BB - BAB 30

Drama Completed 312095

USAI menunaikan solat maghrib, Taufiq melangkah ke balkoni yang terdapat dalam bilik mereka itu apabila dilihatnya Qaireena sedang berdiri di situ.

"Dah sampai planet mana tu? Jauh termenung".  Tegur Taufiq sambil memeluk pinggang Qaireena dari belakang manakala hidungnya pula singgah mencium haruman di kepala wanita itu.  Qaireena senyum dan menyentuh tangan Taufiq yang melingkari perutnya.

"Mana ada Reen termenung". Jawab Qaireena dengan senyuman.

"Habis tu buat apa berdiri dekat luar ni sorang-sorang waktu maghrib macam ni? Masih fikirkan pasal keguguran tu?".  Soal Taufiq lagi.  Qaireena kemudian memusingkan badannya dan menghadap Taufiq.

"Tak mudah untuk lupakan perkara tu dengan cepat, Reen masih rasa sedih, tapi Reen dah redha atas apa yang Allah takdirkan untuk kita.  Cuma Reen berharap Reen akan diberikan peluang lagi untuk merasai indahnya perasaan menjadi seorang ibu".  Luah Qaireena.

"Reen masih muda sayang, in shaa Allah akan ada lagi rezeki untuk kita.  Anggaplah Allah nak permudahkan Reen untuk habiskan study dulu sebelum Reen memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu".  Tutur Taufiq sambil sebelah tangannya naik menyentuh pipi Qaireena. 

"Apa yang penting sekarang, Reen fokus pada study, Abang tak nak Reen fikirkan perkara ni lagi dan Abang tak nak Reen bersedih.  Ingat, setiap ujian yang Allah berikan adalah tanda Allah mengingati dan menyayangi kita.  Dengan ujian yang diberikan itu Allah mahu kita lebih mendekatkan lagi diri kita pada-Nya, kerana tak ada yang lebih berkuasa di dunia ni selain DIA".  Tambah Taufiq.  Qaireena yang mendengar, senyum dan  menganggukkan kepala.  Dia kemudian terus mendakap erat tubuh Taufiq dan meletakkan kepalanya di dada bidang lelaki itu.  Taufiq senyum dan membalas pelukan Qaireena.

••••••••••

Lama Qaireena duduk di tepi pusara ketiga-tiga insan yang paling disayanginya itu.  Taufiq yang melihat, hanya membiarkan sahaja memandangkan hari itu merupakan kali terakhir Qaireena akan datang menziarahi pusara tersebut sebelum wanita itu bertolak ke Sydney esok.

Qaireena melirik ke arah jam di pergelangan tangannya, terasa bersalah kepada Taufiq kerana membiarkan lelaki itu menunggunya lama. Dia kemudian bangun, ketiga-tiga batu nisan disentuh dan diusap sebelum dia melangkah meninggalkan pusara itu.  Airmata yang mengalir di pipi diseka dengan selendang yang dipakainya.

Masuk sahaja di dalam kereta, Taufiq menoleh ke arah Qaireena.  Tisu di dashboard dicapai, dia kemudian mengesat sisa airmata wanita itu.

"Lepas ni Reen tak dapatlah nak ziarah dan bersihkan  pusara ibu, ayah dan Sara lagi".  Tutur Qaireena.

"Jangan risau, bila Reen dekat Sydney nanti Abang akan datang ziarah dan bersihkan pusara mereka ya".  Ujar Taufiq dengan senyuman.  Qaireena memandang Taufiq, senyuman di ukir sambil menganggukkan kepalanya.

"Terima kasih".  Ucap Qaireena.

"Reen ada nak pergi mana-mana lagi?".  Soal Taufiq ketika kereta mereka keluar dari kawasan tanah perkuburan tersebut.

"Reen nak singgah rumah arwah ibu sekejap, boleh?".  Pinta Qaireena sambil menoleh ke arah Taufiq.

"Boleh Sayang".  Jawab Taufiq dengan senyuman.

~~~

Perlahan Qaireena melangkah masuk ke dalam rumah yang sudah lama ditinggalkannya itu.  Hanya Mak Leha dan Pak Abu sahaja yang datang ke situ setiap dua minggu sekali untuk membersihkan rumah tersebut.

Langkahnya di bawa ke bilik arwah Puan Qamariyah, gambar kedua ibu dan bapanya yang berada di atas meja diambilnya.  Selepas itu, dia melangkah pula ke bilik arwah Qaisara, gambar mereka sekeluarga pula di ambilnya dari atas meja belajar Qaisara.  Ditenung gambar itu seketika, kemudian dia melangkah keluar dari bilik itu sambil mengesat airmata yang mengalir di pipi dengan tapak tangannya. 

Qaireena masuk pula ke dalam bilik tidurnya.  Pandangan matanya terhenti pada nota kecil yang ditampalnya di dinding depan meja belajarnya.  Ya, itulah nota yang dimaksudkan oleh Taufiq kepadanya.  Dia tersenyum apabila membaca semula nota tersebut, disebabkan nota itulah, dia akan bertolak ke Sydney esok untuk mencapai impiannya.

"Banyak ke barang yang Reen nak ambil dekat sini?".  Soal Taufiq yang baru muncul dibilik itu dan menghampiri Qaireena.

"Tak, Reen cuma nak ambil gambar-gambar je, tapi terpandang pula nota ni".  Jawab Qaireena sambil menunjukkan nota pada dinding tersebut dengan senyuman yang terukir di bibirnya.  Taufiq yang melihat ke arah nota itu turut tersenyum.

"Disebabkan nota nilah, Reen akan menjejakkan kaki ke Sydney esok". Tambah Qaireena lagi. Wajah Taufiq dipandangnya.

"Ada lagi ke impian Reen yang Abang tak tahu? Boleh bagitahu Abang hari ni?".  Soal Taufiq dengan senyuman sambil merangkul pinggang Qaireena.

"Ada".  Jawab Qaireena sepatah.

"Apa dia?".  Tanya Taufiq lagi.

"Reen nak jadi permaisuri hati Abang sampai ke hembusan nafas Reen yang terakhir dan menjadi ibu kepada anak-anak Abang".  Jawab Qaireena bersama senyuman di bibir.

"So, cepat-cepat habiskan study, kembali ke pangkuan Abang dan Abang akan tunaikan impian Reen tu".  Ujar Taufiq lembut.  Qaireena senyum dan menganggukkan kepala sambil tangannya merangkul leher Taufiq.

Perlahan Taufiq mendekatkan wajahnya ke wajah Qaireena dan memaut bibir kekasih hatinya itu.

"Itu je yang Reen dapat?".  Soal Qaireena apabila Taufiq melepaskan bibirnya.

"Tak boleh lebih-lebih, Reen tak sihat sepenuhnya lagi walaupun dah tiga minggu. Cepat ambil barang-barang yang Reen nak bawa lepas tu kita balik".  Jawab Taufiq dengan senyuman sambil mengenyitkan matanya dan melepaskan rangkulan dipinggang wanita itu.  Qaireena yang mendengar terus mencebik.

Sebelum keluar dari rumah peninggalan arwah Puan Qamariyah, Qaireena merenung setiap sudut rumah itu.  Rumah yang banyak meninggalkan kenangan untuknya, dan pasti dia akan merindui rumah itu nanti apabila dia semakin jauh dan tidak dapat datang untuk melepaskan rindunya di situ.

~~~

Malam itu, Yazid telah menjemput Taufiq dan Qaireena untuk makan malam di rumahnya.  Ketika mereka sampai di rumah Yazid, kedatangan mereka di sambut oleh Luth Zareef yang sedang duduk menonton televisyen dengan anak saudaranya yang berumur lima tahun.

"Tuan, masuklah, Abang Zid ada dekat atas tu, sekejap lagi dia turun".  Kata Luth Zareef kepada Taufiq.  Sempat matanya melirik ke arah Qaireena yang kelihatan cantik memakai skirt labuh berwarna peach paras buku lali dan dipadankan dengan blouse putih.

"Terima kasih Luth.  Saya tak tahu pula awak tinggal dengan Yazid".  Ujar Taufiq sambil jalan beriringan masuk dengan Qaireena menuju ke ruang tamu rumah itu.

"Tak Tuan, saya tak tinggal dekat sini sebenarnya, Abang Zid dan Kak Sheila minta saya datang untuk jaga budak comel ni masa mereka keluar beli barang siang tadi.  Pembantu rumah mereka tiba-tiba pula minta cuti beberapa hari atas urusan peribadi". Jawab Luth Zareef dengan senyuman sambil melabuhkan punggungnya di sofa yang bertentangan dengan Taufiq.

"Kesian awak kena jadi babysitter si Yazid dan Sheila pula".  Kata Taufiq dengan senyuman.

"Oh ya Luth, kenalkan my wife Qaireena, panggil Reen je.  Reen, kenalkan ini adik Yazid, Luth Zareef, dia pun bekerja dengan Abang juga".  Tutur Taufiq dengan senyuman.

Luth Zareef menundukkan sedikit kepalanya dan menghadiahkan senyuman kepada Qaireena.  Begitu juga dengan  Qaireena yang turut membalas senyuman Luth Zareef.

"Uncle, cantikkan auntie tu?".  Soal Shasha iaitu anak Yazid yang berumur lima tahu.

"Shasha pergilah salam uncle dan auntie tu".  Arah Luth Zareef kepada anak saudaranya itu. 

Mendengar kata-kata bapa saudaranya itu, Shasha terus menapak menghampiri Taufiq dan bersalaman sambil memperkenalkan namanya kepada Taufiq.  Dia kemudian menghulurkan tangannya kepada Qaireena. 

"Nama saya Shasha, nama auntie siapa?".  Soal Shasha yang masih berdiri di depan Qaireena.  Taufiq dan Qaireena terus tertawa apabila mendengar kata-kata si kecil itu.

"Tadi, Shasha tak tanya pun nama uncle, tapi nama auntie Shasha tanya pula".  Kata Taufiq dengan senyuman.

"Sebab auntie ni cantik, uncle tak cantik".  Jawab Shasha jujur.  Pecah ketawa Qaireena saat mendengar jawapan si kecil itu.  Begitu juga dengan Taufiq.

Luth Zareef yang melihat Qaireena ketawa hanya tersenyum.  Manis dan comel.  Namun apakan daya wanita itu adalah isteri orang.  Seketika kepalanya digeleng-gelengkan bersama senyuman yang masih menghiasi bibir.

"Eh Fiq, dah lama ke kau sampai?".  Tegur Yazid yang sedang menapak turun dari tingkat atas bersama isterinya.

"Baru je Zid, kami tengah layan celoteh anak dara kau ni, comel je.  Lama juga aku tak datang ke rumah kau kan, sampai dah pandai bercakap anak kau yang dulu selalu duduk dipangkuan aku ni".  Kata Taufiq.

"Emm..mulut dia tu dah macam orang dewasa Fiq, kadang-kadang aku sendiri tak larat nak melayan dia bercakap".  Ujar Yazid sambil duduk di sofa bersebelahan Luth Zareef.  Sheila pula terus menghampiri Qaireena dan bersalaman.

"Auntie tak jawab lagi soalan Shasha tadi".  Kata si kecil yang masih berdiri di depan Qaireena.  Semua yang ada di situ terus tertawa.

"Opps sorry.  Nama auntie panjang tau, Shasha nak tahu nama yang mana satu, yang panjang ke yang pendek?".  Soal Qaireena dengan senyuman.  Sengaja dia mahu memanjangkan perbualan dengan si kecil itu.

"Dua-dualah".  Jawab Shasha.  Qaireena tersenyum memandang si kecil.

"Nama panjang auntie, Qaireena Azalea Binti Azamuddin.  Nama pendek pula, Reen".  Tutur Qaireena dengan senyuman.

"Berapa umur auntie".  Soal Shasha lagi.

"Habislah, dia dah mula buat soal siasat dekat bini kau Fiq".  Ujar Yazid. Taufiq yang mendengar terus tertawa.

"Tadi Shasha tak bagitahu auntie pun berapa umur Shasha".  Kata Qaireena berpura-pura tidak puas hati.

"Hmmm...Yalah, Shasha bagitahu". Keluh si kecil.

"Nama panjang Shasha, Shashalina Yara Binti Luthfi Yazid.  Umur Shasha lima tahun.  Sekarang dah boleh bagitahu berapa umur auntie?".  Tanya si kecil.

"Cantiknya nama Shasha.  Emm..umur auntie dua puluh tahun, dah tua, tak macam Shasha masih muda lagi, comel pula tu".  Kata Qaireena sambil mencubit pipi montel si kecil.

Luth Zareef yang mendengar jawapan Qaireena sedikit terkejut. Hairan kerana pada usia semuda itu Qaireena sudah berkahwin, malah dengan orang yang memiliki perbezaan usia yang agak jauh dengannya.

"Tapi auntie cantiklah".  Puji Shasha lagi sambil menyentuh pipi Qaireena. 

"Uncle Luth, tadi uncle kata nak carikan Shasha auntie kan? Nanti cari yang cantik macam auntie Reen ya".  Tutur Shasha sambil menoleh ke arah Luth Zareef.  Taufiq dan Yazid yang mendengar sekali lagi tertawa.

"Amboi Shasha, sedap je request ya, selalunya yang cantik-cantik dekat luar semua dah berpunya tau, ingat senang ke nak cari?".  Bebel Luth Zareef dengan senyuman.

"Shasha dahlah tu kacau auntie, kesian auntie Reen dari tadi kena layan celoteh Shasha je".  Kata Sheila pada anaknya itu.  Bukan dia tidak tahu, jika tidak dihentikan, semakin banyaklah yang ditanya oleh shasha kepada Qaireena.

"Fiq, Reen, marilah kita makan, kalau layan si Shasha ni je, sampai esok memang tak habis".  Ujar Yazid sambil bangun dari duduknya untuk membawa sahabatnya itu ke ruang makan.

"Esok pukul berapa flight korang ke Sydney?". Soal Yazid pada Taufiq ketika mereka menikmati makan malam bersama.

"Pukul 11 pagi Zid".  Jawab Taufiq.  Yazid mengangguk-anggukan kepalanya apabila mendengar jawapan sahabatnya itu.

"Reen, tambahlah jangan segan-segan, akak masak memang special untuk Reen, sebab dekat sana susah nak dapat masakan melayu, kalau nak masak sendiri, bahan-bahan pula yang susah nak cari, melainkan Reen bawa rempah-rempah sendiri dari Malaysia".  Ujar Sheila. 

"Terima kasih kak Sheila".  Ucap Qaireena dengan senyuman.

"Nampaknya terpaksalah Reen biasakan diri dengan makanan dekat sana pula, harap tekak Reen bolehlah terima".  Tambah Qaireena lagi.

"Oh ya Fiq, kau dah dapat ke tempat tinggal untuk Reen semasa dekat sana nanti?".  Tanya Yazid lagi.

"Belum lagi Zid, sebab tulah kami bertolak awal dua minggu dari tarikh pedaftaran Reen, so ada masa lagi aku nak carikan rumah sewa untuk dia nanti".  Jawab Taufiq sambil memandang Yazid.

"Kalau Tuan nak, saya boleh berikan nombor telefon pemilik rumah sewa saya semasa dekat sana dulu.  Kawasan rumah tu pun memang kawasan yang selamat dan ramai orang, sesuailah untuk penyewa wanita macam Puan Reen".  Luth Zareef bersuara setelah dari tadi hanya mendengar perbualan dua sahabat itu.

"Eh betul juga, Luth pun dulu study di universiti yang sama".  Kata Yazid yang baru teringat akan perkara itu.

"Ya Allah, macam manalah saya boleh terlupa yang awak pun bekas student University of Sydney.  Kalau tak, dari awal lagi saya dah tanya awak pasal tu".  Ujar Taufiq sambil memandang Luth Zareef. 

"Biasalah tu Tuan, kalau dah sibuk sangat banyak benda yang kita boleh terlupa.  Tak apa, nanti saya beri nombor telefon pemilik rumah sewa tu ya".  Tutur Luth Zareef dengan senyuman.

"Thank you Luth".  Ucap Taufiq.

"Encik Luth, boleh saya tanya satu soalan?". Qaireena bersuara sambil memandang Luth Zareef. 

"Panggil saya Luth je Puan, tak payahlah berencik dengan saya.  Apa yang Puan nak tanya?".  Dia memandang wajah Qaireena.  Terasa berbunga hatinya apabila wanita itu menegurnya.  Taufiq juga memandang ke arah Qaireena, menanti pertanyaan yang bakal disoal oleh isterinya itu kepada Luth Zareef.

"Susah ke nak bergaul dengan orang-orang dekat sana?".  Soal Qaireena.  Luth Zareef senyum mendengar pertanyaan Qaireena.

"Puan jangan risaulah, orang-orang dekat sana semuanya friendly, so memang senang nak bergaul dengan mereka".  Jawab Luth Zareef dengan senyuman.  Qaireena mengangguk-anggukan kepalanya apabila mendengar jawapan lelaki itu. 

Taufiq senyum melihat Qaireena.  Berulang kali wanita itu meluahkan kerisauannya kerana takut seandainya orang-orang di sana tidak mahu berkawan dengannya.

"Betul tu, Reen jangan risaulah, orang-orang dekat sana memang baik-baik dan peramah, Reen akan rasa seronok berkawan dengan mereka nanti. Lagipun bila Reen dah mulakan sesi pembelajaran nanti, mesti Reen akan berjumpa juga dengan student yang datang dari Malaysia".  Kata Sheila sambil mengukir senyuman.

"Jangan pula bila dah seronok berkawan dengan orang dekat sana, Reen bawa pulang madu untuk Abang nanti".  Celah Taufiq.  Yazid dan Sheila terus tertawa apabila mendengar gurauan Taufiq itu.  Luth Zareef pula hanya tersenyum sambil memandang wajah Qaireena yang mula masam.

"Ish, mengarutlah Abang ni.  Kata-kata tu satu doa tau, nak ke Reen bawa balik boyfriend orang Australia nanti?".  Ujar Qaireena sambil menoleh ke arah Taufiq.

"Jangan Reen, mati terkejut Abang nanti".  Jawab Taufiq.  Sekali lagi Yazid dan Sheila tertawa melihat gelagat dua suami isteri itu.

Luth Zareef masih lagi mencuri pandang Qaireena.  Sungguh hatinya terpaut pada wanita itu.  Namun akalnya masih waras dan imannya masih utuh. 

'Berhentilah berharap wahai Luth Zareef, semoga suatu masa nanti akan kau temui cinta hatimu sendiri'. Bisik hati kecilnya.

Happy Reading korang :-). Jue minta maaf sangat² sebab dekat seminggu tak update BB ni. Jue tak sihat dan masih perlu menjalani fisioterapi untuk sakit belakang yang Jue alami sekarang. Thank you kerana sabar menanti update daripada Jue.. Sayang korang :* In shaa Allah Jue akan cuba habiskan BB dalam bulan ni juga ya dan bulan April Jue akan Publish pula karya terbaru Jue iaitu Kafarah Cinta Untukmu :-)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience