BB - BAB 41

Drama Completed 309196

"IQMAL".

Senyuman sinis terukir di bibir Iqmal apabila melihat reaksi Qaireena yang terkejut dengan kehadirannya itu.  Perlahan dia melangkah masuk ke dalam bilik tersebut sambil memandang wajah Qaireena.

"Kenapa? Kau terkejut ke nampak aku ada dekat dalam rumah korang ni?".  Tutur Iqmal bersama senyuman yang menghiasi bibirnya.

"Macam mana kau boleh masuk ke dalam rumah ni?".  Soal Qaireena.  Dia mula takut apabila mengingatkan yang dia kini hanya tinggal bersendirian di dalam rumah itu, tetapi sedaya upaya dia cuba berlagak seperti biasa agar Iqmal tidak menganggapnya lemah.

"Ini Iqmal lah Reen, aku boleh buat apa je yang aku nak".  Jawab Iqmal dengan senyuman.

"Kau tahu tak yang perbuatan kau ni dah di kira menceroboh sebab masuk ke dalam rumah orang tanpa kebenaran". Ujar Qaireena sambil mengundur ke belakang kerana melihat Iqmal yang perlahan-lahan cuba mendekatinya.

"Habis tu kau nak buat apa? Nak menjerit panggil jiran-jiran kau? Atau kau nak call polis?". Kata Iqmal bersama senyuman.  Mendengarkan itu Qaireena terus memandang telefon bimbitnya yang berada di atas meja belajar.  Dia kini jauh dari meja tersebut, manakala Iqmal pula berdiri betul-betul di sebelah meja itu.  Dia yakin dia tidak akan dapat mengambil telefon bimbitnya itu.

"Apa yang kau nak sebenarnya Iqmal?".  Wajah Iqmal dipandangnya.

"Aku nakkan kau".  Jawab Iqmal bersama tawanya.

~~~

Aqilah keluar dari kedai serbaguna 24 jam itu.  Dari tadi kepalanya berdenyut-denyut, walaupun dia sudah menelan dua biji panadol tetapi rasa sakit dikepalanya masih tidak berkurang.  Mujurlah ada rakan sekerjanya yang mahu menggantikan syif nya pada malam itu, dapatlah dia pulang dan berehat di rumah nanti.

Aqilah menaiki teksi untuk terus pulang ke rumah.  Dia menyandarkan belakang dan kepalanya pada kerusi kerana mahu mengambil peluang untuk berehat di sepanjang perjalanan menuju kerumah. 

Tidak lama kemudian telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada satu panggilan masuk.  Aqilah melihat nama pemanggil yang tertera pada skrin telefon bimbitnya itu.

"Mr Robert?". Berkerut dahi Aqilah apabila melihat nama pemilik rumah sewa mereka yang tertera di skrin.  Dia sedikit hairan kerana tidak pernah tuan rumah mereka itu menghubunginya malam-malam begitu. 

Alangkah terkejutnya Aqilah apabila mendengar berita yang baru sahaja disampaikan oleh tuan rumah mereka.  Dia terus meminta pemandu teksi yang dinaikinya itu memandu dengan cepat.  Sungguh hatinya risau bukan kepalang.  Dia berharap agar Mr Robert dapat bertindak dengan cepat.  Dia risau jika sesuatu yang buruk berlaku pada Qaireena.

~~~

"Kau jangan mengarutlah Iqmal, kau keluar dari rumah ni sekarang".  Suara Qaireena mula meninggi apabila mendengar kata-kata yang baru sahaja keluar dari mulut Iqmal.

"Rileks lah Reen, kita berdua enjoy dulu, kau puaskan aku dan aku puaskan kau.  Jangan risau, aku akan buat sehabis baik supaya setanding dengan layanan sugar daddy kau tu.  Kalau kau nak kita cuba bermacam-macam aksi pun boleh".  Tutur Iqmal bersama tawanya.

"Lepas tu aku nak ambil gambar kau, mesti esok kau akan lebih popular dekat kampus lepas student lain tengok gambar-gambar kau yang menggairahkan tu".  Sambung Iqmal lagi.

"Kau jangan nak buat kerja gilalah Iqmal, lebih baik kau berambus dari rumah ni sekarang".  Tengking Qaireena.  Dia sebenarnya takut apabila mendengar kata-kata lelaki itu.  Semakin galak Iqmal ketawa apabila melihat wajah Qaireena yang mula pucat.

"Kau dah malukan aku depan student lain, kau ingat aku nak biarkan macam tu je? Ini Iqmal lah Reen, aku akan balas apa yang kau dah buat pada aku".  Qaireena dipandangnya dengan senyuman sinis sambil dia berjalan menghampiri wanita itu.  Qaireena mengundur ke belakang sehingga langkahnya mati kerana belakangnya sudah terhalang oleh dinding.

"Ke mana lagi kau nak lari?".  Tutur Iqmal. Tangannya mula naik mahu menyentuh pipi Qaireena tetapi dengan laju Qaireena menepis tangan Iqmal dengan kasar.

"Stop Iqmal, kau sedar tak apa yang kau buat ni? Bawa beristigfar Iqmal, ingat pada tuhan".  Qaireena cuba mahu menyedarkan Iqmal agar lelaki itu tidak meneruskan niat buruknya.

"Tak payah nak tunjuk baiklah Reen, macamlah kau tak biasa buat dengan sugar daddy kau.  Nikmati je, kalau kau bagi kerjasama aku takkan buat kasar-kasar, kau untung aku pun untung, sama-sama puas".  Tangan Iqmal mula menjalar ke pinggang Qaireena dan bibirnya mula mahu memaut bibir wanita itu.

Qaireena menolak tubuh Iqmal dengan kasar dan lari ke arah pintu, namun dengan cepat tangan Iqmal menarik rambut Qaireena dan membuatkan Qaireena terdorong semula ke arahnya.

"Sakitlah Iqmal, lepaskan aku".  Jerit Qaireena sambil menyentuh kepalanya yang terasa sakit apabila rambutnya ditarik oleh Iqmal. Airmatnya mula bergenang di tubir mata.

Iqmal menolak Qaireena kembali rapat ke dinding dan satu tamparan dilayangkan ke pipi Qaireena.

"Kau jangan mimpi yang aku akan lepaskan kau Reen, aku akan pastikan kau jadi milik aku malam ni".  Berpinar pandangan Qaireena saat tamparan kuat Iqmal itu hinggap di pipinya.  Terasa kebas pipinya seketika, bibirnya pula terasa pedih.  Perlahan Qaireena menyentuh bibirnya yang terasa seperti mengalir sesuatu, dia kemudian melihat jarinya yang terdapat kesan darah. Ya, bibirnya pecah akibat di tampar oleh Iqmal.  Perlahan dia mengalihkan pandangannya ke wajah Iqmal.

"Itu tak akan berlaku Iqmal".  Tutur Qaireena sambil cuba menolak tubuh Iqmal sekali lagi tetapi tidak berjaya.  Iqmal merentap baju t-shirt yang dipakai oleh Qaireena sehingga terkoyak dan mendedahkan sebahagian tubuh Qaireena. 

"Iqmal!!!!".  Jerit Qaireena sambil cepat-cepat menutup dadanya yang terdedah itu dengan kedua belah tangan.  Airmatanya mula mengalir dipipi. 

Iqmal tertawa melihat tubuh Qaireena yang separuh terdedah itu.  Dia mencengkam kedua belah bahu Qaireena dan mula mendaratkan bibirnya dileher Qaireena.  Tangisan wanita itu langsung tidak dipedulikannya.  Tiba-tiba bajunya dicengkam oleh seseorang dari arah belakang.  Iqmal menoleh dan satu tumbukan mendarat tepat ke wajahnya. Terduduk Iqmal saat tumbukan Mr Robert hinggap ke wajahnya.

"Ya Allah Reen...".  Aqilah terus menghampiri Qaireena yang sedang memeluk tubuhnya yang separuh terdedah itu.  Dia kemudian mencapai tuala yang tergantung dan terus menutup tubuh sahabatnya itu.

"Kau ni betul-betul dah melampaulah Iqmal".  Tutur Aqilah sambil memandang Iqmal yang sedang dipegang oleh Mr Robert dan salah seorang jiran mereka.

"Reen, kau okay tak ni? Dia sempat buat apa-apa pada kau ke?".  Tanya  Aqilah lembut.  Rambut yang menutupi wajah sahabatnya itu ditolak ke belakang. Qaireena hanya menggeleng bersama airmata yang masih deras mengalir di pipinya.  Aqilah kemudian memeluk tubuh Qaireena dengan erat setelah dia melihat Mr Robert dan seorang lagi jiran lelaki mereka membawa Iqmal keluar dari bilik tersebut.

Tidak lama kemudian sebuah kereta polis tiba di hadapan rumah mereka dan membawa Iqmal ke balai polis.  Qaireena dan Aqilah juga turut diarahkan ke balai polis untuk membuat laporan.  Ketika Qaireena dipanggil masuk untuk memberi keterangan, cepat-cepat Aqilah menghubungi Taufiq dan memberitahu apa yang telah terjadi kepada Qaireena.  Dia pasti sahabatnya itu tidak akan menceritakan perkara itu kepada Taufiq kerana tidak mahu lelaki itu risaukan dirinya.

Lebih kurang pukul 12 malam, Qaireena dan Aqilah dihantar pulang oleh Mr Robert ke rumah mereka.  Setelah memastikan semua tingkap dan pintu rumah mereka ditutup dan dikunci barulah Mr Robert meninggalkan kawasan rumah Qaireena dan Aqilah.

~~~

Selepas sahaja dia menamatkan panggilan daripada Aqilah, Taufiq terus menghubungi Maz dan meminta wanita itu mencari tiket penerbangan ke Sydney secepat yang mungkin.

Bagasi yang berada di atas almari di ambil dan beberapa helai pakaiannya dimasukkan ke dalam bagasi tersebut.  Setelah selesai, cepat-cepat Taufiq bersiap dan terus turun ke tingkat bawah untuk mencari Pak Abu.

"Pak Abu, tolong hantar saya ke airport sekarang".  Kata Taufiq kepada Pak Abu.

"Tuan nak ke mana malam-malam ni?".  Soal Pak Abu hairan, tetapi dalam masa yang sama dia terus mencapai kunci kereta yang tergantung di rak kunci.

"Saya nak terbang ke Sydney Pak Abu, ada orang ceroboh masuk ke rumah sewa Reen dan cuba rogol Reen".  Jelas Taufiq.

"Ya Allah, jadi macam mana keadaan Reen sekarang Tuan?".  Mak Leha yang terdengar perbualan di antara Pak Abu dan Taufiq terus mencelah dan mendekati kedua-dua lelaki itu.

"Alhamdulillah Reen sempat diselamatkan oleh pemilik rumah sewa mereka bersama beberapa orang jiran.  Tadi Qila call saya pun semasa mereka berada di balai polis untuk buat laporan, Mak Leha".  Jawab Taufiq sambil memandang Mak Leha yang sudah berdiri di sebelah Pak Abu.

"Syukurlah kalau Reen selamat.  Nanti sampaikan salam Mak Leha pada Reen ya".  Tutur Mak Leha.  Suara wanita itu kedengaran sedikit sayu.  Pasti Mak Leha terkejut dan sedih mendengar berita itu.

Ketika melangkah keluar dari rumah, Taufiq menerima panggilan daripada Maz yang memberitahunya tentang tiket penerbangan yang telah dibeli oleh wanita itu untuknya.  Lega hati Taufiq kerana dia dapat berangkat ke Sydney pada malam itu juga.  Mujurlah waktu Malaysia lewat beberapa jam daripada waktu di Sydney, sempatlah dia menaiki penerbangan terakhir pada malam itu.

~~~

Setelah membersihkan diri, Qaireena merebahkan badannya di atas katil. Telefon bimbitnya di pandang, dia masih berfikir-fikir sama ada mahu memberitahu Taufiq tentang apa yang berlaku ataupun tidak. Dia sebenarnya tidak mahu Taufiq risau akan dirinya apabila dia menceritakan apa yang telah terjadi. Lebih-lebih lagi baru sahaja beberapa hari yang lalu lelaki itu pulang ke Malaysia, dia pasti jika dia memberitahu tentang perkara itu, Taufiq akan datang semula ke Sydney.

Happy Reading korang:-)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience