BB - BAB 33

Drama Completed 309212

USAI menunaikan solat subuh, Taufiq dan Qaireena duduk di atas katil sambil melipat pakaian mereka dan dimasukkan ke dalam beg. Selama sepuluh hari Taufiq berada di Sydney bersama Qaireena, hari itu dia akan pulang semula ke Malaysia manakala Qaireena pula akan tinggal di negara itu untuk memulakan pengajiannya.

Sedari tadi Taufiq hanya memerhati sahaja wajah Qaireena yang muram. Dia tahu wanita itu sedih kerana beberapa jam lagi mereka berdua akan berpisah dan berjauhan. 

Setelah selesai mengemas pakaian mereka, Taufiq menolak beg pakaian tersebut ke hujung katil. Dia kemudian duduk bersandar di kepala katil dan memandang ke arah Qaireena.

"Reen, come".  Panggil Taufiq  lembut sambil tangan menepuk tilam di sebelahnya. 

Qaireena hanya menurut, dia naik ke atas katil dan duduk di sebelah lelaki itu.  Kepalanya dilabuhkan ke dada Taufiq dan tangannya memeluk erat tubuh lelaki itu.  Seketika dia mengucup dada Taufiq yang tidak berlapik dan menghidu wangian yang melekat di badan lelaki itu. Ya, wangian itulah yang akan dirinduinya nanti.  Sungguh, dadanya semakin sesak apabila memikirkan yang mereka berdua akan berjauhan.

Taufiq senyum melihat perbuatan Qaireena itu, sebelah tangannya naik memeluk bahu Qaireena dan di usap lembut.  Ubun-ubun wanita itu di kucup lama.

"Janganlah sedih-sedih, Abangkan dah janji akan datang lawat Reen nanti".  Tutur Taufiq.  Tangan Qaireena yang sedang bermain di dadanya di sentuh.

"Siapalah yang tak sedih kalau berjauhan dengan orang yang tersayang".  Ujar Qaireena dengan wajah yang sugul.

"Abang faham sayang, tapi Reen pun tahukan yang  semua ni hanya untuk sementara je, in shaa Allah  selepas pengajian Reen tamat kita akan kembali hidup bersama macam pasangan lain".  Pujuk Taufiq.  Tangannya mengusap-ngusap kepala Qaireena yang berada di dadanya.

"Biar jauh dimata tapi dekat dihati, walau kita tidak selalu bersua pastikan cinta kita tetap utuh diruang hati". Ucap Taufiq lagi.  Qaireena mengangkat kepalanya dari dada Taufiq dan wajah lelaki itu dipandangnya.

"Tak ada satu saat pun hati dan fikiran Reen pernah  lupakan Abang.  Nama Abang dah terpahat di hati Reen". Tutur Qaireena.

Taufiq senyum memandang Qaireena.  Dia kemudian merapatkan wajahnya dengan wajah Qaireena dan perlahan bibirnya memaut bibir wanita itu.  Mata dipejamkan dan Qaireena membalas kucupan Taufiq. Untuk seketika keduanya hanyut dibuai perasaan.

"Semua tentang bibir ni akan Abang rindukan. Senyuman yang manis, cebikan yang menghiburkan hati Abang dan kucupan yang mampu membuai perasaan Abang".  Ucap Taufiq ketika bibirnya melepaskan bibir Qaireena.

"Bibir je, orangnya tak?".  Ujar Qaireena.

"Tanpa orangnya, tak mungkin Abang akan dapat memiliki bibir ni".  Kata Taufiq dengan senyuman sambil ibu jarinya mengelus lembut bibir wanita itu.  Qaireena senyum memandang Taufiq.

"I love you". Ucap Qaireena.

"I love you too sayang".  Balas Taufiq kemudian terus memeluk tubuh wanita itu.

~~~

Selepas mendaftar keluar dari hotel dan menikmati makan tengah hari bersama, mereka terus menuju ke rumah sewa Qaireena. Ketika Taufiq dan Qaireena sampai, Aqilah baru sahaja membuka pintu rumah untuk keluar.

"Kau tak kerja hari ni?".  Soal Qaireena apabila dilihatnya Aqilah hanya berpakaian biasa dan hanya memakai selipar.

"Tak, lusa kan kita dah nak mendaftar ke universiti so aku nak berehat dan buat persediaan untuk hari pendaftaran nanti".  Jawab Aqilah dengan senyuman.

"Eh Reen, kau ajaklah suami kau masuk dulu, sekejap lagi aku datang, aku nak ke rumah Mr Robert dan Madame Anne, nak hantar samosa yang aku buat ni pada mereka".  Kata Aqilah lagi sambil melangkah keluar rumah dan membawa sebekas samosa untuk diberikan kepada pemilik rumah sewa mereka.

"Iyalah".  Qaireena senyum dan memandang Aqilah yang sudah mula menapak ke arah rumah yang hanya selang beberapa buah rumah sahaja dari rumah sewa mereka.

Aqilah menghidangkan minuman panas dan samosa yang dibuatnya kepada Qaireena dan Taufiq.  Mereka bertiga duduk di ruang tamu sambil berbual-bual. 

Tekun Taufiq mendengar cerita Aqilah bagaimana wanita itu menjalani kehidupan di bumi Australia itu tanpa ada sesiapa yang dikenalinya. Daripada cerita Aqilah, Taufiq yakin wanita itu akan memberikan pengaruh yang baik kepada Qaireena.  Mendengar bagaimana wanita itu menyesuaikan diri dan hidup berdikari di negara itu dia yakin Qaireena juga akan pasti akan terbentuk dengan baik jika isterinya itu tidak mudah terpengaruh dan tidak mengalami kejutan budaya yang jelas sangat berbeza dengan Malaysia.

Taufiq juga banyak bertanya kepada Aqilah tentang kejiranan di kawasan perumahan itu.  Dia mahu memastikan yang Qaireena tinggal  dipersekitaran yang selamat dan dikelilingi oleh orang-orang yang baik.

Taufiq mengangkat beg pakaian Qaireena masuk ke dalam bilik dan diletakkan di tepi almari.  Wajah Qaireena yang kelihatan sedih dipandangnya.  Airmata wanita itu mula bergenang ditubir mata. Perlahan dia menghampiri Qaireena, kedua belah tangan wanita itu dipegang dan dielus lembut.

"Ingat pesan Abang, jaga diri dan jaga kesihatan. Belajar bersungguh-sungguh, jangan mudah terpengaruh dengan benda-benda yang tak baik dan memudaratkan diri. Solat jangan tinggal, itu yang paling penting". Pesan Taufiq lembut.

"Abang pun sama jaga diri, jaga kesihatan dan jaga hati". Tutur Qaireena.  Airmata yang bergenang mula mengalir di pipinya. Taufiq tersenyum mendengar pesanan wanita itu.

"Iya sayang, Abang akan jaga hati Abang untuk isteri kesayangan Abang ni. Reen dekat sini pun jangan nakal-nakal tau". Qaireena menganggukkan kepala bersama esakan kecil yang mula kedengaran. Dia kemudian memeluk erat tubuh sasa Taufiq dan menyembamkan wajahnya ke dada lelaki itu. 

Taufiq turut membalas pelukan Qaireena dengan erat. Airmata yang di tahannya sejak dari tadi akhirnya mengalir juga ke pipi. Sungguh dia juga sedih dengan perpisahan sementara itu. Namun demi impian insan tersayang, dia cuba memujuk hatinya agar menerima keadaan itu.

Setelah tangisan Qaireena reda, perlahan Taufiq menolak badan wanita itu dari dadanya. Wajah Qaireena di pandang, sisa airmata yang berada di pipi isterinya itu dikesat dengan jarinya. Dia kemudian mengucup dahi Qaireena lembut.

"Senyum sikit, takkan nak hantar Abang dengan muka muram macam ni". Tutur Taufiq. Senyuman cuba diukir dibibir walau hati masih dipagut rasa sedih.

Qaireena memandang wajah Taufiq dan senyuman dihadiahkan kepada lelaki itu. Leher Taufiq dirangkul, satu kucupan diberikan di pipi kiri lelaki itu kemudian kucupan itu beralih pula ke pipi sebelah kanan Taufiq sebelum bibirnya mendarat ke bibir lelaki itu.

"Bila dah sampai nanti call Reen ya".  Pesan Qaireena ketika dia melepaskan bibir Taufiq.

"Iya sayang, sampai je dekat Malaysia nanti, Abang call Reen".  Jawab Taufiq bersama senyuman.

Qaireena kemudian menghantar Taufiq sehingga ke pintu utama apabila teksi yang dihubungi oleh lelaki itu sudah pun berada dihadapan rumah sewa mereka.  Airmata yang tadinya sudah kering kini mengalir semula ke pipi.

"Abang pergi dulu ya". Tutur Taufiq sambil memandang wajah isteri kesayangannya. 

Qaireena menganggukkan kepala dan tangan dihulur untuk bersalaman dengan suaminya itu.  Tangan Taufiq dikucup bersama airmata yang mengalir deras dipipinya.  Ketika Qaireena mengangkat wajahnya Taufiq sekali lagi mengucup dahi wanita itu tanpa mempedulikan Aqilah yang turut berada di situ.

"Qila, tengok-tengokkan Reen ya, kalau ada apa-apa terus call saya".  Pesan Taufiq pada Aqilah pula.

"In shaa Allah, Tuan jangan risau". Jawab Aqilah dengan senyuman.

Taufiq melambaikan tangan kepada Qaireena apabila teksi yang dinaikinya mula bergerak meninggalkan halaman rumah sewa Qaireena dan Aqilah.  Airmata yang mengalir di pipi dikesat dengan tapak tangan. Sungguh, perpisahan adalah sesuatu yang menyakitkan. 

••••••••••

Taufiq menyentuh belakang tengkuknya dan digosok perlahan, dua minggu dia bercuti, banyak kerja-kerja tertangguh yang perlu disiapkannya.  Sudah tiga jam dia duduk di situ untuk menyiapkan kerja namun fail yang ada di atas mejanya seakan tidak pandai surut.

Perlahan dia menyandarkan belakangnya ke dada kerusi.  Seketika pandangan matanya terhenti pada gambar dia bersama Qaireena ketika majlis makan malam syarikatnya beberapa bulan yang lalu yang diletak di atas meja pejabatnya itu.

Bingkai gambar itu dicapai, wajah Qaireena didalam gambar itu ditenung.  Bibir Taufiq tersenyum saat fikirannya menerawang mengingatkan hari selepas majlis makan malam itu.  Malam dimana mereka berdua telah bersatu dan membuktikan cinta mereka yang lahir dari hati.

##

"Terima kasih untuk semalam sayang". Ucap Taufiq lembut sambil mengucup ubun-ubun Qaireena.  Qaireena senyum dan melentokkan kepala di dada bidang Taufiq.

"Abang kasar sangat ke pada Reen". Soal Taufiq.  Dia sedikit hairan mengapa Qaireena langsung tidak bercakap dengannya semenjak dari tadi.

"Tak adalah, cuma...". Sengaja Qaireena tidak menghabiskan kata-katanya.

"Cuma apa?".  Soal Taufiq ingin tahu sambil memandang wajah Qaireena dengan dahi berkerut.

Lantas Qaireena merapatkan bibirnya ke telinga Taufiq.

"Cuma, Reen terfikir, nanti masa dekat Sydney, lamalah Reen tak dapat kan? Boleh tak kalau Reen nak cancel belajar dekat sana?".  Bisik Qaireena di telinga Taufiq.

"Reen...". Jerit Taufiq dengan suara yang dikawalnya bersama tawa kecil.  Dia betul-betul tidak menyangka perkara itu yang bermain difikiran Qaireena.

"Betullah apa Reen kata kan?". Ujar Qaireena yang turut tertawa.

"Reen dah buat keputusankan? So tak boleh tarik balik".  Kata Taufiq bersama senyuman di bibir.

"Talian hayat?".  Soal Qaireena lagi sambil menggerak-gerakkan keningnya memandang Taufiq.

"Tak ada talian hayat, ish..budak ni ada-ada jelah".  Tangannya terus naik mengepit hidung Qaireena.

"Abang sayang Reen tak?".  Soal Qaireena sambil menahan senyumannya.

"Of course lah sayang, tapi tak semestinya Abang akan  terima alasan Reen tu".  Ujar Taufiq dengan senyuman.  Qaireena mencebik saat mendengar jawapan Taufiq. 

##

Taufiq tertawa sendiri, mengingatkan kata-kata Qaireena itu.  Pada mulanya dia sangat risau jika dia telah memperlakukan Qaireena dengan kasar pada malam itu. Tapi setelah mendengar bisikan wanita itu, dia sendiri bagaikan hilang kata-kata. 

Terasa lucu apabila mendengar alasan isteri kesayangannya itu tetapi dalam masa yang sama dia turut merasa bangga kerana walaupun telah lama menduda namun dia masih mampu membuai dan menghanyutkan Qaireena dalam asmara mereka.

Gambar yang berada di tangannya dipandang sekali lagi, sungguh dia rindukan Qaireena saat ini, walaupun baru dua hari mereka berpisah dan berjauhan.

'Tuhan ku mohon jagakan dia dan kekalkan hatinya untukku'.

Happy Reading korang... sorry lama tak update... Ada yg Jue dah janji pun Jue termungkir janji, sorry sangat². Terlalu sibuk sekarang ni, bila balik kerja cuba nak siapkan tapi hujung2 tertidur hehe...Sorry tau

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience