireena dengan panggilan Mama Reen.

Rancak Taufiq dan Fazil berbual.  Qaireena senyum dan menghampiri dua beranak itu. Terpempan Fazil saat melihat Qaireena mengambil tempat di sebelah Taufiq.  Serta merta dia teringat akan coklat dan gubahan bunga segar bersama teddy bear yang diletakkan diatas meja wanita itu semalam. 

“Zil, kenalkan wife Papa.  Reen, inilah Fazil anak Abang.” Qaireena mengukir senyuman kepada Fazil.

“Hai Zil, apa khabar, sihat?” tegur Qaireena ramah.  Mendengarkan itu, Fazil membetulkan duduknya. Riak terkejutnya cuba disembunyikan.  Dia senyum memandang Qaireena.

“Alhamdulillah sihat.” jawab Fazil. Taufiq senyum melihat kedua insan tersayang didepan matanya itu yang dapat menerima antara satu sama lain dengan baik.

“Sorry lah, hari pertama masuk pejabat, Mama Reen tak berapa kenal muka Zil masa terjumpa dekat lift tu.  Tapi bila dah balik rumah dan tengok semula gambar Zil dengan Papa, baru Mama Reen ingat.”. Tutur Qaireena dengan senyuman.

“Tak apa, Zil pun minta maaf sebab tak kenal, lagipun Papa tak pernah tunjuk gambar Mama Reen pada Zil.” ujar Fazil.  Walau terasa sukar untuk memanggil wanita dihadapannya itu dengan panggil Mama namun sedaya upaya dia cuba menutur gelaran itu sebagai tanda menghormati. 

Taufiq senyum, baru dia perasan yang dia tidak pernah menunjukkan gambar Qaireena pada Fazil.  Qaireena pula hanya dapat melihat gambar Fazil ketika anaknya itu berusia 16 tahun.

“Sorry, Papa pun tak pernah terfikir pasal tu.” kata Taufiq.

Mereka bertiga menikmati makan tengah hari sambil meneruskan perbualan mereka. 

“Reen, Abang nak ke washroom sekejap.” kata Taufiq.

“Okay.” jawab Qaireena.

“Zil, nak minta maaf pasal coklat semalam tu, Zil betul-betul tak tahu yang Mama Reen isteri Papa.” tutur Fazil ketika Taufiq sudah berlalu menuju ke washroom.  Sungguh, dia malu pada wanita dihadapannya itu. Lebih-lebih lagi apabila mengingati kata-kata yang ditulisnya didalam kad kecil yang diselit pada gubahan coklat dan bunga itu. Qaireena senyum.

“Tak apa, Mama Reen tahu Zil tak kenal Mama Reen.  Cuma Papa Zil jelah masih cemburu lagi, dia nak tahu sangat siapa yang bagi coklat dan bunga tu.” ujar Qaireena sambil tertawa kecil.

“Sorry...Mama Reen boleh buang je coklat dan bunga tu supaya Papa tak jealous lagi.  Zil tak nak disebabkan itu, Papa dan Mama Reen bergaduh pula.” kata Fazil lagi

“Zil jangan risaulah, nanti pandailah Mama Reen selesaikan.” Senyuman diukir untuk anak tirinya itu.  Lega hati Qaireena apabila Fazil dapat menerimanya dengan baik dan menghormatinya sebagai ibu tiri walaupun beza usia mereka tidak terlalu jauh.

~~~

“Mana kotak gubahan coklat yang Reen letak atas meja ni?” soal Qaireena ketika dia berdiri di depan cermin.

“Abang minta Mak Leha letak dekat dapur.” jawab Taufiq tanpa memandang Qaireena.

“Kenapa pula nak letak dekat dapur, teddy bear punya comel macam tu Abang suruh letak dekat dapur?”

“Merosakkan pemandangan dalam bilik ni je.  Kalau Reen nak makan coklat tu, pergi dekat dapur.” kata Taufiq dengan wajah serius.  Qaireena menghampiri Taufiq yang sedang duduk di atas katil.

“Tapi, Reen tak rasa nak makan coklat, Reen rasa nak makan Abang malam ni.”

“Tak ada mood.” jawab Taufiq selamba tanpa memandang Qaireena. Dia masih geram dengan wanita itu yang mahu menerima gubahan coklat tersebut.

“Sombongnya.” tutur Qaireena.  Namun Taufiq masih tidak mempedulikannya.  Mata lelaki itu masih tertumpu pada skrin telefon bimbitnya.

“Abang, nak tahu tak siapa yang bagi gubahan coklat tu pada Reen?”

“Siapa?” laju Taufiq menoleh ke arah Qaireena.

Happy Reading korang :-)

Share this novel

Suzila Bt Ahmad Sulikin
2021-05-11 22:10:58 

wah...update plsss

Asmah
2021-05-11 19:58:12 

apa reaksi suami reen gamaknya


NovelPlus Premium

The best ads free experience